Sarapan Di Yanalis Club And Cafe Puteri Habour Jalan Jalan Ke Decathlon Toppen Ikea


 Assalamualaikum WBT

JUMAAT lepas, pagi-pagi dah bersiap cantik-cantik sebab nak pergi bersarapan di tempat yang cantik di Tanah Jauhar ini iaitu Puteri Habour. Hurmmm.. cantik ke???
😝😝😝
        
 Kami ke Yanalis Club and Cafe Puteri Habour yang selalu fyp di Tik Tok. Tengok kulit buku menu, barulah Sk tahu Yanalis Club & Cafe ini menyajikan Indonesian Cuisine


Dah namanya negara serumpun, kan.. tak banyaklah bezanya menu negara Indonesia dengan Tanah Malaya ni. Selain sarapan, Yanalis juga menyediakan makanan tengahari.. tapi tu kena tunggu tengahari la, kita sarapan dulu okeh


Sarapan dihidangkan hingga jam 11 pagi. Pelbagai menu Roti Canai, Nasi Lemak, Mee Siam, Lontong,  Lempeng dan ada juga American Breakfast. Nampak ada Pulut Kuning, eh.. macam sedap pulak, kan. Tapi, bila nak buat pesanan, tak ada pulak


Apalagi.. melontonglah kita

Soalnya, takkanlah datang tempat kayangan, nak makan roti canai. Eh, tak salah, pun sebenarnya, tapi dah namanya SK, kan.. faham sajolah, tak boleh dipisahkan dengan lontong


Pilihan Sk, Lontong dan Rendang Ayam


Iman nak makan Lontong saja tapi SK suruh dia ambil Lontong Rendang Daging


Sebenarnya, kan.. Sk terkejut masa staf hidangkan lontong dan rendang. Tak sangka macam ni rupa lontong dan rendang di tempat yang begitu ekslusif. Rendang ayam tu, dah berjurai-jurai.. hancur. Daging tu Iman kata, keliru.. rendang atau serunding. Lontong tu cuma semata kuah lodeh dan sambal tumis, macam makan kat medan selera aje. Urut dada! Kalau tahu, baik pesan nasi lemak sebab tengok nasi lemak orang sebelah tu cantik aje dalam pinggan, baru RM2


Terkejut tengok saiz cawan kopi tu, besar gedabak, lagi besar dari gelas kopi ais Iman. Sk paksa minum sampai separuh, terpaksa tinggalkan. Dah balik rumah, semak resit, baru perasan harganya RM8, patutlah kemahen besar. Orang kaya la tu, order tak tengok harga 😜. 

Lempeng kelapa buat raso-raso. Memang raso-raso jer rupanya dengan sambal longgok macam tu. Kan lebih molek jika letak dalam bekas kecik, baru letak atas pinggan lempeng kelapa tu, hurmmmm


Staf semua sopan, tempat cantik dan ekslusif tapi sayangnya tiada kualiti. Tidak kisah bayar mahal sedikit asalkan makanannya sedap dan yang penting pinggan tu kenalah mahal jugak, hahaha

        
Dari Puteri Habour, kami ke Decathlon yang baharu dibuka di Toppen - Ikea. Masuk-masuk jer nampak pelbagai jenis khemah. Sekarang trend kan, 'camping-camping' ni. Seronok tengok, teringin nak join tapi sejenis yang cerewet pasal tandas awam terutama di tempat-tempat liburan, pantai dan air terjun

        
'Feeling-feeling' duduk dalam khemah, nak hantar gambar kat babah


Mantap eh designer khemah.. siap ada bilik dan ruang tamu. Yang bilik air sahaja pun ada, siap ada jual pam dan shower. Perabot pun lengkap, sediakan sahaja wang besar


Kerusi rehat pelbagai bentuk. Semua material dari bahan yang mudah kering dan tidak menyerap air. Ialah, orang kan biasanya berkhemah di air terjun dan pantai. Eh, boleh jugak tau, beli meja atau kerusi kecik ni untuk makan di taman-taman


Cuba try test kemampuan kerusi menampung tubuh kami. Haa.. memang kukuh, tak ada rasa goyang-goyang atau melendut

        
Mengopi dan meroti di Cafe Ikea pulak. Tanya Iman nak makan nasi ke apa-apa? Dia kata tak kisah, ikut bonda


Tengok muka toya macam ni, adalah tu yang dia nak


Nampak apa dalam troli??!


Beli Kusyen untuk Poang. Poang tu kerusi rehat. Kusyen lama dah buruk, nak ganti yang baru. Dah berapa kali datang Ikea, asyik tak cukup kusyennya. Kadang badan ada, alas kaki tak ada. Kadang alas kaki ada, badannya pulak tak ada. Tanya Pak Inche, nak kuning ke kelabu.. last-last pilih kelabu la walaupun hati nak sangat yang kuning tu. Mahal giler, dekat sembilan ratuih... aaaaa.. tapi nak jugakkkkk

😢

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/02/sarapan-di-yanalis-club-and-cafe-puteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mid Day Madness Lunch Set Rm38 Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour

Mid Day Madness Lunch Set Rm38 Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 282 hits
Mid Day Madness Lunch Set RM38 di Hard Rock Cafe Puteri Harbour Buat pertama kalinya Ummi dan Babah menjejakkan kaki ke Hard Rock Cafe The post appeared first on
Mama Betul Ke Ayah Kahwin Lain Puteri Sarah Terkedu Tak Sangka Itu Soalan Syaikhul

Mama Betul Ke Ayah Kahwin Lain Puteri Sarah Terkedu Tak Sangka Itu Soalan Syaikhul

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 179 hits
Setelah sekian lama melalui fasa sedih akhirnya Puteri Sarah berkongsi anak sulungnya Syaikhul Islam bertanya soalan yang benar baenar buatkan dirinya terkedu mengenai Syamsul Yusof Berkongsi perkara tersebut di instastory Puteri Sarah 38 t...
Tak Boleh Move On Puteri Sarah Disakiti Vida Akui Jadi Janda Itu Nikmat

Tak Boleh Move On Puteri Sarah Disakiti Vida Akui Jadi Janda Itu Nikmat

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 272 hits
Sebelum ini usahawan kontroversi Dato Seri Vida meluahkan rasa tidak pus hati apabila pengarah popular Syamsul Yusof dikatakan tidak pandai menghargai serta menilai kecantikan yang dimiliki oleh isteri pertamanya Puteri Sarah Bukan itu saha...
Puteri Sarah Terkedu Anak Soal Betul Ke Ayah Dah Kahwin Lain

Puteri Sarah Terkedu Anak Soal Betul Ke Ayah Dah Kahwin Lain

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 123 hits
Pelakon Puteri Sarah Liyana akui terkedu apabila mendengar soalan daripada anak sulungnya Syaikhul Islam yang bertanya akan status bapa Syamsul Yusof sama ada benar atau tidak sudah berkahwin lain Menerusi hantaran di Insta Story Syaikhul m...
Kenapa Ayah Ada Orang Lain Sebab Tu Dah Lama Tak Balik Ke Puteri Sarah Terkedu Dengar Soalan Anak Lelaki

Kenapa Ayah Ada Orang Lain Sebab Tu Dah Lama Tak Balik Ke Puteri Sarah Terkedu Dengar Soalan Anak Lelaki

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 147 hits
Sejak tahun lalu kontroversi rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan suami Syamsul Yusof menjadi perhatian umum setelah pelakon wanita berkenaan mendedahkan adanya 8216 orang ketiga 8217 dalam rumah tangga mereka Biarpun pada mulanya menafika...
Puteri Sarah Ceritakan Apa Yang Dia Telah Korbankan Dlm Sekelip Mata Sejak Jadi Isteri Syamsul Yusof

Puteri Sarah Ceritakan Apa Yang Dia Telah Korbankan Dlm Sekelip Mata Sejak Jadi Isteri Syamsul Yusof

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 314 hits
Umum mengetahui pelakon Puteri Sarah akhirnya memfailkan cerai di mahkamah syariah pada Isnin lalu terhadap suaminya pengarah terkenal Syamsul Yusof selepas 9 tahun berkahwin
Resepi Kuih Puteri Ayu Yang Sedap Dan Lembut

Resepi Kuih Puteri Ayu Yang Sedap Dan Lembut

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 218 hits
Baca GAMBAR LOKASI Resepi Kuih Puteri Ayu Yang Sedap Dan Lembut Puteri ayu adalah sejenis kuih tradisi yang masih ramai peminatnya hingga kini Di JB ni kalau nak mudah jumpa puteri ayu adalah pada bulan ramadhan Memang akan timbul macam mac...
Pergi Konsert Bersama Ibu Netizen Persoal Puteri Sarah Dah Minta Izin Suami

Pergi Konsert Bersama Ibu Netizen Persoal Puteri Sarah Dah Minta Izin Suami

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 199 hits
Kehadiran pelakon Puteri Sarah Liyana di konsert penyanyi terkenal Indonesia Cakra Khan yang berlangsung di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bersama ibu berjaya mencuri perhatian ramai Terbaharu tular sebuah video memaparkan Cakr...
Perempuan Tak Tahu Malu Digelar Penyondol Sebab Selfie Dengan Mk K Clique Respon Puteri Sarah Memang Win

Perempuan Tak Tahu Malu Digelar Penyondol Sebab Selfie Dengan Mk K Clique Respon Puteri Sarah Memang Win

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 178 hits
Puteri Sarah Liyana tidak melepaskan peluang untuk ke konsert penyanyi terkenal dari negara seberang Cakra Khan yang berlangsung malam tadi di mana ia dihadiri ramai peminat termasuk selebriti tanah air Menerusi beberapa Instagram story Sar...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul