Dik Kau Boleh Nampak Kan Cuba Suluh Tepi Busut Tu Itu Ke Benda Tu Dua Beradik Didatangi Pocong Ketika Memancing


The Reporter



Setiap orang mempunyai pengalaman paranormal/mistik masing-masing. Ini sekadar perkongsian sahaja. Bagi yang lemah semangat, anda tidak digalakkan untuk terus membaca. 


Kejadian berlaku pada tahun 2021. Ketika itu aku berusia dalam lingkungan belasan tahun dan masih bersekolah. Kisah ini bermula di mana sewaktu aku menemani abang aku pergi mengangkat pancing yang ditinggalkan pada waktu petang. Di tempat aku, kitorang panggil menajo. Di tempat lain, tak tahulah. 


Kitorang pergi lebih kurang dalam jam 10 malam kalau tak silap. Abang tak nak ambil pancing pada keesokan hari sebab dia kata tak ada orang nak angkat, takut biawak atau ular yang sangkut. Lagipun, dia kerja. Lalu dia ajak aku temankan dia.


Sampai di lokasi, kitorang pun suluh ke tempat menajo ditinggalkan. Aku tanya dia masa tu, "Bang Im, berapa batang tajo dipasang?". Dia kata, "Alaa tak banyak pun, 23 batang je". Dalam hati aku, "eh eh orang tua ni, bukan sikit 23 batang". Selepas tu aku tanya lagi, "nanti tajo tu nak kena bawa balik semua ke?". Dia jawab, "Otak kau, potong tali je, batang tinggallah". Aku pun ketawa. 


Kitorang mula periksa tajo tu satu demi satu. Majoriti tajo kena dan yang tak kena pun lebih kurang 4-5 batang macam tu. Kitorang suka la sebab banyak ikan yang lekat kan. Majoriti ikan keli kampung. Fuh! Siapa yang tak suka keli kampung, buat sambal lada api kan? Memang menyengat la. 


Malam itu kitorang dapat ikan keli, baung, lampam, haruan, puyu/betok. Selepas selesai kutip ikan, kitorang terdengar bunyi benda terjatuh. Berdebuk bunyinya, kuat juga jatuhnya. Aku dengan abang aku bersangka baik je masa tu. Mungkin buah sawit yang jatuh dari pohonnya. Aku pun iyakan saja. 


Masa nak balik ke motosikal, aku terdengar bunyi sayup-sayup macam bunyi orang menangis. Tetapi suara dia tak macam perempuan. Bunyinya sedikit kasar. 


"Weh! Kau dengar tak?!" aku tanya abang. 


Abang aku pula jenis penakut sikit dan dia kata, "Kau tu mulut elok-elok sikit la. Aduh kau ni!". 


Aku suluh muka abang, mukanya dah pucat. Selepas tu, terdengar bunyi macam gigi berkatip. Time tu aku tak sempat tanya abang aku lagi dia dah cakap, "Oi dik! Kau cepat sikit! Kau tak dengar bunyi apa tu". 


"Buat tak tahu je lah. Kita tak kacau dia," aku kata, tengok jam dah dekat pukul 12 malam.


"Cepat la... tak lepas balik kita ni kang!" katanya. 


Sampai di motosikal, aku terdengar lagi benda yang sama, suara sayup-sayup menangis. Aku cakap dengan abang, "Wey bang Im, orang tua-tua cakap kalau bunyi jauh dia dekat. Kalau bunyi dekat, dia jauh." 



"Wey! Kau boleh berhenti tak cakap macam tu?!" abang aku dah mula geram dan suruh aku yang bawa motosikal dan dia duduk di belakang. 


Dah start enjin motosikal, aku masih terdengar bunyi yang sama. Masa tu abang dah pegang badan aku dan kata, "Dik, kau boleh nampak kan?". Aku cakap la, "Ha'ah". Abang aku dah macam ketakutan sangat masa tu. "Cuba kau suluh kat tepi busut tu, dekat bahagian kanan kita. Benda tu ke?" dia tanya. "Jap, adik suluh", perlahan-lahan aku hala lampu suluh ke arah busut tu. 


Ha! Nah kau! Betul-betul benda berbungkus tu berdiri di atas busut dengan kakinya tak menjejak tanah. Satu lagi macam melayang. Subhanallah! Rupanya dia seingat aku masa tu, bungkusan dia memang kotor gila macam ada percikan darah sikit sebab warnah merah kan. Wallahualam. 


Torchlight aku time tu betul-betul suluh tepat ke muka benda tu. Seingat aku muka dia memang dalam keadaan macam muka yang tak ada kulit. Dengan biji matanya yang terjuntai, itulah rupa dia. Mungkin korang jumpa dalam bentuk yang lain. Ada orang kata yang diorang jumpa langsung tak ada muka, gelap dan tutup habis. Tapi time aku jumpa, memang wajahnya tak ada kulit, biji mata terjuntai. 


Cepat-cepat aku beristighfar dan suluh ke tempat lain, start motor dan terus pecut balik ke rumah. Dalam perjalanan balik tu, benda tu berdiri di tepi jalan. Abang aku pun nampak benda tu. Time tu sebelum nak sampai ke benda tu, benda itu macam bergoyang-goyang dan lompat-lompat. Dia melompat bukannya melompat pendek macam dalam cerita hantu kebanyakan. Dia lompat jauh dalam jarak dua tiang lampu elektrik tepi jalan tu. 


Selepas dia lompat sekali lagi, terus hilang. Abang aku kat belakang  dah baca macam-macam doa, lancar pulak tu. Aku time tu tak nak gabra sangat tetapi jadi gabra sebab abang aku dok histeria ketakutan di belakang. Itu yang buat aku cuak. Masa tu dia baca saja apa yang dia ingat termasuk doa makan sekali. Bunyi macam aku main-main tetapi kenyataannya memang dia baca doa makan. Aku jadi gabra kat situ dan turut sama baca ayat suci yang aku ingat.


Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah. Kitorang duduk di luar dulu dalam tempoh masa yang agak lama. Selepas kitorang cerita kejadian yang berlaku itu kepada mak, mak aku kata, "Dah tahu ada bunyi pelik-pelik tu balik sajalah. Tunggu lagi buat apa?". Aku dengan abang diam je. Alhamdulillah kitorang tak demam. Keesokan harinya kitorang cerita dekat mak kisah malam tadi dari A sampai Z. Mak aku kata, "Haa biasalah tu menyakat". Kitorang diam je. 


Sampai sini saja aku berkongsi cerita. Nak percaya tak tidak, adalah hak masing-masing. Aku tak salahkan korang pun sebab aku hanya bercerita berdasarkan pengalaman aku sendiri. Sekian terima kasih. 


Sumber: FB Muhammad Nafis


July 19, 2021 at 03:43PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2021/07/dik-kau-boleh-nampak-kan-cuba-suluh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Doa Yang Boleh Dibaca Ketika Hujan Turun

Doa Doa Yang Boleh Dibaca Ketika Hujan Turun

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 560 hits
Ada banyak doa yang boleh dibaca ketika hujan turun Membaca doa ketika hujan turun adalah salah satu waktu mustajab doa Semoga hujan yang turun adalah hujan yang membawa manfaat kepada setiap makhluknya di atas muka bumi ini Doa Doa Yang Bo...
Benda Boleh Edit Buat Apa Delete

Benda Boleh Edit Buat Apa Delete

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 147 hits
MOHD MUKHLISBenda boleh edit buat apa susah susah delete Untung menteri kita boleh melancong bawa FAMILY melawat Hagia Sofia yang rakyat biasa jangan kata nak jumpa ibu bapa sendiri tak cukup makan bersepah murung di paksa berkurung dalam r...
Pengasuh Durjana Sepak Pijak Dua Beradik Diberkas

Pengasuh Durjana Sepak Pijak Dua Beradik Diberkas

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 207 hits
MOHD SHARKAWI LONDINGJOHOR BAHRU Dua kanak kanak lelaki menjadi mangsa dera pengasuh mereka di sebuah rumah di Taman Bukit Kempas di sini oada 10 Jun lalu Kedua dua mangsa merupakan adik beradik berusia dua dan tiga tahun mengalami lebam pa...
Itu Yang Sebenarnya Tapi Umno Bn Memang Tak Boleh Pakai

Itu Yang Sebenarnya Tapi Umno Bn Memang Tak Boleh Pakai

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 527 hits
Kluster menteri buat keputusan songsang ahli MT Umno 17 Jul 2021 9 15 pm Umno perlu tegas mempertahankan pendirian parti itu meskipun hanya tinggal tiga orang saja yang sanggup berbuat demikian kata Mohd Puad Zarkashi Ahli Majlis Tertinggi ...
Pas Kalau Boleh Berbaik Dengan Amanah Barulah Nampak Kematangan

Pas Kalau Boleh Berbaik Dengan Amanah Barulah Nampak Kematangan

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 241 hits
SENARIO POLITIK YANG WAJIB DIFAHAMI SEMUA ORANG MELAYU ISLAMDr Sulaiman SarkawiAssalamualaikum Mulai sekarang kita akan berhadapan dgn perang psikologi golongan Kiasu dan penyokongnya Mereka mahu rkyat marah kpd PAS menolak PAS wlpun PAS no...
Anak Dua Tahun Dah Boleh Diajak Solat Lagi Senang Nak Patuh Faham Mudah Sungguh Ikut Cara Ni

Anak Dua Tahun Dah Boleh Diajak Solat Lagi Senang Nak Patuh Faham Mudah Sungguh Ikut Cara Ni

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 474 hits
Bila anak semakin membesar tak dinafikan anak semakin sukar untuk menerima arahan Mendidik anak untuk menunaikan solat ada waktunya menguji kesabaran kita sebagai ibu Tak perlu pening kepala jika tahu cara dan triknya anak jadi mudah ikut k...
Boleh Dine In Itu Pendirian Sabah Ketua Menteri

Boleh Dine In Itu Pendirian Sabah Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 265 hits
Boleh dine in di restoran dan kedai makan itu pendirian Sabah Hajiji KOTA KINABALU Sabah sekali lagi mengulangi keputusan untuk kekal membenarkan operasi dine in di restoran kedai makan dan restoran dalam premis hotel Menurut Ketua Menteri ...
Punca Tak Puas Hati Buat Bising Masa Memasak Lelaki Kena Tikam Jiran Ketika Cuba Lerai Pergaduhan

Punca Tak Puas Hati Buat Bising Masa Memasak Lelaki Kena Tikam Jiran Ketika Cuba Lerai Pergaduhan

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 291 hits
Niat baik seorang lelaki meleraikan pergaduhan antara jiran bertukar tragedi apabila dia menjadi mangsa lepas geram setelah ditikam di bahagian perut dalam kejadian yang berlaku di Permas Jaya di sini semalam Dalam kejadian pada pukul 1 15 ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik Puas Bantu Sri Pahang Fc Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Tak Lama Selepas Pemergian Ibu Man Kulim Pening Meninggal Dipercayai Akibat Demam Panas

On The Way Jb Hujan Sepanjang Jalan

Book Haul 2024

Umpan Mercedes

Menderma Tu Tak Salah