Sasar Selesaikan Sehari Satu Urusan Sahaja Dah Mencukupi Untuk Maju Ke Depan




Awal pagi hari saya bersiap nak ke pejabat. Ada program webinar 3 hari yang perlu di selesaikan. Saya jadi penceramah untuk hari pertama dan ke-3.
Saya diminta untuk kongsikan bab bagaimana nak buat perancangan ‘day 2 day’ ke arah membesarkan perniagaan secara organik. Dalam bahasa Inggeris, perancangan itu di panggil ‘Business Operation Planning’ Itu hari pertama.
Hari ke-3 saya perlu kongsikan pula bab pengurusan perhubungan pelanggan atau biasa di sebut ‘Customer Relationship Management’.
Dalam keadaan PKP ni, aktiviti sangat perlahan. Sama macam keadaan orang asal yang tinggal di Kepulauan Pasifik.
Orang pulau, mengira waktu secara tepat, bagi mereka adalah sesuatu yang sangat jarang dibuat. Waktu hanya diperlukan sekadar ikut matahari turun naik sahaja. Selain dari itu, hampir kesemua aktiviti mereka hanya perlu tunggu arahan dari tubuh badan saja.
Bila lapar, bangun pergi cari makan. Bosan keluar bersembang. Mengantuk masuk tidur. Makan minum, berhibur, berinteraksi dengan alam, bersosial, berehat, tidur dan ulang begitu berterusan.
Saya suka layan semua dokumentari kembara, kehidupan yang terasing dari kemodenan dan seumpamanya di TV.
Nonton rencana begitu buatkan fikiran melayang teringin jadi orang asal. Alangkah indahnya duduk di kepulauan di mana segala sumber kehidupan tersedia untuk dipetik saja. Tak ada duit pun tak apa.
Di bandar perlu fikir pasal makan dan minum juga. Tapi, nak diusahakan sendiri makan minum tak boleh. Tanam pokok buat kebun depan padang permainan dah tentu pihak majlis akan datang saman. Nak bela itik dan ayam kat belakang rumah, jiran akan buat report pantas.
Mahu tak mahu kena cari kerja untuk dapatkan duit. Baru boleh beli makan dan minum untuk keperluan hidup. Itulah keburukan hidup di bandar.
Kita musnahkan kehidupan kampung orang asal. Untuk bina kilang dan tempat kerja, kepunyaan segelintir manusia kaya gila luar biasa. Kampung rosak, majoriti dari kita rosak jadi hamba kerja. Golongan kaya raya itu sapu habis semua kenikmatan hidup mewah. Kita tetap jadi hamba dan mengidam untuk kembali jadi seperti orang asal semula.
Terpesong jauh saya meleret .. asalnya nak cerita bab PKP yang bantutkan semua aktiviti jalan seperti biasa. Program 3 hari yang saya sebut kat atas tu asalnya perlu dibuat secara fizikal.
Tapi terpaksa diteruskan juga secara online sebab asyik tunda tunggu sempadan dibuka terlalu lama. Saya terpaksa akur penuhi juga program online tu walaupun memang tak suka buat program kursus pendek sebegitu secara online.
Dengan perasaan malas, bergerak ke Shah Alam nak masuk pejabat.
Sekerat jalan dapat panggilan. Program terpaksa dibatalkan hari itu atas sebab yang tidak dinyatakan. Samada ianya ada kaitan dengan Perdana Menteri nak umum letak jawatan, saya tak pasti.
Pembatalan itu melegakan. Terus buat pusingan U, balik ke rumah. Tukar pakaian dan telefon pusat servis Toyota. Mereka tawarkan temujanji pagi tu juga. Jarang dapat begitu. nampak sangat bisnes mereka juga slow. Tak boleh nak jual mahal ikut prosedut temujanji 24 jam awal lagi.
Saya pun terus ke pusat servis. Daftar dan duduk tunggu kereta siap. Sambil tunggu, saya buka laptop untuk tulis artikel ni.
Beri tumpuan satu kerja saja sehariSaya nak cerita pasal seorang lelaki bernama Spensor Glendon. Dia merupakan seorang sarjana tajaan penuh. 
Ada Ph.D ekonomi dari Harvard. Banyak membantu usaha kebajikan. Dia juga merupakan salah seorang rakan kongsi sebuah syarikat pengurusan dana yang besar di Amerika.
Hebat kan?
Anda akan rasa dia lebih hebat jika tahu keadaan sebenarnya dirinya. Dalam hidupnya, dia lebih banyak sakit teruk dari sihat. Dalam keadaan memegang semua jawatan di atas, dia sering berada dalam keadaan tak sihat teruk.
Dari kecil lagi dia ada masalah ulser, membawa kepada masalah organ hati. Terpaksa jalani pembedahan. Nasib baik ada penderma hati, dia masih dapat bertahan.
Bila buat transplant hati, dia alami masalah terlalu lemah sistem ketahanan tubuh badan. Dia asyik demam dan banyak habiskan masa duduk atas katil.
Dia teringin nak hidup macam kanak-kanak sekolah lain. Bermain, berkumpul, berparti, bersukan, bergewe dan sebagainya. Tapi semua itu adalah mustahil dengan keadaan kesihatannya yang sangat teruk.
Sehingga dia pergi jumpa ahli terapi untuk mengadu masalahnya.
Pakar berterus terang memang keadaannya tidak mengizinkan dia dapat jadi normal macam kanak-kanak lain. Dia perlu terima hakikat tersebut.
Satu cara untuk berikan sedikit kelegaan padanya adalah dengan letakkan matlamat untuk buat hanya satu urusan sahaja setiap hari. 
Tak kisah apa dia matlamat tu. 
Masak spagethi ke, cuci sinki ke atau apa saja yang dia rasa perlu dan penting untuk berikan rasa tidak kehilangan segalanya. Jika dah siap, pergi rehat atas katil semula.
Dengan satu matlamat itu, dia sekurangnya berjaya buktikan masih ada sesuatu yang dia dapat dalam hidup.
Itulah yang dia buat.
Dia terpaksa abaikan hampir semua perkara kecuali satu yang dia pilih untuk lakukan. Semua itu jadi amalan hidupnya.
Itulah sebenarnya formula yang membuatkan dia berjaya.
Abaikan semua kecuali satu perkaraDalam banyak buku motivasi, memang anda akan dengar saranan yang sangat popular. jangan putus asa. Jangan berhenti mencuba.
Sikap itu memang penting.
Tapi masih tak cukup untuk buatkan anda berjaya.
Perlu tambah satu lagi. Anda juga perlu nekad untuk abaikan semua perkara lain yang tidak penting dan tak membawa anda ke mana-mana.
Sebenarnya itulah yang paling banyak perlu anda lakukan. Bila anda nekad untuk buat satu perkara, anda terpaksa tinggalkan kesemua yang lain kecuali satu perkara itu.
Bayangkan jika anda tak pernah putus asa untuk buat 100 perkara yang berbeza tak saling berkait!
Memang tak akan jadi apa-apa la sampai sekarang.
Formula berikan tumpuan untuk lunaskan satu kerja sahaja memang sangat mujarab. Saya sendiri pernah amalkan masa awal mula berniaga dahulu.
Masa tu semangat tinggi. Banyak perkara nak buat. Sampai akhirnya satu bendapun tak selesai. Bila jadi berulang-ulang macam tu. Sibuk nak mampus tapi tapi ke mana. Saya nekad untuk hanya selesaikan satu kerja saja sehari.
Jadi setiap hari perlu fikir apa satu kerja yang perlu saya selesaikan. 
Takkan nak buat kerja mengarut yang tak penting. Takkan kan masuk pejabat hari tu hanya untuk isi borang bayar duit KWSP. Perlu pilih satu kerja yang bermakna. Contohnya buat analisa Profit & Lost syarikat sejak 6 bulan yang lalu.
Bila buat macam itu, barulah ada pergerakan yang memberansangkan. Paling penting tenang tapi bergerak. Bukannya sibuk ligat tapi duduk di tempat yang sama.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2021/08/beri-tumpuan-selesaikan-satu-urusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yang Ku Pinta Satu Sahaja

Yang Ku Pinta Satu Sahaja

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 144 hits
Kadang kita menjauh bukan membenci tp merawat hati yg dilukai memang sukar mencari seseorang yg jujur walaupun dari dia yg kita cinta malah melukakan hati dgn hebatnya siapa kita utk menghakiminya hanya mampu berdoa agar satu hari nanti aka...
Dukung Airlangga Maju Capres Golkar Kumpulkan Pemuda Solo Raya

Dukung Airlangga Maju Capres Golkar Kumpulkan Pemuda Solo Raya

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 137 hits
Dewan Pimpinan Daerah Partai Golkar Kota Solo mendukung Ketua Umum Airlangga Hartarto maju sebagai Calon Presiden pada Pilpres 2024 Golkar Solo akan memperjuangkan dengan berbagai cara apapun agar Airlangga terpilih menjadi presiden
Negara Tidak Akan Maju Jika Peranan Wanita Diketepikan Najib

Negara Tidak Akan Maju Jika Peranan Wanita Diketepikan Najib

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 182 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sesebuah negara tidak akan maju dan berjaya sekiranya peranan wanita dikesampingkan dalam arus Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa ...
Persiapan Untuk Anak Di Masa Depan Kot Pengantin Nerv0us Tersasul Sebut Peralatan Sekolah Sebagai Mas Kahwin

Persiapan Untuk Anak Di Masa Depan Kot Pengantin Nerv0us Tersasul Sebut Peralatan Sekolah Sebagai Mas Kahwin

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 372 hits
Perasaan nerv0us atau gementar mungkin merupakan antara perasaan yang tak asing bagi mana mana pasangan yang akan mendirikan rumah tangga Macam macam benda nak kena fikir lepas tu kalau boleh nak pastikan semua benda perfect lagi Fuhhh Lain...
Habib Haroon Kekal Bersama Terengganu Fc Musim Depan

Habib Haroon Kekal Bersama Terengganu Fc Musim Depan

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 194 hits
Kuala Terengganu Pemain import termuda Terengganu FC berusia 21 tahun yang memegang passport Bahrain kelahiran Nigeria sah kekal bersama pasukan itu untuk musim 2022 Mengikut sumber yang memberitahu Terengganu 11 Habib sudah menandatangani ...
Nasihat Saya Untuk Umat Akhir Zaman Dua Sahaja Ustaz Wadi Annuar

Nasihat Saya Untuk Umat Akhir Zaman Dua Sahaja Ustaz Wadi Annuar

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 552 hits
Nasihat saya untuk umat akhir zaman dua sahaja Yang pertama bersama dengan ulama Ulama ramai ada ulama politik ada ulama tariqat ada ulama pondok Jadi ulama yang mana Sebelum kita tuju ulama yang mana 1400 tahun kita tidak ada Rasul Siapa y...
Taktikal Sahaja Namakan Sulaiman Sebagai Km Melaka Sebenarnya Rauf

Taktikal Sahaja Namakan Sulaiman Sebagai Km Melaka Sebenarnya Rauf

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 242 hits
AGENDA DAILY Datuk Seri Ab Rauf Yusoh akan dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka sekiranya Barisan Nasional menang Pilihan Raya Negeri 20 November ini bukannya Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang ketika pentadbirannya lah kerajaan UMNO tumbang ...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It

25 Lelaki Dan Seorang Wanita Warganegara Indonesia Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam

Lelaki Tendang Anak Kucing Hingga Mati

Ubat Kurus Merajai Tahun 2024 Bloomberg Xinhua

Lima Produk Apple Baru Bakal Muncul Awal 2025 Ini Yang Boleh Dijangkakan

Che Ta Tunggu Masa Sesuai Jelaskan Kenapa Dia Gagal Bayar Hutang Mara Yang Ramai Nak Tahu