Ets3 Johor Bahru Kl Sentral Dijangka Mula Operasi 12 Dis Ini Loke


ETS3 Johor Bahru-KL Sentral Dijangka Mula Operasi 12 Dis Ini – Loke
KLUANG, 22 Nov (Bernama) — Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan KL Sentral-Johor Bahru dijangka mula beroperasi pada 12 Dis ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata majlis perasmian perkhidmatan itu dijadualkan berlangsung pada 11 Dis ini dan pihaknya telah memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk berangkat merasmikan perkhidmatan baharu berkenaan di Johor Bahru.
Loke berkata fokus awal operasi ETS3 itu adalah laluan Johor Bahru–Kuala Lumpur bagi memastikan kekerapan tinggi berbanding laluan lebih panjang.
“Kalau jarak itu terlalu panjang dan perkhidmatan terlalu panjang (sehingga ke utara), satu hari kami hanya boleh buat dua trip, satu naik dan satu turun.
“Jadi, kalau perjalanan lebih pendek seperti Johor Bahru ke Kuala Lumpur, akan ada banyak kekerapan (tren),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pesta Rel Kluang 2025 di Laman Rel Mahkota di sini hari ini.
Laluan ETS3 dari Kuala Lumpur ke Kluang telah dilancarkan pada Ogos lepas.
Semasa pelancaran itu, Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk memandu sendiri tren ETS3 yang berkeupayaan mencecah kelajuan operasi hingga 140 km/j itu dari KL Sentral menuju ke Stesen Kluang. Loke ketika ditanya mengenai status Projek Sistem Aliran Transit Automasi (ART) berkata pembangunan sistem itu masih berjalan dan tidak pernah ditangguhkan. Beliau berkata projek itu kini berada di peringkat penilaian permohonan cadangan (RFP) dan sedang diperhalusi Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) selepas beberapa syor yang diterima belum memenuhi keperluan.
“Sudah tentu pihak kementerian akan berbincang dengan pihak UKAS untuk mempercepatkan proses penganugerahan kepada projek itu dalam masa terdekat,” katanya.
Pada Khamis lepas, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh memohon pertimbangan kerajaan Persekutuan supaya menyegerakan pelaksanaan ART selewat-lewatnya awal tahun depan.
Beliau berkata projek itu harus dilaksanakan untuk menyokong sistem pengangkutan awam, sekali gus menyurai aliran trafik sebelum Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura beroperasi sepenuhnya pada 2027.
Sumber: BERNAMA
The post ETS3 Johor Bahru-KL Sentral Dijangka Mula Operasi 12 Dis Ini – Loke appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/22/ets3-johor-bahru-kl-sentral-dijangka-mula-operasi-12-dis-ini-loke/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wm Senibong Raises Rm100 000 In Support Of People With Autism In Johor Bahru

Wm Senibong Raises Rm100 000 In Support Of People With Autism In Johor Bahru

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 137 hits
A wave of hope and community spirit swept through Johor Bahru as WM Senibong successfully raised RM100 000 through its Walk for Hope Charity Walkathon held in support of individuals with autism The event brought together families friends an...
Harga Storan Dijangka Naik 2x Ganda Ceo Phison

Harga Storan Dijangka Naik 2x Ganda Ceo Phison

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 166 hits
Lonjakan permintaan kecerdasan buatan dan pengkomputeran awan telah menyebabkan harga cip NAND meningkat dua kali ganda dalam tempoh enam bulan Menurut CEO Phison K S Pua harga cip TLC 1 terabit naik dari AS 4 80 pada Julai 2025 kepada AS 1...
Tahniah Terminal Bas Bersepadu Dijangka Siap Hujung Tahun 2025

Tahniah Terminal Bas Bersepadu Dijangka Siap Hujung Tahun 2025

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 233 hits
Adrian Lim Chee AnnTerbaikkkk Kota Bharu punyai Terminal Bas baharu dalam sebulan dua iniTERMINAL BAS BERSEPADU DIJANGKA SIAP HUJUNG TAHUN 2025KOTA BHARU Projek Pembangunan Terminal Bas Bersepadu Kota Bharu Sentral yang baharu akan diterusk...
Pejabat Sprm Perlis Kembali Operasi

Pejabat Sprm Perlis Kembali Operasi

papar berkaitan - pada 28/11/2025 - jumlah : 144 hits
Selasa lalu pejabat SPRM Perlis dilaporkan ditutup sementara susulan laluan ke agensi itu dinaiki air dan tidak dapat dilalui SPRM memaklumkan sebarang urusan rasmi termasuk membuat aduan serta rujukan dengan pejabat SPRM Perlis berjalan se...
Bank Data Kebangsaan Dijangka Bermula Tahun Depan

Bank Data Kebangsaan Dijangka Bermula Tahun Depan

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 185 hits
Kerajaan kini sedang merangka pelan pelaksanaan Bank Data Kebangsaan yang dijadual akan bermula pada 2026 Timbalan Menteri Digital Wilson Ugak Kumbong berkata projek strategik itu merupakan antara inisiatif utama di bawah Rancangan Malaysia...
Upko Lonjakkan Lagi Sentimen Sabah First Dijangka Mampu Menang Banyak Kerusi

Upko Lonjakkan Lagi Sentimen Sabah First Dijangka Mampu Menang Banyak Kerusi

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 207 hits
11 November 2025Semalam Perdana Menteri menyifatkan tindakan Presiden Upko Ewon Benedick meletakkan jawatan menteri sebagai keputusan terburu buru Ini kerana menurut Anwar Ibrahim kerajaan masih belum membuat keputusan sama ada mahu merayu ...
Kerja Pemasangan Dan Menaik Taraf Sistem Bekalan Air Di Kampung Luit Maran Dijangka Siap Menjelang April Tahun Depan

Kerja Pemasangan Dan Menaik Taraf Sistem Bekalan Air Di Kampung Luit Maran Dijangka Siap Menjelang April Tahun Depan

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 136 hits
KUANTAN Kerja kerja pemasangan dan menaik taraf sistem bekalan air di Kampung Luit Maran dijangka siap menjelang April tahun depan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerja kerja pemasangan di sekitar Kampung Luit i...
Waspada Penumpuan Angin Yang Dijangka Berlaku Di Timur Dan Utara Semenanjung Malaysia Pada 19 Hingga 22 November 2025

Waspada Penumpuan Angin Yang Dijangka Berlaku Di Timur Dan Utara Semenanjung Malaysia Pada 19 Hingga 22 November 2025

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 202 hits
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia Analisis terhadap model model ramalan cuaca terkini menunjukkan keadaan cuaca lembap yang sedang melanda beberapa kawasan di negara ini dijangka berterusan sehingga 22 November 2025 Penumpuan an
Fifa Arah Sekreteriat Siasat Operasi Dalaman Fam Kenalpasti Dalang Pemalsuan Dokumen Pemain Warisan

Fifa Arah Sekreteriat Siasat Operasi Dalaman Fam Kenalpasti Dalang Pemalsuan Dokumen Pemain Warisan

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 148 hits
FIFA Arah Sekreteriat Siasat Operasi Dalaman FAM Kenalpasti Dalang Pemalsuan Dokumen Pemain Warisan Persekutuan Bola Sepak Dunia hari ini melepaskan alasan bertulis atau Motivated Decision setebal 64 muka surat berhubung siasatan ke atas Pe...
Tunjuk Parang Dalam Panggilan Video Minta Wang Pelajar Tingkatan Tiga Ditahan

Jasad Bayi Dijumpai Dalam Lori Sampah Di Bukit Jalil

Erra Fazira Nikah Dengan Ezwan Zain Dalam Majlis Tema Serba Putih

Teo Nie Ching Says Banning Games Like Roblox Won T Keep Children Safe Calls For Stronger In Game Protections

Johari Ghani Minta Jangan Politikkan Isu Uec Hormati Pilihan Pendidikan Rakyat

Attention

Skuad Harimau Malaya B 23 Sesi Pemanas Badan Menjelang Perlawanan

Warm Hearted Holiday Home Decorating And Sanitation Strategies


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cucur Cendawan Enoki Rangup Ketagih Resipi Mudah Tapi Padu

Mata Wang Kripto Uniswap Hari Ini Berpotensi Untuk Meneruskan Kecenderungan Menurun

Mabuk Kerongsang

Ucapan Maaf Mohon Halalkan Segala Kebaikan

Permohonan Bazar Ramadan Syawal Kl 2026

Memahami Perbezaan Jaminan Dan Cagaran Dalam Pinjaman