Satu Lagi Video Orang Biasa Marah Fed Up Dengan Orang Politik
Tuan-tuan, semalam saya menerima dua rakaman video rakyat biasa menunjuk marah mereka kepada orang politik, YB, Menteri dsbnya. Di sini saya muat naik satu daripada dua video itu.
Video yang kedua itu adalah rakaman lagu "mix" (video menari macam ayam berlaga dengan sedikit voiceover) oleh seorang wanita muda yang saya tidak upload di sini.
First sila dengar luahan lelaki ini yang sangat marah dengan Menteri, YB dan orang politik :
Mungkin lelaki ini pun pembaca blog ini. Mungkin tidak. Macam mana pun inilah perasaan ramai orang terhadap keadaan dalam negara kita sekarang, ia itu keadaan politik dan ekonomi negara.
Bagi ramai orang (bukan semua orang tetapi bagi ramai orang) hidup mereka menjadi makin susah. Dan malangnya mereka tidak boleh melihat suatu detik atau saat dalam masa terdekat yang menandakan U-turn atau pemulihan dalam keadaan ini. Nasib mereka begitu juga ataupun bertambah buruk. Dan majoriti besar orang yang makin susah ini adalah orang Melayu.
This is largely because our policies over the past 50 years have been totally wrong and quite insane. Penyebab utama bagi keadaan sebegini adalah dasar-dasar negara kita selama 50 tahun ini yang jelas sekali sudah salah, silap dan tidak masuk akal.
Tetapi hanya orang yang mempunyai akal boleh tahu sesuatu perkara itu tidak masuk akal. Bagi orang yang tidak mempunyai akal atau tidak menggunakan akal mereka tidak boleh bezakan antara yang mana masuk akal dan yang mana tidak masuk akal.
So apa nak buat? Tunggu sajalah, lagi banyak video-video marah dan benci akan timbul lagi.
Dengan teknoloji mudah alih sekarang pakcik teksi pun boleh menjadi one-man-show stesen penyiaran TV. Sampai videonya jadi viral lagi.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
Posted by Syed Akbar Ali
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/10/satu-lagi-video-orang-biasa-marah-fed.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu