Sarapan Di Molek Kitchen Sambil Tunggu Iman Presentation
Assalamualaikum...
LAMA tak sarapan buffet di hotel. Rasanya sejak 2019 memang dah jarang book hotel pakej dengan sarapan iaitu sejak Iman masuk PUO, bila dah masuk tahun 2020 lagilah memang dah tak dapat nak bercuti di hotel, kan, sedih tapi apakan daya, hidup perlu diteruskan
Kali ini, SK berdua sahaja dengan Iman bersarapan di Molek Kitchen yang terletak berhadapan dengan Perodua Bandar Baru Uda untuk menikmati sarapan yang agak luar biasa yang jarang ditawarkan di mana-mana restoran. Bagi set American Breakfast kita boleh pilih croissant, waffle atau pancake untuk dihidangkan bersama scramble egg atau telur mata. Sk pula memilih hidangan ala Johor iaitu Lontong Darat atau Lontong Kering. Pilihannya sama ada dihidang bersama Rendang Ayam atau Daging Lembu tapi punyalah tamak kan, SK pilih Special MK iaitu kedua-dua jenis rendang, urmmm.. sedap
American Breakfast pilihan ImanCroissant bersama kepingan daging lembu, salad, hash brown, sosej, scramble egg, cendawan dan kacang panggang. Beverages pilihan Horlicks Ice. Sebenarnya, Iman ada presentation pukul 10, jadi lepas sarapan dia terus standby untuk presentation dalam kereta sebab malu nak present kalau ada bonda
Sementara tunggu Iman present, Sk mengadap berkeping-keping pancake yang dicurahkan sos maple dan limpahan strawberry, blueberry serta pisang. Pishang menunggu anak sorang ni siap present. Secawan Honey Lemon Panas habis dihirup lalu minta ditambah secawan nescafe panas pula. Kebelakangan ni kuat betul minum air, malah sekali minum terus habis dua gelas, lepas tu asyik nak ke tandas pulak, haishhhh
Tak lama, Iman pun datang balik ke meja. Presentation pospone (cemana eja?) ke malam pulak katanya sebab ada satu grup yang sepatutnya giliran sebelum Iman tapi lambat siap. Jadi, grup Iman minta pospone malam, hurm.. apa-apalah budak-budak sekarang ni. Sabar ajelerrrr.
Molek Kitchen
No 18, Jalan Padi Emas 6/1, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor.
Telefon 018 4074016
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2020/11/sarapan-di-molek-kitchen-sambil-tunggu.html