Saya Fikir Dia Gembira Bahagia Apa Yang Terjadi Kepada Lelaki Ini Bukti Yang Depresi Itu Bukan Satu Jenaka


“Saya Fikir Dia Gembira, Bahagia,” Apa Yang Terjadi Kepada Lelaki Ini Bukti Yang ‘Depresi Itu Bukan Satu Jenaka’
Mungkin anda atau orang disekeliling pernah alami depresi namun tidak menyedarinya. Depresi atau kemurungan adalah gangguan mood yang dialami oleh seseorang yang menyebabkan mereka rasa rendah diri, sedih dan hilang minat untuk berbuat apa-apa. Ia merupakan masalah yang dihadapi dalam jangka masa yang panjang secara berterusan.
Menurut fakta, kemurungan ini berlaku lebih kerap kepada wanita berbanding lelaki dan ia dikatakan berpunca dari genetik, biologi, pengaruh sekeliling dan psikososial [1]. Depresi merupakan penyakit mental yang akan mengganggu aktiviti seharian pesakit dan menjejaskan hubungannya dengan orang sekeliling.
Namun masih ramai lagi yang belum sedar tentang hakikat masalah depresi ini. Ada kalangan masyarakat yang kurang cakna isu ini dan hanya menganggap orang yang mengalaminya (depresi) sebagai individu lemah yang tidak mampu berdepan dengan tekanan. Persepsi seperti itu sepatutnya dibuang jauh-jauh.
Seorang influencer, Arwind Kumar mula terkenal di laman Youtube apabila sering memuat naik video kelakar yang berunsur pengajaran. Beliau yang juga dikenali sebagai Mak Cik Rosmah (MCR) pernah dijemput beberapa kali ke rancangan bual bicara. Jika sebelum ini Arwind selalu memuat naik hantaran yang penuh humor, kali ini Arwind tegas menyatakan dalam status di Facebooknya tentang masalah depresi.
Hantarannya itu menjadi tular dan dikongsi lebih dari 6,600 kali oleh pengguna laman terbabit. Menurutnya :
Kemurungan ‘Membunuhnya’
7  Tahun lalu, saya telah jatuh cinta dengan seseorang memiliki keperibadian terindah yang pernah saya jumpa. Semua yang saya ingat tentang kami hanyalah kegembiraan dan gelak ketawa. Dia cukup sempurna, punyai keanggunan dan kehadirannya begitu menyenangkan. Saya fikir, dia bahagia.
2 hari lalu, saya dapat tahu dia ‘tewas’ akibat kemurungan. Saya mulai gementar dan dipengaruhi perasaan takut. Air mata saya mulai jatuh, lalu saya menutup muka dengan bantal dan menjerit sekuat-kuatnya. Saya tertanya-tanya punca ia berlaku, bagaimana dan mengapa?
Bertalu-talu persoalan muncul. Walhal sebelum ini dia kelihatan baik-baik sahaja dan gembira. Namun ternyata saya salah, jiwa dia sebenarnya ‘mati’.
Saya betul-betul membenci diri sendiri, saya sangkakan dia okay tapi sebenarnya tidak. Saya akan jadikan ‘kehilangan’ ini sebagai cahaya untuk menyedarkan dan memberi pengajaran kepada orang ramai.
Akhirnya setelah saya sedar setelah saya bertanya kepada beberapa individu tentang apa yang mereka takutkan.
Akhrinya terbongkar juga kebenaran yang selama ini tersembunyi. Saya tidak pasti berapa ramai lagi yang berada dalam situasi ini. Pemikiran sebegini mula bercambah menjadi benih yang mampu memusnahkan diri dari dalam. Mungkin selama ini misi saya hanya untuk menyembuhkan tapi kini misi untuk menyelamat adalah lebih utama.
Terima kasih, saya akan menganggap pemergian ini sebagai penyuluh kepada saya untuk menyelamatkan orang lain. Saya akan mencuba, sekuat mungkin. Saya mencintai awak, berehatlah sayang dalam cahaya kedamaian.
Tolong Ambil Tahu
Untuk mereka diluar sana, tolong ambik tahu antara satu sama lain. Rajinkan bertanya keadaan diri mereka sama ada mereka benar-benar okay atau tidak. Tanya juka ada ‘sesuatu yang mengganggu’ mereka. Jika ada, bolehkah anda membantu mereka? Hadirkan diri anda,biar mereka rasa anda mengambil berat, hulurkan bantuan jika perlu kepada mereka.
Benarlah kata-kata orang, mereka yang terlihat gembira adalah mereka yang suka menyimpan kedukaan di dalam hati. Mereka mungkin terlihat seakan bahagia namun sebenarnya menderita di dalam.
Depresi bukan satu jenaka, ia bukan perkara kecil malah ia mampu membunuh. Bercakaplah, luahkan kepada seseorang. Jangan biar depresi menjadi punca kebinasaan anda.
Rujukan
[1] Markus MacGill. (2017). Sumber dicapai dari What is Depression And What Can I Do About It? pada 16 April 2019.
Sumber : Arwind Kumar
The post “Saya Fikir Dia Gembira, Bahagia,” Apa Yang Terjadi Kepada Lelaki Ini Bukti Yang ‘Depresi Itu Bukan Satu Jenaka’ appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/saya-fikir-dia-gembira-bahagia-apa-yang-terjadi-kepada-lelaki-ini-bukti-yang-depresi-itu-bukan-satu-jenaka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukti Kalau Hotman Paris Itu Kembaran Harry Styles Hmm Siapa Yang Niru Siapa Nih

Bukti Kalau Hotman Paris Itu Kembaran Harry Styles Hmm Siapa Yang Niru Siapa Nih

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 255 hits
Mulai dari pakaian kekayaan hingga lesung pipi dua abang ini jadi favorit warganet nih
Hana Azraa Satu Hari Nanti Anda Akan Menyesal Wardina Safiyyah

Hana Azraa Satu Hari Nanti Anda Akan Menyesal Wardina Safiyyah

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 865 hits
Kes seorang pemegang gelaran PU menceraikan isterinya yang sedang sarat hamil mengejutkan banyak pihak Hana Azraa satu hari nanti anda akan menyesal Wardina Safiyyah
Beli Kedai Roti Dapat Satu Bandar

Beli Kedai Roti Dapat Satu Bandar

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 466 hits
Mahathirisma istilah yang pernah menjadi sangat popular pada satu ketika dahulu Konsep Mahathirisma inilah yang menyebabkan Malaysia kehilangan lebih kurang RM200 bilion selama 22 tahun semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pe...
Satu Tahun Sys Ns Meninggal Sang Istri Kembali Menikah Dengan Cinta Pertamanya Saat Sma

Satu Tahun Sys Ns Meninggal Sang Istri Kembali Menikah Dengan Cinta Pertamanya Saat Sma

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 327 hits
Sama sama ditinggal mati pasangan mereka cinta semasa SMA antara Syaiful dan Santy kembali disatukan saat ini Caption nya so sweet
Salam Satu Penggal Bandar Auta Malaysia

Salam Satu Penggal Bandar Auta Malaysia

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 414 hits
Jahat betul Najib Tiba tiba Dulu percaya kata ECRL dan Bandar Malaysia diguna Najib untuk dapatkan China bayar hutang 1MDB Takkanlah tak tahu dan siasat bukan syarikat kroni Sekarang jadi kroni boleh pula Antara broker jadi penyambung kepad...
3 Situasi Orang Belum Kahwin Anda Yang Mana Satu

3 Situasi Orang Belum Kahwin Anda Yang Mana Satu

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 395 hits
Hi semua Hari ni saya nak cerita pasal kahwin Cerita ringkas yang ramai orang suka tentang kahwin Memang seronok kalau nak kahwin ni Sementara nak menunggu hari di akad kan tu berdebar campur tak sabar campur seronok Boleh bayang tak rasa d...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025