Dituduh Nusyuz Pada Dai Farhan Saya Akan Buktikan Di Mahkamah Kata Fatin


SOSMED | "Tak perlu kecam bekas suami saya kerana dia adalah bapa kepada anak-anak saya," demikianlah rayuan Fatin yang juga bekas isteri pertama kepada Dai' Farhan di Faceabook semalam. Masalah rumahtangga harus diselesaikan dikalangan yang terlibat dan bukannya orang luar, jelasnya lagi.


Menurut Fatin meskipun perkahwinannya telah berakhir, hidupnya belum berakhir dan beliau tidak mahu imej Farhan sebagai bapa dirosakkan di mata anak-anaknya.

Malahan Fatin turut mendoakan kebahagian rumahtangga kedua bekas suaminya dengan isteri baru.

Bagi Fatin kisahnya itu perlu dijadikan pengajaran dan iktibar bagi masyarakat diluar sana. Tidak mahu memanjangkan cerita, Fatin juga katanya bersedia untuk membuktikan di mahkamah dakwaan nusyuz yang dituduh ke atasnya dan menafikan beliau telah nusyuz.

Terdahulu, kisah Fatin & Farhan menjadi sensasi di laman sosial berikutan seorang wanita yang dikenali sebagai Chess Al Maliki mendedahkan hal itu di Facebooknya.

Menurut Chess Al Maliki, Fatin yang juga rakannya menjadi mangsa si penjual agama (merujuk kepada sikap Dai Farhan) dimana lelaki itu berkahwin dua di Kaabah tanpa pengetahuan isteri pertamanya yang sedang sarat mengandung.

Dua hari kemudian, Fatin membalas tulisan tular itu dengan berharap masyarakat tidak lagi menilai kisah rumahtangganya dan dirinya juga telah nenerima tindakan Farhan. Namun kenyataan Fatin itu telah lenyap di Facebooknya secara tiba-tiba.

Selang beberapa hari, peguam kontroversi Asiah Abd Jalil mendedahkan Fatin telah diceraikan atas alasan nusyuz dengan menggunakan voice note WhatsApp sahaja.

Farhan juga dikatakan berada di China ketika ini bersama isteri barunya.

Berikut adalah kandungan surat terbuka itu;

JANGAN SEGERA MENGHUKUM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi.

1. Kita merancang, Allah juga merancang, sebaik-baik perancangan ialah perancangan dari Allah. DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.

2. Alhamdulillah, Allah memberikan kekuatan pada diri saya untuk menerima ketentuan dari Allah ini iaitu bahtera rumahtangga yang dibina kerana Allah dan restu ibu bapa pada 19 February 2015 berakhir dengan lafaz talak satu melalui audio aplikasi WhatApps pada 3 December 2019.

3. Saya menerima takdir ini dengan sepenuh hati walaupun secara fitrahnya tiada isteri yang juga bergelar ibu berkehendak perkara ini terjadi lebih-lebih lagi sebelumnya saya menerima kehadiran orang ke-3 dalam hidup keluarga kami.

4. Tulisan saya kali ini bukan untuk menyatakan perasaan saya atau untuk menagih simpati sesiapa kerana saya sentiasa bergantung harap pada Allah dan keluarga saya yang sentiasa berdiri teguh dibelakang saya. Namun, tulisan kali ini bertujuan untuk mempertahankan maruah saya dan juga keluarga saya bila mana saya didakwa menjadi isteri yang nusyuz.

5. Seorang isteri dikira nusyuz apabila ingkar atau menderharkai suaminya tanpa sebab munasabah. Dan seorang suami juga dikira nusyuz apabila melakukan kezaliman terhadap isteri. Justeru, berdasarkan definisi ini, saya ingin nyatakan tiada pun tindakan saya yang boleh mengatakan bahawa saya ini nusyuz.

6. Amat berat untuk saya menerima dakwaan seperti ini begitu juga ahli keluarga yang lain kerana ianya mencemar maruah seorang wanita.

7. Jika benar ingin menyatakan saya nusyuz eloklah membawa kes dengan mengemukakan tuntutan di Mahkamah Syariah atau  Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam bagi mensabitkan seorang isteri itu nusyuz. Biarlah pihak berautoriti yang mengadili. Mahkamah akan mendengar penjelasan dari kedua-dua pihak. Bukan hanya satu pihak membuat dakwaan dan terus membuat hukuman sesuka hati.

8. Untuk makluman, bagi tuntutan sabitan nusyuz yang difailkam dengan alasan isteri tidak mentaati suami, pihak mahkamah terlebih dahulu akan mengeluarkan perintah kembali taat dalam tempoh yang sesuai kepada pihak isteri. Jika tempoh masa yang diberikan itu berakhir tetapi isteri masih tidak menuruti perintah mahkamah itu, barulah mahkamah mengistiharkan atau mensabitkan isteri itu nusyuz.

9. Amat malang bagi diri saya, kerana saya menerima hukuman "nusyuz" ini tanpa melalui proses pengadilan yang sepatutnya dan saya terpaksa berhadapan dengan respon masyarakat yang pelbagai.

10. Soal saya diceraikan, itu bukanlah perkara yang ingin saya fokuskan kerana sudah takdir jodoh kami sampai di sini. Namun, saya berharap dengan tulisan saya ini dapat sedikit sebanyak mengubati hati keluarga saya yang tidak mampu melihat anak atau kakak mereka dimalukan dengan dakwaan berat (nusyuz) ini sehingga diceraikan tanpa bertentang mata dan melalui saluran mahkamah yang sepatutnya.

11. Berkenaan report polis yang dibuat oleh saya atas nasihat ahli keluarga biarlah pihak polis yang menguruskannya. Segala laporan tersebut saya sendiri yang menyatakannya kerana sayalah orang yang mengalami dan melaluinya. Merasa diri terancam dan perasaan takut serta rasa selamat telah hilang menyebabkan saya menerima saranan dari keluarga untuk membuat laporan polis. Laporan tersebut bukan untuk menghukum tetapi untuk keselamatan diri saya.

12. Saya sedar, keadaan berlaku ini banyak mencalar imej saya dan bekas suami serta ahli keluarga. Namun, kami perlu menerimanya sebagai ujian dari Allah ini. Siapakah yang berkehendak untuk menjadi perhatian masyarakat dalam hal seperti ini. Apa yang telah berlaku, biarkanlah berlalu dan yang akan datang itulah perkara yang perlu saya fokuskan kerana hidup saya tidak berakhir dengan berakhirnya episod perkahwinan saya ini setelah hadirnya wanita kaabah dalam hidup bekas suami saya. Saya doakan semoga mereka berbahagia selamanya.

13.Bekas suami saya adalah walid kepada anak saya. Saya mohon janganlah diaibkan atau diperlakukan sama ada melalui perkataan atau apa tindakan sekali pun yang boleh mencemar imej seorang ayah pada anak saya. Biarlah pihak keluarga kami uruskan dengan tenang tanpa mendapat perhatian media dan dari semua pihak. Bagi kami masa untuk menyelesaikannya dengan cara yang baik.

14. Kes yang berlaku ini, tidaklah menghilangkan kebaikan bekas suami saya sebelum ini. Saya tidak mahu memburukkan atau menyalahkan sesiapa. Hal berlaku ini adalah ujian buat diri saya dan keluarga saya. InshaaAllah kami akan harungi dengan bergantung penuh pengharapan kepada Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengasihi.

15. Nasihat saya buat para isteri di luar sana, peliharalah keluarga kita dengan berbekalkan iman dan taqwa. Hanya dengan berbekalkan iman dan taqwa Allah akan memelihara bahtera rumahtangga kita agar sentiasa berada dalam keadaan mawaddah, sakinah dan saadah. Mungkin ujian saya hadapi ini untuk saya fokus mengkuhkan iman dan taqwa dalam diri saya.

16. Ambillah kisah saya ini untuk dijadikan pengajaran bukan untuk diserang atau dihina dan sebagainya. Hanya pada Allah saya bertawakal dan inshaaAllah akan terus berusaha mempertahankan hak saya.

Yang Benar,
(Fatin Nurul Ain )
4 December 2019

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/12/dituduh-nusyuz-pada-dai-farhan-saya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Dituduh Nusyuz Tanpa Sebab Munasabah Fatin Tampil Pertahankan Diri Dakwa Dizalimi Daie Farhan

Saya Dituduh Nusyuz Tanpa Sebab Munasabah Fatin Tampil Pertahankan Diri Dakwa Dizalimi Daie Farhan

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 581 hits
Sejak malam tadi netizen heboh dengan berita Daie Farhan menceraikan isteri pertamanya dengan kiriman voice note di WhatsApp Ada yang terkejut tidak kurang juga bersimpati kerana wanita yang diceraikannya itu dengan talak satu sedang hamil ...
Tuduhan Nusyuz Terlalu Berat Isteri Da I Farhan Sedih Dituduh Derhaka Sehingga Diceraikan

Tuduhan Nusyuz Terlalu Berat Isteri Da I Farhan Sedih Dituduh Derhaka Sehingga Diceraikan

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 1403 hits
Susulan kontroversi Da i Nik Farhan didakwa menceraikan isteri pertamanya yang sedang hamil tujuh bulan dituduh derhaka serta nusyuz menerusi rakaman audio pada aplikasi WhatsApp BACA Tidak mahu mendiamkan perkara yang sebenar bekas isterin...
Daie Farhan Ceraikan Fatin Kerana Nusyuz Memfitnahnya Sumber

Daie Farhan Ceraikan Fatin Kerana Nusyuz Memfitnahnya Sumber

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 612 hits
https ift tt 37XJfhf Dituduh kerana nusyuz dan memfitnah suami wanita ini diceraikan dengan talak satu oleh suaminya yang juga dikenali sebagai pendakwah bebas dari rancangan realiti agama tempatan Lebih menyedihkan lagi ketika talak itu di...
Dai Farhan Cerai Isteri Pertama Berbulan Madu Dengan Isteri Kaabah Di China

Dai Farhan Cerai Isteri Pertama Berbulan Madu Dengan Isteri Kaabah Di China

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 1444 hits
Belum pun habis troll masyarakat mengenai angka 18 membawa ke 19 yang menjadi jenaka di kalangan masyarakat selepas Dai Nik Ahmad Farhan memaklumkan pintu hatinya terbuka untuk beristeri dua kerana pertemuan itu berlaku di Kaabah dan diberi...
Dndam Sampai Mer0yan Viraikan Fltnah Dai Farhan Jawab Isu Surat Terbuka Kahwin Janda Anak 8

Dndam Sampai Mer0yan Viraikan Fltnah Dai Farhan Jawab Isu Surat Terbuka Kahwin Janda Anak 8

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 1705 hits
Pendakwah bebas Dai Farhan baru baru ini telah mengumumkan telah mengahwini seorang wanita yang berstatus ibu tunggal anak lapan di Tanah Suci Mekah Dndam Sampai Mer0yan ViraIkan Fltnah Dai Farhan Jawab Isu Surat Terbuka Kahwin Janda Anak 8
Wanita Itu Menfitnah Kerana Saya Larang Isteri Ambil Asb Financing Dan Beli Rumah Dari Dia Dai E Farhan

Wanita Itu Menfitnah Kerana Saya Larang Isteri Ambil Asb Financing Dan Beli Rumah Dari Dia Dai E Farhan

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 944 hits
SOSMED Semalam seorang wanita yang dikenali sebagai Ches Al Maliki telah menulis satu surat terbuka yang ditujukan khas buat Daie Farhan di Facebooknya Menurut wanita itu Daie Farhan adalah ustaz yang menunggang agama untuk kepentingannya s...
1 Lagi Lapisan Mahkamah Syariah Perlu Wujud Kata Ketua Hakim Syarie

1 Lagi Lapisan Mahkamah Syariah Perlu Wujud Kata Ketua Hakim Syarie

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 213 hits
MELAKA Satu lagi lapisan Mahkamah Syariah perlu diwujudkan di negara ini bagi memastikan proses keadilan dilaksanakan dengan baik sekali gus memperkukuh bidang kuasa institusi perundangan Islam itu pada masa depan Ketua Hakim Syarie Jabatan...
Sudah Sudahlah Menipu Wahai Ustazah Fatin Farhan Kesal Difitnah Kongsi Cerita Sebenar

Sudah Sudahlah Menipu Wahai Ustazah Fatin Farhan Kesal Difitnah Kongsi Cerita Sebenar

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 681 hits
Isu yang membabitkan Farhan dan Fatin masih lagi menjadi perhatian netizen dan terbaru Farhan meluahkan rasa kesalnya difitnah oleh Fatin Malah dia meminta wanita yang pernah mengisi ruang hatinya itu untuk berhenti menipu kononnya dia mang...
Takkan Bayar Rm10 000 Kenari Dollar Sudah Licin Rakan Baik Fatin Tuntut Farhan Mohon Maaf Secara Terbuka

Takkan Bayar Rm10 000 Kenari Dollar Sudah Licin Rakan Baik Fatin Tuntut Farhan Mohon Maaf Secara Terbuka

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 571 hits
The ReporterKisah mereka belum pun reda diperkatakan Pelbagai spekulasi dan juga pendedahan makin tersebar mengenai pasangan yang digelar aura ke 19 Sebelum ini Dai Farhan dikatakan telah membuat laporan polis dan tuntutan saman terhadap ra...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization