Saya Elak Konfrontasi Dengan Pemimpin Asing Najib


Syahril A. Kadir Temubual Malaysia Gazette bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kediamannya di Jalan Duta, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan yang beliau tidak suka mengambil pendekatan berkonfrontasi dengan pemimpin- pemimpin negara asing.
Ternyata cara itu, kata Najib, banyak memudahkan beliau ketika berurusan dengan mereka terutama bila melibatkan kepentingan rakyat di negara ini.
Menurut Najib, sewaktu menjawat jawatan Perdana Menteri, seringkali beliau dan rakan sejawatnya di negara lain tidak bersependapat dalam beberapa isu namun ia tidak sampai ke peringkat berseteru.
“Saya tidak ambil sikap berkonfrontasi dengan mereka macam orang lain, saya ambil langkah dan pendekatan berbuat baik walaupun kita tidak bersetuju.
“Kalau kita tidak bersetuju, kita tidak semestinya harus menyakiti hati orang, mungkin dalam 10 perkara, kita tidak bersetuju dengan tiga perkara…tapi tujuh lagi kita bersetuju.
“Takkan kerana dua tiga perkara yang kita tidak bersetuju, kita nak berbalah dengan dia,” kata Najib.

Beliau berkata demikian dalam wawancara eksklusif program Owh!MG terbitan Malaysia Gazette di sini baru-baru ini.
Menurutnya, setiap kali bila ada satu-satu lawatan, perjumpaan dan rundingan antara pemimpin, beliau cuba membentuk persefahaman di sebalik perbezaan pandangan terhadap satu-satu isu.
Mungkin ini, kata Najib, membuatkan ramai pemimpin dunia senang berurusan dengannya sewaktu beliau menjawat jawatan Perdana Menteri.
Beliau memberi contoh bagaimana hubungan baiknya dengan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
“Bila berlakunya gerakan ‘Arab Spring’, pelajar-pelajar kita terkandas di Mesir, ibu bapa mereka bimbang dengan keadaan anak-anak mereka, selamat ke tak selamat.

“Saya dapat berhubung dengan Raja Abdullah masa itu, lalu Arab Saudi telah menghantar kapal terbang mereka untuk digunakan bagi membawa balik pelajar-pelajar kita dan mereka ini turun di Jeddah tanpa memerlukan visa untuk sementara waktu sebelum diterbangkan balik ke Malaysia
“Arab Saudi bagi pesawat Boeing 747 mereka itu tanpa mengenakan bayaran kepada Malaysia, cuba kalau saya tak ada hubungan baik dengan Raja Abdullah, tentu tak dapat, pelajar-pelajar kita tadi mungkin akan terkandas jauh lebih lama, itu satu contoh hubungan baik, hubungan peribadi saya dengan pemimpin dunia,” kata Najib.
Begitu juga, katanya, dalam kes pesawat MAS MH370 yang hilang sewaktu dalam penerbangan ke Beijing, China.
Kata Najib, beliau secara peribadi telah menelefon kepada ramai ketua-ketua kerajaan meminta agar mereka membantu Malaysia untuk mengesan pesawat yang hilang itu.
Temubual Malaysia Gazette bersama bekas Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kediamannya
di Jalan Duta, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL“Dalam kes MH370 ini saya puas hati kerana berjaya mewujudkan ‘coalition’ di antara 28 buah negara, mereka membantu kita menyiasat kapal terbang ini untuk mengetahui di mana ia jatuh.
“Saya sendiri menelefon ketua-ketua kerajaan minta tolong dan sebagainya, ada negara yang memberikan pertolongan yang cukup luar biasa dalam hal MH370.
“Perdana Menteri Australia, Tony Abbot sebagai contoh, telah bersungguh-sungguh membantu kita, tidak ada negara yang menolak tetapi apakan daya kapal terbang itu telah sampai ke satu kawasan yang tiada pengawasan radar, walaupun kita dah belanja beratus juta tetapi akhirnya tetap tidak dapat jumpa,” katanya. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/saya-elak-konfrontasi-dengan-pemimpin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elak Mentaliti Abang Besar Kata Bekas Pemimpin Pas

Elak Mentaliti Abang Besar Kata Bekas Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 252 hits
PETALING JAYA Bekas setiausaha agung PAS Mustafa Ali mengingatkan Umno supaya mengelak dari dihinggap mentaliti abang besar atau big brother mentality walaupun ia memiliki kerusi paling banyak berbanding parti lain dalam Perikatan Nasional ...
Video Ini Untuk Macai Ph Bodoh Nak Faham Kes Anak Tiri Ds Najib

Video Ini Untuk Macai Ph Bodoh Nak Faham Kes Anak Tiri Ds Najib

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 341 hits
Adakah Anak Tiri DS Najib Razak seorang pencuri Adakah ayahanda Tun betul betul tertanya Mantan Peguam Negara dan Peguam Negara sekarang siapa yang menipu tontonlah ULASAN APEK CINA episod ini analisa mengenai Kes Anak Tiri bossku Riza Aziz...
Rahsia Najib Dapat Following Fb Yang Begitu Besar Terdedah

Rahsia Najib Dapat Following Fb Yang Begitu Besar Terdedah

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 353 hits
MAHKAMAH ISRAEL DEDAH BAGAIMANA RAKYAT MALAYSIA TERTIPU OLEH PERANG SIBER REJIM NAJIBSaya tertarik dengan pendedahan oleh akhbar ekonomi terulung Israel Calcalist yang membongkar tanpa ragu lagi penggunaan sistem risikan siber yang dikendal...
Hubungan Najib Dan Syarikat Israel Kerajaan Pn Perlu Siasat Segera

Hubungan Najib Dan Syarikat Israel Kerajaan Pn Perlu Siasat Segera

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 614 hits
Oleh FAIZ FADZIL Laporan media Israel Calcalist pada 28 Mei 2020 mendedahkan bahawa rejim Najib Razak pada April 2018 telah menjalankan transaksi komersial bernilai US 1 5 juta dengan syarikat Israel Senpai Technologies Ltd Merujuk dokumen ...
Huge Bump Up For Najib S Ex Officer In Selangor Bn

Huge Bump Up For Najib S Ex Officer In Selangor Bn

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 297 hits
Isham Jalil best known for being a special officer to then prime minister Najib Abdul Razak has been appointed as the Selangor BN information chief In a Facebook post Isham said he was informed of this in a letter by the Selangor BN leaders...
Is Najib S Regime The Israeli Fake Account Factory Asks Pkr S Fazly

Is Najib S Regime The Israeli Fake Account Factory Asks Pkr S Fazly

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 689 hits
DOES the flood of fake accounts spewing political propaganda on social media owe its existence to Najib Razak s ties to Israeli cybersecurity operative Senpai These are among the pertinent questions that former Prime Minister Najib needs to...
Najib Dr M Can T Fight Ppbm Because Of His Own Past

Najib Dr M Can T Fight Ppbm Because Of His Own Past

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 265 hits
Dr Mahathir Mohamad in the PPBM chairman s office on Friday He insists he is still party chairman PETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad will be unable to challenge PPBM s decision to terminate his membership because of a law that Mahathir himse...
Isu Cabar Keputusan Bersatu Mahathir Terkena Perangkap Sendiri Kata Najib

Isu Cabar Keputusan Bersatu Mahathir Terkena Perangkap Sendiri Kata Najib

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 304 hits
PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak yakin Dr Mahathir Mohamad tidak akan membawa isu melibatkan keahliannya dalam PPBM ke mahkamah kerana tahu ia tidak akan memperoleh manfaat susulan tindakannya semasa menjawat tugas sebagai pe...
Najib Langgan Sistem Risikan Dari Israel

Najib Langgan Sistem Risikan Dari Israel

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 258 hits
Tamrin Tun Ghafar ULASAN Belum lagi reda malah suhu makin hari makin bertambah panas keadaan politik negara khususnya Parti BERSATU dan kedudukan Muhyiddin sendiri selaku Perdana Menteri PINTU BELAKANG tiba tiba kita dikejutkan dengan satu ...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte