Saya Pulang Kampus Lebih Awal Pelajar Terselamat Tragedi Bas Upsi


Mereka bukan sekadar penumpang mereka adalah anak, sahabat, bakal guru pembawa harapan bangsa. Tapi dalam sekelip mata, semuanya diragut dalam tragedi yang tak terjangka. Bas yang sepatutnya membawa mereka pulang, akhirnya membawa sebahagian daripada mereka kepada titik akhir kehidupan.
Sesungguhnya ajal dan maut itu adalah ketentuan Ilahi. Siapa kita untuk menafikannya. Difahamkan bahawa seramai 44 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah memberikan nama untuk menaiki bas berkenaan. Namun, dua daripada mereka dikatakan tidak berbuat demikian, menjadikan jumlah penumpang ketika kejadian hanya seramai 42 orang.
Menceritakan pengalaman seorang penuntut yang tidak menaiki bas tersebut, dia yang dikenali sebagai Alia meluahkan rasa terkejut dan sedih selepas menerima berita tragis mengenai kemalangan yang melibatkan rakan-rakan universitinya.
PULANG AWAL KAMPUS
“Sekitar jam tiga pagi saya dikejutkan dengan berita bahawa bas yang membawa rakan-rakan terlibat kemalangan, sepatutnya saya juga menaiki kenderaan berkenaan.
“Memang terkejut, terkedu mendengar rakan-rakan terbabit dengan kemalangan. Malah, ramai juga menyangka saya berada dalam bas itu memandangkan nama saya ada,” katanya.
Menurut laporan media tempatan, Alia sepatutnya menyambut Hari Raya Aidiladha di Setiu, Terengganu dan dijadualkan pulang bersama-sama rakan-rakannya dengan menaiki bas yang sama.
Namun, Alia membuat keputusan untuk mengubah perancangan dengan pulang ke kampus lebih awal dan menyambut Hari Raya Aidiladha di tempat pengajian, sekali gus menyelamatkan dirinya daripada tragedi yang tidak diduga itu.
“Saya sepatutnya menyambut Aidiladha di Setiu, Terengganu dan akan pulang dengan menaiki bas bersama-sama malam tadi, namun saya ubah perancangan untuk pulang ke kampus lebih awal.
“Namun, pagi ini ramai yang menghubungi kerana menyangka saya juga berada dalam bas,” katanya.
Alia yang juga pelajar tahun pertama itu berkata, kesemua mangsa yang berada dalam bas berkenaan berasal dari Besut dan Setiu, Terengganu.
Terdahulu, SinarPlus melaporkan bahawa seramai 15 pelajar universiti terbabit disahkan maut dalam satu kemalangan tragis yang melibatkan sebuah bas dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza.
Sumber: Harian Metro
The post “Saya Pulang Kampus Lebih Awal..” Pelajar Terselamat Tragedi Bas UPSI appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/saya-pulang-kampus-lebih-awal-pelajar-terselamat-tragedi-bas-upsi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lewat 15 Minit Pelajar Upsi Terselamat Dalam Tragedi Bas Maut

Lewat 15 Minit Pelajar Upsi Terselamat Dalam Tragedi Bas Maut

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 134 hits
KOTA BHARU 9 Jun Kesesakan lalu lintas menyebabkan seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris terlepas daripada menaiki bas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Jeli Gerik sehingga mengorbankan 15 nyawa awal pagi tadi Lewat 15 mi...
Tragedi Bas Pelajar Upsi Kemalangan Mangsa Trauma Lihat Rakan Tersepit Dan Meninggal Dunia Depan Mata

Tragedi Bas Pelajar Upsi Kemalangan Mangsa Trauma Lihat Rakan Tersepit Dan Meninggal Dunia Depan Mata

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 146 hits
GERIK Saya nampak mereka meronta ronta ada yang tersepit dan ada yang tiba tiba senyap Waktu itu saya tahu mereka sudah tiada Itu luahan seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris Aleeya Maisarah Azizzani 21 yang terselamat dalam ke...
Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 130 hits
Kata pelakon Jalil Hamid dalam Filem Berbisik Pada Langit Ibu bapa yang kehilangan anak jauh lebih sakit daripada anak anak yang kehilangan ibu bapa Kata kata itu sangat tepat Kerana pemergian ibu bapa selalunya sudah dijangka apabila sampa...
Seramai 15 Pelajar Maut Kemalangan Bas Upsi Dengan Perodua Alza Di Jalan Raya Timur Barat Awal Pagi Tadi

Seramai 15 Pelajar Maut Kemalangan Bas Upsi Dengan Perodua Alza Di Jalan Raya Timur Barat Awal Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 148 hits
GERIK Seramai 15 individu dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan sebuah Perodua Alza di Jalan Raya Timur Barat di sini pagi tadi Difahamkan bas UPSI itu dalam p...
Tragedi Jalan Jeli Gerik Bas Bawa Pelajar Upsi 15 Nyawa Terkorban

Tragedi Jalan Jeli Gerik Bas Bawa Pelajar Upsi 15 Nyawa Terkorban

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 133 hits
Hasrat pulang belajar bertukar tragedi Mereka cuma mahu pulang melepas rindu menatap wajah keluarga berkongsi cerita tentang kelas pensyarah dan cita cita Namun takdir berkata lain Di Jalan Jeli Gerik tragedi pilu meruntun jiwa rakyat Malay...
Kemalangan Bas Bawa Pelajar Upsi Sultan Pahang Titah Semua Masjid Di Negeri Ini Anjur Solat Jenazah Ghaib

Kemalangan Bas Bawa Pelajar Upsi Sultan Pahang Titah Semua Masjid Di Negeri Ini Anjur Solat Jenazah Ghaib

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 128 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid di negeri itu menganjurkan solat jenazah ghaib untuk pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Ra...
Saya Maafkan Pemandu Ini Takdir Bapa Pelajar Upsi Maut Nahas Bas

Saya Maafkan Pemandu Ini Takdir Bapa Pelajar Upsi Maut Nahas Bas

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 90 hits
Tangisan yang tak pernah reda Rindu yang tak pernah padam Pemergian anak tersayang bagaikan mimpi ngeri yang tak sudah Namun di sebalik semua duka itu seorang bapa memilih untuk redha dan memaafkan walau jiwanya remuk dan hati tak terubat B...
Polis Sahkan Pemandu Bas Bawa Pelajar Upsi Kemalangan Mempunyai 18 Saman Kesalahan Trafik Semua Belum Dibayar

Polis Sahkan Pemandu Bas Bawa Pelajar Upsi Kemalangan Mempunyai 18 Saman Kesalahan Trafik Semua Belum Dibayar

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 102 hits
KUALA LUMPUR Polis mengesahkan sebanyak 18 saman pernah dikeluarkan kepada pemandu bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang terbabit kemalangan di Jalan Raya Timur Barat berhampiran Tasik Banding Gerik awal pagi sema...
Nahas Pelajar Upsi Jpj Mahu Heret Pengendali Syarikat Bas Ke Mahkamah

Nahas Pelajar Upsi Jpj Mahu Heret Pengendali Syarikat Bas Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 95 hits
Jabatan Pengangkutan Jalan akan membuka kertas siasatan untuk membawa pengendali syarikat bas yang terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris ke mahkamah Menurut Harian Metro Menteri Pengangku
Drama Mandul Bukan Pilihan

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

Sindiket Pil Kuda Rm6 16 Juta Tumpas Sembunyi Dalam Najis Lembu Bisnes Salon

Monolog Jiwa Andai Rasa Tak Sedalam Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


7 Tanda Korang Sebenarnya Bijak Walaupun Rasa Macam Tak Hebat Mana

Apakah Orang Junub Boleh Mengurus Pemakaman Jenazah

Desk Calendar Custom Cipta Impresi Profesional Sepanjang Tahun

Unboxing Anak Pokok Sandpaper

Mana Tahu Kan Suatu Hari Nanti Mudah Mudahan Fazura Sifatkan Hisyam Hamid Sebagai Family Man

Menteri Kkm Akui Khilaf Lantik Tauke Vape Janji Perketat Tapisan Alph