Wanita Ini Kasi Ajar Pemandu Waja Cucuk Belakang Elak Bayar Tol Netizen Puas Hati Video
Wanita Ini Kasi Ajar Pemandu WAJA Cucuk’ Belakang Elak Bayar Tol, Netizen Puas Hati [VIDEO]
KETIKA ini, penggunaan kamera papan pemuka (dashcam) pada kenderaan sangat penting.
Jika sebelum ini tular mengenai sebuah video tentang pemilik kereta Honda yang cuba mengelak untuk bayar tol, kali ini timbul juga situasi yang sama
Selain untuk tujuan keselamatan pemiliknya, dashcam juga berfungsi merakam bukti insiden-insiden yang berlaku sepanjang pemanduan, lebih-lebih lagi ketika berdepan dengan segelintir pemandu yang kurang beradab atau tidak mempunyai kesedaran sivik sebagaimana yang dialami oleh wanita ini.
Tular di TikTok baru-baru ini apabila rakaman menerusi dashcam oleh salah seorang pemilik kereta menunjukkan situasi semasa dia sedang membayar tol telah menarik perhatian ramai.
Ikut rapat belakang kereta sebab tak nak bayar tol
Menerusi video tersebut, seorang wanita berkongsi rakaman dari dashcam keretanya yang menunjukkan situasi semasa dia sedang membayar tol.
Secara tiba-tiba datang sebuah kenderaan jenama Proton dengan lajunya mengekori rapat belakang keretanya.
Ianya kerana pemilik Proton terbabit cuba untuk mengelak membayar tol sebab itu dia mengekori rapat dengan harapan dia terlepas daripada palang tol tersebut.
VIDEO DIBAWAH:-
@jannahalias_sofea
semalam aku terkena hahahahaha! tp yang ni lain .. jenama Proton.. bukan H .. pokemon betul! (abaikan suara kteorg
)
♬ original sound – JannahAlias_Sofea – JannahAlias_Sofea
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah sebaik saja sedar akan situasi itu, wanita berkenaan dengan pantas terus memperlahankan keretanya sebaik saja melepasi palang.
Situasi itu membuatkan palang tol tersebut automatik tertutup kerana mengesan pergerakkan kereta dibelakangnya.
Berkongsi cerita dengan mStar, wanita bernama Nur Jannah Alias berkata insiden itu berlaku pada lewat petang Sabtu barubaru ini ketika dia bersama adik kembarnya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Batu Tiga, Shah Alam, Selangor
“Masa tu nak masuk Tol Ebor… kereta tersebut dah slow. Saya tengok kereta tu macam salah lorong sebab dia masuk lorong lampu tol yang merah… jadi saya pun bawalah macam biasa.
“Memang tabiat saya kalau dekat highway dan tol, memang saya akan pandang sisi tepi dan belakang. Jadi masa kejadian, sebaik saya lepasi kereta tu, saya tengok dia macam nak follow rapat belakang kereta saya.
“Saya perasan dia macam tak nak bayar tol. Saya terus slow kereta sebab nak bagi dia tak lepas,”katanya.
Menurut Nur Jannah, tekaannya tepat kerana kereta berkenaan tidak dapat melepasi tol selepas dia bertindak memperlahankan keretanya sebaik sahaja palang terbuka.
“Adik kembar saya rasa bimbang. Takut-takut kereta tu ikut atau kejar kereta kami. Saya masa tu dah standby kalau apa-apa terjadi. Bukan saya cakap besar, tapi hak kita kan… mesti kena pertahankan,” ujar wanita berusia 27 tahun ini lagi
“Sedap je nak free kan dah kena” -Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh wanita itu. Malah, ramai yang meluah rasa geram melihat situasi tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 827.3K views, 83.3K likes dan 1,791 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Pernah menonton video seumpamanya yang dikongsikan di media sosial sebelum ini, Nur Jannah berkata dia sama sekali tidak menyangka bakal berdepan dengan pengalaman yang sama.
“Ini pengalaman pertama saya. Memang saya selalu tengok video-video macam ni jadi saya dah standby siap-siap dengan benda (kamera) macam ni.
“Zaman sekarang kan banyak kes dah. Mungkin pemandu kereta tu tengok perempuan yang drive jadi mereka boleh senang senang nak follow rapat.
“Mesej saya sekarang, utamakan keselamatan. Belilah dashcam depan belakang. Benda tu bukti untuk kita boleh pakai sekiranya berlaku sesuatu.
Zaman sekarang, zaman kejam… ramai suka ambil kesempatan. Jadi berhati-hatilah,” katanya lagi.-mSTAR/Seismik
Puas hati tengok tindakan dia. Good job!
Wanita Ini Kasi Ajar Pemandu WAJA Cucuk’ Belakang Elak Bayar Tol, Netizen Puas Hati [VIDEO]
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Baca Artikel Menarik :
Sarjan dipecat: Jangan masuk campur urusan tentera
Gempar! Armada UFO melintasi langit Tennessee, Amerika Syarikat
Amerikat Syarikat biayai Taliban
Jangan Ganjiong, Tan Boon Heong kata kepada Najib
Resepi Murtabak Maggi Terlajak Viral
Azmin bakal jadi TPM, kata sumber
Bekas CEO 1MDB mengaku pindah wang tanpa kebenaran
It’s cheaper to buy a car in Singapore than Malaysia
TMJ mahu tinggalkan JDT?
Former Miss Universe Malaysia refuses to wear ‘face diaper’
Kerajaan BN atau PN? Jenamakan semula kerajaan baharu!
Layari Laman Facebook MYKMU
Bintang TikTok maut jatuh bangunan semasa rakam video [VIDEO]
Sudah Lama Berlalu, Chong Wei Enggan Dedah Nama Perasuah
The post Wanita Ini Kasi Ajar Pemandu WAJA Cucuk’ Belakang Elak Bayar Tol, Netizen Puas Hati [VIDEO] appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/08/24/wanita-ini-kasi-ajar-pemandu-waja-cucuk-belakang-elak-bayar-tol-netizen-puas-hati-video/