Satiananthan Seorang Jurulatih Lebih Lebih Lagi Seorang Budiman



Dari katil hospitalnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sekalipun, B Satiananthan tidak sekadar mahu berbaring tanpa melakukan apa-apa.
Dengan telefon bimbit masih di tangan, dia sibuk menghantar pesanan WhatsApp kepada ahli jawatankuasa Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) yang dipimpinnya sebagai presiden, agar membantu seorang ahli yang memerlukan pembelaan segera.
Ini berlaku selepas ketua jurulatih PDRM FC, Azzmi Aziz, diberhentikan serta-merta berkuat kuasa 19 Jun 2023, yang mengejutkan pengikut setia bola sepak tempatan kerana dia dianggap antara jurulatih berjaya dalam Liga Super.
Tiada pengumuman rasmi daripada pihak pengurusan kelab, tiada juga alasan diberi melainkan ia didakwa sebagai sebahagian proses penstrukturan semula pasukan yang ketika itu di tangga kelapan liga selepas menang enam, satu seri, dan tujuh kalah untuk menghimpun 19 mata daripada 14 perlawanan.
Sejurus dimaklumkan mengenai perkara itu, Satiananthan tidak berlengah menelefon Azzmi bagi mententeramkannya di samping menawarkan nasihat mengenai langkah-langkah yang perlu diambil jurulatih itu untuk mendapatkan pembelaan selain menuntut semua haknya mengikut perjanjian kontrak.
Dalam keadaan dia sendiri terlantar menderitai kanser dan wajar mendapat simpati, Satiananthan masih menaruh belas kasihan dan rasa tanggungjawab buat seorang jurulatih yang memerlukan pertolongan.
“Kami sedang membantu dia (Azzmi) dan saya sendiri sudah bercakap dengannya. Dia dijadikan kambing hitam oleh pengurusan kelabnya,” katanya dalam satu pesanan WhatsApp bertarikh 25 Jun lalu.
Banyak yang sudah diperkatakan mengenai Satiananthan, seorang jurulatih selama tiga dekad dari 1992-2022 yang digambarkan sebagai ‘bengis’ dan gemar bercakap lepas tapi cerita di atas hanyalah satu contoh betapa dia juga berjiwa besar yang mengambil berat nasib rakan seperjuangan.
Namun, berlawanan dengan pendirian profesionalnya, Satiananthan pernah mengetepikan keperluan memeterai perjanjian kontrak kerana mahu mencabar keupayaan sendiri.
“Saya ditawarkan untuk jadi jurulatih pasukan Kelantan pada penghujung 2009 oleh Tan Sri Annuar Musa (presiden Persatuan Bolasepak Kelantan ketika itu) dan saya terima dengan syarat tiada kontrak yang ditandatangani. Maksudnya saya tak mahu ada sebarang kontrak.
“Memang ini pelik, ini bukan amalan biasa kerana kontraklah yang akan mengikat seorang jurulatih dengan sebuah pasukan. Tapi saya buat begitu kerana saya mahu segera tinggalkan pasukan pada bila-bila masa saya rasa saya sudah gagal dalam tugas saya sebagai jurulatih.
“Saya tak mahu tunggu keputusan pengurusan pasukan. Saya sendiri akan maklumkan kepada mereka jika saya rasa saya sudah kecewakan pasukan.
“Jadi, persatuan tak perlu bayar pampasan jika mereka mahu pecat saya atau saya yang letak jawatan. Saya juga beritahu Tan Sri Annuar yang saya akan bawa Kelantan ke final Piala Malaysia pada tahun 2010 itu,” katanya dalam satu temu bual.
Malah, lebih daripada sekadar ke final, Kelantan yang tewas dalam final dua kali pada 1970 dan 2009, dijulang sebagai juara buat kali pertama dalam sejarah Piala Malaysia dengan mengalahkan Negeri Sembilan 2-1 hasil jaringan Hairuddin Omar (minit-56) dan Badhri Radzi (minit-64).
“Saya tak pernah rasa takut untuk gagal. Bagi saya, kerja keras dan disiplin satu-satunya cara untuk menang gelaran. Saya sentiasa percaya kepada kerjasama sepasukan untuk berjaya dan bukan kerana jurulatih semata-mata,” tambahnya mengenai tahun bersejarah Kelantan itu.
Cuma, Satiananthan terpaksa meninggalkan pasukan selepas itu kerana digantung enam bulan mulai Januari 2011 kerana kritikannya terhadap badan induk, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), yang tidak disenangi mereka.
Di sisi berbeza pula, ia menyerlahkan dia tidak takut bersuara bagi mempertahankan prinsip biarpun merisikokan dirinya.
Pernah dituduh “pembodek” gara-gara pujiannya terhadap fasiliti Johor Darul Ta’azim (JDT) sedangkan pasukan Selangor kendaliannya tidak pun dapat berlatih di Stadium Shah Alam sebelum bermulanya liga pada musim 2019, Sathianathan menegaskan perwatakannya tidak pernah berubah di sebalik apa pun tanggapan ramai.
“Saya mahu terus dengan sikap yang sama. Sesetengah orang mungkin bersetuju dengan saya, sesetengah yang lain akan menyanggah saya. Tapi apa yang penting bagi saya ialah bersikap jujur dalam apa saja yang saya mahu katakan.
“Saya tidak akan menahan diri daripada menyatakan pandangan ikhlas saya. Bukan kerja saya untuk cuba ambil hati orang. Ampu, bodek bukan kerja saya,” tegasnya.
Satu lagi sisi Satiananthan ialah dia tidak mudah termakan pujian bahkan menganggap kebanyakannya gurauan semata-mata, malah lebih buruk lagi mahu menyindirnya.
Pernah diminta latar belakang kejurulatihannya untuk satu rencana, Satiananthan mengirimkan menerusi pesanan WhatsApp satu CV yang sarat dengan pelbagai kursus, pengiktirafan, dan deretan trofi yang pernah dimenanginya.
Apabila diusik CV itu melayakkannya untuk menggalas tugas presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Satiananthan membalas dengan sederet emoji ketawa.
Pada penghujungnya, sesiapa saja boleh mengandaikan keresahan yang dilaluinya sepanjang berada di PPUM hingga menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.25 tengah hari Selasa, berdasarkan pengakuannya sebagai ketagihan menonton bola sepak tanpa mengira waktu hingga berjam-jam sehari.
“Saya memang gila bola kerana saya tidak punya apa-apa tanpa bola sepak. Lebih daripada jadi darah daging dan sumber pencarian, bola sepak adalah nyawa saya,” katanya.
Siaran liga Serie A Itali paling diikutinya, terutama kelab Napoli, dengan tidak hanya tertumpu kepada corak permainan, malah formasi dan taktik pasukan itu dikajinya dengan mendalam untuk dikongsi dengan jurulatih lain yang memerlukan pandangan.
Kini, Satiananthan sudah tiada tetapi bola sepak Malaysia tidak akan melepaskan selepas segala kenangan yang ditinggalkan sebagai seorang bekas pemain kebangsaan dan jurulatih, lebih-lebih lagi seorang budiman.
Secara peribadi, Satiananthan akan terus diingati atas persahabatan, penulisan yang sentiasa berterus-terang, tidak lokek berkongsi pengalaman, dan rasa hormat sesiapa saja yang memandang tinggi keperibadiannya. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/07/aa_74.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sukar Melayu Bersatu Ikut Parti Dr M Seru Pn Lebih Terbuka

Sukar Melayu Bersatu Ikut Parti Dr M Seru Pn Lebih Terbuka

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 152 hits
Abdul Hadi Awang mengadakan pertemuan bersama Dr Mahathir Mohamad di kediamannya semalam Turut kelihatan Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar dan bekas timbalan presiden Pejuang Marzuki Yahya PETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad menyeru Per...
Mengalah Tak Bererti Kalah Tarik Balik Saman Puteri Sarah Lebih Pilih Kesihatan Mental Ingin Rasa Bahagia

Mengalah Tak Bererti Kalah Tarik Balik Saman Puteri Sarah Lebih Pilih Kesihatan Mental Ingin Rasa Bahagia

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 208 hits
Susulan menarik balik saman terhadap Ira Kazar tindakan Puteri Sarah tidak diterima baik oleh warganet dan rata rata merasakan pelakon tersebut tidak sepatutnya berhenti di tengah jalan
Kementerian Kesihatan Malaysia Buka Lebih 100 Kekosongan Jawatan

Kementerian Kesihatan Malaysia Buka Lebih 100 Kekosongan Jawatan

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 217 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia Buka Lebih 100 Kekosongan Jawatan Terkini KKM telah membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan Mohon untuk baca dan fahami dengan teliti kehendak bakal majikan s...
Lebih 20 Peluang Kerjaya Di Jabatan Penerangan Dengan Gaji Sehingga Rm4 003

Lebih 20 Peluang Kerjaya Di Jabatan Penerangan Dengan Gaji Sehingga Rm4 003

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 209 hits
Lebih 20 Peluang Kerjaya di Jabatan Penerangan dengan Gaji Sehingga RM4 003 Khabar baik kepada mereka yang sedang aktif mencari pekerjaan Kami ingin memberitahu anda bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia kini sedang menerima permoho...
Sherina Lihatlah Lebih Dekat Chord

Sherina Lihatlah Lebih Dekat Chord

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 240 hits
Dm Dm hatiku sedih E hatiku gundah Em A Dm tak ingin pergi berpisah Dm hatiku bertanya E hatiku curiga Gm A A mungkinkah kutemui kebahagiaan A Dm seperti di sini A C F A sahabat yang selalu ada Gm A Dm dalam suka dan duka Gm C F A sahabat y...
Trailer Kedua Blue Beetle Memaparkan Lebih Banyak Rakaman Baharu Adiwira Utama

Trailer Kedua Blue Beetle Memaparkan Lebih Banyak Rakaman Baharu Adiwira Utama

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 184 hits
DC Studios telah mengeluarkan trailer kedua filem adiwira terbaru mereka Blue Beetle yang akan ditayangkan pada 18 Ogos ini Seorang graduan kolej Jaime Reyes pulang ke tanah air dengan penuh aspirasi untuk masa depannya hanya untuk mendapat...
Kerajaan Berjaya Memangkin Ekonomi Ke Arah Lebih Baik

Kerajaan Berjaya Memangkin Ekonomi Ke Arah Lebih Baik

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 360 hits
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menyangkal dakwaan Perikatan Nasional yang mendakwa Kerajaan Perpaduan tidak mempunyai hala tuju ekonomi Menurut Rafizi pertumbuhan ekonomi yang sihat sejak beberapa bulan lalu selain kadar inflasi yang mereda m...
Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman Lebih Besar Terumbu Karang Di Pindah

Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman Lebih Besar Terumbu Karang Di Pindah

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 173 hits
KUALA LUMPUR Cadangan Lapangan Terbang Baru Antarabangsa Tioman akan menyebabkan kerosakan alam sekitar dan kehilangan habitat terhadap ratusan spesies hidupan marin di pulau itu yang sepatutnya menjadi taman laut yang dilindungi Menurut pe...
Letak Lebih Ramai Calon Muda Untuk Pikat Belia Kedah Bn Ph Diberitahu

Letak Lebih Ramai Calon Muda Untuk Pikat Belia Kedah Bn Ph Diberitahu

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 160 hits
Dineskumar RaguALOR SETAR Gabungan Pakatan Harapan Barisan Nasional di Kedah perlu meletak calon lebih muda pada PRN akan datang bagi menarik undi belia kata seorang penganalisis Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia mendapati tidak...
Malaysia Airlines Flight From Jakarta Declares Emergency Near Klia Lands Safely With Rescue Vehicles On Standby

Tiba Masa Pulihkan Kepercayaan Keyakinan Pengundi Dap Ronnie

Walauntit Padam Komen Di Facebook Dan Minta Maaf Kepada Mp Bangi

It Takes Just One Pregnant Guppy For An Alien Invasion Practical Fishkeeping

Produk Untuk Mereka Yang Mementingkan Kualiti Hidup

Pm Gesa Imarah Masjid Suburkan Kegiatan Ilmiah

Promising New Lineup Mustn T Ignore Anxieties On The Ground Says Ex Dap Strongman

How Google And Nvidia Are Teaming Up To Solve Real World Problems With Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Panduan Kesihatan Dan Pemakanan Wanita Pada Setiap Usia

Culture Of Entrepreneurial Mindset

Ngos Unite To Ensure Water Security Promote Responsibility The Star 19 03 2025

My Cat Expo 2025 Edisi Raya

Kembalikan Pelangiku

Lirik Lagu Ipg Kpm Yang Rasmi