Saudagaq Sup Junior Tanjung Malim



Kalau tengah hari kebiasaanya kita akan mencari nasi berlauk untuk dijadikan makanan tengahari, tapi kali ini kami akan bawa anda mencuba makanan sedap di Tanjung Malim. Tanjung Malim atau Muallim menjadi daerah kesebelas di negeri Perak pada tahun 2016. Tanjung Malim memang terkenal samada pengeluaran Proton atau pun Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Untuk artikel berkaitan makanan, kami akan bawa anda ke kawasan pelajar UPSI.

Kenapa bawa ke kawasan pelajar UPSI??? Untuk pengetahuan anda, kebiasaanya di kawasan pelajar harga makanannya lebih murah sedikit berbanding di tempat lain. Secara tidak langsung kos untuk makan dapatlah dikurangkan. Hehehehe. Makanan apa yang murah dan sedap di Tanjung Malim ni? Ok, jom kita mula terjah ke SAUDAGAQ SUP JUNIOR. Menarik ke makanan disini? Sedap ke? Anda yang tentukan sendiri.

Restoran ini menjual pelbagai juadah yang berasaskan sup sesuai dengan nama restorannya. Umum juga sedia maklum yang masakan sup ini begitu sinonim dengan orang utagha. Dengaq nama Saudagaq pun boleh bau orang utagha. Teediaa.. Jangan pulak korang cari masakan Thai ka, masakan Western dan sebagainya memang tak jumpa la ye. SAUDAGAQ SUP JUNIOR ini dimiliki oleh Encik Razak Husin dan isterinya Puan Kalsom Hashim yang berasal dari Alor Setar, Kedah. Pemiliknya juga mesra dipanggil Pak Long. Pada peringkat awal perniagaannya, Saudagaq Sup Junior ini hanya bertapak di sekitar pasar malam Tanjung Malim. Lama-kelamaan apabila semakin mendapat sambutan dan mempunyai pelanggan tetapnya yang tersendiri, Pak Long mula mengambil langkah dengan membuka restoran. Tidak silap kami, restoran ini mula dibuka bulan November tahun 2013. Dengar kata resipinya masih bertahan sejak tahun 1980-an lagi tau. Woww!


Pemilik restoran ini juga sebenarnya bijak memilih kawasan yang sangat strategik untuk target pelanggannya. Tambahan pula, kedudukannya yang menghadap jalan memang senang dilihat oleh pengguna jalan raya sendiri.

Macam mana nak ke SAUDAGAQ SUP JUNIOR ini????
Jom kiteorang tunjukkan cara-cara untuk ke SAUDAGAQ SUP JUNIOR, landmark paling senang adalah anda cari sahaja pintu masuk utama UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. Restoran SAUDAGAQ SUP JUNIOR ini terletak di deretan kedai depan UPSI sahaja. Lokasinya beralamat di No. 21, Jalan U1, Taman Universiti, 35900 Tanjong Malim, Perak dan dibuka bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari. Restoran ini juga menyediakan perkhidmatan katering dan tempahan makanan.

Kalau susah nak cari, anda boleh terus tekan google maps di bawah ini untuk ke Restoran SAUDAGAQ SUP JUNIOR.




Jari dah kejang, perut sudah berbunyi gendang gendut tali kecapi. Jom kita terjah!!!!! Inilah restorannya. Nampak kemas dan banyak tempat parking kereta.




Servisnya pula sangat pantas dan efisien dan bagus untuk impression pertama kali ke sini.  Kami baru sampai nak tarik kerusi ja dah ada pelayan yang menanyakan menu untuk kami order. Kami memilih Moi Sup dan Nasi Ayam. Untuk airnya pula ialah Teh O Ais Limau dan Milo Ais.

Ni yang si isteri pilih. MOI SUP ayam. Disini juga ada MOI SUP daging.
Agak banyak jugalah MOI SUP ini, potongan ayam juga besar. Harga hanya RM5.00 untuk semangkuk MOI SUP.


Masa sampai ke meja, nasi nampak begitu menarik dihidangkan bersama sup panas. Aroma daun sup dan kerangupan daun bawang yang ditaburkan di atasnya memang menjamu mata dulu. Untuk moi sup yang menjadi pilihan, rasa supnya sangat la mesra dan serasi dimakan dengan nasi lembut. Serius, nasi dia lembut habis. Terasa betul rempah ratus sup yang digunakan dan rasanya sangat asli dan tradisional. Potongan ayamnya pun banyak diletakkan dan teksturnya lembut. Bila disuap nasi lembut dengan sup perlahan-lahan ke dalam mulut terasa syahdu dan puas hati. Tak perasan, suapan demi suapan sampai habis licin menu tu dimakan. Haha.. Ni close up untuk ayam dan nasi, hehehehe.




Moi sup ni juga boleh dimakan dengan dua jenis sambal yang disediakan di setiap meja makan. Satu sosnya berwarna merah dan satu lagi warna hitam gelap. Sos yang berwarna merah dan hitam tu nak dikatakan sos biasa bukan dan rasanya belum pernah kami jumpa lagi di mana-mana tempat sebelum ini. Kedua-dua sos ni mempunyai rasa yang berbeza. Sos ni mungkin dibuat dengan resepi dan ramuan rahsia yang tersendiri. Bila ditambah sos dengan moi sup, kombinasi rasanya lagi bertambah “uummpphh” tau.

Si suami pula memilih Nasi Ayam kat SAUDAGAQ SUP JUNIOR. Pandangan pertama, nampak macam biasa. Bila rasa, Fuhhhh.. Mantop. Sup di sini walaupun kosong untuk nasi ayam ini tapi terasa la. Bukan kosong biasa-biasa. Nasinya pulak berwarna kuning memang menarik selera untuk mencuba.






Ayam untuk nasi ayam pula agak lembut dan tak ranggup sangat. Kira ok tu. Nyummm nyummm. Harga untuk Nasi ayam ini berharga RM5.00 sahaja. Harga untuk hidangan kami hari tu ialah RM14.20.

Selain nasi ayam dan moi sup, korang juga boleh cuba menu menu lain. Antaranya bihun sup daging, bihun sup campur, bihun sup ayam, sup daging, sup perut, sup campur, sup ayam, nasi ayam double, nasi ayam special dan nasi kuning. Harganya bermula dari RM4.50 hinggalah RM10.00 dan masih lagi dalam kadar mampu makan. Hee.. Bukan saja nasi, bihunnya jugak berwarna kuning tau. Rasanya tak banyak peniaga yang kami jumpa menggunakan bihun kuning dalam menu diaorang. Kiteorang tak boleh mencuba menu-menu lain untuk ditunjukkan pada anda sebab bajet ciput. Hahaha. Kiranya walaupun menunya sikit, tapi disebabkan oleh rasa ramuan sup utamanya begitu padu terus menjadikan restoran ini sangat istimewa bagi penggemarnya.



Secara keseluruhannya, Restoran Saudagaq Sup Junior ni menyajikan menu yang ringkas tetapi rasanya orang utagha sebut memang perghhh! baq hangg. Hihi.. Kami berdua hadiahkan 8.5/10 bintang untuk restoran ni. Pastinya sesiapa yang datang kali pertama memang akan jatuh cinta akan rasanya. Sepanjang kami berada kat sana juga, orang ramai tidak putus-putus datang untuk menjamu selera, bukan hanya pelajar UPSI tetapi juga masyarakat setempat.

P/S: kalau sudah ke sini, lajak sedikit ke utara. cuba ke Kellie's Castle atau pun ke Taman Rekreasi gunung lang.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://projeklakibini.blogspot.com/2018/11/TEMPAT-MAKAN-MENARIK-SAUDAGAQ-SUP-JUNIOR-.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
34 Pelajar Utm Dikhuatiri Sesat Di Hutan Tanjung Malim

34 Pelajar Utm Dikhuatiri Sesat Di Hutan Tanjung Malim

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 750 hits
25 Oktober 2018 10 15 PM TANJUNG MALIM Seramai 34 pelajar Universiti Teknologi Malaysia yang melakukan aktiviti nbsp merentas nbsp hutan nbsp di belakang Resort River View di sini
Cvr Belum Ditemukan 869 Personel Gabungan Diturunkan Sisir Tanjung Karawang

Cvr Belum Ditemukan 869 Personel Gabungan Diturunkan Sisir Tanjung Karawang

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 245 hits
Dari data yang dikutip di Posko JICT hari ini tim SAR menurunkan 869 personel gabungan dan 119 penyelam yang terdiri dari 456 anggota TNI AL 201 anggota Basarnas 58 anggota Polri 40 anggota TNI AD dan 15 anggota TNI AU
Kisah Basarnas Telusuri Tanjung Karawang Hingga Temukan Sinyal Black Box

Kisah Basarnas Telusuri Tanjung Karawang Hingga Temukan Sinyal Black Box

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 231 hits
Seperti kemarin kapal milik TNI Polri Basarnas Kementerian ESDM masih terus dilibatkan Totalnya ada empat kapal yang dilengkapi peralatan canggih yakni side scan sonar Multi Beam Echosounder
Persiapan Penyelam Tni Al Sebelum Sisir Tanjung Karawang Cari Lion Air Jt610

Persiapan Penyelam Tni Al Sebelum Sisir Tanjung Karawang Cari Lion Air Jt610

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 273 hits
Hasil pengecekan bangkai kapal bukan bangkai pesawat Lion Air JT610 kata Kolonel Monang Sitompul Kasidambair Rabu
Tim Sar Deteksi Potongan Besar Lion Air Di Tanjung Karawang

Tim Sar Deteksi Potongan Besar Lion Air Di Tanjung Karawang

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 280 hits
Dia menjelaskan timnya sudah membidik beberapa titik kerangka dan badan pesawat tersebut Potongan badan pesawat pun sudah dideteksi
Pentagon Shaped Pillbox Of Tanjung Punai

Pentagon Shaped Pillbox Of Tanjung Punai

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 258 hits
The strategically located British WW2 Pillboxnear Tanjung Punai at the confluence of Kuantan and Belat riverwas left frozen in time for the past 77 yearsand known only to anglers and villager staying nearbybut eluded history enthusiastuntil...
Tim Sar Perluas Pencarian Korban Lion Air Pk Lqp Di Pesisir Pantai Tanjung Pakis

Tim Sar Perluas Pencarian Korban Lion Air Pk Lqp Di Pesisir Pantai Tanjung Pakis

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 310 hits
Tim SAR gabungan masih terus melakukan pencarian di dasar laut dengan radius 250 meter Hal itu untuk memastikan agar tak ada lagi korban jiwa di lokasi atau radius tersebut
Bukan Bodi Lion Air Bongkahan Di Dasar Perairan Tanjung Karawang Hanya Lempengan

Bukan Bodi Lion Air Bongkahan Di Dasar Perairan Tanjung Karawang Hanya Lempengan

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 275 hits
Tim SAR sudah mengerahkan ROV milik Kapal Victory Pertamina ROV sudah mencapai 250 meter dari lingkaran di mana bodi besar itu ditemukan Saya berharap rekan rekan bisa mendoakan sehingga semua korban bisa ditemukan bodi atau bagian pesawat ...
Mobil Pejabat Rutan Tanjung Gusta Tabrak 3 Mahasiswa 1 Tewas Dan 2 Lain Luka Luka

Mobil Pejabat Rutan Tanjung Gusta Tabrak 3 Mahasiswa 1 Tewas Dan 2 Lain Luka Luka

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 220 hits
Sopir Pajero Sport tak terkendali lagi dan menabrak dua sepeda motor itu hingga terpental bersama penumpangnya
Bahaya Bila Masuk Guardian Atau Watson Memacam Terbeli

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Business Website Boosts Credibility

Pengalaman Pertama Kali Buat Pet Ct Scan

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Johor Masjid Kota Iskandar Sederhana Tenang

Sekejap Tapi Bermakna Healing Di Qowiy Village Hulu Langat

Abdullah Bin Amr Bin Haram Bicara Dengan Allah Tanpa Hijab

Siap Tadbir Pahang Negeri Ke 5 Pn Ok Nyonya Jom Sama

Dessy Dian Umbang Diberi Isi Diambi Chord

Maybe Rafizi Is Busy Playing With The Coins In His Pocket