Saya Dituduh Nusyuz Tanpa Sebab Munasabah Fatin Tampil Pertahankan Diri Dakwa Dizalimi Daie Farhan



Sejak malam tadi, netizen heboh dengan berita Daie Farhan menceraikan isteri pertamanya dengan kiriman voice note di WhatsApp. Ada yang terkejut, tidak kurang juga bersimpati kerana wanita yang diceraikannya itu dengan talak satu, sedang hamil. 
Alasan bercerai adalah kerana si isteri dituduh nusyuz dan memfitnahnya. Tetapi bagi Fatin Nurul Ain, dia menerima takdirnya itu dengan sepenuh hati dan dalam kenyataan yang baru dikongsikannya di Facebook sebentar tadi, menafikan dakwaan Daie Farhan. 
JANGAN SEGERA MENGHUKUM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi

1. Kita merancang, Allah juga merancang, sebaik-baik perancangan ialah perancangan dari Allah. DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya

2. Alhamdulillah, Allah memberikan kekuatan pada diri saya untuk menerima ketentuan dari Allah ini iaitu bahtera rumahtangga yang dibina kerana Allah dan restu ibu bapa pada 19 February 2015 berakhir dengan lafaz talak satu melalui audio aplikasi WhatApps pada 3 December 2019

3. Saya menerima takdir ini dengan sepenuh hati walaupun secara fitrahnya tiada isteri yang juga bergelar ibu berkehendak perkara ini terjadi lebih-lebih lagi sebelumnya saya menerima kehadiran orang ke-3 dalam hidup keluarga kami

4. Tulisan saya kali ini bukan untuk menyatakan perasaan saya atau untuk menagih simpati sesiapa kerana saya sentiasa bergantung harap pada Allah dan keluarga saya yang sentiasa berdiri teguh dibelakang saya. Namun, tulisan kali ini bertujuan untuk mempertahankan maruah saya dan juga keluarga saya bila mana saya didakwa menjadi isteri yang nusyuz

5. Seorang isteri dikira nusyuz apabila ingkar atau menderharkai suaminya tanpa sebab munasabah. Dan seorang suami juga dikira nusyuz apabila melakukan kezaliman terhadap isteri. Justeru, berdasarkan definisi ini, saya ingin nyatakan tiada pun tindakan saya yang boleh mengatakan bahawa saya ini nusyuz

6. Amat berat untuk saya menerima dakwaan seperti ini begitu juga ahli keluarga yang lain kerana ianya mencemar maruah seorang wanita

7. Jika benar ingin menyatakan saya nusyuz eloklah membawa kes dengan mengemukakan tuntutan di Mahkamah Syariah atau Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam bagi mensabitkan seorang isteri itu nusyuz. Biarlah pihak berautoriti yang mengadili. Mahkamah akan mendengar penjelasan dari kedua-dua pihak. Bukan hanya satu pihak membuat dakwaan dan terus membuat hukuman sesuka hati

8. Untuk makluman, bagi tuntutan sabitan nusyuz yang difailkam dengan alasan isteri tidak mentaati suami, pihak mahkamah terlebih dahulu akan mengeluarkan perintah kembali taat dalam tempoh yang sesuai kepada pihak isteri. Jika tempoh masa yang diberikan itu berakhir tetapi isteri masih tidak menuruti perintah mahkamah itu, barulah mahkamah mengistiharkan atau mensabitkan isteri itu nusyuz

9. Amat malang bagi diri saya, kerana saya menerima hukuman "nusyuz" ini tanpa melalui proses pengadilan yang sepatutnya dan saya terpaksa berhadapan dengan respon masyarakat yang pelbagai

10. Soal saya diceraikan, itu bukanlah perkara yang ingin saya fokuskan kerana sudah takdir jodoh kami sampai di sini. Namun, saya berharap dengan tulisan saya ini dapat sedikit sebanyak mengubati hati keluarga saya yang tidak mampu melihat anak atau kakak mereka dimalukan dengan dakwaan berat (nusyuz) ini sehingga diceraikan tanpa bertentang mata dan melalui saluran mahkamah yang sepatutnya

11. Berkenaan report polis yang dibuat oleh saya atas nasihat ahli keluarga biarlah pihak polis yang menguruskannya. Segala laporan tersebut saya sendiri yang menyatakannya kerana sayalah orang yang mengalami dan melaluinya. Merasa diri terancam dan perasaan takut serta rasa selamat telah hilang menyebabkan saya menerima saranan dari keluarga untuk membuat laporan polis. Laporan tersebut bukan untuk menghukum tetapi untuk keselamatan diri saya

12. Saya sedar, keadaan berlaku ini banyak mencalar imej saya dan bekas suami serta ahli keluarga. Namun, kami perlu menerimanya sebagai ujian dari Allah ini. Siapakah yang berkehendak untuk menjadi perhatian masyarakat dalam hal seperti ini. Apa yang telah berlaku, biarkanlah berlalu dan yang akan datang itulah perkara yang perlu saya fokuskan kerana hidup saya tidak berakhir dengan berakhirnya episod perkahwinan saya ini setelah hadirnya wanita kaabah dalam hidup bekas suami saya. Saya doakan semoga mereka berbahagia selamanya

13.Bekas suami saya adalah walid kepada anak saya. Saya mohon janganlah diaibkan atau diperlakukan sama ada melalui perkataan atau apa tindakan sekali pun yang boleh mencemar imej seorang ayah pada anak saya. Biarlah pihak keluarga kami uruskan dengan tenang tanpa mendapat perhatian media dan dari semua pihak. Bagi kami masa untuk menyelesaikannya dengan cara yang baik

14. Kes yang berlaku ini, tidaklah menghilangkan kebaikan bekas suami saya sebelum ini. Saya tidak mahu memburukkan atau menyalahkan sesiapa. Hal berlaku ini adalah ujian buat diri saya dan keluarga saya. InshaaAllah kami akan harungi dengan bergantung penuh pengharapan kepada Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengasihi

15. Nasihat saya buat para isteri di luar sana, peliharalah keluarga kita dengan berbekalkan iman dan taqwa. Hanya dengan berbekalkan iman dan taqwa Allah akan memelihara bahtera rumahtangga kita agar sentiasa berada dalam keadaan mawaddah, sakinah dan saadah. Mungkin ujian saya hadapi ini untuk saya fokus mengkuhkan iman dan taqwa dalam diri saya

16. Ambillah kisah saya ini untuk dijadikan pengajaran bukan untuk diserang atau dihina dan sebagainya. Hanya pada Allah saya bertawakal dan inshaaAllah akan terus berusaha mempertahankan hak saya

Yang Benar,(Fatin Nurul Ain)4 December 2019
Sumber: Fnama Fatin
LAPORAN BERKAITAN'Daie Farhan ceraikan 'Fatin' (isteri pertama) kerana nusyuz & memfitnahnya' - Sumber

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2019/12/saya-dituduh-nusyuz-tanpa-sebab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daie Farhan Ceraikan Fatin Kerana Nusyuz Memfitnahnya Sumber

Daie Farhan Ceraikan Fatin Kerana Nusyuz Memfitnahnya Sumber

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 613 hits
https ift tt 37XJfhf Dituduh kerana nusyuz dan memfitnah suami wanita ini diceraikan dengan talak satu oleh suaminya yang juga dikenali sebagai pendakwah bebas dari rancangan realiti agama tempatan Lebih menyedihkan lagi ketika talak itu di...
Dituduh Nusyuz Pada Dai Farhan Saya Akan Buktikan Di Mahkamah Kata Fatin

Dituduh Nusyuz Pada Dai Farhan Saya Akan Buktikan Di Mahkamah Kata Fatin

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 612 hits
SOSMED Tak perlu kecam bekas suami saya kerana dia adalah bapa kepada anak anak saya demikianlah rayuan Fatin yang juga bekas isteri pertama kepada Dai Farhan di Faceabook semalam Masalah rumahtangga harus diselesaikan dikalangan yang terli...
Tuduhan Nusyuz Terlalu Berat Isteri Da I Farhan Sedih Dituduh Derhaka Sehingga Diceraikan

Tuduhan Nusyuz Terlalu Berat Isteri Da I Farhan Sedih Dituduh Derhaka Sehingga Diceraikan

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 1404 hits
Susulan kontroversi Da i Nik Farhan didakwa menceraikan isteri pertamanya yang sedang hamil tujuh bulan dituduh derhaka serta nusyuz menerusi rakaman audio pada aplikasi WhatsApp BACA Tidak mahu mendiamkan perkara yang sebenar bekas isterin...
Takkan Bayar Rm10 000 Kenari Dollar Sudah Licin Rakan Baik Fatin Tuntut Farhan Mohon Maaf Secara Terbuka

Takkan Bayar Rm10 000 Kenari Dollar Sudah Licin Rakan Baik Fatin Tuntut Farhan Mohon Maaf Secara Terbuka

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 572 hits
The ReporterKisah mereka belum pun reda diperkatakan Pelbagai spekulasi dan juga pendedahan makin tersebar mengenai pasangan yang digelar aura ke 19 Sebelum ini Dai Farhan dikatakan telah membuat laporan polis dan tuntutan saman terhadap ra...
Sudah Sudahlah Menipu Wahai Ustazah Fatin Farhan Kesal Difitnah Kongsi Cerita Sebenar

Sudah Sudahlah Menipu Wahai Ustazah Fatin Farhan Kesal Difitnah Kongsi Cerita Sebenar

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 682 hits
Isu yang membabitkan Farhan dan Fatin masih lagi menjadi perhatian netizen dan terbaru Farhan meluahkan rasa kesalnya difitnah oleh Fatin Malah dia meminta wanita yang pernah mengisi ruang hatinya itu untuk berhenti menipu kononnya dia mang...
Bekas Isteri Da I Farhan Dakwa Ditolak Dicakar Ditampar

Bekas Isteri Da I Farhan Dakwa Ditolak Dicakar Ditampar

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 472 hits
Sebelum ini seorang peguam mendedahkan pergolakan rumah tangga Da i Nik Farhan bahawa pendakwah itu sudah menceraikan isteri pertamanya Fatin Nurul Ain Malah The post appeared first on
Wanita Ini Tulis Surat Terbuka Untuk Daie Farhan Kerana Jual Agama

Wanita Ini Tulis Surat Terbuka Untuk Daie Farhan Kerana Jual Agama

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 589 hits
Oleh Surat Terbuka Buat Daie F Salamun Alaikum wa Alaina salam Firstly congrats for you Encik F isteri ke 2 yang TIDAK Di REDHAI oleh isteri 1 dan SELURUH AHLI KELUARGA Sebelum tu saya rasa terpanggil untuk membuat status TERBUKA sebab apa ...
Isteri Baru Buka Mulut Pertahankan Da I Farhan

Isteri Baru Buka Mulut Pertahankan Da I Farhan

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 668 hits
Kontroversi rumah tangga Da i Farhan hangat diperkatakan apabila pendakwah itu mengakui sudah pun menceraikan isteri pertamanya yang sedang sarat hamil dengan talak The post appeared first on
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Skill Up Steam Curator


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation