Saya Pilih Dia Sebab Neelofa
CERITA kononnya selebriti Neelofa menjalinkan hubungan istimewa dengan Pencetus Ummah (PU) Riz bukan sesuatu yang baru khususnya dalam kalangan netizen.
Namun menurut Neelofa, dia sudah mengenali Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail sejak tiga tahun lalu dan mereka sering bekerjasama dalam program d@kwah namun tidak mendapat perhatian.
“Ramai orang yang tidak mengetahui sebenarnya saya dan ustaz Haris (Riz) sudah lama bekerjasama sejak tiga tahun lalu. Saya banyak membuat program yang melibatkan Haris dan juga ustaz Tarmizi.
“Tapi orang tak fokus sangat program tersebut sebab ia tidak melibatkan media tapi hanya untuk peminat saya serta mereka yang terlibat dalam Neelofa hijab,” katanya kepada mStar.
Neelofa tampil dengan program terbaharu berjudul Next To Neelofa.
Neelofa ditemui ketika sidang media program Next To Neelofa di Alexis, Bangsar Shopping Central, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Bercerita lanjut tentang keperibadian Riz, bekas pengacara program MeleTOP ini berkata, jejaka itu dianggap sebagai seorang pend@kwah muda yang baik, bijak dan mempunyai tarikan tersendiri.
“Bagi saya dia seorang anak muda yang sangat bijak, ada latar belakang agama selain seorang pend@kwah yang bagus.
“Dia boleh tarik orang untuk mendengar tazkirah. Tak semua orang ada tarikan itu,” kata Neelofa lagi.
Hubungan mereka dikatakan semakin rapat sejak Ramadan lalu apabila pelakon filem Ada Apa Dengan D0sa itu sering menjadi imam solat tarawih dan menyampaikan tazkirah di kediaman Neelofa.
Tetamu jemputan juga berkongsi cerita eksklusif dan ia merupakan sesuatu yang berbeza.
NEELOFA
PENGACARA
Kisah itu turut menjadi tular di Twitter sehingga menimbulkan sp3kulasi kononnya mereka mempunyai hubungan istimewa.
Dalam pada itu, pelakon drama popularRed Velvet itu menjelaskan hubungan mereka kelihatan rapat disebabkan Riz kini banyak terlibat dalam menguruskan Pertubuhan Kasih Neelofa.
“Sekarang ini penglibatan dia lebih banyak dalam pertubuhan Kasih Neelofa. Saya dah biasa kerja dengan dia dan ustaz Tarmizi. Tapi jadual ustaz Tarmizi sudah padat dan Haris pula lebih flexible sebab tengah belajar.
“Saya pilih dia sebab nak seseorang yang ada platform dalam bidang seni dan boleh jadi jurucakap supaya tiada salah memandangkan, saya tiada latar belakang ilmu agama Islam yang luas,” ujarnya.
Episod pertama Next To Neelofa menampilkan selebriti terkenal Datuk Hans Isaac.
Berkongsi mengenai perkembangan terbaharunya, Neelofa mengakui dia berasa gemuruh untuk mengendali program bual bicara berjudul Next To Neelofa yang menampilkan tetamu undangan yang terdiri daripada personaliti ternama tanah air dan figura berpengaruh dalam bidang masing-masing.
“Memang rasa berdebar dan kecut perut juga. Perasaan itu berbeza dengan mengacara program MeleTOP. Tapi Alhamdulillah, untuk episod pertama pada malam Khamis, saya rasa bersyukur dan berpuas hati.
“Setiap episod ada vibe dan energy yang berbeza. Tetamu jemputan juga berkongsi cerita eksklusif dan ia merupakan sesuatu yang berbeza. Tujuan program ini untuk memberi kata-kata positif dan inspirasi kepada penonton,” ujarnya.
Rakaman program istimewa yang berdurasi selama 60 minit sepanjang 12 buah episod ini juga akan bersiaran pada setiap hari Khamis, pvkul9 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Mstar
via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2020/07/saya-pilih-dia-sebab-neelofa.html