Jangan Bimbang Pembenci Anwar Bukan Pun Mengundi Ph Atau Bn




 Ada penyokong PH mula meluahkan rasa bimbang melihat serangan dan sentimen kebencian terhadap Anwar Ibrahim dan kerajaan di media sosial kebelakangan ini.
Kata mereka, mampukah kerajaan ini bertahan lebih lama?
Realitinya, pebagai perkara mereka jadikan isu untuk menimbulkan keraguan terhadap kerajaan, tidak terkecuali berkaitan hal-hal yang tidak kaitan sama sekali dengan Anwar atau janji PH pada PRU15 lalu.
Janji menurunkan harga minyak, walaupun orang yang waras tahu ia adalah janji pada PRU13 dan tidak terdapat dalam manifesto PRU15, masih ada yang suka mengulang-ulang isu tersebut dan mempertikaikan bila lagi ia mahu dilaksanakan.
Mereka ini, selain selama ini semacam duduk dalam gua, perbuatan tersebut juga sebenarnya memperbodohkan diri sendiri kerana janji PRU13 hanya boleh dituntut jika PH menang pada 2013 dahulu.
Kalau dalam peperiksaan, sudah lama mereka berkenaan diberi markah dengan pen merah kerana menggunakan fakta yang tidak berkaitan dalam isu yang dibangkitkan.
Lebih teruk lagi, penamatan khidmat Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam baru-baru ini turut juga diseret nama Anwar yang melakukannya.
Sekali lagi, mereka yang mengaitkan perkara itu dengan Anwar memang sah selama ini duduk dalam gua kerana langsung tidak membaca berita semasa sejak lima enam bulan sebelum ini.
Kalau mereka jenis yang peka dan rajin membaca, tentu mereka tahu isu sebenar berkaitan Ketua Pengarah JPA yang ditamatkan khidmatnya oleh Ketua Setiausaha Negara itu.
Tetapi, yang terus tidak habis-habis dipertikaikan ialah kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri melalui pembentukan kerajaan perpaduan sebagaimana dititahkan oleh Yang Di-Pertuan Agong.
Pelbagai aspek dan sisi lain cuba dijadikan alasan untuk mempertikaikannya tanpa mereka memahami bahawa kuasa melantik Perdana Menteri itu adalah hak Agong berdasarkan keyakinan siapa yang pada hemat baginda memiliki sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen.
Sepatutnya setelah perlantikan dibuat oleh Agong dan kemudian Anwar sendiri menunjukkan jiwa besarnya dengan sedia membawa usul undi percaya di Parlimen pada 19 Disember ini, semua pihak mesti bertenang dan menunggu tarikh tersebut untuk berbuat sesuatu.
Jika yakin ada sokongan dan mahu menjatuhkan Anwar, tolaklah beliau dalam undi percaya tersebut.
Ini tidak, menceceh dan meroyan tak henti-henti yang memberi gambaran jiwa mereka sedang kacau dan begitu tertekan setelah hilang gaji serta jawatan, sesetengahnya pula memperolehinya hanya dengan duduk di rumah saja.
Pun begitu, jika kita perhati dan teliti, mereka yang tidak henti-henti mempertikai kerajaan dan Anwar sekarang ini bukanlah daripada penyokong atau pengundi PH, juga bukan penyokong dan pengundi BN yang parti ini kini telah bersama-sama membentuk kerajaan perpaduan.
Penyokong dan pengundi PH, juga penyokong dan pengundi BN, secara umumnya menerima baik kerajaan ini dan berkeyakinan Anwar bersama pasukan kabinetnya mampu melakukan yang terbaik untuk rakyat.
Cuma, dengan pelbagai masalah dalam negara, disertai beban hutang yang tinggi yang ditinggalkan kerajaan terdahulu – lebih masa, sokongan serta pemahaman rakyat adalah amat diperlukan.
Perubahan atau hasil untuk dinikmati tidak mungkin dapat dituai dalam jangka waktu yang segera.
Mereka yang tidak puas hati itu adalah penyokong selain daripada PH atau BN atau dalam erti kata lain, sebahagiannya adalah penyokong dan pengundi PN, manakala selebihnya lagi adalah pentaksub Tun Mahathir Mohamad dan GTA.
Tiada ubat untuk mereka itu dan terlalu sukar untuk diubah hati mereka, lebih baik usah dilayan sangat.
Penyokong dan pengundi PN, jika mereka sedar, lebih patut menyalahkan Mahiaddin Md Yasin kerana dengan sombong dan ego menolak titah Agong berkenaan kerajaan perpaduan yang dicadangkan baginda.
Jika Mahiaddin tidak menolak titah Agong itu, hari ini PN sudah pasti merupakan sebahagian daripada kerajaan.
Dah diri sendiri menolak kerajaan perpaduan, tapi marah pula orang lain yang mahu dan berada dalam kerajaan perpaduan, tidakkah mereka ini “sakit” sebenarnya?
Begitu juga dengan penyokong dan pengundi GTA, mereka sepatutnya ada rasa malu untuk mempertikaikan Anwar dan kerajaan yang dipimpinnya sekarang.
Ini kerana GTA sendiri, selain ditolak, juga dikalahkan dengan teruk sehingga hilang deposit di semua kawasan yang ditandinginya.
Kalau bertanding pun sampai hilang deposit semua kerusi, duduk diam-diam saja layaknya!! – ShahbudinHusin 14/12/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/12/jangan-bimbang-pembenci-anwar-bukan-pun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Mohon Netizen Jangan Panggil Dia Sebagai Papa

Anwar Mohon Netizen Jangan Panggil Dia Sebagai Papa

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 275 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon kepada rakyat Malaysia untuk tidak memberi gelaran papa kepadanya seperti mana amalan yang dilakukan terhadap dua bekas perdana menteri sebelum ini Ahli Parlimen Tambun itu terdahulu membalas...
Amaran Keras Kepada Pn Jangan Ganggu Anwar Tadbir Negara Sehingga 2027

Amaran Keras Kepada Pn Jangan Ganggu Anwar Tadbir Negara Sehingga 2027

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 147 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim akhirnya berjaya memenangi usul undi percaya di Parlimen melalui undian suara yang jelas lebih nyaring kedengaran bersetuju berbanding tidak setuju Dengan keadaan tersebut kerajaan perpaduan pimpinan Pengerusi ...
Jangan Cabar Saya Dakwaan Seleweng Hampir Rm600 Bilion Anwar Beritahu Muhyiddin

Jangan Cabar Saya Dakwaan Seleweng Hampir Rm600 Bilion Anwar Beritahu Muhyiddin

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 136 hits
Mohamad FadliPUTRAJAYA Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan Muhyiddin Yassin tidak mencabarnya untuk mendedahkan wujud penyelewengan perbelanjaan RM530 bilion oleh pentadbiran Perikatan Nasional sebelum ini Beliau mengesahkan ada bebe...
Dana Judi Jangan Gopoh Saya Ada Dokumen Kata Anwar Kepada Takiyuddin

Dana Judi Jangan Gopoh Saya Ada Dokumen Kata Anwar Kepada Takiyuddin

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 129 hits
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mempunyai dokumen yang mengaitkan Perikatan Nasional dengan dana syarikat judi Sehubungan dengan itu beliau meminta Pas bersabar menerima dakwaan itu dan jan...
Anwar Pm Zahid Dpm The Ph Bn Deal Was Hatched Long Before Ge15

Anwar Pm Zahid Dpm The Ph Bn Deal Was Hatched Long Before Ge15

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 242 hits
It is now more than one week and Najib is still in prison The BossKu supporters are now being told that Najib can only be pardoned after GE16 as he needs to serve at least half his sentence before he can be pardoned NO HOLDS BARRED Raja Pet...
Anwar Being Finance Minister Avoids Unhappiness In Unity Govt Rafizi

Anwar Being Finance Minister Avoids Unhappiness In Unity Govt Rafizi

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 167 hits
PKR deputy chief says giving post to Pakatan Harapan could cause rift with Barisan Nasional and vice versa The extraordinary political situation necessitated the prime minister to also take up the finance portfolio in a bid not to dissatisf...
Anwar S Cabinet Is Less About Morals Than Political Expediency

Anwar S Cabinet Is Less About Morals Than Political Expediency

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 215 hits
Perhaps Anwar is being shrewd in making Datuk Seri Fadillah Yusof as his second DPM because should Zahid fall at the court battlefield throwing UMNO into disarray there is no need to find a replacement Philip Rodrigues Focus Malaysia WHEN P...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord