Saya Bayi Umur 10 Hari Yang Ditinggalkan Di Perhentian Bas 23 September 1996 Lalu


Seorang lelaki yang mencari ibu dan bapa kandungnya tular di laman sosial selepas dia memuat naik keratan akhbar mengenai dia yang pada masa itu berusia 10 hari ditinggalkan di perhentian bas di Kampung Megat, Jalan Maran, dekat Tasik Paya Bungor, Kuantan pada 23 September 1996.
“Menitis air mata saya apabila mendapat tahu saya dijumpai di perhentian bas. Bagaimanapun, pasti ada sebab mengapa ibu bapa kandung saya buat begitu,” kata Mohamad Putera Zainuddin, 21 yang sedang menuntut di Kolej Perubatan di Seremban, Negeri Sembilan.

Menurut Mohamad Putera, dia telah pergi ke Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan yang menjadi tempat tinggalnya sebelum dijaga oleh keluarga angkatnya pada Jun lalu selepas tergerak hati untuk menjejaki semula ibu dan bapa kandungnya.
“Keluarga angkat mengambil saya sebagai anak angkat sejak saya berusia sembilan bulan lagi. Ibu bapa angkat saya memang berterus-terang memberitahu saya adalah anak angkat sejak di tadika lagi
“Saya boleh menerima kenyataan itu,” katanya yang juga anak tunggal dalam keluarga angkatnya itu.

Foto: Mohamad Putera bersama ibu angkatnya.
Bagaimanapun, jauh di sudut hati lelaki yang dibesarkan di Muar, Johor ini, dia ingin mengetahui keadaan kedua ibu bapanya sama ada masih hidup.
“Saya kembali ke Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah untuk membuka semula fail saya bagi mendapatkan petunjuk lokasi tempat tinggal ibu bapa saya.
“Bagaimanapun, kakitangan rumah kanak-kanak itu hanya menyerahkan fail sebelum meminta saya baca sendiri,”katanya yang dipetik dari laporan Harian Metro.
Jelas Mohamad Putera, hatinya menjadi luluh selepas membaca keratan akhbar yang disimpan di dalam buku rekod berkenaan.
“Saya ingat akan jumpa keluarga kandung dengan mudah sebaik melihat rekod berkenaan, namun sangkaan saya meleset.
“Tak sangka, saya dijumpai di perhentian bas oleh seorang bidan kampung atau kini dikenali jururawat masyarakat ketika berusia 10 hari,” ujarnya.

Tidak pernah menyalahkan tindakan ibu dan bapa kandungnya itu, Mohamed Putera akan terus berusaha mencari mereka.
“Mereka (ibu bapa kandung) tinggalkan saya dapat keadaan baik, lengkap berselimut, sarung tangan serta sarung kaki bayi dan baju yang comel.
“Mesti mereka menantikan kelahiran saya dan pasti ada sebab mereka lakukan begitu,” katanya.
Mohamad Putera berkata, jika tidak dapat mencari ibu bapa kandung sekurang-kurangnya dia ingin bertemu dengan bidan kampung itu.
“Jika bukan kerana wanita itu jumpa saya, tidak tahu sama ada saya masih hidup atau tidak,” katanya.
SUMBER: blog nurul
The post Saya Bayi Umur 10 hari Yang Ditinggalkan Di Perhentian Bas 23 September 1996 Lalu appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2018/11/20/saya-bayi-umur-10-hari-yang-ditinggalkan-di-perhentian-bas-23-september-1996-lalu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahaya Tindik Telinga Bayi Umur 6 Bulan Ke Bawah Boleh Sebabkan Kejang Sawan

Bahaya Tindik Telinga Bayi Umur 6 Bulan Ke Bawah Boleh Sebabkan Kejang Sawan

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 570 hits
Bahaya Tindik Telinga Bayi Umur 6 Bulan Ke Bawah Boleh Sebabkan Kejang Sawan Memang nampak comel bila anak anak masih kecil dipakaikan dengan barangan kemas baik gelang rantai cincin mahupun anting anting Namun jika mak ayah ada berhasrat u...
Bayi Hari Kekasih Dibuang Di Tepi Jalan

Bayi Hari Kekasih Dibuang Di Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 534 hits
Bayi Hari Kekasih dibuang di tepi jalanSeorang remaja menemui bayi perempuan yang baru dilahirkan ditinggalkan di tepi jalan di Taman Seri Ampang Alor Setar Khamis lalu Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui pada jam 6 petang dalam keada...
Mula Belajar Meneroka Gunakan Tangan Bila Masuk Umur Sebulan Elak Pakaikan Bayi Sarung Tangan Terlalu Lama

Mula Belajar Meneroka Gunakan Tangan Bila Masuk Umur Sebulan Elak Pakaikan Bayi Sarung Tangan Terlalu Lama

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 406 hits
Bayi 1 hingga 3 bulan sudah mula belajar untuk membuka genggamannya Mereka juga belajar untuk membuka dan dan menutup genggaman mereka Jika mainan jenis kerincing yang diletakkan pada tangan dan dia akan menggerak gerakkannya kerana suka ak...
Bayi 8 Hari Maut Kerana Dipegang Amp Dicium Ibu Merayu Semua Ambil Pengajaran

Bayi 8 Hari Maut Kerana Dipegang Amp Dicium Ibu Merayu Semua Ambil Pengajaran

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 384 hits
Bayi baru lahir adalah insan yang mudah terdedah dengan penyakit kerana sistem imunisasi mereka masih lemah Baru baru ini seorang bayi baru lahir meninggal dunia kerana pelawat yang datang memegang dan menciumnya bawa virus selsema Bayi bar...
Bayi 26 Hari Dimasukkan Ke Hospital Disyaki Influenza Tolong Peka Jaga Adab Ketika Melawat

Bayi 26 Hari Dimasukkan Ke Hospital Disyaki Influenza Tolong Peka Jaga Adab Ketika Melawat

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 472 hits
Peka dan menjaga adab saat melawat bayi baru lahir Sebarang kesilapan walau pun kecil boleh mengundang masalah kesihatan kepada bayi kerana pada usia ini antobodi masih lagi lemah Ibu ini berkongsi pengalamannya di mana pada usia 26 hari te...
Sedang Disusui Ibunya Bayi Berumur 12 Hari Tewas Setelah Direbut Monyet Yang Tiba Tiba Masuk Rumah

Sedang Disusui Ibunya Bayi Berumur 12 Hari Tewas Setelah Direbut Monyet Yang Tiba Tiba Masuk Rumah

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 381 hits
Seorang bayi laki laki berusia 12 hari tewas di tangan seekor monyet yang tiba tiba merebutnya dari pangkuan sang ibu Insiden ini terjadi Senin lalu di sebuah desa di Agra Uttar Pradesh India Seperti yang Tribunnews lansir dari BBC com ibu ...
Berlaku Satu Bulan Mulai Hari Ini Warga Dki Bebas Biaya Pemutihan Pajak Kendaraan

Berlaku Satu Bulan Mulai Hari Ini Warga Dki Bebas Biaya Pemutihan Pajak Kendaraan

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 305 hits
Penghapusan sanksi administrasi untuk Pajak Kendaraan Bermotor dan sanksi administrasi Bea Balik Nama Kendaraan Bermotor sesuai Keputusan Kepala Badan Pajak dan Retribusi Daerah Provinsi DKI Jakarta Nomor 2315 Tahun 2018
Nak Merajuk Dengan Suami Merajuklah Tapi Jangan Lebih 3 Hari

Nak Merajuk Dengan Suami Merajuklah Tapi Jangan Lebih 3 Hari

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 649 hits
Nak Merajuk Dengan Suami Merajuklah Tapi Jangan Lebih 3 Hari Suami tak wish birthday isteri merajuk Suami tersalah beli barang dapur isteri dah tarik muka masam berhari hari Tak nak bercakap dengan suami tengok muka lagilah menyampah Rasa a...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Pa Yang Multitasking

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu