Sarapan Di Warung Ali Kopi Jalan Ke Nat Pokok Getah
Assalamualaikum WBT
ALHAMDULILLAH, SK tiga beranak baru sahaja pulang bercuti dari Perth. Bukan Perth kat Australia tuuu.. tapi Perthhhhhlih! Hehehe. Macam selalu la, pantang ada cuti mula la gatal kaki PI nak pijak pedal minyak jauh sikit. Tak puas bercuti di Penang hari tu katanya, kali ni lajak pulak ke Perlis, nak duduk homestay di tepian gunung pulak.

Ini bukan kali pertama Sk ke Perlis. Rasanya, sejak jadi menantu mak mertua, tak terkira berapa kali dah ke sana, cuma tak pernah bermalam jer. Kali ni PI ajak duduk homestay. Cerita pasal homestay ni pulak, tak jadi jugak duduk di homestay, ada ceritanya, tu nanti Sk blog lain. Hari ni, Sk nak bawa pembaca ke Warung Ali Kopi yang terletak di Arau

Ada Nasi Lemak Daun Pisang, kena baca label dia, ada BT (bilis telur) dan A (ayam)

Yang ni PI la tersalah ambil, dia ambil ayam. Malas nak letak balik, Sk makan la yang ayam ni, PI dan Iman makan bilis telur.

Konsep WAK ni, kita buat pesanan terus makanan yang kita nak pesan di gerai-gerai. Macam-macam ada, gerai roti canai, gerai char kuey teow, gerai otak-otak & pepes, peknga, roti jala dan pulut udang serta beberapa lagi. Pesanan minuman akan diambil dari meja. Makanan yang kita pesan juga akan dihantar ke meja.

Lepas makan nasi lemak, makan pulut udang pulak, sedappp

Roti jala dijala besar lepas tu gulung memanjang dan potong macam ni. Tak silap satu set ni ada 10 gulung. Kuahnya kari ayam

Makan roti canai pulak. Dah macam makan buffet hotel, hehehe. Tu nasib baik la Sk tak perasan ada peknga, kalau tak, mesti nak jugak shatu, huhuhu

Dari WAK, kami menuju ke Nat Pokok Getah. NPG ni kalau di Kuala Ketil, macam Pekan Sabtu la dan kalau di Pontian, dulu-dulu kita panggil Pasar Lambak. Tak pasti sekarang masih ada lagi tak Pasar Lambak ni. Sekarang yang banyaknya, Pasar Malam, kat mana-mana pun ada

Panas cuaca, tapi bestnya bila panas ni senang nak jalan sana-sini. Tekak ni pulak asyik nak meminta air yang sejuk dan manis, hihi

Kedai RM2

Pakaian bundle

Iman suka la baju bundle

Berjualan dalam kebun getah dipayungi pokok getah

Banyak hasil kampung dijual di sini

Bunga betik rasanya ni. Nak beli tapi takut lebam sebelum sampai Johor

Pelbagai jenis rempah masakan jugak ada dijual. Bagi yang belum bersarapan, bolehlah jugak nak sarapan atau makan di sini. Menu macam biasalah, sup dan laksa. Melayang jugak la RM55, beli tudung bawal tiga lai, hahahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2025/08/sarapan-di-warung-ali-kopi-jalan-ke-nat.html