Sasucare Dengan Hanya Menderma Rm1 Boleh Mengurangkan Beban Pesakit Autisme
'SASUCARE' - Dengan Hanya Menderma RM1 Boleh Mengurangkan Beban Pesakit Autisme | Salam.. Alhamdulliah di hadrat illahi kerana Allah kirimkan orang-orang yang baik untuk menolong orang-orang yang kurang bernasib baik.. Tahniah uzu ucapkan kepada pihak SASUKE PREMIUM OUTLET di atas kempen yang telah diadakan bermula Mac - Mei 2019. Progam ini di namakan PDK iaitu One Step Center yang bukan ditumpukan hanya untuk Autisme tetapi juga untuk OKU.
Program Amal ini berlangsung hanya untuk 3 bulan sahaja.. Mengikut statistik , ada lebih 625 kanak-kanak di Malaysia mengalami Autisme dan tak semua keluarga yang mampu menghantar anak-anak syurga ini ke tempat khas..
"Nak besarkan kanak-kanak normal pun pening, inikan pula mereka yang mempunyai anak yang mengidap penyakit autisme. Bukanlah mahu merungut, namun kepayahan serta cabaran yang perlu dilalui ibu bapa yang membesarkan anak autisme amatlah besar.” ' Donna
Korang kene paham, tak semua ibubapa mampu hantar anak anak mereka ke "sekolah@playschool khas berbayar"
Petikan di atas adalah cerita benar dari beberapa keluarga yang menghadapi kesukaran dan kesempitan hidup untuk menampung anak-anak Autisme ini. Dengan itu, 'SASUCARE' wujudkan PDK sebagai alternatif yang bakal mengurangkan beban-beaban anak-anak Autisme ini.. Bantuan-bantuan ini disediakan dari pelbagai segi iaitu alat bantuan pelajaran, program vokasional dan yang penting kita bakal mengembirakan hati mereka .. Seronok bukan
Setakat hari ini sehigga 28/3/2019 'SASUCARE' telah mengumpul sebanyak RM4196 , sumbangan yang dikumpul melalui pembelian di 5 OUTLET SASUKE ( SASUKE PREMIUM OUTLET SETAPAK, SASUKE OUTLET KG PANDAN, SASUKE OUTLET CHERAS, SASUKE PREMIUM OUTLET BANGI, SASUKE PREMIUM OUTLET KAJANG ) yang mana dengan pembelian RM30 ke atas, RM1 dari sumbangan anda akan disalurkan ke tabung amal dan bakal di PPDK Petaling Taman Desa
'SASUCARE' adalah program CSR yang ke empat yang diwujudkan oleh SASUKE PREMIUM OUTLET sepanjang 4 tahun perniagaan mereka, antaranya ialah Antaranya bersama NGO MYMAHU (program anak yatim), 4 EPISOD TITIK SENTUHAN RTM (lawatan dan sumbanganramadhan) dan juga bersama JABATAN KEBAJIKAN NEGARA (program gelandangan Anjung Singgah).
PENGENALAN
Sasuke Premium Outlet merupakan sebuah perniagaan bumiputera yang menjalankan perniagaan pakaian terpakai dari Jepun dan merupakan yang butik preloved pertama seumpamanya di Malaysia. Butik Sasuke kini mempunyai lima cawangan di sekitar Kuala Lumpur
SASUKE PREMIUM OUTLET, SETAPAK.SASUKE OUTLET, KG PANDAN.SASUKE OUTLET, CHERAS.SASUKE PREMIUM OUTLET, KAJANG.SASUKE PREMIUM OUTLET BANGI
TUJUAN
'SASUCARE' merupakan gabungan kreatif antara SASUKE dan CARE dimana memberi makna SASUKE PRIHATIN. Program amal 'SASUCARE' ini merupakan kempen kutipan amal yang julung kali diadakan di SASUKE OUTLET dengan kerjasama pelanggan yang kami raikan. Program amal kali ini akan berlangsung selama 3 bulan berturut bagi membantu rumah rumah kebajikan terpilih dalam memenuhi keperluan harian mereka
OBJEKTIFMemberi pendedahan kepada orang awam terutamanya pelanggan SASUKE tentang kewujudan rumah kebajikan yang memerlukan bantuanMemberi peluang kepada pelanggan SASUKE menyumbang dan membantu golongan memerlukan.Menjadikan program amal ini sebagai kaedah kesedaran kepada orang awam tentang kewujudan agensi sukarelawan dan badan kebajikan di Malaysia.Menyediakan ruang kepada SASUKE untuk berkongsi aktiviti dengan orang awam sebagai amalan korporat.
MAKLUMAT KEMPEN
Kempen bermula pada 01 Mac 2019 dan 31 Mei 2019 2017, 11:59pm. Penganjur berhak mengubah, melanjutkan, menggantung atau menamatkan Kempen menurut budi bicara tunggalnya atau jika Kempen tidak dapat diteruskan atas apa jua sebab. Penamatan atau penggantungan tersebut tidak akan membangkitkan apa-apa tuntutan oleh Peserta
i.Mekanisme Kempen
Pelanggan yang membeli di mana mana SASUKE OUTLET bernilai RM30 dan keatas dalam 1 resit penganjur akan menderma RM1 daripada setiap resit dibeli sepanjang kempen ini. Senarai Rumah-rumah Kebajikan terpilih akan diumumkan di media social SASUKE OUTLET dan NGO yang bekerjasama dalam kempen ini
Derma kepada Rumah-rumah Kebajikan terpilih: Untuk setiap pembelian di dalam tempoh kempen ini, pihak Sasuke akan menderma RM1 (dalam bentuk tunai/cek). Penganjur akan menderma mengikut nilai sebenar kutipan tanpa prejudis
ii.Kerjasama dengan NGO Berdaftar
Kempen 'SASUCARE' ini akan diuruskan oleh KINDNESS MALAYSIA, sebuah NGO berdaftar. Sumbangan ini seterusnya akan digunakan untuk membiayai keperluan rumah kebajikan terpilih
PENUTUP
Inisiatif ini menunjukkan komitmen Sasuke di dalam membantu golongan memerlukan dan meningkatkan kesedaran kepada orang awam serta menggalakkan pelanggan Sasuke melakukan amal. Kempen ini diharapkan dapat berjalan dengan jayanya. Amin.. Assalamualaiukum
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.kisahemasputih.com/2019/04/sasucare-dengan-hanya-menderma-rm1.html