Sastera Anjing Kuda Dan Pura Pura


Abdullahjones    

Sastera sudah jadi makanan anjing! - begitu lebih kurang kata Faisal Tehrani. Agak kasar bunyinya dan kami yang terkenal suka berkasar semasa menulis dan melukis ini juga sedikit terkejut dengan ayat berkenaan.

Namun kamu harus faham dari mana datangnya kekecewaan itu.

Faisal agak kecewa apabila hampir tiada rakan penulis mahupun wakil dari persatuan penulis datang memberi sokongan kepada beliau semasa keputusan perbicaraan mengenai pengharaman buku-bukunya diputuskan di mahkamah sebelum ini.

Betul, semua orang - sama ada penulis, pelukis atau siapa saja - bersendirian dalam memperjuangkan apa yang dilihat sebagai pinggiran namun sedikit sokongan moral sentiasa memberi semangat.

Kami sendiri baru saja melancarkan pameran (lukisan) bersendirian kedua dan akan sentiasa berasa gembira apabila ada teman-teman yang mengaku kenal datang melihat apa yang kami persembahkan.

Kami sedia maklum yang kebanyakan sahabat kami tidak mampu atau tidak akan sanggup membayar mahal untuk karya kami namun kehadiran mereka meraikan apa yang kami usahakan adalah pembakar semangat.

Seorang kawan lama agak terkejut apabila melihat harga karya kami.

"Bulih beli rumoh sutir!" kata dia kepada kami. Dan tentunya beliau adalah benar jika rumah kos rendah yang dibina dan dijual sekitar 1990-an dijadikan sebagai perbandingan. Namun kesudian beliau datang meluangkan masa adalah suatu hal yang mengharukan kami.

Kita selalu jadi kuda
Diharapkan kawan-kawan kami yang belum datang ke pameran kami segera berbuat demikian sebelum - seperti kata Faisal - kami 'anjingkan' mereka.

Faisal juga dalam satu wawacara lain memberi amaran kepada Dr Maszlee Malik agar berhati-hati dengan pembodek (dalam hal penulisan) dan itu memang penyakit kita yang belum pernah sembuh.

Apabila sesebuah kerajaan terbentuk, maka berbondong- bondonglah mereka yang mahu menumpang 'tui'. Tanpa segan silu mereka menonjolkan diri dengan harapan akan menerima habuan.

Seperti yang kami katakan selalu selalu, kita jadi diperkuda apabila kita rela menjadi pembeli jiwa.

Kita puja penguasa dengan harapan diberikan habuan sedangkan menjadi tanggungjawab sesiapa saja yang memerintah untuk memastikan kesejahteraan semua orang di bawah pimpinan mereka.


Malangnya, pemimpin hanya nampak mereka yang tiba-tiba timbul dan terapung itu sebagai wira bahasa, misalnya, sedang orang lain yang dari dulu berjuang akhirnya hanyut dan tenggelam dek kerana tidak mahu bermuka-muka.

Ambil kumpulan yang menerbitkan buku secara persendirian - atau disebut sebagai penerbitan indie sebagai contoh.

Jika tidak kerana mereka maka hari ini kita mungkin tidak mempunyai ‘industri’ buku yang amat giat. Bukan hanya buku baru dibaca oleh golongan muda bahkan buku-buku langka juga kini buruan.

Penggemar buku, persatuan atau kementerian mana yang berani mengaku bahawa ini semua terjadi atas usaha mereka?

Bukan harap dana terus
Tentu saja kegilaan kepada pembacaan oleh generasi baru hari ini harus diakui adalah hasil sumbangan penerbit persendirian.

Malangnya pemimpin hari ini langsung tidak memandang mereka itu sebagai penyumbang kepada pengukuhan ‘industri’ buku dan benarlah amaran Faisal kepada Maszlee itu.

Pembodek memang akan menonjolkan diri mereka kononnya sebagai wira buku negara, dan seboleh mungkin mahu mendiamkan kisah bagaimana mereka menerima dana kerajaan bertahun-tahun dan apa yang mereka lakukan ialah berjalan makan angin ke merata alam tanpa banyak membuahkan hasil membanggakan.

Penerbit buku persendirian bukan mengharapkan dana terus dari kerajaan tetapi apa yang mereka harap ialah kerajaan menyediakan sedikit dorongan kepada pembaca dengan memberikan baucar buku, misalnya.

Setelah menerima baucar buku maka terserah kepada pembaca sama ada untuk menggunakan kemudahan itu untuk membeli buku atau tidak.

Namun jika langsung ditiadakan baucar berkenaan padang perlumbaan menjadi tidak rata dan sudah tentu kita akan dapati lebih ramai penerbit buku persendirian akan menutup perniagaan.

Kita - kumpulan yang rajin menerbitkan buku - biasanya dilihat sebagai budak jahat.

Puncanya, kerana kita menerbitkan bahan bacaan yang menurut sesetengah 'pakar buku' sebagai tidak mengikut piawaian nasional atau lari daripada selera orang lama yang berasa mereka masih kekal muda belia dalam pemahaman makna perubahan masa.

Justeru kami rasa golongan lama itu sebenarnya langsung tidak pernah membaca buku-buku yang diterbitkan oleh kumpulan 'budak jahat' tadi.

Jika saja mereka meluangkan sedikit masa melihat cara bagaimana budak-budak terbabit berkerja dan memahami bagaimana komitednya mereka dalam menghasilkan produk hanya atas nama cinta, tentu kumpulan yang terus-terusan dibuai kegemilangan masa lampau masing-masing itu akan memberi tabik hormat.

Malangnya orang kerajaan yang diberi tanggungjawab dalam hal buku atau bahasa hanya sudi berkampung dengan penulis-penulis yang rajin berkumpul dan berpakat mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan dana, menggembirakan kerajaan sambil mengintai-intai satu lagi destinasi pelancongan untuk lawatan sambil belajar akan datang.

Kerana kami ini terlibat dalam dua bidang yang tidak dipandang penting oleh kerajaan - yakni penulisan dan seni catan - kami ingin menyatakan kejauhan hati kami apabila kedua-dua bidang ini langsung tidak disebut dalam belanjawan lalu.

Kerana itu izinkan kami berpuisi bagi menutup tulisan kali ini :

Di Balai Seni Negara
Tun M kata
seni itu penting
buat negara
lalu bertempik seluruh
seniman dalam negara
gembira tidak terkira
bersorak bagai nak gila
setelah berucap
tun balik rumah
dan tidur dengan lena
seniman juga sama
balik rumah
mengelupur seperti biasa.

Artikel kali ini dihiasi oleh foto-foto daripada pameran GoBlock yang berlangsung di Galeri G13 Kelana Jaya, Selangor.

ABDULLAHJONES ialah penulis yang baik hati namun sering disalah erti, terutama oleh penyokong partai pembangkang terlebih utama oleh PAS.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/sastera-anjing-kuda-dan-pura-pura.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jenis Kereta Mewah Kuasa Kuda 1500 Dan Ke Bawah

Jenis Kereta Mewah Kuasa Kuda 1500 Dan Ke Bawah

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 1864 hits
Kuasa kuda kecil atau cc bukan penentu kepada sama ada kereta itu dikategori sebagai kereta mewah atau tidak Banyak jenama kereta mewah mempunyai kuasa kuda lebih rendah berbanding kereta PERSONA yang berkuasa kuda 1 5 Berikut senarai jenam...
Selama Ini Alyah Pura Pura Bahagia Disamping Ramli Ms

Selama Ini Alyah Pura Pura Bahagia Disamping Ramli Ms

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 1045 hits
PENYANYI Alyah terus menimbulkan tanda tanya berhubung situasi rumah tangganya dengan pengarah muzik Datuk Ramli MS yang seolah olah sedang bergolak apabila dia dilihat meninggalkan komen di laman sosial suaminya Alyah menerusi ruang komen ...
Kalendar Kuda 2019

Kalendar Kuda 2019

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 3149 hits
KALENDAR KUDA 2019 antara kalendar paling popular dan ramai orang cari Ini termasuklah diri mummy juga hehe Kalendar kuda ini anatara kalendar yang sangat lengkap dengan cuti umumnya cuti sekolahnya Mak dan abah mummy pun sukakan kalendar k...
Maksud Hadith Seperti Putih Di Kepala Kuda

Maksud Hadith Seperti Putih Di Kepala Kuda

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 437 hits
Maksud Hadith Seperti Putih di Kepala Kuda Soalan Apakah maksud maksud hadith seperti putih di kepala kuda Jawapan Di dalam Islam wudhu berasal daripada perkataan wadha ah Dari segi bahasa ia bererti elok dan berseri Sementara dari segi sya...
Nak Samak Ke Jika Tersentuh Kasut2 Yang Digigit Anjing Kat Jalanan

Nak Samak Ke Jika Tersentuh Kasut2 Yang Digigit Anjing Kat Jalanan

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 885 hits
07 10 7 01 p m Aku adalah Saya ust baru2 ni saya ada lalu atas tanah yg basah yg mana disitu ada kasut yg sy rasa kebiasaannya digongong anjing saya tak sentuh pun tp disebsbkan tanah tu basah apakah najis berpindah pada kaki saya 07 10 9 2...
Tawaran Rm24 000 Untuk Membunuh Anjing Ini

Tawaran Rm24 000 Untuk Membunuh Anjing Ini

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 290 hits
Poncho bakal bersara dalam tempoh setahun dan polis kini mencari penggantinya Foto theweek co ukSi Debab jadi buruan keluarga mafiaNAPLES ITALI Seekor anjing polis kini diburu sebuah keluarga mafia di Itali kerana menyebabkan kerugian jutaa...
Pura Pura Menemukan Jasad Bayi Di Mobil Nofril Akhirnya Mengaku Bayi Itu Anaknya

Pura Pura Menemukan Jasad Bayi Di Mobil Nofril Akhirnya Mengaku Bayi Itu Anaknya

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 326 hits
Teka teki orang tua jasad bayi baru lahir yang ditemukan di SPBU Minas Kamis lalu akhirnya terungkap Bayi malang itu ternyata adalah anak dari pria bernama Nofril Yatmi yang sebelumnya berpura pura menemukan keberadaan sebuah tas misterius ...
Berpura Pura Jadi Tukang Listrik Dua Perampok Rumah Di Bali Dibekuk Polisi

Berpura Pura Jadi Tukang Listrik Dua Perampok Rumah Di Bali Dibekuk Polisi

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 316 hits
Kedua pelaku sempat memanggil Yati rekan korban Kemudian pelaku diantar bersama Yati ke kotak meteran listrik yang ada di dekat dapur Saat itulah tiba tiba pelaku mengeluarkan pisau dan memegang kerah baju korban dan mengatakan Jangan berge...
Mesyuarat M Sia S Pura Dr Mahathir Bangkitkan Perjanjian Air

Mesyuarat M Sia S Pura Dr Mahathir Bangkitkan Perjanjian Air

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 291 hits
Perjanjian air 1962 adalah satu daripada perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat dua hala antara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan rakan sejawatan beliau dari Singapura Lee Hsien Loong hari ini Kami membangkitkan beberapa isu sebelu...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Exploring Botox In East Brunswick Nj Wrinkle Reducing Treatments For A Youthful Glow

Peguam Minta Rm1 Juta Keluarga Tak Mampu Penyanyi Dikir Barat Terus Ditahan Di Narathiwat