Saya Kuat Sebab Anak Kalau Saya Sakit Bahu Anak Sakit Kanser Pesilat Negara Terus Berlawan Walau Bahu Cedera


“Saya Kuat Sebab Anak, Kalau Saya Sakit Bahu Anak Sakit Kanser” Pesilat Negara Terus Berlawan Walau Bahu Cedera
Anak-anak sentiasa menjadi pembakar semangat ibu ayah untuk terus berjuang mengharungi susah senang dalam kehidupan.
Video pesilat negara, Mohd Al-Jufferi Jumari yang mengalami kecederaan bahu sewaktu menentang pesilat dari Indonesia dalam temasya SUKAN SEA 2022 di Hanoi tular sejak semalam.
Beliau yang kelihatan menahan kesakitan tetap meneruskan perjuangannya menentang pihak lawan dengan penuh bersemangat.
FOTO: Utusan Mohd Al-Jufferi kelihatan menahan kesakitan di bahagian bahu kanan ketika pusingan kedua di Gimnasium Bac Tu Liem, Hanoi.
Meskipun misi memburu pingat emas di Sukan SEA ke-31 tidak kesampaian tetapi semangat juang yang dipamerkan jaguh silat negara sangat membanggakan rakyat Malaysia.
Kasih Seorang Ayah Selain kagum melihat semangat juangnya meneruskan perlawanan walau mengalami kecederaan, apa yang menyentuh hati ramai rakyat Malaysia apabila pemenang pingat emas empat kali pada temasya Sukan SEA ini berkongsi kisah sedih derita anaknya yang sedang berjuang melawan penyakit kanser.
FOTO: Instagram @jufferijamari Menurut Al-Jufferi, anaknya Furqan Al Haq yang menghidap kanser menjadi pembakar semangat untuk dia berjuang sehingga ke titik akhir.
Baginya kecederaan bahu yang dialami tidak seberapa jika dibandingkan dengan penderitaan yang ditanggung oleh anak lelakinya itu.
“Saya kuat sebab anak, kalau saya sakit bahu, anak saya sakit kanser… dia lagi kuat, dia budak kan.
“Sebab dia sakit umur 2 atau 3 tahun dah kena kanser. Kena (jalani) kimoterapi, tiap-tiap hari saya pergi hospital… saya tengok dia lemah, letih… saya menangis, dia usap. Dia kata, ‘ayah jangan nangis, Haq okay’. Itu je dia cakap.
“Tetapi bila saya kena (sakit) bahu macam ini, tak akan saya tak kuat. Allahuakbar, itu sajalah yang saya fikir. Sebab itu saya nak lawan, tak ada yang lain, anak saya,” katanya dalam rakaman video yang dikongsi wartawan Astro Arena, Syakirah Zulkifly di laman Twitter.
“Kalau saya sakit bahu, anak saya sakit kanser. sebab dia sakit umur 2, 3 tahun dah kena kanser” -Al Jufferi Jamari @ASTROARENA pic.twitter.com/nWGBuq9aCk
— Syakirah Zulkifly (@SykrhZlkfly) May 15, 2022

Dalam video tersebut, jelas kedengaran nada sebak ayah dua anak ini yang bercampur baur mengenangkan semangat kuat si anak berjuang melawan penyakitnya.
FOTO: Instagram @astroarenahd Mohd Al-Jufferi yang juga juara dunia tiga kali pada saingan 70-75 kilogram (kg) bagaimanapun mengutip pingat gangsa selepas tewas kepada wakil Singapura, Abdul Raazaq Abdul Rashid dalam saingan separuh akhir di Gimnasium Bac Tu Liem, Hanoi.
Sumber: Mykmu.net

Webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN 
Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents atau channel Telegram Pa&Ma https://t.me/majalahpama sekarang!
The post “Saya Kuat Sebab Anak, Kalau Saya Sakit Bahu Anak Sakit Kanser” Pesilat Negara Terus Berlawan Walau Bahu Cedera appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/saya-kuat-sebab-anak-kalau-saya-sakit-bahu-anak-sakit-kanser-pesilat-negara-terus-berlawan-walau-bahu-cedera/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berjuang Demi Negara Netizen Sebak Lihat Pesilat Negara Cedera Tapi Tetap Terus Berlawan

Berjuang Demi Negara Netizen Sebak Lihat Pesilat Negara Cedera Tapi Tetap Terus Berlawan

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 183 hits
Tular video pesilat negara Al Jufferi Jamari yang kelihatan cedera sewaktu menentang pesilat dari Indonesia Iqbal Candra Pratama telah membuatkan ramai penyokong team Malaysia panik Memetik laporan dari Astro Arena kecederaan dialami Al Juf...
Harga Minyak Terus Meningkat Dan Negara Negara Eu Terus Panik

Harga Minyak Terus Meningkat Dan Negara Negara Eu Terus Panik

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 321 hits
Harga minyak terus meningkat pada hari Khamis di tengah tengah pengumuman rancangan Kesatuan Eropah yang memperuntukkan penghentian import minyak Rusia secara berperingkat Di samping itu pedagang memberi tumpuan kepada mesyuarat OPEC di man...
Puteri Sarah Nak Dua Anak Teroka Dunia Pasang Niat Hantar Belajar Luar Negara Jangan Malukan Nama Mama Okey

Puteri Sarah Nak Dua Anak Teroka Dunia Pasang Niat Hantar Belajar Luar Negara Jangan Malukan Nama Mama Okey

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 268 hits
Umum tahu pelakon Puteri Sarah dan dua anaknya bercuti di Turki selepas dari menunaikan umrah sejak 21 April lalu Rancang masa depanMenerusi Instagram Stories Puteri Sarah memaklumkan kehadiran dia ke sana bukan sekadar untuk melancong Dala...
Pengalaman Jaga Anak Terkena Sakit Tangan Kuku Mulut Hfmd

Pengalaman Jaga Anak Terkena Sakit Tangan Kuku Mulut Hfmd

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 427 hits
Pengalaman Jaga Anak Terkena Sakit Tangan Kuku Mulut HFMDPengalaman Jaga Anak Terkena Sakit Tangan Kuku Mulut HFMD Dulu Ira ada juga dengar cerita dari sedara mara terdekat dan sahabat pasal penyakit kuku tangan mulut hfmd ni tapi masa tu t...
Lepas Makan Terus Exercise Dah Pandai Masak Sendiri Gelagat Anak Amyra Rosli Dipuji

Lepas Makan Terus Exercise Dah Pandai Masak Sendiri Gelagat Anak Amyra Rosli Dipuji

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 175 hits
Anak sulung pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Baharin ini memang lain macam bijaknya Ada sahaja keletahnya di Instagram yang dikongsikan oleh ibu dan ayahnya Rupanya si kecil Afeeq Anaqi tidak kekok berada di dapur dan memasak menu ke...
Si Kembar Tak Kira Pun Terus Jawab Penting Ajar Anak Suka Matematik Dari Bayi Jadikan Rutin

Si Kembar Tak Kira Pun Terus Jawab Penting Ajar Anak Suka Matematik Dari Bayi Jadikan Rutin

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 151 hits
Matematik mungkin menjadi satu matapelajaran yang menyeronokkan bagi sesetengah kanak kanak mungkin juga menjadi satu mimpi ngeri bagi sekelompok kanak kanak yang lain Persepsi ini bergantung kepada keseluruhan penerimaan kanak kanak terseb...
Negara Pendapatan Tinggi Anak Muda Tiada Pekerjaan

Negara Pendapatan Tinggi Anak Muda Tiada Pekerjaan

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 175 hits
Negara pendapatan tinggi anak muda tiada pekerjaan Posted By on May 19 2022Kerajaan BN PN terus menerus memamaikan rakyat dengan mendodoikan mereka dengan harapan palsu bahawa Malaysia akan memperolehi status negara berpendapatan tinggi sed...
Baju Putih Kakak 1 Syawal Sedondon Sebelum Raya Anak Kanser Otak Pergi Jua

Baju Putih Kakak 1 Syawal Sedondon Sebelum Raya Anak Kanser Otak Pergi Jua

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 189 hits
Disaat orang lain gembira menyambut Aidilfitri bersama ahli keluarga Allah uji pasangan suami isteri ini apabila anak sulungnya yang menghidap kanser otak tahap 4 dijemput ilahi pada 1 Syawal lalu Pernah viral ketika Ramadan baru baru ini R...
Saya Kagum Tak Berlengah Terus Bawa Som Nad Zainal Sanggup Travel Jauh Dapatkan Rawatan Ekzema Anak

Saya Kagum Tak Berlengah Terus Bawa Som Nad Zainal Sanggup Travel Jauh Dapatkan Rawatan Ekzema Anak

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 175 hits
Kesusahan berdepan dengan anak yang mempunyai masalah ekzema sememangnya begitu menyulitkan Bimbang dan kesian melihat keadaan anak yang tidak selesa setiap masa Malah mencari ubatan dan rawatan juga perlu serasi dengan kulit anak Inilah ya...
Bossku S Royal Addendum Win Is The End Nigh For The Madani Gov T

Scammers May Hijack Water Supply Barcodes To Steal Your Money Claims Netizen

This Is The Easiest Way To Teach Your Kids Problem Solving Skills

Lupa Kata Laluan Sarawak Pay Username Ini Cara Reset Semula

Bagaimana Amalan Puasa Isnin Khamis Jadikan Hidup Anda Lebih Ringkas Mudah Dan Berjaya

Just Pets Megastore Ioi Mall Damansara

Teaming Up With Pas Could See Umno Kicked Out Of Govt Dr M

Benarkah Panglima Awang Orang Pertama Mengelilingi Dunia


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


1st Khamis On Batik

Family Camping Journey Owl Eagle Drening Campsite Separuh Wild Camping Campers Tegar Kena Datang Sekali

Tanda Tanda Korang Dah Gemuk Jangan Tertipu Lagi

Hassan Karim Hantaran Fb Najib Hina Mahkamah

Mohon Bantuan Kesan Nurkhairah Hawabillah

Pelesenan Mandatori Media Sosial Komitmen Malaysia Perangi Ancaman Dalam Talian