Saya Kurang Tahu Pas Shahnon


SUBKY LATIF

SAYA terima WhatsApp daripada Mohamad Lukman dari Sik moga-moga dapat membekalkannya maklumat tenang penglibatan Sasterawan Negara Dato’ Shahnon Ahmad dalam PAS.

Saya tidak banyak maklumat mengenainya tetapi saya tidak mahu mengecewakan hajatnya.

Yang banyak tahu tentunya orang lama PAS Kedah khususnya PAS Sik sendiri, kerana Shahnon pernah sepenggal jadi Ahli Parlimen (MP) PAS Sik.

Saya mula tahu dia orang PAS apabila Almarhum Ustaz Fadzil Noor sebagai Presiden PAS menjelang PRU masa itu menyebut untuk menimbangnya menjadi calon di Sik. Namanya masyhur dalam kalangan penyokong PAS Kedah dan jika dia dicalonkan harapan menangnya cerah.

Apa penglibatannya dalam PAS saya tidak tahu. Saya acap ke Kedah termasuk beberapa kali ke Sik. Saya tidak pernah terserempak dengannya dalam majlis PAS kecuali sekali apabila naik pentas PAS ketika hampir pasti dia dicalonkan.

Betapa dia cenderung pada politik Islam dan dakwah dapat saya cium lama sebelum saya menyertai PAS.

Saya mengetahuinya seorang sasterawan penting tanah air disamakan oleh Perdana Menteri, Tun Razak dengan Victor Hugo, pujangga Perancis yang handal apabila menobatkannya sebagai Sasterawan Negara yang pertama awal 70-an.

Orang kata dia dekat dengan Arqam. Saya pernah melihatnya berserban seperti orang Arqam semasa menyertai forum Ulama Silam, siri kegiatan Fakulti Islam UKM. Dia bercakap tentang Islam malam itu. Ketika menjawab satu soalan tentang PAS, jawabnya sekalipun PAS banyak kelemahannya, tetapi ia adalah wadah Islam terbaik masa itu.

Saya selalu terserempak dengannya tetapi tidak pernah berbual rapat dengannya. Satu hari di awal penubuhan ABIM, dia minta saya menumpangkannya ke pejabat ABIM di Dewan Masyarakat Kampung Baru, Kuala Lumpur. Buat apa ke situ? Untuk menyampaikan sumbangan kepada gerakan belia Islam itu.

Mungkin dia mencari wadah Islam yang sesuai seperti Salman al-Farisi, meniti satu agama ke satu agama, akhirnya menemui Islam. Sebagai profesor dia mengetuai Pusat Islam USM. Apa kegiatannya saya tidak pasti.

Ia diketahui sebagai kaki buku, banyak masanya membaca lembar demi lembar kitab-kitab tebalnya. Jika tidak membaca, dia berkarya. TIdak diketahui bila dia bergaul dengan orang ramai seperti para aktvis PAS.

Tempatnya di Pulau Pinang dan Kedah. Saya di Kuala Lumpur. Jarang kami bersama.

Dan dia ketahui orang PAS sesudah dia layak jadi Assabiqun iaitu usia bersara dan tidak cergas bergerak kencang. Dalam usia demikian dia jadi MP. Kerancakan sebagai pendebat di Parliman sudah kurang tambahan pula dia asma, tidak tahan hawa dingin di Parlimen. Kehadirannya terhad.

MP yang mesti bermula muda. Jika dia berlebihan, orang kira anak muda mesti begitu. Bila kita bermula tua kita tidak boleh jadi macam budak. Jika orang tua bercakap macam budak, orang kata orang tua tidak sedar dia tua, jadi macam budak juga. Bila kita bercakap sebagai orang tua, orang kita sudah hilang bisa.

Jika MP bermula muda, bila dia kurang garang semasa tua, orang terima dia sudah tua.

Shahnon masuk Parlimen masa usia yang tidak betul. Dan mula bergiat dalam PAS, masa setengah aktivis PAS mula melepaskan jawatan cergas.

Apapun kegiatannya semasa muda dan sihat, tetapi masa tua dan tidak sihatnya adalah bersama Islam.

Moga-moga saya sudah memenuhi sebahagian daripada yang dicari oleh Mohamad Lukman, anak Sik tentang penglibatan PAS MPnya satu masa dahulu. – HARAKAHDAILY


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/saya-kurang-tahu-pas-shahnon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Pas Sanggup Cium Mulut Dengan Perompak

Muhyiddin Pas Sanggup Cium Mulut Dengan Perompak

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 355 hits
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berpantun untuk menjelaskan fitnah pihak pembangkang terhadap pentadbiran Pakatan Harapan Racun ikan akar beluru ikan dimakan matilah rasa fitnah pembangkang bagai peluru membunuh umat hingga binasa kata be...
Umno Pas Dua Kali Lima Sahaja Muhyiddin

Umno Pas Dua Kali Lima Sahaja Muhyiddin

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 380 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia menasihati umat Islam di negara ini agar berjaga jaga dengan fitnah yang dijaja oleh UMNO dan Pas Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin menegaskan jika dibiarkan umat Islam akan binasa kerana termakan hasutan ked...
Saya Kristian Siapa Kata Pas Racist Satail Majungkat Sabah

Saya Kristian Siapa Kata Pas Racist Satail Majungkat Sabah

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 484 hits
DEWAN Himpunan Penyokong PAS Sabah hari ini menyangkal dakwaan sesetengan pihak yang membuat tuduhan sesuka hati mengatakan PAS parti racist Saya seorang yang beragama Kristian dan telah menjadi ahli DHPP sejak tahun 2012 Saya telah membant...
Kenyataan Media Rakyat Mahu Bersama Membina Negara Di Saat Pas Masih Bermimpi

Kenyataan Media Rakyat Mahu Bersama Membina Negara Di Saat Pas Masih Bermimpi

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 318 hits
KENYATAAN MEDIA RAKYAT MAHU BERSAMA MEMBINA NEGARA DI SAAT PAS MASIH BERMIMPI 1 Kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah yang tidak kisah PAS tidak menang di pusat dalam pilihan raya umum ke 14 kerana negara terlalu banya...
Pas Tiada Masalah Waytha Diganti Pemimpin India Lain

Pas Tiada Masalah Waytha Diganti Pemimpin India Lain

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 304 hits
THE MALAYSIAN TIMES KOTA BHARU PAS tiada masalah sekiranya P Waythamoorthy digantikan dengan pemimpin India yang lain asalkan dapat menjalankan kewajipan dengan sebaik mungkin Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata desakan par...
Waste Of Time Avoid Unnecessary Problems Pas Youth Hit Run Derita Rakyat Rally On New Year S Eve

Waste Of Time Avoid Unnecessary Problems Pas Youth Hit Run Derita Rakyat Rally On New Year S Eve

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 471 hits
5h agoWhat is PAS actually trying to prove PAS has failed the Kelantanese and Terengganu people with their poor management of these two States Investment prospects in Kelantan and Terengganu is insignificant How are the people there going t...
Pas Jangan Takbur

Pas Jangan Takbur

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 208 hits
Oleh Siti Sofia Md NasirPengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir NSTP Shahnaz Fazlie ShahrizalGEORGETOWN PAS jangan takbur demikian pesanan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir kepada kepe...
Pas Youth To Ring In 2019 With Hit Run Rally Against Pakatan

Pas Youth To Ring In 2019 With Hit Run Rally Against Pakatan

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 298 hits
PAS Youth is planning a nationwide protest against the Pakatan Harapan government on New Year s Eve next Monday In a statement on the Islamist party s mouthpiece Harakah the wing s chief Muhammad Khalil Abdul Hadi said the demonstration wil...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport