Hiburan Banyak Memuji Pu Riz Neelofa Nafi Ada Hubungan Istimewa Dia Ada Tarikan Tersendiri
Gosip mengenai Neelofa yang kini sedang mengenali lebih rapat Pencetus Ummah (PU) Riz bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam kalangan netizen. Namun, tiada sebarang kenyataan menafikan atau mengiyakan khabar tersebut daripada kedua-dua belah pihak.
Namun, Neelofa yang ditemui baru – baru ini di sidang media program Next To Neelofa di Alexis, Bangsar Shopping Central mengatakan dia sudah mengenali PU Riz sejak tiga tahun lalu apabila sering bekerjasama dalam program dakwah namun tidak dihebahkan kepada umum.
Menurutnya lagi, dia banyak membuat program yang melibatkan PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail bersama dengan Ustaz Tarmizi.
View this post on InstagramKeeping it matte #LancômeMY
A post shared by Neelofa (@neelofa) on Jul 21, 2020 at 8:54pm PDT
Namun, disebabkan program tersebut tidak melibatkan media dan hanya tertumpu kepada peminat dan mereka yang terlibat dalam Neelofa Hijab, kerjasama antara dua artis ini kurang mendapat liputan dan hebahan di kalangan masyarakat.
Ketika ditanyakan mengenai keperibadian PU Riz, Neelofa mengakui pendakwah dan juga pelakon itu mempunyai aura yang tersendiri.
“Bagi saya dia seorang anak muda yang sangat bijak, ada latar belakang agama selain seorang pendakwah yang bagus. Dia boleh tarik orang untuk mendengar tazkirah, tak semua orang ada tarikan itu,”
Gosip mengenai hubungan mereka berdua mula menjadi bahan bualan netizen apabila PU Riz dan Neelofa dilihat semakin akrab dan pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu sering menjadi imam solat tarawih dan menyampaikan tazkirah di rumah Neelofa pada Ramadhan lalu.
Kemudian, ianya telah menjadi tular seketika di laman sosial dan muncul pula spekulasi bahawa dua figura ini kini sedang mengenali hati budi masing-masing dengan lebih rapat lagi.
Kini, dengan penglibatan PU Riz dalam menguruskan Pertubuhan Kasih Neelofa pastinya membuatkan hubungan mereka berdua menjadi lebih rapat.
“Sekarang ini penglibatan dia lebih banyak dalam Pertubuhan Kasih Neelofa. Saya dah biasa kerja dengan dia dan Ustaz Tarmizi,tapi jadual Ustaz sudah padat dan Haris pula lebih flexible sebab tengah belajar. Saya pilih dia sebab nak seseorang yang ada platform dalam bidang seni dan boleh jadi jurucakap supaya tiada salah memandangkan saya tiada latar belakang ilmu agama yang luas,”
View this post on InstagramFind out what “Ella rasa” on one of the episodes! @ellaaminuddins #NextToNeelofa #NTN @nexttoneelofa
A post shared by Neelofa (@neelofa) on Jul 20, 2020 at 11:02pm PDT
Perkembangan terkini, Neelofa kini sedang sibuk mengendalikan program terbaru iaitu rancangan bual bicara bertajuk Next To Neelofa. Dia yang turut menjadi hos dalam program tersebut akan menampilkan ramai tetamu undangan yang terdiri daripada pelbagai personaliti ternama tanah air serta figura berpengaruh yang pakar dalam bidang masing-masing.
Sumber : mStar Online
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2020/07/hiburan-banyak-memuji-pu-riz-neelofa.html