Dr Mahathir Boleh Berhenti Jadi Pm Hanya Selepas Malaysia Benar Benar Selamat


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu melayan pemimpin PH yang mengada-ngada yang konon-konon mahu melakukan reformasi . – Foto The Malaysian Insight
oleh Amin Iskandar
Jumaat lalu pada satu sidang media Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Malaysia menarik diri daripada Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kerana kekeliruan yang timbul dalam masyarakat.
Selain itu Dr Mahathir mendedahkan terdapat cubaan daripada pihak tertentu untuk mengheret institusi Raja menentang kerajaan menggunakan isu Statut Rom ini.
Beliau berkata, ada pihak menjadikan keputusan Malaysia menerima statut itu sebagai isu politik untuk memberi gambaran buruk terhadap kerajaan, khususnya beliau selaku perdana menteri.
Menurut Dr Mahathir, Malaysia boleh menarik balik Surat Cara Penerimaan Statut Rome ICC pada Jun ini selepas ia ditandatangani pada 4 Mac lalu dan diserahkan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hari sama.
Pada sidang media itu Dr Mahathir meluahkan kekecewaannya apabila ada pihak cuba mengheret institusi Raja untuk menentang kerajaan yang didakwa kononnya mahu menyerahkan kuasa kepada negara luar dan menghakis hak serta kekebalan Raja-Raja Melayu.
“Kita tahu (isu) dipolitikkan oleh pihak tertentu yang tujuannya mahu institusi Raja menentang kerajaan sekarang. Sesetengah anggota kerabat diraja mungkin terbabit, tetapi keseluruhan rancangan ini adalah supaya kerabat diraja di Malaysia menentang kerajaan sekarang, itulah motifnya.
“Disebabkan kekeliruan ini, kami membuat keputusan untuk tidak mengiktiraf statut berkenaan. Bukan kerana kita fikir ia berbahaya, tetapi kerana dipolitikkan. Mereka cakap jika kita tandatangan, kita akan hilang kebebasan, dasar dan undang-undang di negara kita. Ini tak benar.
“Yang benar, kalau kita keterlaluan buat sesuatu yang amat buruk dan tak betul, seluruh dunia akan kutuk kita, sama ada kita tandatangan (Statut Rome) atau sebaliknya,” katanya dengan nada marah.
Sejak hari pertama menjadi perdana menteri buat kali kedua, setiap hari Dr Mahathir diasak. Beliau diasak oleh rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan (PH) dan juga dalam kalangan parti pembangkang. Sudah tentu asakan daripada PH menyebabkan Dr Mahathir terluka.
Asakan terus dilakukan pemimpin PH walaupun ramai anggota Kabinet mengakui bahawa Dr Mahathir sangat demokratik dalam memimpin kerajaan. Beliau bukan sahaja mendengar pandangan semua pihak malahan mengikut keputusan majoriti selain tidak pernah memaksakan pandangannya untuk diterima anggota Kabinet.
Perkara ini didedahkan oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dalam satu kenyataan pada 26 Mac lalu. Mohamad dengan tegas mengatakan tidak adil bagi mana-mana pihak untuk menyalahkan Dr Mahathir dalam setiap keputusan dibuat Kabinet kerana keputusan itu dibuat secara bersama.
Kabinet turut dianggotai oleh Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan menteri-menteri lain. Sebarang keputusan dilakukan kerajaan perlu dipertanggungjawabkan kepada mereka-mereka ini dan bukan hanya Dr Mahathir. Ini inti kepada kenyataan Mohamad yang juga merupakan presiden kepada Amanah.
Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir yang amat mengenali watak bapanya berkata, Dr Mahathir akan menjadi lebih hebat dan garang apabila dicabar.
Mukhriz berkata, usaha pihak tertentu memburukkan PH dalam isu meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) tidak akan sesekali melemahkan kerajaan pimpinan bapanya itu.
Penulis berpandangan sudah sampai masanya Dr Mahathir bertindak “garang” dalam memastikan Malaysia berada di landasan yang betul.
Secara tidak langsung Dr Mahathir akan dapat mengajar anggota Kabinet yang terlalu “lembab” dan pimpinan PH yang “mengada-gada” tentang bagaimana untuk mengemudi kerajaan dengan betul.
Dr Mahathir tidak perlu berhenti terlalu awal seperti yang dimahukan sesetengah pihak yang tidak sabar-sabar untuk berkuasa kerana janji beliau kepada rakyat Malaysia pada PRU14 ialah untuk menyelamatkan negara.
Dalam bahasa mudah Dr Mahathir hanya boleh berhenti selepas Malaysia benar-benar selamat dan menjadi lebih baik daripada sekarang.
Dr Mahathir perlu meneruskan tugas sebagai perdana menteri kerana mandat itu diberikan dengan jelas oleh rakyat pada PRU14 lalu.
Tidak salah Dr Mahathir untuk meneruskan tugas sehingga habis penggal.
Selepas itu terserah kepada PH untuk memilih siapa yang mereka rasanya layak untuk menjadi perdana menteri kelapan. Dr Mahthir tidak akan melanggar janji jika melakukan perkara ini. Sudah tentu ramai rakyat Malaysia akan berterima kasih kepadanya
Dalam menjalankan tugas sebagai perdana menteri, Dr Mahathir tidak perlu melayan lagi pemimpin PH yang mengada-ngada yang konon-konon mahu melakukan reformasi akan tetapi agenda sebenar ialah untuk diri sendiri dan keluarga.
Biarlah digelar apa sekalipun termasuk sebagai “diktator” asalkan Malaysia dikembalikan ke landasan yang betul. Yang penting rakyat tahu.
AMIN ISKANDAR berkicau menggunakan akaun Twitter @aminiskandar. Tulisan merupakan pandangan peribadinya dan tidak ada kena mengena dengan sebarang jawatan yang “mungkin” beliau pegang.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian MalaysianReview – Majalah Review Malaysia
KLIK BACA: Najib lebih buruk berbanding Anwar, kata PM Tun Mahathir
KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin
KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar
KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah
KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah
KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?
The post Dr Mahathir boleh berhenti jadi PM hanya selepas Malaysia benar-benar selamat appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/191488/dr-mahathir-boleh-berhenti-jadi-pm-hanya-selepas-malaysia-benar-benar-selamat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Stress Betul Tengok Perut Gendut Lepas Bersalin Hanya Guna Bahan Mudah Ini Boleh Kempiskan Perut Anda

Stress Betul Tengok Perut Gendut Lepas Bersalin Hanya Guna Bahan Mudah Ini Boleh Kempiskan Perut Anda

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 255 hits
Air rebusan daun pandan boleh kempiskan perut yang gendut lepas bersalin Resipi mudah ini dikongsikan oleh pengguna facebook Puan Banyak lagi khasiat lain yang boleh didapati dalam air ini Assalamualaikum Cuma nak kongsi je Petua ni terbaca...
Saya Boleh Terima Anwar Gantikan Orang Seperti Najib Kata Tun Mahathir

Saya Boleh Terima Anwar Gantikan Orang Seperti Najib Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 350 hits
Tun Dr Mahathir tidak berhasrat untuk menjawat jawatan Perdana Menteri melebihi dua tahun disebabkan faktor umur meskipun rakyat memintanya untuk berbuat demikian Foto FMT Perdana Menteri Tun Dr Dr Mahathir Mohamad hari ini 7 April berkata ...
Buruh Malaysia Kritikal Output Bernilai Rm4k Tetapi Dibayar Hanya Rm1k

Buruh Malaysia Kritikal Output Bernilai Rm4k Tetapi Dibayar Hanya Rm1k

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 326 hits
Bank Negara Malaysia menggesa kerajaan untuk memperbaiki undang undang buruh dan memperbaharui pasaran buruh berikutan hasil kajian yang mencadangkan pekerja di negara ini tidak mendapat selayaknya untuk kerja yang dilakukan mereka Merujuk ...
Malaysia Mari Sama Sama Doakan Acap Selamat

Malaysia Mari Sama Sama Doakan Acap Selamat

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 286 hits
Malaysia Mari Sama Sama Doakan Acap Selamat Mohammad Ashraf Hassan 29 atau lebih dikenali sebagai Acap sudah hampir 10 hari hilang selepas menyertai Gopeng Ultra Trail Malaysia Mari Sama Sama Doakan Acap Selamat Sejak kehilangan Pembantu Ma...
Timbalan Perdana Menteri Nz Selamat Tiba Di Malaysia

Timbalan Perdana Menteri Nz Selamat Tiba Di Malaysia

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 368 hits
Winston Peters yang merupakan Timbalan Perdana Menteri New Zealand kini dilaporkan telah tiba di Malaysia bagi lawatan kerja selama dua hari Beliau akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Wan Azizah ...
Apabila Saya Berhenti Anwar Akan Ambil Alih Jaminan Tun Dr Mahathir

Apabila Saya Berhenti Anwar Akan Ambil Alih Jaminan Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 412 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi memberi jaminan tempatnya akan diambil alih Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila sampai waktunya nanti Ia sekali gus menangkis dakwaan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusu...
Malaysia Mas Boleh Terbang Tinggi Semula Tapi Airasia Tidak Minat Tony Fernandes

Malaysia Mas Boleh Terbang Tinggi Semula Tapi Airasia Tidak Minat Tony Fernandes

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 423 hits
Penutupan syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines Bhd tidak akan menjadi keputusan yang bijak kata Ketua Pegawai Eksekutif dan CEO Kumpulan AirAsia Tony Fernandes Walau bagaimanapun dia tidak berminat mengambil alih kawalan Terdapat...
Doa Mohon Pelindungan Yang Boleh Dibaca Selepas Bacaan Tahiyyat Akhir

Doa Mohon Pelindungan Yang Boleh Dibaca Selepas Bacaan Tahiyyat Akhir

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 634 hits
Banyak anjuran berdoa yang disunatkan semasa solat sewaktu membaca doa qunut semasa sujud dan juga semasa tahiyyat akhir iaitu setelah selesai membaca tahiyyat akhir Ada beberapa doa yang sahih yang diajarkan oleh Nabi SAW kepada para sahab...
Tun Mahathir Ingatkan Tmj Boleh Kritik Kerajaan Tapi Jangan Langgar Undang Undang

Tun Mahathir Ingatkan Tmj Boleh Kritik Kerajaan Tapi Jangan Langgar Undang Undang

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 373 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kepada Tunku Mahkota Johor samada mahu menyertai politik Foto The Malaysian Insight Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bebas mengkritik ter...
Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Kuih Lopes

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat Dan Sebab Sebab Perlu Sujud Sahwi

April 18 2024 Pesan Orang Alim

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven