Satu Kes Polio Sudah Dikira Wabak


KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) — Bayi lelaki berusia tiga bulan dari Tuaran, Sabah, yang dijangkiti polio belum sempat menerima imunisasi polio yang sepatutnya dan dengan demikian tidak mendapat perlindungan daripada penyakit itu, kata perunding pakar pediatrik dan ahli imunologi, Datuk Dr Musa Mohd Nordin.
Menurut Jadual Imunisasi Kebangsaan Malaysia, bayi perlu menerima vaksin polio tidak aktif (IPV) pada usia dua bulan, tiga bulan dan lima bulan. Bayi itu juga perlu diberi dos tambahan apabila mencapai usia 18 bulan.
Bagaimana pun, bayi yang dijangkiti virus polio itu hanya menerima dos pertama imunisasi polio dan menyebabkan ia tidak menerima imunisasi yang secukupnya, kata Dr Musa.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan semalam, bayi berkenaan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sebuah hospital selepas disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1), Jumaat (6 Dis).
“Saya mengesyaki bayi itu dijangkiti VDPV1 daripada persekitaran melalui air atau makanan yang tercemar atau kerana sanitasi yang teruk.
“Kemungkinan besar (virus) berasal dari Filipina memandangkan perkaitan genetik VDPV1 serupa dengan virus yang dikesan sewaktu berlaku wabak di negara itu, “ beliau memberitahu Bernama dalam temuramah emel.
Kes polio ini merupakan yang pertama setelah Malaysia diisytiharkan bebas penyakit itu 27 tahun lalu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata hari ini bayi yang dijangkiti polio itu sudah pun sakit apabila diberi dos kedua vaksin polio, yang sepatutnya memberikan kadar imunisasi antara 60 peratus hingga 80 peratus.
“Dos pertama mempunyai 30 hingga 40 peratus imuniti terhadap virus berkenaan, “ katanya.
MAKNA VACCINE-DERIVED POLIO?
Vaccine-derived polio adalah berkaitan dengan penggunaan vaksin polio oral (OPV).
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO, OPV mengandungi weakened vaccine-virus (virus polio yang dilemahkan dalam vaksin) yang menggerakkan tindak balas imun dalam badan.
Apabila kanak-kanak diberi imunisasi dengan OPV, weakened vaccine-virus akan berganda dalam usus untuk tempoh tertentu dan membentuk imuniti atau kekebalan dengan meningkatkan antibodi. Dalam masa ini, vaksin-virus juga dikumuh oleh badan melalui najis.
Laman sesawang WHO menjelaskan: “Di kawasan dengan sistem sanitasi yang lemah, vaksin-virus yang dikumuh oleh badan melalui najis boleh merebak dalam komuniti yang terdekat sebelum virus itu mati. Bagaimanapun, sekiranya penduduk tidak mendapat imunisasi yang secukupnya, vaksin-virus yang dikumuh melalui najis boleh terus merebak untuk jangka waktu yang panjang. Lagi lama virus ini dibiarkan hidup, lebih banyak perubahan genetik akan berlaku.
Dalam keadaan yang jarang berlaku, vaksin-virus boleh secara genetik berubah dalam bentuk yang boleh melumpuhkan – ini yang dikenali sebagai circulating vaccine-derived poliovirus (cVDPV).”
Sebaliknya, IPV tidak mengandungi virus hidup, dan dengan demikian, orang yang menerima vaksin ini tidak mengkumuhkan virus ini atau menjangkiti orang lain. Vaksin ini juga tidak menyebabkan penyakit.
Memandangkan risiko yang berkaitan dengan pemberian OPV, mengapa masih ada negara yang menggunakannya?
“OPV ini murah, mudah untuk diberikan dan sangat berkesan dalam melindungi individu dan komuniti, “ kata Dr Musa.
Menurut beliau, sejak 1988, pemberian OPV membantu mengurangkan beban penyakit polio sebanyak 99.9 peratus – daripada 350,000 kes kepada kurang daripada 120 kes polio liar pada 2019.
“Kelemahannya ialah virus ini dikumuh menerusi najis dan boleh hidup selama enam minggu dalam persekitaran. Virus yang sudah dilemahkan ini (live-attenuated vaccine polio) boleh bertukar dan menjangkiti anak yang tidak diberi imunisasi.
“Sejak 2000, 10 billon dos OPV digunakan di seluruh dunia, dan mencegah 13 juta kes polio. Hanya kurang daripada 750 kes VDPV dilaporkan, “ beliau mendedahkan.
Malaysia turut melaksanakan pemberian OPV sehingga 2008, apabila negara ini mula menggunakan IPV.
“Sebahagian daripada strategi penghapusan polio adalah untuk bertukar daripada OPV kepada IPV untuk mengurangkan risiko VDPV dan vaksin yang ada kaitan dengan paralytic poliomyelitis kepada sifar,” kata Dr Musa.
ADAKAH KITA DILINDUNGI?
Menurut Dr Musa, sekurang-kurangnya 95 peratus daripada komuniti perlu menerima imunisasi mencegah polio sebagai langkah perlindungan daripada penyakit yang boleh menyebabkan kelumpuhan itu.
“IPV sebagai sebahagian daripada kombinasi suntikan lima-dalam-satu yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan adalah vaksin yang amat bagus. Selain polio, ia mencegah difteria, pertusis, kancing gigi / tetanus dan haemophilus influenza B,” katanya.
Meskipun pengambilan dos ketiga vaksin polio di Malaysia adalah dalam sekitar 95 peratus, kata Dr Musa, masih ada segelintir masyarakat yang tidak menerimanya, sama ada kerana mereka enggan atau pihak yang berkenaan gagal mencapai kumpulan itu yang termasuk golongan pendatang atau yang tidak mempunyai taraf kerakyatan.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semalam dilaporkan berkata sehingga 5 Dis, hasil siasatan di kawasan tempat tinggal mangsa, mendapati 23 daripada 199 orang (11.6 peratus) berusia antara dua bulan hingga 15 tahun, tidak menerima vaksin polio.
Beliau turut berkata, pemantauan akan dijalankan ke kawasan berisiko tinggi seperti kawasan penempatan warga asing dari negara yang mempunyai kes polio.
Langkah juga akan diambil untuk memastikan liputan imunisasi melebihi 95 peratus untuk semua kawasan di Malaysia pada sepanjang masa.
Untuk negeri Sabah yang paling hampir dengan Filipina, liputan imunisasi yang tinggi adalah amat perlu untuk melindungi kanak-kanak daripada jangkitan polio, kata Dr Noor Hisham.
Pada Julai lepas, Duta Filipina ke Malaysia, Charles C. Jose memberitahu sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris, terdapat 400,000 hingga 500,000 pekerja tanpa izin Filipina di Sabah.
Sementar itu, Dr Musa berkata hanya satu kes polio sudah cukup untuk dikira sebagai wabak.
“Walaupun satu kes, ianya serupa epidemik. Langkah menyeluruh perlu diambil untuk melaksanakan imunisasi dan melindungi komuniti daripada penyakit ini merebak.
“Memang tidak ada ubat untuk menyembuhkan polio tetapi ada vaksin yang berkesan dan selamat untuk mencegah penyakit ini, “ tegasnya.
Sumber: Bernama
The post Satu Kes Polio Sudah Dikira Wabak appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/12/09/satu-kes-polio-sudah-dikira-wabak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi 3 Bulan Dikejarkan Ke Icu Kes Pertama Setelah 27 Tahun Malaysia Bebas Polio

Bayi 3 Bulan Dikejarkan Ke Icu Kes Pertama Setelah 27 Tahun Malaysia Bebas Polio

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 476 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia harini dengan dukacita telah memaklumkan kejadian satu kes yang disahkan dijangkiti virus polio di Malaysia setelah 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit tersebut Kes melibatkan seorang bayi lelaki wargane...
Kes Pertama Bayi Berusia Tiga Bulan Di Sabah Dijangkiti Virus Polio

Kes Pertama Bayi Berusia Tiga Bulan Di Sabah Dijangkiti Virus Polio

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 453 hits
Polio kembali Kes pertama setelah 27 tahun Malaysia bebas jangkitan KP Kesihatan BERIKUT kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang dipetik daripada blog beliau di kpkesihatan com berhubung jangkitan virus ...
Kes Da I Farhan Bertambah Rumit Aduan Jais Telah Dibuat

Kes Da I Farhan Bertambah Rumit Aduan Jais Telah Dibuat

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 768 hits
Kontroversi rumah tangga Da i Farhan bersama bekas isteri pertama bertambah rumit apabila dia didakwa melanggar undang undang keluarga Islam BACA Rakan baik kepada bekas isteri pertama Farhan Nafsarah Maliki membuat aduan berkenaan di Bahag...
Sprm Akan Buka Semula Kes Kes Lama Latheefa

Sprm Akan Buka Semula Kes Kes Lama Latheefa

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 215 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Awam Malaysia akan membuka semula beberapa kes lama yang melibatkan kepentingan awam pada awal tahun depan Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata beliau telah mengeluarkan satu a...
Akhirnya Kes Kecurian Sic Selesai Metrotv

Akhirnya Kes Kecurian Sic Selesai Metrotv

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 241 hits
POLIS berjaya merampas 42 komponen dan aksesori motosikal bernilai lebih RM75 000 dalam beberapa siri serbuan di sekitar Sepang dan Bangi sekali gus menahan enam lelaki warga tempatan Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala L...
Kes Curi Motogp 2019 Selesai Polis

Kes Curi Motogp 2019 Selesai Polis

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 261 hits
SEPANG 13 Dis Polis percaya ia berjaya menyelesaikan kes kecurian pada penganjuran MotoGP Grand Prix Malaysia 2019 di Litar Antarabangsa Sepang bulan lepas dengan penahanan enam lelaki sejak 3 Nov lepas serta merampas barangan yang dipercay...
Lagi Pemandu Myvi Larikan Diri Langgar Kenderaan Awam Dipercayai Terbabit Kes Samun Oku

Lagi Pemandu Myvi Larikan Diri Langgar Kenderaan Awam Dipercayai Terbabit Kes Samun Oku

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 1116 hits
AdvertisementAdvertisementViral di laman sosial sebuah rakaman video yang memaparkan satu aksi pemandu kereta jenis Myvi berwarna biru KEB7975 yang memandu secara memberhaya sehingga menyebabkan beberapa kenderaan orang yang lalu lalang did...
Mahalini Dah Peluk Islam

Tahap Empat Babitkan Keseluruhan Kulit Otot Dan Tulang Ini Gambaran Lecur Mengikut Tahap

Repressive Laws Killing Press Freedom Say Activists

Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Nak Beriadah Tapi Malas Hadap Jammed Ini 5 Taman Rekreasi Terletak Di Kl Selangor Boleh Diakses Guna Lrt Amp Mrt

Anniversary 4 Tahun Sebagai Ghostwriter

Friction Over Candidate Threatening Ph S Kkb Campaign

Pertumbuhan Berterusan Wall Street Hijau Untuk Hari Ketiga Berturut Turut



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


218 Fibonaci

219 Makna 99 Allah Pecahan

217 Kajian Surah Ad Dukhan The Smoke

This Is Drink Green Mango

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Five Secrets For The Best Way To Study