Saya Hanya Fikir Selamatkan Anak Bayi 11 Bulan Nyaris Jadi Tebusan Lelaki Bersenjata Pisau


Seorang bapa berdepan detik cemas apabila anak lelakinya yang berusia 11 bulan nyaris dijadikan tebusan oleh seorang lelaki warga Vietnam bersenjatakan pisau dalam insiden di sebuah pasar raya di Jalan Telaga Air, Sabtu lalu.
Mangsa, Mohammad Solihin Abd Jalil, 32, berkata kejadian berlaku sekitar jam 12.45 tengah hari ketika beliau bersama isteri dan tiga anaknya keluar membeli barang keperluan dapur.
Menurutnya, ketika itu beliau bersama anak sulung dan anak bongsu berada di bahagian pakaian, manakala isterinya bersama seorang lagi anak berada di bahagian barang basah. Suasana masih tenang sebelum beliau terdengar kekecohan dan melihat suspek meluru ke arahnya sambil cuba merampas bayi yang sedang didukung kakaknya.
“Saya hanya fikir mahu selamatkan anak walaupun tahu suspek memegang pisau. Ketika itu saya nampak dia cuba menikam kepala anak saya dengan pisau pemotong,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Tergamam namun bertindak pantas, Solihin yang juga anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) berjaya mendapatkan semula anaknya dengan bantuan beberapa pelanggan lain.
Beliau turut mengalami cedera ringan selepas menadah kepala bagi menghalang serangan, namun bersyukur kerana mata pisau tersebut patah. Orang ramai kemudian berjaya menumpaskan suspek sebelum menyerahkannya kepada pihak berkuasa.
“Nasib baik kakak dia pegang adiknya dengan kuat. Kalau tidak, saya tak tahu apa akan jadi,” katanya lagi.
Namun begitu, Solihin meluahkan rasa kesal kerana pihak pengurusan pasar raya tidak menghubunginya atau bertanya khabar selepas insiden berlaku. Katanya, bayi mereka kini mengalami trauma, mudah terkejut dengan bunyi bising dan sering menangis ketika tidur.
Beliau berharap kejadian seperti ini tidak berulang dan pihak pasar raya meningkatkan tahap keselamatan, khususnya dalam mengendalikan kes pencurian atau tangkapan suspek.
Sementara itu, polis mengesahkan suspek ditahan dan direman empat hari sehingga 13 Ogos bagi siasatan di bawah Seksyen 380, Seksyen 324 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/saya-hanya-fikir-selamatkan-anak-bayi-11-bulan-nyaris-jadi-tebusan-lelaki-bersenjata-pisau/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi 8 Bulan Tak Mahu Makan Bubur Ini Cadangan Dietition Tambah Selera Anak

Bayi 8 Bulan Tak Mahu Makan Bubur Ini Cadangan Dietition Tambah Selera Anak

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 375 hits
Pening dibuatnya bila bayi kecil kita sudah pandai menolak bubur tak mahu makan Apa nak buat Tukarkan menu atau pelbagaikan dengan menu lebih kreatif Menurut Dietetion Pn Fizah Sobri cubalah pelbagaikan menu untuk bayi kerana bayi juga suda...
Hiburan Hasil Ikat Perut Akhirnya Dapat Arwah Zara Simpan Duit 2 Bulan Nak Beli Kasut Kini Hanya Tinggal Kenangan

Hiburan Hasil Ikat Perut Akhirnya Dapat Arwah Zara Simpan Duit 2 Bulan Nak Beli Kasut Kini Hanya Tinggal Kenangan

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 885 hits
Dapat dilihat melalui platform media sosial warganet membanjiri luahan sedih serta rasa marah selepas tular lama milik Allahyarham Zara Qairina tular semula Melalui posting yang dimuat naik pada 5 Disember 2024 itu arwah dilihat meluahkan r...
Bayi 7 Bulan Maut Tengkorak Retak Didera Sejak Sebulan Lalu Polis

Bayi 7 Bulan Maut Tengkorak Retak Didera Sejak Sebulan Lalu Polis

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 358 hits
Bayi 7 bulan maut Tengkorak retak didera sejak sebulan lalu Polis KUALA LUMPUR Polis mengesahkan kematian seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan di sebuah kondominium di Cheras Rabu lalu berpunca daripada penderaan dan penganiayaan bert...
Bayi 7 Bulan Menangis Tanpa Henti Punca Di Dera Ibu Angkat Hingga Maut

Bayi 7 Bulan Menangis Tanpa Henti Punca Di Dera Ibu Angkat Hingga Maut

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 348 hits
Sayunya hati ibu bapa yang membaca Tangisan bayi bukan alasan untuk bertindak kejam Jadikan kisah ini iktibar agar kita tidak alpa menjaga amanah bernama anak kecil Menurut seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan maut dipercayai akibat d...
Ibu Maut Korbankan Nyawa Selamatkan Anak

Ibu Maut Korbankan Nyawa Selamatkan Anak

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 1030 hits
Ibu Maut Korbankan Nyawa Selamatkan Anak Seorang ibu sanggup mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan anak perempuannya Beliau sempat menolak anak itu keluar dari laluan dahan pokok yang tumbang beberapa saat sebelum dirinya sendiri dihempa...
Otot Bayi Kuat Bermula Dengan Tummy Time Latih Anak Dari Awal

Otot Bayi Kuat Bermula Dengan Tummy Time Latih Anak Dari Awal

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 356 hits
Tummy time atau aktiviti meniarap bukan sekadar comel dilihat malah ia adalah asas penting untuk menguatkan otot bayi membantu perkembangan motor dan memberi banyak lagi manfaat luar biasa Aktiviti ringkas ini sebenarnya boleh dilakukan di ...
Rahsia Anak Sihat Bermula Dengan 6 Bulan Pertama Susu Ibu

Rahsia Anak Sihat Bermula Dengan 6 Bulan Pertama Susu Ibu

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 855 hits
Di dalam setiap titis susu ibu tersimpan kasih sayang yang tidak terukur nilainya Ia hadir bersama doa harapan dan kekuatan seorang ibu yang sanggup mengorbankan masa tenaga dan keselesaan demi memberikan yang terbaik buat anak Sempena Ming...
Anak Dibuli Peguam Ini Ajar Ibu Bapa Langkah Selamatkan Mereka Sebelum Terlambat

Anak Dibuli Peguam Ini Ajar Ibu Bapa Langkah Selamatkan Mereka Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 446 hits
Anak dibuli bukan sekadar kisah di sekolah ia boleh meninggalkan trauma yang mendalam merosakkan keyakinan diri dan mengganggu emosi mereka untuk jangka panjang Sebagai ibu bapa kita perlu peka terhadap tanda tanda anak dibuli dan tahu cara...
The Sky Race Merdeka 118 Peluang Eksklusif Daki 2 845 Anak Tangga Sempena Hari Kebangsaan

The Sky Race Merdeka 118 Peluang Eksklusif Daki 2 845 Anak Tangga Sempena Hari Kebangsaan

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 405 hits
Acara mendaki menara paling berprestij di Malaysia kini menjadi kenyataan Fresh Events Asia dengan kerjasama Persatuan Larian Tangga Malaysia secara rasmi mengumumkan penganjuran The Sky Race yang pertama seumpamanya di Merdeka 118 yang bak...
Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Rayhana Oo Rayhana

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Pelajar Dakwa Nampak Kelibat Dipercayai Pocong Di Koridor Kolej