Saya Mula Hidu Sesuatu Yang Tidak Kena Sejak Ogos Tahun Lepas Annuar Musa



(Astro Awani) – Segalanya sudah diatur cantik pada awalnya. Matlamat Muafakat Nasional untuk membentuk semula kerajaan yang berteraskan Melayu Islam tanpa mengetepikan bangsa lain sudah berada pada landasannya.
Kata Tan Sri Annuar Musa, UMNO berjaya bermuafakat dengan mengetepikan hal-hal kecil dan furuk untuk menumpukan kepada agenda murni itu dengan asas yang dibina kukuh bersama.
Sokongan diberi secara ‘en bloc’, dasar ‘No Anwar, No DAP’ terus dipegang dan melawan COVID-19 menjadi teras utama.
Bagaimanapun, semuanya hanya bertahan selama enam bulan sahaja.
“Mac hingga Ogos. Pada bulan Ogos, banyak peristiwa politik berlaku, termasuk penghakiman di mahkamah terhadap tokoh tertentu dalam UMNO.
“Dan pada ketika itu juga, berlaku di belakang tabir permulaan perundingan jajaran baharu yang pada awalnya secara bersembunyi,” dedahnya.
Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu menceritakan bahawa beliau mengetahui perkara tersebut kerana pada ketika itu beliau adalah Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang sedang mengendalikan pengurusan parti yang sedang bersiap sedia berdepan Pilihan Raya Negeri Sabah.
Ketika itulah, beliau sudah mula terhidu sesuatu sedang berlaku apabila jajaran asal yang dipersetujui berdasarkan keputusan parti itu mula dipinggirkan.
Ini kerana dakwanya, ada individu yang mula menggerakkan rundingan antara UMNO dengan PKR sehingga akhirnya diberi satu sokongan hitam putih untuk menukar kerajaan.
“Maka di sinilah berlaku perubahan haluan. Walhal di saat itu adalah saat yang penting kerana pada 18 Ogos kita telah menerima kesediaan Bersatu untuk menyertai Muafakat Nasional setelah pada Julai kita memanjangkan jemputan untuk mereka.
“Dan pada 19 September, sebulan kemudian, perkara itu dimeterai dalam minit mesyuarat jawatankuasa Muafakat Nasional.
“Tapi malangnya pada masa sama, bulan September itu jugalah naratif baharu sudah mula dibina, dan naratif asal ini yang baru mula hendak membenih telah ditenggelamkan,” kata Annuar lanjut.
Ada juga yang mengatakan bahawa kegagalan Bersatu menyertai Muafakat Nasional adalah disebabkan ia tidak diterima baik oleh akar umbi.
Bidas Annuar, masakan boleh terjadi begitu sedangkan rundingan rasmi antara dua parti itu tidak pernah berlaku.
Jelas beliau, cakap-cakap itu muncul kemudian.
Sebelumnya, kerjasama yang terbina sangat molek sehingga UMNO menerima wakil dari parti minoriti itu sebagai Perdana Menteri.
“Saya di urusetia, saya tahu sebenarnya soal rundingan kerusi pun belum pernah berjalan antara UMNO dengan Bersatu.
Ia hanya baru berjalan antara UMNO dengan badan perhubungan negeri, kemudian UMNO dengan parti komponen (dalam BN), selepas itu UMNO dengan Pas.
“Antara UMNO dengan Bersatu, rundingan secara formal belum pun lagi berlaku. Tetapi macam mana boleh keluar cerita berebut kerusi itu ini dan sebagainya?” ujarnya.
Tonton temu bual penuh beliau dalam Agenda AWANI bersama hos Dzulfitri Yusop, di sini:
https://www.astroawani.com/berita-politik/saya-mula-hidu-sesuatu-yang-tidak-kena-sejak-ogos-tahun-lepas-annuar-musa-292034  


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/04/07/saya-mula-hidu-sesuatu-yang-tidak-kena-sejak-ogos-tahun-lepas-annuar-musa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nampak Gaya Annuar Musa Terlalu Melayu Lebih Melayu Tiada Lagi Suara Perjuangan Agama Bangsa Di Pau Tempelak Annuar

Nampak Gaya Annuar Musa Terlalu Melayu Lebih Melayu Tiada Lagi Suara Perjuangan Agama Bangsa Di Pau Tempelak Annuar

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 372 hits
March 28 2021 Kira kira 18 bulan lalu Dewan Merdeka PWTC menjadi saksi kepada himpunan penyatuan ummah dan perpaduan politik Melayu Hari ini dewan yang sama menghidangkan suasana berbeza Tiada lagi suara perpaduan perjuangan bangsa dan agam...
Zahid Perli Annuar Musa Ke

Zahid Perli Annuar Musa Ke

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 269 hits
PAU2020 Kalau anak jantan dia harus letak jawatan sebagai menteri Zahid HamidiFareez AzmanMac 28 2021 Ahmad Zahid berkata pemimpin yang telah menerima sokongan daripada akar umbi perlu membalas budi dengan menunjukkan sokongan dan kesetiaan...
Lepas Dari Pengawasan Ibu Balita 2 Tahun Di Muara Bungo Tewas Tertabrak Mobil Dinas

Lepas Dari Pengawasan Ibu Balita 2 Tahun Di Muara Bungo Tewas Tertabrak Mobil Dinas

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 249 hits
Seorang balita Keyla meninggal dunia setelah tertabrak mobil dinas Pemkab Bungo Kecelakaan terjadi saat korban lepas dari pengawasan ibunya lalu berlari ke belakang kendaraan yang sedang mundur
Annuar Musa Yakin

Annuar Musa Yakin

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 182 hits
Annuar Musa dakwa rakaman audio mirip suara Anwar Ibrahim Zahid Hamidi tulenUmavathi RamayahApril 7 2021 22 08 MYTAnnuar Musa berkata setelah mendengar rakaman itu lebih daripada 10 kali beliau yakin suara itu milik Ahmad Zahid Hamidi dan A...
Saya Dengar 10 Kali Saya Yakin Audio Itu Tulen Annuar Musa

Saya Dengar 10 Kali Saya Yakin Audio Itu Tulen Annuar Musa

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 215 hits
Annuar Musa mendakwa rakaman audio perbualan dua individu dipercayai Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang tular di media sosial adalah tulen selepas beliau mendengarnya malam tadi Saya cuba mendengarnya ...
Awalnya Annuar Musa Berkempen

Awalnya Annuar Musa Berkempen

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 155 hits
BOB KELANANG Maaf cakap la Ahli Parti UMNO memang bodoh itu memang kenyataan bayangkan punya la depa cuba angkat pengkhianat parti untuk kekal jadi pemimpin utama UMNO pengkhianat yang pentingkan diri sendiri DAN bukannya kepentingan parti ...
Cabar Mencabar Kata Mengata Antara Zahid Hamidi Dan Annuar Musa

Cabar Mencabar Kata Mengata Antara Zahid Hamidi Dan Annuar Musa

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 501 hits
Kalau anak jantan letak jawatan menteri kata ZahidPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini mencabar seorang menteri daripada parti itu agar meletakkan jawatan dalam kabinet Selain melabelkan pemimpin tersebut sebagai makkhluk perosak Zahid...
Pau 2021 Zahid Hamidi Warning Annuar Musa

Pau 2021 Zahid Hamidi Warning Annuar Musa

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 353 hits
PAU 2021 Zahid Hamidi Warning Annuar Musa Presiden Umno Ahmad hari ini mencabar seorang menteri daripada parti itu agar meletakkan jawatan dalam kabinet Selain melabelkan pemimpin tersebut sebagai makhluk perosak Zahid juga mendakwa menteri...
Hak Menulis Di Media Sosial

Mariam Meenachi

Minum Petang Di Toastma Kopitiam

Hari Malaysia Sara One Off

Eukcg 2025 Semak Kelayakan Daftar Pin Kata Laluan

Izin Untuk Menangis

Motif Cemburu Disyaki Punca Pembunuhan Kejam Di Guar Chempedak

Amira Othman Sah Isteri Fattah Amin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Siapa Buat Sarikata Melayu Kat Netflix Ni

Pegaga Dan Khasiatnya

Berhujung Minggu Di Malaysia

Startup Challenges Founders Face

Dadih Keladi

Hiburan Mungkin Dia Terlalu Rindu Fattah Amin Kongsi Momen Disebalik Fatima Enggan Berenggang Ketika Majlis Nikah