Sarapan Pagi Yang Sihat Bantu Kurangkan Berat Badan


Cara Berkesan Kurangkan Berat Badan
Rasanya rata-rata ramai yang sudah tahu dengan kepentingan sarapan pagi bukan? Ruginya jika langkau waktu makan yang penting ini. Bagi Mai, setiap pagi sarapan wajib diambil. Kalau tak ambil, memang lain rasanya.

Gambar Freepik
Mengambil sarapan pagi adalah salah satu langkah hidup sihat. Sarapan pagi ini membekalkan tenaga untuk memulakan hari yang penuh cabaran. Apabila dapat tenaga yang secukupnya, barulah otak dan badan menjadi cergas. Aura positif dan mood baik pun datang pada kita. Orang tengok muka kita pun turut rasa tempias auranya. Maka, kerja seharian pun dapat dilaksanakan dengan lancar.

Yang paling Mai suka tentang pengambilan sarapan pagi adalah ia tidak membuatkan kita rasa lapar dan tidak memerlukan kita untuk makan berulang kali. Kalau ambil sarapan dengan portion yang betul dan cukup nutrisi dalam satu pinggan, InsyaAllah akan rasa kenyang yang lama. Tunggu makan tengah hari je nanti. Dapat elak untuk mengidam makan makanan tak sihat seperti jajan, keropok dan sebagainya.

Nak ambil makanan yang macam mana untuk sarapan pagi? Senang cerita, ambil je ikut portion suku-suku separuh. Suku karbohidrat, suku protein dan separuh buah-buahan dalam satu pinggan. Pinggan pula, jangan guna yang terlalu besar. Guna saiz yang biasa je. Sebaiknya pilih menu sihat berbanding masakan yang menggunakan kaedah menggoreng, berlemak dan manis.

Sedapkan ayam masak merah ni? Jangan terlebih ambil ye hehe
Menu sarapan sihat yang paling mudah dan murah, roti telur goyang. Ambil dua keping roti wholemeal, sebiji telur ayam separuh masak serta buah kegemaran anda. Minumannya pula boleh pilih susu, teh O tanpa gula atau paling senang air masak. Waktu terbaik untuk ambil sarapan bermula dari jam 6.30 pagi hingga 8.00 pagi. Kalau rasa lapar dalam tempoh selepas ambil sarapan ke waktu makan tengah hari, boleh ambil snek dalam jam 10.30 hingga 11.00 pagi dengan makan tiga keping biskut krim kraker atau roti wholemeal dengan teh O tanpa gula atau segelas susu.

Roti telur goyang nyumsss
Teringat pula proses Mai mengurangkan berat badan sebelum ini. Menu inilah yang Mai ambil untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Kadang-kadang roti ditukar dengan segenggam nasi. Telur juga ditukar dengan ayam atau ikan dengan mempelbagaikan cara masakan sihat. Tiada pun rasa jemu atau rasa nak muntah heee. Alhamdulillah memang menjadi, seronok apabila BMI dah normal sekarang ini.

Kenapa ambil roti wholemeal? Glysemic Index (G1) roti jenis ini adalah lebih rendah berbanding roti putih. Roti ini juga mengenyangkan. Kalau tak percaya, boleh cuba ya hehe. Salah satu contoh jenama roti yang wholemeal adalah Gardenia, pilih plastik hijau. Plastik ungu pun boleh juga.

Kalau anda jenis yang tak biasa ambil sarapan pagi, cuba juga untuk ambilnya. Banyak kebaikan untuk kesihatan diri ya. Jangan beri alasan dengan berkata tidak sempat menyediakannya.

Untuk dapat lebih maklumat tentang cara pemakanan seimbang dan sihat, anda boleh muat turun Kuliah 13: Diabetes (Pengawalan Pemakanan untuk Pesakit Diabetes).


Selain pesakit diabetes, diet ini boleh je yang normal amalkan. Mai tahu kuliah ini pun sebab salah seorang ahli keluarga Mai ada diabetes. Jururawat minta untuk muat turunnya supaya senang untuk buat rujukan. Memang bagus untuk kita amalkan.

Sementara masih merasa nikmat sihat, jaga kesihatan sebaiknya. Jangan salahkan perkara lain kalau diri sendiri yang mengabaikan makan minum yang sihat dan malas bersenam. Jika kesihatan terjaga, hidup pun jadi lebih ceria dengan orang sekeliling.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisarahsidi.com/2019/09/sarapan-pagi-sihat-bantu-kurangkan-berat-badan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ingat Kurus Tu Cantik Ini Cara Tambah Berat Badan Dengan Sihat

Ingat Kurus Tu Cantik Ini Cara Tambah Berat Badan Dengan Sihat

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 481 hits
Ingat Kurus Tu Cantik Ini Cara Tambah Berat Badan Dengan Sihat Sekarang ni ramai nak jadi kurus MF pernah jadi kurus Ramai orang jeles dengan badan MF yang kurus Bayangkan anak tiga pun nampak slim Baju masih longgar Tak nampak gemuk langsu...
Konsumsi Sebelum Tidur Inilah Minuman Penurun Berat Badan Secara Alami

Konsumsi Sebelum Tidur Inilah Minuman Penurun Berat Badan Secara Alami

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 449 hits
Senyumperawat com Banyak wanita yang mengidamkan punya berat badan ideal dalam waktu cepat Akibatnya tak sedikit yang mudah tertarik dengan produk obat penurun berat badan secara cepat Perlu diingat sesuatu yang instan jika diterapkan pada ...
Remaja Putri Ternyata Lebih Rentan Alami Kenaikan Berat Badan Akibat Begadang

Remaja Putri Ternyata Lebih Rentan Alami Kenaikan Berat Badan Akibat Begadang

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 257 hits
Salah satu masalah yang rentan dialami seseorang yang begadang adalah bertambahnya berat badan Sebuah penelitian terbaru mengungkap bahwa masalah ini ternyata lebih rentan dialami oleh para remaja putri
6 Tips Turunkan Berat Badan Dalam Tempoh 30 Hari

6 Tips Turunkan Berat Badan Dalam Tempoh 30 Hari

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 453 hits
DIET Eyyeewwwwww Banyak duit dah habis sebab try macam macam jenis porduk kurus yang menjanjikan bulan dan bintang untuk melariskan stok tapi tak nampak kesan langsung Memang impian nak turunkan berat badan tapi tu lah tu Ni dah masuk bulan...
Bertahun Saya Usaha Naikkan Berat Badan Tapi

Bertahun Saya Usaha Naikkan Berat Badan Tapi

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 274 hits
Penampilan kurus Sufian Suhaimi bukanlah sesuatu yang pelik tetapi sebenarnya penyanyi ini berhasrat untuk menaikkan berat badan Bagaimanapun kata Sufian usahanya itu The post appeared first on
Anak Menyusu Badan Kerap Kembung Selalu Tak Sihat Makanan Ini Mama Kena Control

Anak Menyusu Badan Kerap Kembung Selalu Tak Sihat Makanan Ini Mama Kena Control

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 558 hits
Sesetengah ibu yang menyusukan anak merasa hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut Jangan terperanjat jika diberitahu jika ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh ibu Bayi bergantung sepenuhnya kepada ...
Gemuk Selepas Bersalin Cara Saya Kembalikan Berat Badan

Gemuk Selepas Bersalin Cara Saya Kembalikan Berat Badan

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 795 hits
LEPAS BERSALIN MESTI GEMUK tak semua wanita bertuah selepas bersalin berat sentiasa maintain macam anak dara Proses mengandung yang menyebabkan banyak perubahan tubuh badan yang ketara Selepas bersalin pantang pun banyak mengelat Bertungku ...
Lemon Dan Halia Turunkan Berat Badan Cara Murah

Lemon Dan Halia Turunkan Berat Badan Cara Murah

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 509 hits
Lemon Dan Halia Turunkan Berat Badan Cara Murah Yang murah dan berkesan itulah yang jadi pilihan untuk berdiet atau turunkan berat badan Apalah guna beli supplement untuk kurus tapi kesannya amatlah mendukacitakan Baiklah guna yang murah da...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur