Saya Belum Bankrap Lagi Najib



KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjelaskan beliau belum lagi bankrap susulan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pembayaran cukai pendapatan sebanyak RM1.69 bilion oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Tulis Najib dalam posting terbaharu Facebooknya, hakikatnya banyak lagi proses serta langkah yang perlu dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) seandainya mahu membankrapkannya.
Malah katanya, sekalipun PN berjaya membankrapkan dirinya tidak sesekali bermaksud beliau akan berhenti bersuara demi rakyat malah status bankrap itu boleh dipulihkan.
“Status bankrap juga tak maksud saya terus bertukar menjadi sembab, lembab atau bodoh seperti diakui seseorang tertentu di dalam bicara khas hari itu.
“Saya lihat kebanyakan media tempatan hari ini kurang mengulas point utama digunakan hakim mahkamah kenapa dia tak benarkan untuk saya tangguh usaha LHDN untuk bankrapkan saya.
“Hakim mengaku bahawa pengiraan penalti cukai oleh LHDN terhadap saya perlu disemak kesahihannya oleh kebankrapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP atau SCIT).
“Proses ini belum bermula dan kita masih tunggu sejak dua tahun lalu,” tulisnya.

Semalam Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache menolak permohonan Najib untuk menangguhkan penghakiman terus itu sementara rayuannya didengar di Mahkamah Rayuan, Rabu ini
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan selaku defendan turut diperintah membayar kos RM15,000.
Selepas lapan bulan penghakiman terus dikeluarkan pada 22 Julai tahun lalu sehingga notis kebankrapan difailkan pada 4 Februari lalu, beliau belum membayar apa-apa tunggakan sebaliknya memfailkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan itu.
Dalam keputusannya yang disampaikan melalui e-mel, Ahmad Bache memutuskan, Najib boleh mengadakan rundingan dengan LHDN (plaintif) untuk menjelaskan tunggakan cukai secara ansuran sementara menunggu satu lagi rayuannya di hadapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT) dilupuskan.
Jelas Ahmad Bache lagi, mahkamah mengguna pakai penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam satu kes yang menggunakan istilah `bayar dahulu, bincang kemudian (pay first/talk later).
Tulis Najib lagi, hakim menyatakan peguam beliau tidak berjaya membuktikan LHDN tidak ada kemampuan untuk memulangkan semula refund kepadanya andai PKCP mengesahkan taksiran cukai penalti kepada beliau adalah salah serta tidak sah kelak.
“Hakim kata saya tak rugi apa-apa (no unquantifiable loss) sebab kerajaan mampu membayar balik bayaran RM1.7 bilion itu kepada saya sekiranya saya berjaya di peringkat PKCP.
“Inilah apa yang saya maksudkan bahawa ianya amat mudah bagi sesebuah kerajaan untuk menyalahgunakan akta cukai untuk kenakan seteru mereka dengan apa-apa taksiran cukai yang mereka mahu.
“Kalau kerajaan nak kenakan denda cukai sebanyak RM1 trilion ke atas Mahathir atau Guan Eng pun jalan terus dan sah di bawah undang-undang atas dasar “bayar dulu, bincang kemudian” ini.
“Soal pengiraan taksiran itu sahih atau tidak, kira nanti,” ujarnya. -MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/06/saya-belum-bankrap-lagi-najib_0410142488.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Belum Bankrap Banyak Lagi Prosesnya Jika Pn Tetap Mahu Bankrapkan Saya Najib

Saya Belum Bankrap Banyak Lagi Prosesnya Jika Pn Tetap Mahu Bankrapkan Saya Najib

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 184 hits
Saya belum bankrap lagi dengan keputusan mahkamah tinggi hari ini Lama lagi dan banyak lagi proses serta langkah perlu diambil sekiranya kerajaan PN tetap nak bankrapkan saya Lagipun sekiranya kerajaan PN berjaya pun ianya tak bermaksud say...
Najib Gagal Batalkan Notis Bankrap Lhdn

Najib Gagal Batalkan Notis Bankrap Lhdn

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 204 hits
tuncarlos com Najib Razak gagal mendapatkan penangguhan berhubung keputusan mahkamah yang berkaitan dengan tuntutan cukai kerajaan sebanyak RM1 69 bilion terhadap dirinya Sehubungan itu Lembaga Hasil Dalam Negeri boleh meneruskan notis keba...
Gagal Batal Notis Kebankrapan Lhdn Akan Bankrapkah Najib

Gagal Batal Notis Kebankrapan Lhdn Akan Bankrapkah Najib

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 170 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak gagal mendapatkan penangguhan berhubung keputusan mahkamah yang berkaitan dengan tuntutan cukai kerajaan sebanyak RM1 69 bilion terhadap dirinya dan Lembaga Hasil Dalam Negeri boleh meneruskan notis kebankr...
Bankruptcy Will Not Paralyse Me Najib

Bankruptcy Will Not Paralyse Me Najib

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 190 hits
Former prime minister Najib Abdul Razak vowed that bankruptcy will not paralyse him from continuing to voice out for the people The Pekan MP declared this in his Facebook posting this afternoon following today s earlier court decision his a...
Court Refuses To Freeze Order For Najib To Pay Rm1 69b Taxes Says All Taxpayers Treated Equally

Court Refuses To Freeze Order For Najib To Pay Rm1 69b Taxes Says All Taxpayers Treated Equally

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 208 hits
The High Court today dismissed Datuk Seri Najib Razak s application to temporarily suspend a 2020 court order for him to pay RM1 69 billion in taxes and late payment penalties claimed by the government In a judgement delivered online today ...
Najib Fails To Stay Rm1 69b Tax Suit

Najib Fails To Stay Rm1 69b Tax Suit

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 217 hits
Najib Abdul Razak has failed to get a stay on a court ruling related to the government s RM1 69 billion tax suit against him In effect this meant that the Inland Revenue Board can proceed with its ongoing bankruptcy proceedings against the ...
Apakah Cadangan Kerajaan Mageran Akan Menguntungkan Dap Zahid Anwar Dan Najib

Apakah Cadangan Kerajaan Mageran Akan Menguntungkan Dap Zahid Anwar Dan Najib

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 217 hits
Yang tidak terjejas berat tentulah Muhyiddin Hadi Mat SABU Shafie parti Sarawak dan umno KEMBALI bersih Persoalan ITU Makin sah jika mereka bantah tidak setuju Pembangkang hanya ada dua pilihan kerajaan mageran atau kerajaan Perpaduan cadan...
Anyone Surprised Najib Mocks Govt Over Lockdown Extension

Anyone Surprised Najib Mocks Govt Over Lockdown Extension

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 192 hits
There wouldn t be heavy traffic on the roads if the total lockdown is imposed properly says Najib Razak PETALING JAYA Former prime minister Najib Razak took a sly dig at the Perikatan Nasional led government tonight after the lockdown was e...
Wujudkan Bantuan Khas Untuk Penceramah Bebas Kata Najib

Wujudkan Bantuan Khas Untuk Penceramah Bebas Kata Najib

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 186 hits
Najib Razak berkata bantuan itu juga boleh disalurkan kepada masjid masjid oleh Majlis Agama Islam negeri untuk disalurkan kepada penceramah terlibat PETALING JAYA Satu bantuan khas kepada ustaz dan penceramah bebas yang terkesan perlu diwu...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment