Saya Bukan Penjenayah Tak Perlu Taubat Kerana Muat Naik Sesi Temu Bual


MALAYSIAKINI



Usahawan produk kosmetik Aliff Syukri Kamarzaman tampil mempertahankan tindakannya susulan kontroversi yang tercetus sewaktu membuat kunjungan ke kediaman balu arwah pelawak Abam, Nor Hidayah Mohd Ali.

Aliff berkata, dirinya bukan seorang penjenayah, justeru bukan satu keperluan untuknya bertaubat atas tindakannya memuat naik sesi temu bual bersama Nor Hidayah ke saluran media sosial miliknya.

“Suruh bertaubat, kena minta maaf, ada yang kata saya jahat dan tak ada adab, semua tu salah.

“Tolong jangan cakap saya perlu bertaubat disebabkan perkara ni, saya bukan penjenayah,” katanya melalui Insta Story.

Aliff mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai respons kepada adik Abam, iaitu Ali Puteh yang menasihatkannya agar segera bertaubat ketika pintu taubat masih terbuka.

Terdahulu, Nor Hidayah mendakwa kereta milik arwah suaminya diambil pihak keluarga mentua, dia tidak menerima harta peninggalan selain beberapa kekangan timbul hingga memaksanya berpindah ke rumah ibunya sebelum tamat tempoh idah.

Soalan dilontarkan Aliff dan jawapan dikeluarkan daripada mulut Nor Hidayah ternyata mencetus kemarahan Ali yang menyifatkan kedua-dua pihak tidak wajar membuka aib kepada khalayak.

Dalam satu sidang media khas diadakan semalam, Ali menjawab dan menafikan setiap dakwaan dilemparkan terhadapnya berhubung cara dia mengendalikan harta arwah yang ditinggalkan.

Ali menegaskan, dia tidak sesekali akan mengambil hak anak yatim mahupun balu abangnya itu sebaliknya berhasrat untuk membantu memudahkan urusan dari segi pembahagian harta mahupun hutang-hutang yang perlu diselesaikan. 

Aliff sekali lagi menegaskan bahawa dia menyimpan segala bukti persetujuan diperolehi daripada Nor Hidayah sebelum mereka meneruskan sesi temu bual tersebut.

Katanya, kehadirannya itu juga bukan bertujuan meraih publisiti sebaliknya untuk menyerahkan sumbangan dan mengucap takziah kepada bekas akauntan tersebut.

“Saya datang nak bantu bagi duit, datang secara beradab untuk ucap takziah, semua tu ada simpan rekod. Yang mana kata saya suka posting video itu telah diminta kebenaran.

“Ketika rakaman secara langsung dibuat, balu arwah tahu malah muat naik di Facebook pun dia tahu. Jadi tak ada istilah siapa nak laga siapa.

“Semua yang terjadi tanpa dirancang, saya sendiri terkejut,” katanya.

Pada masa sama, Aliff berkata, dia bakal membuat laporan polis terhadap pihak yang cuba menjatuhkan maruah dan reputasinya.

“Saya akan buat laporan polis dan sidang media supaya nama saya tak diburuk-burukkan nanti,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/saya-bukan-penjenayah-tak-perlu-taubat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Buru Individu Muat Naik Kenyataan Sensitif Krisis Politik Negara

Polis Buru Individu Muat Naik Kenyataan Sensitif Krisis Politik Negara

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 342 hits
Polis buru individu muat naik kenyataan sensitif krisis politik negara Dikemas kini 28 minit yang lalu Diterbitkan pada 29 Fe
5735 Aktiviti Sesi Rakaman Rancangan Bual Bicara Layakkah Aku Rtm Ppim 12 02 2020

5735 Aktiviti Sesi Rakaman Rancangan Bual Bicara Layakkah Aku Rtm Ppim 12 02 2020

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 443 hits
Sesi rakaman bual bicara Ketua Aktivis PPIM Toqqi bersama RTM dalam rancangan Layakkah Aku yang akan bersiaran pada bulan April ini
Digitalisasi Bantu Umkm Naik Kelas

Digitalisasi Bantu Umkm Naik Kelas

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 226 hits
Jenis usaha UMKM terbesar di sektor pertanian sebanyak 49 9 persen dengan atau 26 juta pelaku usaha Disusul perdagangan besar dan eceran sebanyak 23 3 persen atau 12 juta pelaku usaha
Rakaman Air Terjun Naik Ke Atas Tebing Pukau Perhatian Dunia

Rakaman Air Terjun Naik Ke Atas Tebing Pukau Perhatian Dunia

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 373 hits
Air terjun juga dianggap sebagai salah satu kecantikan yang terdapat di atas muka bumi ini Apa tidaknya dengan arus air yang menjunam ke bawah bagaikan membawa satu makna keindahan yang boleh dinikmati oleh komuniti manusia Ramai yang mengg...
9 Makanan Yang Disebut Santapan Orang Miskin Kini Banyak Yang Sudah Naik Kasta

9 Makanan Yang Disebut Santapan Orang Miskin Kini Banyak Yang Sudah Naik Kasta

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 305 hits
9 Makanan yang dulunya disebut santapan orang miskin tapi kini banyak yang sudah naik kasta menjadi makanan restoran
Tiga Kendala Umkm Tidak Bisa Naik Kelas

Tiga Kendala Umkm Tidak Bisa Naik Kelas

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 160 hits
Kepala UKM Center Universitas Indonesia Zakir Sjakur Machmud mengatakan penjualan lewat sosial media dianggap lebih efektif bagi para pelaku UMKM Sebab produk UMKM harus bersaing dengan barang impor yang harganya lebih terjangkau
Pemerintah Jokowi Putar Otak Agar Harga Gula Konsumsi Tak Naik

Pemerintah Jokowi Putar Otak Agar Harga Gula Konsumsi Tak Naik

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 276 hits
Pemerintah tengah mencari alternatif untuk menekan kembali harga gula konsumsi Dalam waktu dekat dia bilang akan melakukan rapat koordinasi terbatas tingkat kementerian untuk membahas mengenai kenaikan tersebut
Suka Duka Para Pejuang Jarak Saat Naik Bus Ternyata Kenangan Nggak Hanya Tercipta Lewat Pesawat

Suka Duka Para Pejuang Jarak Saat Naik Bus Ternyata Kenangan Nggak Hanya Tercipta Lewat Pesawat

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 347 hits
Sobat bus mania pasti sering banget ngalamin hal hal kayak gini sewaktu naik kendaraan umum yang satu ini
Kalau Berat Badan Naik Melampau Masa Hamil Boleh Kurangkan Ikut Fomula Ini

Kalau Berat Badan Naik Melampau Masa Hamil Boleh Kurangkan Ikut Fomula Ini

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 370 hits
Pertambahan berat badan ketika hamil adalah perkara biasa yang akan dilalui oleh setiap individu wanita hamil Tetapi kalau berat anda menjadi berlebihan bagaimana untuk mengurangkan berat Mengurangkan berat Kenaikan berat sepanjang tempoh k...
Amalan Yang Disyorkan Pada Hari Arafah Puasa

Panduan Tiket Flight Dari Kuala Lumpur Ke Kuala Terengganu Dengan Harga Terbaik

Dr M S New Malay Platform Key To Uniting Divided Community Says Tuan Ibrahim

Senarai Lengkap Tiket Flight Kuala Lumpur Ke Langkawi Dan Cara Tempah Mudah

How To Use Kappli Guides New Customers Are Guided On Navigating The Platform

Elon Musk Vs Trump Elon Bongkar Trump Terlibat Kes Epstein Dan Kesan Ekonomi Dunia Terjejas

Honor 400 Series Now Free With Telco Plans Here S How To Score It

My Take Is Johor Bahru Property Finally Doing Well


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ustadz Yahya Waloni Wafat Saat Khutbah Jumat Ini Kata Uas

Rindu Terubat Sheila On 7 Kembali Gegar Pentas Malaysia Julai Ini

Jatuh Tingkat 30 Ibu Dan Ibu Saudara Ditahan Reman

Bot Terbalik Di Perairan Tanjung Harapan 3 Termasuk Bayi Maut Dan 2 Masih Hilang

The Day Niagara Falls Stopped A Forgotten Natural Phenomenon Of 1848

Sekiranya Hadi Awang Berundur Pas Akan Bermasalah