Maksud Hadith Seperti Putih Di Kepala Kuda


Maksud Hadith ‘Seperti Putih di Kepala Kuda. Soalan:Apakah maksud maksud hadith seperti putih di kepala kuda?

Jawapan: Di dalam Islam, wudhu’ berasal daripada perkataan wadha’ah (وَضَاءَةٌ). Dari segi bahasa, ia bererti elok dan berseri. Sementara dari segi syara’ pula ialah perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu beserta dengan niat. Ia dinamakan demikian kerana perbuatan tersebut mengelokkan serta menyerikan lagi anggota yang dibasuh dan dibersihkan. Perkataan wadhuk (وَضُوءٌ) ialah nama air yang digunakan untuk berwudhu’, adapun wudhu’ adalah perbuatan wudhu’ itu sendiri. [Lihat: Fiqh al-Manhaji, 53/1]
Berdasarkan soalan di atas, hadith yang dimaksudkan adalah seperti berikut yang menceritakan akan fadhilat atau kelebihan orang yang berwudhu’:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda: إِنَّ أُمَّتِي يُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيَامَةِ غُرًّا مُحَجَّلِينَ مِنْ آثَارِ الوُضُوءِ، فَمَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يُطِيلَ غُرَّتَهُ فَلْيَفْعَلْ
“Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari Kiamat dengan dahi, tangan dan kaki yang berseri-seri disebabkan daripada kesan-kesan wudhu’. Barangsiapa yang mampu daripada kalangan kamu untuk melebihkan dahinya maka lakukanlah ia.” [Riwayat al-Bukhari (136), Riwayat Muslim (246)]
Menurut Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith di atas, ahli bahasa menyatakan “الْغُرَّةُ” bermakna warna putih yang dahi kuda dan “التَّحْجِيلُ” pula adalah warna putih yang terdapat pada tangan dan kakinya. Adapun para ulama’ menafsirkannya dengan cahaya yang muncul pada anggota-anggota wudhu’ di hari Kiamat sepertimana warna putih yang terdapat pada kuda. Tambahan pula, Imam al-Nawawi meletakkan hadith ini pada bab melebihkan basuhan wudhu’ di kepala, tangan dan kaki. [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 134-135/3]
Hal ini juga, dinyatakan oleh Imam al-San’ani di dalam karya beliau bahawa hadith ini merupakan salah satu dalil yang menunjukkan tuntutan agar melebihkan basuhan kepala, tangan dan kaki ketika berwudhu’. [Lihat: Subul al-Salam, 70/1]
Di samping itu juga, Syeikh Mustafa al-Bugha berkata ketika memberi komentar terhadap hadith ini di dalam Sahih al-Bukhari bahawa makna hadith ini adalah cahaya akan terpancar daripada wajah-wajah, tangan-tangan dan kaki-kaki mereka pada hari Kiamat. Ini merupakan di antara kelebihan-kelebihan yang diberikan terhadap umat ini iaitu Allah SWT menjadikan kelebihan-kelebihan tersebut sebagai penyaksian ke atas manusia.

Penutup Kesimpulannya, sebahagian para ulama’ menggalakkan agar melebihkan basuhan air wudhu’ pada anggota-anggota wudhu’. Ini kerana, hadith sahih di atas menunjukkan anjuran agar melebihkan basuhan kerana ia akan menerbitkan cahaya di akhirat kelak. Tambahan pula, Imam al-Nawawi juga menyatakan bahawa para ulama’ telah ijma’ dalam menyatakan makruh membasuh anggota wudhu’ lebih daripada tiga kali kerana terdapat hadith yang jelas melarang hal tersebut. Akhirnya, marilah sama-sama kita mengamalkan sunnah ini dan dalam masa yang sama kita juga perlu menjaga diri kita daripada melakukan sebarang pembaziran air kerana hal ini ditegah di dalam agama sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan hadith. Amin.
Wallahua’lam
Artikel Lain

Persoalan Para Sahabat Meminum Darah Nabi SAW Soalan: Apakah hukum para sahabat meminum darah Rasulullah SAW?
Jawapan: Sebelum kami menjawab persoalan di atas, umum mengetahui bahawa darah yang keluar adalah najis. Hal ini ada dibahaskan di dalam kitab-kitab fiqh pada bab membicarakan tentang najis. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّـهِ بِهِ
“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), darah (yang keluar mengalir), daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah.” (Al-An’am: 3)
Di antara ayat al-Quran lain yang lebih jelas pada menceritakan tentang kenajisan darah ini adalah, firman Allah SWT:
قُل لَّا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَىٰ طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَن يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَّسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ
“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak mendapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau perkara itu adalah bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor.” (Al-An’am: 145)
Menurut Syeikh Wahbah al-Zuhaili di dalam tafsirnya, antara sebab diharamkan darah yang mengalir adalah disebabkan terhimpunnya pada darah tersebut bakteria-bakteria dan kuman-kuman kecil kerana darah merupakan tempat yang sesuai untuk perkara ini membiak dan tinggal. [Lihat: Tafsir al-Munir, 80/8]
Dengan itu, jelaslah kepada kita bahawa darah merupakan najis dan perkara ini dikuatkan lagi dengan kenyataan daripada Imam al-Nawawi (676 H) bahawa:
أَنَّ الدَّمَ نَجِسٌ وَهُوَ بِإِجْمَاعِ الْمُسْلِمِينَ
“Sesungguhnya darah adalah najis berdasarkan ijma’ umat Islam.” [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 200/3]
Berdasarakan soalan di atas, adakah darah Rasulullah SAW sama sahaja hukumnya dengan darah manusia yang lain. Sebelum kami menjawab persoalan ini, di sini kami serta beberapa riwayat berkaitan para sahabat yang dikatakan meminum darah Rasulullah SAW:
Daripada Abdullah bin Zubair RA, bahawa beliau telah datang kepada Rasulullah SAW ketika Baginda SAW sedang berbekam. Setelah Rasulullah SAW selesai, maka Baginda SAW memberikan beliau darah berbekam Baginda SAW sambil berkata:
يَا عَبْدَ اللَّهِ، اذْهَبْ بِهَذَا الدَّمِ فَأَهْرِقْهُ حَيْثُ لَا يَرَاكَ أَحَدٌ ، فَلَمَّا بَرَزْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَمَدْتُ إِلَى الدَّمِ فَحَسَوْتُهُ، فَلَمَّا رَجَعْتُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَا صَنَعْتَ يَا عَبْدَ اللَّهِ؟ قَالَ: جَعَلْتُهُ فِي مَكَانٍ ظَنَنْتُ أَنَّهُ خَافٍ عَلَى النَّاسِ، قَالَ: فَلَعَلَّكَ شَرِبْتَهُ؟ قُلْتُ: نَعَمْ، قَالَ: وَمَنْ أَمَرَكَ أَنْ تَشْرَبَ الدَّمَ؟ وَيْلٌ لَكَ مِنَ النَّاسِ، وَوَيْلٌ لِلنَّاسِ مِنْكَ
“Pergilah dan sembunyikan (darah ini) daripada manusia. Maka aku pergi dan meminum darah tersebut. Selepas daripada itu, aku mandatangi Rasulullah SAW kembali. Lalu Baginda SAW bertanya: “Apa yang kamu lakukan?” Beliau menjawab: “Aku sudah sembunyikan darah itu di tempat yang tidak boleh dilihat oleh manusia. Baginda SAW berkata lagi: “Jangan-jangan kamu telah meminumnya? Beliau menjawab: “Ya, aku telah meminumnya.” [Lihat: al-Mustadrak, 638/3]
Imam Ibn al-Qayyim ada menukilkan satu kisah di mana Malik bin Sinan iaitu bapa kepada Abu Said al-Khudri telah meminum darah Rasulullah ketika peperangan Uhud. [Lihat: Zad al-Ma’ad, 177/3] Kisah ini juga dibenarkan oleh Syeikh Sofiy al-Rahman al-Mubarakfuri di dalam kitabnya al-Rahiq al-Makhtum:
وَامْتَصَّ مالِك بِنْ سِنَان والد أَبِي سَعِيْد الخُدْرِي الدَّمَ مِنْ وَجْنَتِهِ حَتَّى أَنْقَاه. فَقَالَ: مُجَّهُ. فَقَالَ: وَاللهِ لَا أَمُجُّهُ أَبَدًا. ثُمَّ أَدْبَرَ يُقَاتِل
Malik bin Sinan iaitu ayah Abu Sa’id al-Khudri telah menyedut darah dari pipi Rasulullah SAW sehingga menelannya. Lalu Nabi SAW berkata: “Ludahkanlah ia!” Beliau menjawab: “Demi Allah, aku tidak akan meludahnya.” Kemudian beliau kembali berperang. [Lihat: al-Rahiq al-Makhtum, 247/1]
Terdapat beberapa lagi riwayat lain yang menceritakan tentang beberapa peristiwa para sahabat meminum darah Rasulullah SAW seperti kisah Safinah hamba kepada Rasulullah SAW, Salim Abu Hind al-Hijam, pemuda Quraish dan sebagainya. Akan tetapi riwayat-riwayat tersebut dhaif dan dipertikaikan oleh para ulama’ akan kesahihannya. Ini termasuklah kisah Malik bin Sinan RA kerana kisah ini adalah mursal sebagaimana dinyatakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani (852 H). Walaupun begitu, kisah Abdullah bin Zubair adalah yang paling kuat (mempunyai asal) berbanding kisah-kisah yang lain apabila disertakan dengan syawahid (sokongan-sokongan) yang ada padanya bagi menguatkan kisah tersebut.
Setelah mengetahui beberapa kisah tentang perbuatan para sahabat yang meminum darah Rasulullah SAW. Maka bagi menjawab persoalan adakah darah Rasulullah SAW najis seperti darah manusia yang lain, di sini kami nyatakan beberapa pandangan ulama’ berkaitan hal ini:

Pertama: Darah Rasulullah SAW adalah suci dan ia termasuk di dalam bab Pengkhususan Nabi SAW (khusus bagi Nabi SAW sahaja dan tidak pada orang lain) dan para ulama’ berhujah bahawa sucinya darah Rasulullah SAW dengan kisah Abdullah bin Zubair RA. Hal ini disebut oleh Imam al-Suyuthi (911 H) di dalam kitab al-Khasais al-Kubra [Lihat: al-Khasais al-Kubra, 440/2]
Selain itu, Imam al-Qadhi ‘Iyadh juga menyatakan hal yang sama di dalam karyanya. [Lihat: al-Syifa, 64/1]
Imam al-Khatib al-Syarbini (977 H) mendatangkan satu pandangan daripada Abu Ja’far al-Tirmizi bahawa darah Rasulullah SAW adalah suci. [Lihat: al-Mughni al-Muhtaj, 233/1]
Kedua: Darah Rasulullah adalah najis sama seperti darah manusia yang lain. Ini kerana, para ulama’ memahami kisah Abdulllah bin Zubair RA ini dengan menyatakan bahawa perbuatan Abdullah bin Zubair RA itu dilakukan tanpa pengetahuan Nabi SAW dan Nabi SAW meminta Abdullah Zubair RA untuk membuang darah tersebut bukannya meminumnya. Adapun perbuatan Abdullah bin Zubair bukannya arahan daripada Nabi SAW, bahkan ia datang daripada dirinya sendiri (diri Abdullah bin Zubair).
Melihat kepada dua pendapat di atas, kami lebih cenderung kepada pendapat yang pertama iaitu darah Nabi SAW adalah suci dan tidak najis kerana ia termasuk di dalam bab Pengkhususan Nabi SAW. Tambahan pula, Nabi SAW tidak sama seperti manusia lain kerana Baginda SAW adalah insan yang terpilih dan merupakan makhluk Allah SWT yang paling mulia berbanding makhluk Allah SWT yang lain.

Penutup Kesimpulannya, dalam memahami hukum kenajisan darah Nabi SAW boleh dibahagikan kepada dua pendapat sebagaimana yang dinyatakan di atas. Jika kita memilih untuk menyatakan darah Nabi SAW adalah suci maka ia termasuk di dalam bab Khasais Nabi SAW (pengkhususan Nabi SAW). Adapun, jika kita ingin mengatakan ianya adalah najis, maka tidak menjadi masalah kerana pendapat ini juga merupakan pandangan sebahagian ulama’. Akhirya, Rasulullah SAW merupakan seorang insan yang agung dan kita sebagai umatnya wajib untuk mencontohi Baginda SAW dalam setiap perkara yang kita lakukan kerana Rasulullah SAW adalah ikutan yang terbaik. Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan umat Nabi Muhammad SAW yang berjaya mendapatkan syafaatnya di hari Akhirat kelak. Amin.
Wallahua’lam
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan Via Oh Media
The post Maksud Hadith ‘Seperti Putih di Kepala Kuda’ appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/maksud-hadith-seperti-putih-di-kepala-kuda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dari Kapolres Hingga Kepala Daerah Diganjar Penghargaan Pemerhati Anak

Dari Kapolres Hingga Kepala Daerah Diganjar Penghargaan Pemerhati Anak

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 232 hits
Penghargaan diberikan berdasarkan peran dan kepedulian masing masing dalam membantu pendidikan terhadap anak anak di wilayahnya
Kepala Sekolah Ini Akhirnya Kembalikan Uang Pip 16 8 Juta Yang Sebelumnya Diakui Dicuri Roh Halus

Kepala Sekolah Ini Akhirnya Kembalikan Uang Pip 16 8 Juta Yang Sebelumnya Diakui Dicuri Roh Halus

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 275 hits
Masih ingat kasus dugaan penggelapan dana Program Indonesia Pintar 40 siswa siswi SD Negeri Niki Niki IV tahun anggaran 2016 Dana tersebut akhirnya dikembalikan kepada 40 siswa siswi penerima Tetapi bukan dikembalikan oleh roh halus melaink...
Daftar Sembilan Kepala Daerah Di Sumut Yang Berurusan Dengan Kpk

Daftar Sembilan Kepala Daerah Di Sumut Yang Berurusan Dengan Kpk

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 238 hits
OTT terhadap Bupati Pakpak Bharat Remigo Yolando Berutu menambah panjang daftar kepala daerah di Sumatera Utara yang harus berurusan dengan Komisi Pemberantasan Korupsi Total sudah sembilan orang yang ditangkap atau ditahan lembaga antirasu...
Kisah Sahabat Nabi Yang Mencium Kepala Raja Romawi

Kisah Sahabat Nabi Yang Mencium Kepala Raja Romawi

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 250 hits
Ensiklopedi Salah satu sahabat Nabi Muhammad SAW Abdullah bin Hudzafah as Sahmi adalah panglima kaum Muslimin yang saat itu diberangkatkan oleh Umar bin Khattab untuk ikut serta dalam pembebasan negeri Syam Ia diberi misi memerangi penduduk...
Pekerja 7e Video Perompak Masuk Terus Tetak Di Kepala

Pekerja 7e Video Perompak Masuk Terus Tetak Di Kepala

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 336 hits
Kes rompakan bersenjata parang panjang di 7 Eleven Jalan Templer Seremban pada 16 11 18 jam 4 pagi Pekerja terus ditetak tanpa sebarang amaran MyWatch Sadis untuk mencari sesuap nasi tapi apakan daya tanpa diduga ditengah malam berseorangan...
Cegah Korupsi Kepala Daerah Nasdem Konsisten Terapkan Politik Tanpa Mahar

Cegah Korupsi Kepala Daerah Nasdem Konsisten Terapkan Politik Tanpa Mahar

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 239 hits
Komisi Pemberantasan Korupsi kembali menangkap kepala daerah dalam Operasi Tangan Kepala daerah yang ditangkap yaitu Bupati Pakpak Bharat Remigo Yolando Berutu yang diduga menerima fee proyek pembangunan dari rekanan
Mendagri Izinkan Kepala Daerah Tak Netral Pada Pemilu 2019 Asal Tahu Batasan

Mendagri Izinkan Kepala Daerah Tak Netral Pada Pemilu 2019 Asal Tahu Batasan

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 246 hits
Tjahjo beralasan diperbolehkannya Kepala Daerah karena didukung oleh partai politik peserta Pemilu
Bupati Cirebon Ditahan Kpk Kepala Bpbd Jabar Dicky Saromi Ditunjuk Jadi Pj Bupati

Bupati Cirebon Ditahan Kpk Kepala Bpbd Jabar Dicky Saromi Ditunjuk Jadi Pj Bupati

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 293 hits
Dicky pernah menjadi Staf Ahli Gubernur Bidang Ekonomi dan Pembangunan dan pernah menjabat sebagai kepala Dinas Perhubungan Dicky akan menggantikan Pelaksana Harian Bupati Cirebon Rahmat Sutrisno yang juga menjabat sebagai Sekda Kabupaten C...
Pening Kepala Jika Berfikir Banyak Hal

Pening Kepala Jika Berfikir Banyak Hal

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 440 hits
Pening Kepala Jika Berfikir Banyak Hal Asalamualaikum Salam Sejahtera Setiap anak yang dilahirkan ada beza yang Allah berikanTakkan sama sikap dan peribadinya namun semuanya membahagiakan Usah Pening Kepala Sila klikSesiapa yang ada anak le...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Exploring Botox In East Brunswick Nj Wrinkle Reducing Treatments For A Youthful Glow

Peguam Minta Rm1 Juta Keluarga Tak Mampu Penyanyi Dikir Barat Terus Ditahan Di Narathiwat