Pengalaman Hebat Seorang Ustaz Melayu Di Makkah



Dikejar pihak berkuasa tinggal di Makkah tanpa visa

MINAT dalam bidang agama sejak kecil mendorong pendakwah bebas, Rahimi Mohd Rashid, 48, yang berasal dari Kampung Gaung Beta Hilir, Kota Bharu, Kelantan memasuki aliran agama selepas selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia.Anak kelima daripada tujuh beradik yang kini mengasaskan Pondok Tahfiz al-Quran Wadi Iman di Kampung Guntong Tembila, Besut, Terengganu berasakan dengan hanya menceburi bidang agama, dia dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

Oleh itu, beliau yang turut dikenali sebagai Ustaz Rahimi Al-Madani nekad mengikuti pengajian di Pondok Pasir Tumbuh selama tiga tahun walaupun berdepan cabaran mempelajari bahasa Arab dengan menggunakan kaedah lama seperti terpaksa menghafal, mendalami dan menguasai bahasa Arab.Bekerja sebagai buruhDengan berlatarbelakangkan keluarga yang susah iaitu bapanya hanya bekerja kampung, Rahimi terpaksa bekerja sebagai buruh kontrak membuat jalan raya pada waktu siang untuk mengumpul duit bagi membiayai pengajian di pondok pada waktu malam.Daripada wang hasil pekerjaan berkenaan juga, beliau berjaya mengumpul wang sebanyak RM2,500 untuk dijadikan tambang ke Makkah, Arab Saudi, untuk menunaikan umrah pada tahun 1989 ketika berusia 20 tahun.Walaupun visa yang diperoleh untuk menunaikan umrah pada Ramadan ketika itu hanya untuk dua minggu, Rahimi mengambil risiko dengan tinggal lebih masa di Makkah demi melanjutkan pengajian untuk mendalami bidang agama."Dengan wang sebanyak RM2,500, ia sudah cukup untuk membiayai tambang ke Makkah dan selebihnya saya hanya bertawakal kepada Allah," katanya yang yakin kepada pertolongan Allah dan percaya Makkah mampu menyediakan sumber kewangan yang luas kepada pelajar seperti dirinya.Di kota Makkah, Rahimi tinggal di perkampungan di kawasan berbukit berbatu Ajyad Sud yang turut didiami ramai pelajar berasal dari Kelantan dan Pattani, Selatan Thailand.Di sana, beliau belajar pelbagai bidang ilmu seperti tafsir dan hadis hampir setiap hari di Masjid Pattani yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Masjidil Haram di bawah bimbingan ulama dari Pattani dan pernah bertugas sebagai guru di Masjidil Haram.Bekerja sebagai mutawifSelain itu, sepanjang empat tahun di Makkah, beliau juga menuntut ilmu di bawah bimbingan pelbagai guru yang mengajar berhampiran pintu Babus Salam dan Babus Fattah di Masjidil Haram pada setiap malam Selasa dan Jumaat.Bagi menampung kehidupannya di Makkah, Rahimi mengambil peluang bekerja sebagai mutawif kepada jemaah umrah dan haji yang diuruskan oleh orang perseorangan.Dengan pendapatan yang diperoleh sebagai mutawif pada sepanjang Ramadan dan musim haji, ia mampu menampung keperluan belajar dan membayar sewa rumahnya selama setahun di Makkah.Ditanya mengenai keadaan keselamatan diri sepanjang berada di Tanah Suci, Rahimi mengakui berdepan dengan dugaan seperti kawasan penempatannya dikepung pihak berkuasa atau rumahnya diserbu tetapi beliau selalu terselamat kerana mengambil sikap berhati-hati.Beliau berkata, selama tinggal di Makkah, dia pernah dikejar pihak berkuasa ketika hendak pergi atau balik daripada belajar di Masjidil Haram sebanyak enam kali selain kediamannya diserbu kira-kira tiga kali setahun.Sembunyi lebih awalKatanya, bila terserempak dengan pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan terutama di simpang lorong untuk ke Masjidil Haram, dia akan berlari sekuat hati menaiki anak tangga ke arah bukit untuk menyelamatkan diri."Kebanyakan anggota tentera atau polis di Makkah akan hanya mengejar separuh jalan kerana mereka berdepan masalah tapak kasut tebal dan keras yang tidak sesuai digunakan untuk berlari dan memanjat kawasan bukit berbatu."Malah, saya dan rakan-rakan kadang-kadang menerima maklumat awal daripada penduduk tempatan mengenai serbuan yang akan dilakukan menyebabkan kami bertindak awal dengan bersembunyi di kawasan bukit selama berjam-jam sehingga ke jam 2 pagi."Bagi saya, semua cabaran ini adalah kemanisan dalam mendapatkan ilmu serta menjadikan diri lebih tabah dalam menghadapi pelbagai dugaan," katanya yang mengakui turut mengamalkan doa tertentu untuk mengelak sebarang masalah ketika di perantauan.Mengenai keupayaannya untuk melakukan perubatan secara Islam, Rahimi berkata, ia bermula apabila timbul rasa kesal kerana tidak dapat memberikan sebarang bantuan apabila menziarahi orang yang ditimpa musibah.Belajar kaedah rawatan IslamBermula tahun 2008, beliau mulai belajar mengenai kaedah rawatan Islam tanpa menggunakan khidmat jin untuk mengubati pesakit di pelbagai tempat seperti di Kelantan, Johor, Pattani serta Demak dan Bandung, Indonesia."Alhamdulillah, dengan dua pusat rawatan Islam Al-Madani iaitu di Taman Nik Kampung Baung, Kota Bharu serta Taman Ukay Bistari, Ampang, ia menjadi saluran untuk saya mendapatkan dana bagi menampung pembinaan dan perbelanjaan Pondok Tahfiz al-Quran Wadi Iman."Selain anak tempatan, kami juga mempunyai 11 pelajar dari Kemboja di pondok tahfiz kami dan saya sangat berharap kerajaan memberi kelonggaran dalam pemberian visa kepada ramai pelajar Kemboja yang begitu berminat untuk belajar agama di negara ini."Mungkin kita boleh berikan kelonggaran kepada pelajar yang berusia sembilan hingga 17 tahun kerana mereka memang jelas datang untuk belajar dan bukan untuk bekerja di negara ini. Ia sekali gus mampu menjadi Malaysia terkenal sebagai sebuah negara ilmu," katanya. (Rabu, 6 April 2016) 

Lihat sebelum ini..E-Buku IH-124: Budaya Saudi &Melayu Kota Mekah Kini..

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/11/pengalaman-hebat-seorang-ustaz-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fakta Yang Disorok Komunis Tidak Pernah Membunuh Walau Seorang Pun Orang Melayu

Fakta Yang Disorok Komunis Tidak Pernah Membunuh Walau Seorang Pun Orang Melayu

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 695 hits
MASIH jelas terbayang ibu dirodok dengan lembing oleh komunis Ketika itu senjata bersepah seperti kayu api Itu cerita seorang warga emas Tik Sulong 89 yang menjadi saksi bagaimana ibunya Temun Manang adik lelaki berusia dua tahun dan seoran...
Badan Melayu Hati Komunis Ustaz Sidek Nor

Badan Melayu Hati Komunis Ustaz Sidek Nor

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 1054 hits
Bagaimana MUSUH ISLAM mengepung segenap penjuru memisahkan kekuatan negara negara Islam Mereka pecah pecah menjadi negara negara yang kecil untuk memberi keutuhan kekuatan MUSUH ISLAM Jom kita dengar apa tausiah dari Tuan Guru Sidek Noor Pa...
Seperti Drama Melayu Seorang Ayah Hidup Merempat Selepas Diperdaya Tujuh Orang Anak Kandung

Seperti Drama Melayu Seorang Ayah Hidup Merempat Selepas Diperdaya Tujuh Orang Anak Kandung

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 770 hits
Kita mungkin selalu tengok perkara macam ni berlaku dalam drama melayu Tapi realitinya ia benar benar berlaku apabila seorang bapa dikatakan dihalau anak anaknya sendiri selepas memberikan harta pusaka sebanyak RM7 juta Ini berlaku kepada p...
Tak Berdaya Terlantar Di Katil Ustaz Ini Tetap Gigih Mengajar Al Quran Walau Hanya Mampu Berbaring

Tak Berdaya Terlantar Di Katil Ustaz Ini Tetap Gigih Mengajar Al Quran Walau Hanya Mampu Berbaring

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 297 hits
Seorang pemuda kurang upaya fizikal tetap mahu mengajar kanak kanak mengaji walaupun dalam keadaan terlantar di atas katil kerana minat yang mendalam terhadap al Quran di Sungai Petani Kedah Mohamad Azfar Mohd Yusuf berusia 31 tahun mengaja...
Terlantar Lemah Tak Halang Ustaz Tabur Bakti Ajar Mengaji Al Quran Atas Katil

Terlantar Lemah Tak Halang Ustaz Tabur Bakti Ajar Mengaji Al Quran Atas Katil

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 395 hits
Menjadi seseorang yang menyebarkan ilmu merupakan suatu tugas yang mulia apatah lagi berkaitan dengan saham akhirat Perkara perkara ini bukan sahaja mendatangkan manfaat kepada orang lain malahan memberi ganjaran pahala kepada diri sendiri ...
Berharga Rp 24 Miliar Ini Rumah Mewah Ustaz Solmed Mirip Istana Di Timur Tengah

Berharga Rp 24 Miliar Ini Rumah Mewah Ustaz Solmed Mirip Istana Di Timur Tengah

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 388 hits
Ustaz Solmed kini tinggal di sebuah rumah mewah yang dibangun dari hasil kerja kerasnya Hunian keluarga Ustaz Abdul Solmed ini pun tampak ada sentuhan bergaya Timur Tengah Kabarnya rumah yang berdiri di atas lahan 100 meter persegi ini meng...
Ustaz Riza Muhammad Sudah Kembali Ke Indonesia Usai Ditahan Di Imigrasi Hongkong

Ustaz Riza Muhammad Sudah Kembali Ke Indonesia Usai Ditahan Di Imigrasi Hongkong

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 250 hits
Ustaz Riza Muhammad akhirnya bisa kembali ke Tanah Air setelah beberapa lama ditahan di imigrasi Hongkong
Wanita Ini Pernah Mengandung Sebanyak 5x Tapi Semua Keguguran Bila Jumpa Ustaz Perubatan Islam Rupanya Aku

Wanita Ini Pernah Mengandung Sebanyak 5x Tapi Semua Keguguran Bila Jumpa Ustaz Perubatan Islam Rupanya Aku

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 706 hits
Wanita Ini Pernah Mengandung Sebanyak 5x Tapi Semua Keguguran Bila Jumpa Ustaz Perubatan Islam Rupanya AkuAku sudah 7 tahun berkahwin Dalam pada masa tu sudah 5x aku mengandung tetapi semua keguguran apabila mimpi seorang nenek tua datang u...
Maktabah Ustaz Syahmi Beyblade

Maktabah Ustaz Syahmi Beyblade

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 508 hits
MAKTABAH USTAZ SYAHMI BEYBLADE MAKTABAH USTAZ SYAHMI BEYBLADE MAKTABAH USTAZ SYAHMI BEYBLADE
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization