Satu Daripada Lima Peminjam Tak Pernah Bayar Ptptn



Satu daripada lima peminjam tak pernah bayar PTPTNPosted By: Pentadbiron: May 23, 2019 Print EmailSeorang daripada setiap lima orang peminjam langsung tidak pernah membuat bayaran balik kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata pengerusinya Wan Saiful Wan Jan.Selain 19% peminjam ingkar ini, seramai 32% lagi tidak membayar balik secara konsisten, katanya yang menambah ia antara faktor menyebabkan PTPTN kini menanggung hutang RM40 bilion.“Sekiranya jumlah itu terus meningkat… tanggungan hutang diunjurkan akan meningkat kepada RM76 bilion dalam tempoh 20 tahun akan datang,” katanya kepada The Malaysian Insight.Padahal, lebih 3 juta individu berjaya mendapatkan pinjaman berjumlah RM56 bilion sejak penubuhan PTPTN sehingga 31 Disember lalu, katanya.Jika masalah itu tidak dapat ditangani, ia akan memberi kesan kepada rakyat yang tidak lagi akan menikmati pinjaman pendidikan melanjutkan pelajaran di masa hadapan, kata Wan Saiful lagi.“Setiap RM7,000 yang tidak dikutip akan menyebabkan satu permohonan baru ditolak. Maksudnya, jika seorang peminjam yang menerima pinjaman sebanyak RM21,000 tidak membayar, dia seorang saja akan seronok.“Tapi akan ada tiga orang pelajar yang bakal masuk ke IPT menangis kerana tidak mampu masuk pengajian tinggi,” katanya.Oleh itu, orang ramai perlu menyalurkan cadangan di laman web PTPTN untuk membantu institusi itu memutuskan bentuk tindakan bagi mendapatkan balik wang tersebut, kata Wan Saiful.“Ramai yang memberi banyak komen dalam kumpulan Whatsapp dan dalam media sosial. Saya seru mereka ini memindahkan komen mereka ke laman web PTPTN supaya semua pandangan dapat kita analisis sebagai sebahagian penyelesaian.“Tidak ada guna lantang dalam media sosial tetapi tidak menyalurkan pandangan ke saluran yang betul,” katanya dalam satu wawancara.Pandangan itu dikutip melalui Kertas Konsultasi Rakyat (KKR) yang disediakan dalam laman web rasmi perbadanan tabung itu.Satu taklimat mengenai KKR itu menimbulkan kontroversi apabila 10 idea yang dikutip daripada satu rundingan dengan pihak berkepentingan dari Januari hingga Mac 16 Mei dilaporkan oleh media.Antara idea untuk memaksa peminjam culas untuk melunaskan hutang itu adalah penguatkuasaan lebih ketat termasuk menyekat sekatan untuk pembaharuan pasport, lesen memandu dan cukai jalan.Cadangan penguatkuasaan itu, termasuk memperkenal semula sekatan ke luar negara, menerima tentangan pelbagai pihak yang antara lain melihatnya sebagai tindakan tidak wajar.Mengulas mengenai kebimbangan tersebut, Wan Saiful berkata PTPTN sememangnya bertangungjawab membantu peminjam yang mempunyai masalah untuk bayaran balik.“Kita perlu mengenal pasti apakah latar belakang kewangan mereka sehinggakan bayaran tidak dilakukan dengan konsisten. Mungkin terdapat masalah kewangan yang dihadapi oleh mereka dan mereka yang tidak berkemampuan ini wajib kita bantu.“Untuk itu, peminjam yang terlibat perlu membuat rundingan dengan PTPTN,” katanya lagi.PTPTN memberi pinjaman RM56 bilion kepada seramai lebih 3 juta peminjam sejak tabung itu mula ditubuhkan sehingga 31 Disember lalu.Salah seorang daripadanya adalah Mohd Shah, 30 yang gembira kerana dapat membayar balik secara konsisten selepas membuat rundingan dengan PTPTN.“Saya dahulu tidak pernah bayar selama dua tahun dan ada banyak tunggakan. Jika bayar ikut pelan asal boleh capai RM400 sebulan tetapi selepas rundingan saya hanya bayar RM200 cuma masanya lebih panjang.“Kita dah berhutang kena bayar. Kalau semuanya tiada rasa tanggungjawab bagaimana dengan nasib pelajar lain, termasuklah anak saya pada masa akan datang,” kata juruteknik itu.Seorang lagi peminjam, Fairuz Karmila, 32, yang berjaya melunaskan hutangnya turut sependapat dan berharap ia akan memberi keberkatan kepadanya.“Saya dah selesai bayar guna akaun dua KWSP. Saya juga ada banyak komitmen tetapi tiada masalah yang tak boleh selesai.“Yang penting kita ada niat hendak membayar. Biarlah duit kita pinjam untuk dapatkan ijazah itu berkat,” kata ibu kepada seorang anak itu lagi.Namun bagi peminjam yang masih berpendapatan rendah, tanggungjawab untuk melunaskan pinjaman itu masih tidak dapat ditunaikan.Huzaimi Abd Ghafar, 32, berkata beliau hanya sempat membayar semula beberapa kali kerana gajinya sebagai guru tuisyen tidak mencukupi untuk membayar pinjamannya berjumlah lebih RM30,000.“Sebelum ini syarikat saya bekerja tutup. Sejak itu susah cari kerja tetap dan kini saya menjadi cikgu tuisyen yang bergantung gaji ikut jam.“Saya ada macam-macam komitmen rumah dan kereta hendak bayar. Duit gaji memang tak cukup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/05/satu-daripada-lima-peminjam-tak-pernah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Bayar Hutang Ptptn Peminjam Dilarang Renew Pasport Lesen Memandu Cukai Jalan Siar Gambar Di Khalayak Ramai

Tak Bayar Hutang Ptptn Peminjam Dilarang Renew Pasport Lesen Memandu Cukai Jalan Siar Gambar Di Khalayak Ramai

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 527 hits
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dijangka akan memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal mebayar balik pinjaman jika perkara itu dimahukan orang ramai Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan...
Ptptn Mungkin Benarkan Tangguh Bayar Hutang Jika Gaji Bawah Rm4 000 Apa Akan Jadi Jika Ini Berlaku

Ptptn Mungkin Benarkan Tangguh Bayar Hutang Jika Gaji Bawah Rm4 000 Apa Akan Jadi Jika Ini Berlaku

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 380 hits
LEPAS aku bagi pandangan di laman web Kertas Konsultasi Rakyat PTPTN https www ptptn gov my kertas konsultasi rakyat tadi aku tulis artikel ni sebab ini satu persoalan yang menarik PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional mungkin akan m...
Beri Peluang Graduan Teroka Potensi Kerja Di Luar Negara Bayar Semula Ptptn

Beri Peluang Graduan Teroka Potensi Kerja Di Luar Negara Bayar Semula Ptptn

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 401 hits
foto sumber internetKOTA KINABALU 22 Mei Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang gagal membayar balik pinjaman tidak seharusnya disekat ke luar negara kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick Beliau ...
Cadangan Sekatan Perbaharui Pasport Lesen Dan Cukai Jalan Kenderaan Jika Gagal Bayar Pinjaman Ptptn

Cadangan Sekatan Perbaharui Pasport Lesen Dan Cukai Jalan Kenderaan Jika Gagal Bayar Pinjaman Ptptn

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 480 hits
PTPTN sedang mempertimbangkan langkah lain untuk peminjam membayar hutang mereka berdasarkan maklum balas daripada perbincangan dengan pemegang berkepentingan termasuk melarang peminjam ingkar memperbaharui pasport lesen memandu dan cukai j...
Jom Bayar Ptptn Dengan Cara Mudah Melalui Kwsp

Jom Bayar Ptptn Dengan Cara Mudah Melalui Kwsp

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 432 hits
Hai ada penghutang PTPTN tak kat sini Nak langsaikan PTPTN tapi tak tahu cara nak langsaikannya Tidak kira ada gagal atau berhenti atau berjaya menghabiskan diploma ke atas anda layak mengeluarkan KWSP akaun ke 2 Nak tahu cara2nya jom ikuti...
Cadangan Sekat Peminjam Ptptn Ke Luar Negara Armada Bersatu K Tan Desak Mastura Letak Jawatan

Cadangan Sekat Peminjam Ptptn Ke Luar Negara Armada Bersatu K Tan Desak Mastura Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 344 hits
Mastura Mohd Khalid Pemuda Bersatu Kelantan hari ini mendesak Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Mastura Mohd Khalid untuk meletak jawatan Ini berikutan susulan dengan kenyataannya berhubung cadangan sekata...
Pihak Ptptn Cadang Sekat Pembaharuan Lesen Memandu Cukai Jalan Bagi Mereka Yang Culas Dan Liat Bayar Pinjaman

Pihak Ptptn Cadang Sekat Pembaharuan Lesen Memandu Cukai Jalan Bagi Mereka Yang Culas Dan Liat Bayar Pinjaman

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 781 hits
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional bercadang untuk menyekat pembaharuan lesen memandu dan juga cukai jalan kenderaan bagi peminjam tabung berkenaan yang culas untuk melangsaikan hutang mereka Menurut Timbalan Ketua Eksekutif PTPTN...
Timbang Semula Sekatan Peminjam Ptptn Ke Luar Negara

Timbang Semula Sekatan Peminjam Ptptn Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 319 hits
SHAH ALAM Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional wajar menimbang semula cadangan menyekat perjalanan untuk ke luar negara bagi individu yang culas membayar hutang PTPTN Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Muhamad Nur ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash