Sarjan Hassan Pahlawan Melayu Islam Yang Hebat


Pada 31 Julai 2013 TV2 telah menyiarkan dokumentari khas Sarjan Hassan. Rupa-rupanya Sarjan Hassan ini adalah merupakan pahlawan Melayu Islam yang terlalu hebat tetapi kerana sikapnya yang begitu merendah diri, warak serta tawaduk maka keperwiraannya tidak begitu diketahui umum.
P. Ramlee juga hebat, dibuatnya filem Sarjan Hassan waktu negara dalam era darurat. P Ramlee ubahsuai filem Sarjan Hassan berkisarkan menentang Jepun, bukan menentang komunis untuk mengelakkan filemnya daripada disabotaj atau diancam komunis kerana pada waktu filem tersebut diterbitkan negara masih dalam keadaan darurat akibat keganasan Parti Komunis Malaya.Sarjan Hassan berasal dari N.Sembilan. Mendapat pendidikan pondok di Rantau, N.Sembilan. Berguru dengan ramai para ulama termasuk Mufti N.Sembilan, Sheikh Hj Ahmad. Ketika dalam tentera Sarjan Hassan amat warak, tidak pernah tinggal solat.

Dia tidak berdendam dengan komunis, tetapi telah berjaya membunuh lebih 100 orang komunis seorang diri dalam pertempuran. Dia tidak mengamalkan ilmu kebal atau ilmu kebatinan yang sesat. Dia hanya berkata Allah sebagai pelindung. Pernah dalam satu pertempuran ketika rakan yang lain sedang merancang untuk menyerang, tiba-tiba Sarjan Hassan lesap dan terus dengar tembakan. Dengan izin Allah dia telah berjaya membunuh 14 pengganas komunis seorang diri pada ketika itu.

Pengganas komunis amat berdendam dengan Sarjan Hassan. Sentiasa mencari peluang untuk membunuhnya atau keluarganya. Satu hari seorang pengganas komunis wanita yang cantik menyerah diri cuba menggoda Sarjan Hassan. Tetapi atas sifat kewarakan Sarjan Hassan, pengganas komunis wanita itu pula yang belot dan memberi maklumat kepada Sarjan Hassan sehingga tertangkapnya 27 orang pengganas komunis.

Jasa besar Sarjan Hassan yang tidak tercatit dalam sejarah atau akhbar di Tanah Melayu pada ketika itu, hanya dilaporkan dalam akhbar Singapura ialah kejayaan Sarjan Hassan (pada ketika itu berpangkat Leftenan) menggagalkan cubaan komunis untuk sabotaj sambutan kemerdekaan 10 hari sebelum 31 Ogos 1957.
Leftenan Hassan dengan 10 anggota telah berjaya menjejaki tempat pertemuan ketua-ketua pengganas komunis seluruh Tanah Melayu di Rawang. Leftenan Hassan berjaya membunuh komunis dan menjumpai dokumen serta senjata yang akan digunakan untuk menggagalkan sambutan kemerdekaan negara yang berkemungkinan untuk membunuh Tuanku Abdul Rahman dan beberapa pembesar Melayu lain.

Sarjan Hassan adalah satu-satunya orang Islam pada ketika itu dari kelulusan sekolah pondok yang berjaya menjadi pegawai tentera berpangkat Leftenan.



Kubur Sarjan Hassan seperti kubur kebanyakan orang Islam lain, tiada yang istimewanya di Makam Sheikh Hj Mohd Said di Seremban.  Sesungguhnya Sarjan Hassan adalah merupakan pahlawan Islam kebanggaan pengajian pondok di Rantau, N.Sembilan dan kebanggaan rakyat Malaysia.
Saya terkenang kembali kata-kata arwah ayah saya yang pernah berjumpa Sarjan Hassan, memang benarlah ayah saya kata Sarjan Hassan ini pendiam, gempal sikit.

Tidak sia-sialah perjuangan nenda saya salah seorang pengasas Rejimen Askar Melayu iaitu Dato Abdullah Hj Dahan, Undang Rembau, yang telah melahirkan pahlawan Melayu Islam yang begitu hebat, merendah diri, warak, tidak tinggal solat yang perlu dicontohi oleh semua perwira negara.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Kapten Hassan bin Othman, ayah saya Lt Kolonel Malakan bin Kamaruddin, nenda saya Dato Abdullah bin Hj Dahan dan seluruh perwira negara yang telah gugur.

Mungkin selepas ini kapal TLDM yang baru boleh diberi nama KD Sarjan Hassan seperti KRI Imam Bonjol di Indonesia, atau Kereta Perisai yang baru diberi nama Sarjan Hassan atau Hassan. (Penulis artikel ialah anak Lt Kolonel Malakan bin Kamaruddin)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://orangmuo.blogspot.com/2019/12/sarjan-hassan-pahlawan-melayu-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Hebat Seorang Ustaz Melayu Di Makkah

Pengalaman Hebat Seorang Ustaz Melayu Di Makkah

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 453 hits
MINAT dalam bidang agama sejak kecil mendorong pendakwah bebas Rahimi Mohd Rashid 48 yang berasal dari Kampung Gaung Beta Hilir Kota Bharu Kelantan memasuki aliran agama selepas selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia Anak kelima daripad...
Kenapa Dunia Sengaja Melupakan Pencapaian Hebat Tamadun Islam

Kenapa Dunia Sengaja Melupakan Pencapaian Hebat Tamadun Islam

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 622 hits
Dalam sebuah artikel yang ditulis oleh Craig Considine beliau telah menyebutkan tentang bagaimana berlakunya amnesia sejarah yang ekstrim berlaku terhadap pencapaian dan sumbangan terhebat tamadun Islam dalam pendidikan falsafah penjagaan k...
Luar Biasa Sekolah Sekolah Islam Menempati Rangking Tertinggi Di Inggris

Luar Biasa Sekolah Sekolah Islam Menempati Rangking Tertinggi Di Inggris

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 278 hits
Sekolah sekolah Islam di Inggris menorehkan prestasi bersejarah dengan menempati rangking tertinggi dan terbaik di Inggris Sebuah prestasi bersejarah yang ditorehkan lembaga Muslim di negara tersebut Kementerian Pendidikan Inggris menetapka...
Kaedah Jual Beli Dalam Islam

Kaedah Jual Beli Dalam Islam

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 621 hits
Apakah hukum jual beli dalam Islam Artikel ini akan mengulas secara lengkap berkaitan topik jual beli dalam Islam seperti rukun hukum syarat syarat dan lafaz ijab dan qabul Panduan ini disediakan secara ringkas dan mudah agar memudahkan and...
Tafsir Mimpi Menyusui Dan Menyusu Dalam Islam

Tafsir Mimpi Menyusui Dan Menyusu Dalam Islam

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 238 hits
Menyusu merupakan hal lumrah yang hampir dialami setiap manusia pada waktu kecil Namun bagaimana jika ternyata aktivitas menyusu dan menyusui itu sampai terbawa bawa dalam mimpi ketika manusia itu sudah dewasa Adakah tafsiran tersendiri Ima...
Jom Viralkan Dobi Rafflesia 100 Milik Bumiputera Islam

Jom Viralkan Dobi Rafflesia 100 Milik Bumiputera Islam

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 544 hits
DOBI RAFFLESIA Menawarkan perkhidmatan dobi seperti mencuci mengering melipat ambil dan hantar kepada pelangan individu dan syarikat seperti hotel sekolah sekolah asrama katering dan sebagainya yang memerlukan khidmat mencuci Dobi Rafflesia...
Penguasaan Awal Al Quran Pada Kanak Kanak Rahsia Kejayaan Para Ulama Dan Ilmuwan Islam

Penguasaan Awal Al Quran Pada Kanak Kanak Rahsia Kejayaan Para Ulama Dan Ilmuwan Islam

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 685 hits
Penguasaan Awal Al Quran Pada Kanak Kanak Rahsia Kejayaan Para Ulama dan Ilmuwan Islam Dibelakang Kebanyakkan Setiap Ilmuan Islam Yang Terkenal Adalah Ibubapa Yang Melatih Mereka Menghafal Al Quran Dari Umur Kanak Kanak Hingga Mereka Dapat ...
Pks Jalin Kerja Sama Dengan Partai Islam Terbesar Di Bosnia

Pks Jalin Kerja Sama Dengan Partai Islam Terbesar Di Bosnia

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 201 hits
Dalam pertemuan itu lanjut Jazuli Salim mengajak Semsudin Mehmedovic untuk lebih mempererat ikatan persaudaraan dan meningkatkan kerja sama di berbagai bidang Utamanya di bidang ekonomi pendidikan pariwisata dan budaya
China Perlu Terima Islam Dalam Dasar Pembangunan Negara

China Perlu Terima Islam Dalam Dasar Pembangunan Negara

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 341 hits
Penindasan etnik Uyghur tak akan selesai masalah ekstremisme MapimBANGI China tidak akan sesekali dapat mengatasi apa yang disebut mereka sebagai ekstremisme dengan cara penahanan besar besaran dan menindas etnik Islam Uyghur di negara itu ...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Persiapan Kejohanan Merentas Desa

Ayu Damit Feat Emeer Bakri Cukup Kita Chord

70 Patriotic 4th Of July Crafts That Will Spark Joy And Creativity This Independence Day

Norza Leaves Bam On A High

Experts Public Deserves Answers On High Profile Macc Probes

Tempoh Gajah Mengandung