Saya Cuba Menjiwai Watak Lee Moosaeng Akui Sukar Bawa Watak Psikopat Dalam The Glory
Nampaknya bukan senang nak menjiwai watak Kang Yeong-cheon dalam drama “The Glory”.
ARTIKEL BERKAITAN
Lee Moosaeng Ulas Populariti Meski Hanya Muncul 2 Minit Dalam 'The Glory'
Baru-baru ini, salah seorang pelakon dari drama “The Glory” iaitu Lee Moo-saeng telah mendedahkan perjalanannya membawa watak sebagai Kang Yeong-cheon, seorang yang psiko.
Untuk maklumat korang, pelakon ini memegang watak sebagai Kang Yeong-cheon yang mempunyai masalah mental dan dia telah membunuh seorang pengarah hospital iaitu ayah kepada Joo Yeo-jeong (Lee Do-hyun).
Ketika sesi temu bual, Lee Moo-saeng memberitahu bahawa dia mengulang kaji watak itu untuk lebih mendalami peranan tersebut.
Saya cuba untuk menjiwai watak psikopat itu dengan merujuk buku yang berkaitan dengan psikopat. Saya juga memikirkan cara untuk mengekspresikan watak ini dengan berkesan dalam masa yang singkat.
Seterusnya, terdapat satu babak dimana Kang Yeong-cheon menyebut ‘Sebab saya bosan’ dalam drama “The Glory”, membuatkan pelakon itu meluahkan pendapatnya tentang watak tersebut.
Saya mendapat banyak jawapan dalam dialog Kang Yeong-cheon itu. Sebenarnya, saya mempunyai masa yang sukar secara emosi selepas melakukan penggambaran babak tersebut.
Jelasnya lagi,
Walau bagaimanapun, saya percaya bahawa untuk melakonkan watak sebagai Kang Yeong-cheon bukanlah mudah dan sedikit sebanyak watak ini membantu plot drama ‘The Glory’. Ia adalah karya yang membuatkan saya berasa simpati dengan watak tersebut. Sekarang saya faham dengan pepatah ‘Setiap jawapan ada dalam skrip’.
Selepas akui perasaannya memegang watak sebagai Kang Yeong-cheon, Lee Moo-saeng mengucapkan terima kasih kepada penulis kerana mempercayainya untuk membawa watak tersebut.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada penulis, pengarah dan pihak produksi kerana mempercayai saya membawa watak tersebut. Ia merupakan satu penghormatan untuk saya membuat penampilan istimewa dalam drama ‘The Glory’. Terima kasih kerana menonton dan saya harap anda semua akan menjadi ‘kemuliaan’ yang dipenuhi dengan perkara yang menggembirakan sahaja.
Apa-apa pun Lee Moo-saeng berjaya bawa watak Kang Yeong-cheon.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/saya-cuba-menjiwai-watak-lee-moosaeng-akui-sukar-bawa-watak-psikopat-dalam-the-glory/