Laksa Tip Resepi Kuah Laksa Utara Yang Sedap


Laksa, sememangnya makanan kesukaan ramai bila-bila masa, malah menjadi salah satu menu tambahan yang cukup diminati dan sudah menjadi antara menu tambahan di kenduri kahwin atau sajian di rumah terbuka



Isi Kandungan
Walau jadi kesukaan ramai tapi bila nak buat laksa tu memang cukup merenyahkan sebab nak isi ikan perlu di asingkan isinya dari tulang selepas direbus. Memang rumit dan mengambil masa tapi memang puashati bila dapat menikmati laksa bila-bila masa dan banyak!

Secara umumnya laksa adalah sama, yang membezakannya adalah rasa, ulaman atau sayuran yang diregukan dengan laksa tersebut. 
Bahan Utama Kuah LaksaSecara dasarnya bahan utama untuk membuat kuah laksa seperti bunga kantan, daun kesum, isi ikan kembung,  asam gelugur dan ada yang menambah dengan petis atau otak udang. Selain dari itu ramuan lain untuk menambahkan kesedapan laksa adalah seperti daun selom, bawang besar, timun, limau, telur rebus, cili merah, cili api, dan daun pudina. 
Di Kedah, dan Perlis laksa akan bertambah sedap dengan tambahan hirisan seperti daun putat, daun selom dan daun gajus. Laksa yang sedap adalah laksa yang diperbuat dari beras.


Terdapat beberapa tip untuk menjadikan kuah laksa  utara sedap dan mungkin tip dibawah mampu membantu anda yang masih tercari-cari sebab kuah laksa yang anda buat tidak berapa menjadi dan kurang sedap. Selamat mencuba


Tip Kuah Laksa Sedap    a. IkanAda beberapa jenis ikan yang sedap untuk dijadikan kuah laksa antaranya ikan kembung dicampur ikan tongkol bagi memekatkan kuah, ikan selayang, ikan sardin, ikan tenggiri lazimnya digunakan untuk kuah laksa Johor.
Ikan kembung atau ikan sardin segar direbus, kemudian disiang memisahkan isi dengan tulang. Isinya kemudian dikisar hingga halus dan tulang juga dikisar dan ditapis. Penggunaan ikan tongkol yang direbus, dikisar dan dicampur dalam isi ikan kembung untuk memekatkan kuah laksa.
Selain ikan segar, laksa juga dibuat menggunakan sardin dalam tin seperti sardin Ayam Brand yang isinya sedap.


Ada juga yang akan menumbuk isi ikan sardin untuk menampakkan tekstur ikan kasar-kasar terutama bila memasak Asam Laksa


    b. Bawang & Cili KeringBawang besar digunakan untuk menghasilkan kuah yang lebih sedap dan manis tanpa menggunakan bawang putih atau bawang kecil. Nak lagi sedap letak bawang besar dalam 2 labu, dikisar dengan cili kering serta cili api untuk bagi rasa lebih pedas.


Kalau bonda akan tambah bahan seperti jintan manis dan jintan putih yang dikisar halus.
Setelah dikisar, cili kering dan bawang besar hingga halus, masukkan terus ke dalam periuk dan tambah sedikit air. Renih hingga kuah menjadi agak kering dan dimasukkan isi ikan yang telah dikisar halus bersama airnya.


    c. Bunga Kantan & Daun KesumNak sedap mesti ada 2 bahan utama ni tapi kalau tak ada salah satu pun dah cukup. Kalau tak ada langsung nak guna apa? kalau tak ada postpone je lah buat laksa kau tu. Kahkahkah
 


    d. Asam GelugurAsam keping memainkan peranan penting dalam menghasilkan kuah laksa yang sedap. Pastikan asam keping baru ( tidak hitam) dan asam ni rendam sekejap bagi kembang. Bila kita rebus dalam kuah asam akan lebih kembang dan buatkan kuah rasa masam yang sedap.


    e. BelacanBagi umi, laksa yang sedap bergantung pada belacan juga dan anggaran berapa banyak belacan tu bergantung ikut kesukaan. Bagi yang tak boleh makan belacan, boleh saja buat kuah tanpa belacan tapi rasanya memang kurang kick la.


    f. Serbuk AjiNoMoto Atau Serbuk PerasaPenggunaan serbuk aji-no-moto ni memang memainkan peranan dalam kuah laksa, atau asam rebus utara sebab bahan ini yang memaniskan kuah tapi ada yang tak suka atau alergik, buat saja kuah ikut selera dan citarasa. 


Baca Juga : 15 Resepi Laksa Kegemaran Rakyat Malaysia
 
Terdapat 7 jenis laksa yang cukup popular dn digemari ramai dan ada sesetengah laksa itu tidak banyak berbeza tapi terdapat beberapa elemen yang membezakannya.


7 Jenis Laksa Popular Kegemaran Ramai      1. Laksa UtaraBila sebut Laksa Utara terdapat 3 jenis laksa yang lebih kurang sama malah ketiga-tiganya. Laksa Utara dengan Laksa Penang tidak banyak perbezaan namun terdapat beberapa bahan yang membezakannya.


Laksa Perak: Kuahnya tidak pekat dan lebih nipis dan berair dan menggunakan daun salad sebagai hiasan dan ulaman. Lazimnya laksa ini tidak menggunakan belacan.


Laksa Kedah: Kuah laksa Kedah lebih pekat dan banyak isinya dan terdapat belacan didalam kuahnya.
Menggunakan belacan dan daun selom sebagai hiasan bersama timun, hirisan bawan dan limau kasturi.


Laksa Perlis: Menggunakan daun selom dan daun putat yang memberi aroma dan rasa berbeza pada kuahnya.


Laksa Kedah dan Laksa Perlis menggunakan daun selom, daun putat, daun gajus sebagai ulaman yang menambahkan lagi keenakan kedua jenis laksa.


    2. Laksa PenangLaksa yang cukup popular dengan tambahan penggunaan nenas dan petis udang. Kuahnya agak nipis dan sayur salad digunakan sebagai ulaman yang melengkapkan selain timun, cili api potong, limau kasturi dan telur rebus.


    3. Laksam (Kelantan)Pembuatan laksam ini sangat menrenyahkan kerana ianya perlu diadun dengan campuran tepung gandum dan tepung beras, kemudian dikukus dan digulung.


Kuahnya berwarna putih berlemak hasil dari penggunaan santan, lada hitam serta sering menggunakan ikan selayang yang cukup memberi rasa enak pada kuahnya.


Laksam dinikmati dengan sayuran seperti kacang panjang, taugeh dan sambal belacan.


    4. Laksa Nyonya (Melaka)Laksa ini biasanya dimakan bersama mi kuning ini agak berlainan dari laksa yang lain kerana ianya tidak menggunakan sebarang ikan atau isi ikan. Kuahnya yang lemak daripada santan dan bahan-bahan lain yang membuatkan rasa Laksa Nyonya ini sangat menyelerakan. Selain menggunakan mi kuning, kuah Laksa Nyonya boleh dinikmati dengan menggunakan bihun yang lebih halus.


    6. Laksa Terengganu

Siapa kata Terengganu tiada laksa? Ia lebih kurang sama dengan laksam tetapi ia menggunakan mi yang diperbuat daripada tepung gamdum.


    5. Laksa JohorLaksa Johor juga agak berbeza dengan penggunaan spaghetti dan dengan kuah yang pekat dan sambal seakan sambal laksam. Kuah Laksa Johor juga menggunakn bahan seperti herba, rempah dan sambal belacan dan sayuran seperti kacang panjang dan taugeh.


Tapi ada juga Laksa Johor yang menggunakan laksa seperti laksa-laksa yang lain sebab harga spaghetti yang akan mahal.


    7. Laksa SarawakLaksa Sarawak ni juga sangat berbeza dari laksa yang ramai orang pernah rasai kerana terdapat campuran rasa berherba dan berempah yang sangat unik dan laksanya pula menggunakan bihun. Laksa Sarawak juga agak sukar didapati apatah lagi yang benar-benar sedap di Semenanjung




Makna  Laksa Dan Sejarah LaksaLaksa berasal daripada Semenanjung Utara Malaysia iaitu di  Kedah dan  Pulau Pinang. Laksa pertama dihasilkan ialah Asam Laksa. Kemudian di inovasi oleh Cina Peranakan Malaysia iaitu Laksa Nyonya di  Melaka, lalu tersebar di Asia tenggara. Makanan ini telah sebati dalam budaya Cina, Melayu dan Peranakan Malaysia. Di makan dengan makanan sampingan seperti Sambal Belacan ataupun olahan minyak cili.
Terdapat pelbagai teori tentang asal usul laksa. Salah satunya ialah perkataan "laksa" berasal daripada perkataan Parsi purba untuk "mi". Menurut Denys Lombard dalam buku Le carrefour Javanais. Essai d'histoire globale II, yang diterbitkan pada tahun 2005, salah satu catatan terawal perkataan laksa untuk menggambarkan mi telah ditemui dalam prasasti Biluluk Jawa bertarikh 1391 pada era Majapahit, yang menyebut perkataan "hanglaksa". "Hanglaksa" dalam bahasa Kawi bermaksud, "pembuat bihun". 
Perkataan laksa juga mungkin berasal dari bahasa Sanskrit laksha yang bererti banyak atau "sepuluh ribu" (seperti mana dalam dokumen lama seperti Batu Bersurat Kedukan Bukit, merujuk kepada banyaknya kandungan dan rempah yang digunakan. 


Satu lagi teori tentang asal-usul hidangan ini bermula pada ekspedisi tentera laut Cina Dinasti Ming pada abad ke-15 yang diketuai oleh Zheng He, yang di mana armadanya mengemudi Maritim Asia Tenggara. Walau pun begitu, orang Cina seberang laut telahpun menetap lebih awal di pelbagai bahagian di Maritim Asia Tenggara, berbanding ekspedisi Zheng He. Disebabkan hal itu, bilangan pendatang dan pedagang Cina meningkat dengan ketara. Lelaki Cina berkahwin campur dengan penduduk tempatan, dan bersama-sama mereka membentuk masyarakat bercampur yang dipanggil Cina Peranakan atau Cina Selat dan Baba dan Nyonya. Di Malaysia, varian laksa terawal dipercayai telah diperkenalkan oleh orang Cina Peranakan di Melaka
sumber : wikipedia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2023/08/laksa-tip-resepi-kuah-laksa-utara-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Resepi Kangkung Sedap Kangkung Belacan Kangkung Ikan Bilis Sotong Kangkung

3 Resepi Kangkung Sedap Kangkung Belacan Kangkung Ikan Bilis Sotong Kangkung

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 301 hits
Kangkung merupakan tumbuhan hijau yang biasanya ditanam sebagai sayur sayuran di kawasan tropika terutamanya di rantau Asia Tenggara Ia mempunyai daun hijau berbentuk bulat dan batang yang mudah dipecahkan Kangkung adalah salah satu jenis s...
Resepi Waffle Sedap Tapi Mudah Nak Buat

Resepi Waffle Sedap Tapi Mudah Nak Buat

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 334 hits
Resepi waffle sedap tapi mudah nak buat Resepi di kongsi dari FB dan owner pun dah izinkan kita share Semoga bertambah berkat rezekinya Saya suka beli waffle kat coolblog Dah la gebu gebu saiz besar pulak tu Puas makan Bila dah selalu beli ...
Ikan Sembilang Resepi Gulai Utara Ikan Sembilang

Ikan Sembilang Resepi Gulai Utara Ikan Sembilang

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 453 hits
Ikan Sembilang antara ikan kegemaran ramai yang lazat isinya yang sesuai dimasak gulai atau kari asam pedas ataupun gulai cili api Ikan sembilang merupakan ikan yang popular di kalangan pemancing yang gemar menunggu di tepi pantai dan muara...
Koleksi Resepi Agar Agar Yang Mudah Menarik Sedap

Koleksi Resepi Agar Agar Yang Mudah Menarik Sedap

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 314 hits
KOLEKSI RESEPI AGAR AGAR1 AGAR AGAR KOKTAILMasa Penyediaan 5 minit Memasak 10 minit Keseluruhan 15 minitJumlah Hidangan 6 orang makanBahan Bahan 1 bungkus atau 20g agar agar bertali 900 ml air 1 tin koktel buah buahan 1 tin susu cair 1 1 2 ...
Resepi Mash Potato Lebih Sedap Dan Lebih Halus

Resepi Mash Potato Lebih Sedap Dan Lebih Halus

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 233 hits
RESIPI MASH POTATO Kenapa saya salin resepi ini dalam blog Sebab saya nak buat untuk anak bongsu yang suka sangat makan mash potato kentang putar Asal cuti pulang ke rumah mesti nak order mash potato dari MB atau KFC Kami layan kan je Jadi ...
Resepi Kuah Oden Senang Sangat Nak Buat Cepat Dan Mudah Je Rupanya

Resepi Kuah Oden Senang Sangat Nak Buat Cepat Dan Mudah Je Rupanya

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 423 hits
Siapa suka makan oden Dalam family cikla kakak Batrisyia yang suka makan Yang lain tak berapa suka sangat sebab kuah oden ni pedas sikit Cikla okey je asal kena dengan tekak telan aje Petang tadi tetiba teringin nak cuba buat sendiri walaup...
Resepi Kuah Kacang Sotong Kembang

Resepi Kuah Kacang Sotong Kembang

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 358 hits
Kuah Kacang Sotong memang sangat sedap terutama dimakan bersama nasi himpit dan lontong serta sayur masak lodeh Selalunya bila letak sotong rasanya lebih padu Tapi ramai kata tak berapa menjadi bila letak sotong ada yang kuahnya jadi cair t...
Kuih Koci Paling Mudah Dan Sedap

Kuih Koci Paling Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 275 hits
Kuih Koci adalah sejenis makanan tradisional yang merakamkan citarasa unik Malaysia Kuih koci merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung pulut Dikukus bersama dengan pelbagai jenis inti manis seperti kelapa parut gula merah ataup...
Dah Cuba Memang Sedap Resipi Ayam Kewpie Khairul Aming Bakar Guna Air Fryer

Dah Cuba Memang Sedap Resipi Ayam Kewpie Khairul Aming Bakar Guna Air Fryer

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 338 hits
Resepi Ayam kewpie viral khairulamingTak pernah terbayang sos kewpie ni boleh dijadikan bahan perapan ayam Ramai rupanya yang sukakan resipi perapan Ayam Bakar Kewpie ini Boleh kita tengok cara Khairul Aming yang amat ringkas dan mudah ini ...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Cetaphil Toner Bantu Kulit Flawless

Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru