Saya Mohon Belas Kasihan Kami Sedang Menanggung Sengsara Rosmah Menangis Merayu Dikenakan Hukuman Ringan





Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta terhadap Datin Seri Rosmah Mansor yang didapati bersalah atas tiga tuduhan rasuah membabitkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion


Berita Harian melaporkan, Datin Seri Rosmah Mansor merayu dan meminta belas ihsan mahkamah untuk menjatuhkan hukuman ringan terhadapnya


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi menyabitkan isteri kepada Najib Razak itu bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berhubung projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak. 


Baca: Rosmah disabitkan bersalah atas pertuduhan meminta & menerima rasuah


Dalam keadaan sebak dan menangis di kandang tertuduh, Rosmah meminta mahkamah supaya lebih bersifat kemanusiaan terhadapnya. 


Rosmah berkata, dia menghormati keputusan hakim Mohamed Zaini Mazlan, tetapi mahu meninggalkan mahkamah dengan memori yang baik terhadap sistem keadilan. 


"Saya memohon belas kasihan dan lebih berperikemanusiaan kepada saya. Jika ini boleh berlaku kepada saya, ia juga boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, kepada isteri anda, anak anda atau sesiapa sahaja pada masa hadapan. 


"Mereka sudah melakukan kepada suami saya supaya kami menanggung sengsara. Kami sedang menanggung sengsara, anak-anak saya sengsara. Tolong lebih berperikemanusiaan.


"Saya sangat sedih dengan keputusan hari ini, saya terluka. Saya dibesarkan untuk sentiasa berkata benar dan tidak menipu. Begitu juga saya terapkan kepada anak-anak.


"Bagaimanapun saya hormat dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah ini. Saya mahu tinggalkan mahkamah ini kenangan yang manis. Ini membabitkan program Permata saya memberikan segalanya terhadap Yayasan itu. Saya sangat berminat dengan projek pertama saya ini. Saya mengambil berat masa depan kanak-kanak yang dibuli di sekolah dan mengalami gangguan seksual.


"Bayangkan ketika itu saya dan golongan profesional lain duduk berbincang untuk menghasilkan program ini. Kalau mahu bentuk negara kena bermula usia empat tahun. Disebabkan itu wujud Permata, Permata Kurnia. Saya gembira dapat berbakti kepada negara.


"Ya Arif, saya tidak pernah mempunyai niat meminta atau menerima rasuah. Saya tidak tahu ia membabitkan jumlah yang banyak. Ya Arif saya mengendalikan Yayasan Permata ia mempunyai dana sebanyak RM45 juta dan saya tidak pernah sekali pun mengusiknya, sebab itu kes ini menyakitkan saya, apabila saya dituduh berbuat demikian.


"Saya boleh buat pada tempat lain tidak perlu minta pada Jepak (Pengarah Urusan Jepak Holding iaitu Saidi Abang Samsudin). Yang kenal adalah Rizal (Datuk Rizal Mansor) dan saya sudah minta Rizal berhati-hati dengan dia. Saya tidak minta dia (Rizal) berjumpa mereka.


"Tiada siapa nampak saya ambil duit, tiada siapa nampak saya mengira duit.... tapi jika itu kesimpulannya.


"Saya serah segalanya kepada Allah. Siapa yang betul dan siapa salah lambat laun akan keluar juga.


"Ia betul-betul mengejutkan saya, bagaimana ia boleh bertukar dan menjadikan saya mangsa.


"Saya tidak campur tangan dengan urusan suami (Datuk Seri Najib Razak). Setiap kali saya membuka mulut, beliau akan mengatakan 'anda hanya isteri saya, jangan campur tangan.


"Ia mungkin berlaku kepada saya tetapi ia juga mungkin boleh berlaku kepada anda dan anak-anak anda.


"Kamu lakukan kepada suami saya, kamu mahu saya juga menderita, kami sudah menderita.


"Saya harap Yang Arif dapat mempertimbangkan saya sebagai seorang wanita yang menjalankan tanggungjawab sebagai lelaki di dalam rumah," katanya.


Sumber: Berita Harian, Harian Metro


source https://www.thereporter.my/2022/09/saya-mohon-belas-kasihan-kami-sedang.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2022/09/saya-mohon-belas-kasihan-kami-sedang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rosmah Menangis Kata Dia Dianiayai

Rosmah Menangis Kata Dia Dianiayai

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 132 hits
ZUNAR CARTOONIST FAN CLUBTERKINI Rosmah dipenjara 10 TAHUN Denda RM970 juta Namun dia tidak terus ke penjara boleh rayu Sebelum itu ROSMAH menangis nangis dalam mahkamahkata dia sebenarnya mangsa
Rosmah S Lawyers Ask For Time To Prepare Recusal Submission Judge Says They Should Have Been Ready

Rosmah S Lawyers Ask For Time To Prepare Recusal Submission Judge Says They Should Have Been Ready

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 442 hits
Lawyers for Datin Seri Rosmah Mansor this morning sought more time to present their arguments to recuse High Court judge Mohamed Zaini Mazlan from delivering his verdict in her RM194 million bribery for government contract trial However Zai...
Rosmah Menangis Tetap Mengaku Tak Salah

Rosmah Menangis Tetap Mengaku Tak Salah

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 183 hits
Ho Kit YenKUALA LUMPUR Rosmah Mansor yang kelihatan mengalirkan air mata selepas disabitkan tuduhan rasuah tetap mengaku beliau tidak bersalah Saya menjadi mangsa katanya yang memberi kenyataan dari kandang tertuduh Saya tidak pernah memint...
10 Tahun Penjara Rm970 Juta Denda Rosmah Masih Dibenarkan Merayu

10 Tahun Penjara Rm970 Juta Denda Rosmah Masih Dibenarkan Merayu

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 272 hits
Datin Seri Rosmah Mansor dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara untuk ketiga tiga kesalahannya manakala denda RM970 juta untuk ketiga tiga kesalahan itu Namun begitu hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan memutuskan hukuman penjara itu ber...
Hukuman Buat Rosmah

Hukuman Buat Rosmah

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 104 hits
Hakim Zaini menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara bagi setiap kesalahan RM970 juta denda FINAL VERDICT
Rosmah Menangis Setelah Didapati Bersalah Rasuah Projek Solar

Rosmah Menangis Setelah Didapati Bersalah Rasuah Projek Solar

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 212 hits
KUALA LUMPUR Datin Seri Rosmah Mansor didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1 25 bilion Hakim Mohamed Zaini ...
Rosmah Gagal Sisih Ram Nasib Rosmah Ditentukan Hari Khamis Ini

Rosmah Gagal Sisih Ram Nasib Rosmah Ditentukan Hari Khamis Ini

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 182 hits
Bekas hakim mahkamah persekutuan Gopal Sri Ram sekali lagi kekal sebagai timbalan pendakwa raya dalam kes rasuah Rosmah Mansor yang dikaitkan dengan projek tenaga hibrid solar bernilai RM1 25 bilion Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi ...
Rosmah S Trial Police Record Statements Over Alleged Leaked Judgment

Rosmah S Trial Police Record Statements Over Alleged Leaked Judgment

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 159 hits
Police have recorded statements from several court officers who have access to a draft copy of court judgment in Rosmah Mansor s corruption trial which had allegedly been leaked to a blogger According to a news report Sentul district police...
China S President To Host Official Dinner For Anwar

Drama One Cent Thief 2 Lakonan Syafiq Kyle Azira Shafinaz

I Bought A Toy Like Vape Online Mp Tells Dewan Chamber

Unlocking Savings Expert Tips For Finding Discounted Cigarettes In Australia

Kips Bay Decorator Show House Dallas 2024 An Exquisite Showcase Of Design

India Secebis Kenangan Di India Random Photos

Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Realiti Bila Ada Anak Kecil

Love Please Don T Let Me Go Angelina Jordan

Konsep Wadiah Pengertian Hukum Dan Rukun Dalam Perspektif Syariah

Sayonara Iza Arina

Build A Strong Team For A Startups

Simple Menu Untuk Dinner