Berbaloi 28 Tahun Tunggu Setelah Lahirkan 14 Anak Lelaki Dapat Seorang Perempuan
Siapa sangka penantian pasangan suami isteri ini sejak 1993 berhasil apabila si isteri akhirnya berjaya melahirkan juga seorang anak perempuan, selepas 14 kali melahirkan anak lelaki berturut-turut sebelum ini.
Kateri Schwandt, 45, menikmati detik indah itu bersama suaminya, Jay Schwandt dengan menamakan bayi perempuan pertama mereka dengan nama Maggie Jaynie.
“Kami sangat gembira dan begitu teruja untuk menerima ‘kehadiran’ Maggie Jayne dalam keluarga kami.
Kredit gambar: Indiatimes/Daily Mail
“Tahun ini mempunyai banyak memori, tapi Maggie adalah anugerah terbesar yang kami bayangkan,” kata Jay, memetik laporan Mail Online menerusi Indiatimes.
Sementara itu anak sulung mereka, Tyler Schwandt, 28, berkata, “Ibu bapa saya akhirnya dikurniakan seorang anak perempuan yang mereka sendiri tidak pernah sangka.
Selepas Tyler, 13 lagi adik-adiknya juga ialah lelaki iaitu Zach, Drew, Brandon, Tommy, Vinny, Calvan, Gabe, Wesley, Charlie, Luke, Tucker, Francisco dan Finley.
Kredit gambar: Indiatimes/Mail Online
Menurut laporan itu lagi, anak lelaki termuda mereka (sebelum kelahiran Maggie), Finley mempunyai nama penuh yang menarik, iaitu Finley Sheboygan.
‘She’s a boy again’. Ingatkan anak ke-14 perempuan, rupanya lelaki lagi
Kisah menarik di sebalik nama Finley Sheboygan ini pernah menjadi perbualan hangat dan tular pada 2018 lalu.
Memetik Buzz Feed News, Kateri pada waktu itu sedang mengandungkan anak yang terakhir (sebelum Maggie).
Dengan 13 anak yang kesemuanya lelaki sebelum itu, Kateri begitu berharap yang anaknya ke-14 itu ialah anak perempuan.
Namun, ‘rezekinya’ sudah tercatat, anak yang lahir kali ke-14 itu masih lagi seorang lelaki.
Maka Kateri dan suaminya nekad menamakannya sebagai Finley dan nama tengahnya (middle name); Finley Sheboygan.
‘Sheboygan’ itu adalah singkatan daripada ‘she’s boy again’ yang bermaksud, anak perempuan yang diidamkan akhirnya ‘menjadi’ lelaki juga.
Kredit gambar: Buzzfeednews/Jay Schwandt
Mengimbas kembali, Jay Schwandt bertemu dengan isterinya Kateri Schwandt pada usia muda mereka dan berkahwin pada 1993.
Hasil perkahwinan itu, mereka ‘sempat’ memperoleh tiga anak (kesemuanya lelaki) sebelum bergraduasi di kolej pengajian mereka.
Sumber: Indiatimes, Buzzfeednews via Siakap Keli
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Berbaloi 28 Tahun Tunggu! Setelah Lahirkan 14 Anak Lelaki, Dapat Seorang Perempuan appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/berbaloi-28-tahun-tunggu-setelah-lahirkan-14-anak-lelaki-dapat-seorang-perempuan/