Sapa Nak Percaya Hang Dah Pe Aq Kawaq


 

Kerajaan PN tumbang: Ulamak Pas mula serang pemimpin Umno
August 18, 2021 Beberapa pimpinan ulama PAS semakin giat menggambarkan betapa mereka marah kepada sesetengah pemimpin Umno yang dianggap menjadi punca kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan kemelut politik sekarang.
Mereka juga secara berlapik dan tersirat menyarankan agar orang ramai tidak mengundi pemimpin terbabit dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Malah ada antara mereka – bersumpah atas nama Tuhan – mendakwa memang tidak mempercayai pemimpin Umno terbabit sejak awal lagi selepas berasa ragu dengan “senyuman sinis” individu terbabit
Anggota Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat, Mokhtar Senik, berkata sebelum ini dia sudah memberi peringatan kepada kawan-kawannya agar berwaspada dengan individu tersebut.
Tanpa menamakan siapa tokoh berkenaan, Mokhtar berkata, langkah, fikrah, kata-kata dan karakter individu terbabit sudah lama menggambarkan dia akan mengkhianati kerajaan PN.
Namun katanya ada antara mereka tidak percaya, tidak senang bahkan mereka menyindir serta menyingkirkan dia dari kumpulan WhatsApp.
Tidak terkilan dengan layanan yang diterimanya, Mokhtar bagaimanapun berkata, telahannya menunjukkan dia benar apabila pemimpin berkenaan “khianat” kepada PN.
Mokhtar turut melampirkan tulisan di Facebook itu dengan komen didakwanya dibuat mengenai individu tersebut pada Jun lalu.
Sudah ada rasa hati
Dalam hantaran itu Mohktar berkata, dia menyaksikan sendiri Presiden PAS Abdul Hadi Awang dipeluk oleh individu berkenaan dan dia menyaksikan wajah pemimpin Umno terbabit.
“Wallahi saat itu hati saya tidak percaya dengan kamu. Saat teman-teman saya memuji-muji kamu, saya kawal lidah agar tidak memuji sama. Maaf, hati saya tetap ragu dengan lirik wajah senyum sinismu.
“Teman-teman saya bertanya kenapa saya tidak dapat menerima kamu? Saya jawab jauh di lubuk hati, saya tidak percayakan kamu. Saya tidak bertuhankan rasa hati. Tapi saya berjaga-jaga dengan rasa hati saya.
“Alhamdulillah, suara hati saya benar. Kamu khianati tok guru kami. Kamu khianati pengikut-pengikut kecuali orang yang sekluster dengan kamu,” katanya.
Walaupun tidak menyebut nama sesiapa, dipercayai Mokhtar merujuk kepada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, yang kini mengetuai gerakan menarik sokongan ahli parlimen Umno daripada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.
Sebagai rekod Ahmad Zahid sebelum ini menjadi teraju utama yang menggabungkan Umno dan PAS melalui Muafakat Nasional (MN).
Sementara itu seorang lagi anggota Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat, Ahmad Dusuki Abdul Rani, pula bersuara mengenai perlunya mandat daripada rakyat.
Katanya pelantikan perdana menteri baru selepas ini akan terus jadi pertikaian tanpa mandat tersebut.
PRU ke-15 medan terbaik
Justeru katanya kemelut berkenaan perlu dipulihkan dengan adanya mandat berkenaan untuk mana-mana pihak menjadi kerajaan.
“Krisis berlanjutan ini disebabkan 15 orang ahli parlimen Umno yang menarik sokongan kepada kerajaan PN sebelum ini,” katanya juga di media sosial.
Dia turut menyalahkan pembangkang yang didakwanya kemaruk kuasa selepas ia terlepas daripada mereka selepas 22 bulan menjadi kerajaan.
“Sesiapa pun yang dilantik selepas ini untuk menjadi perdana sebelum pilihan raya umum terjadi, akan berhadapan kebuntuan dan keabsahannya akan dipertikai kerana keegoan dan kesombongan kegilaan kuasa ini berterusan. Kecuali Allah menyatukan hati sesama kepimpinan kembali,” katanya.
Justeru kata Ahmad Dusuki PRU ke-15 diperlukan untuk menamatkan kemelut perebutan kuasa yang berlaku sekarang.
“Rakyat! Jangan undi mereka, dan jangan pilih mereka! Ingat tu,” katanya.
Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria pula memberi gambaran betapa ramai lagi mereka yang bersih daripada pertuduhan mahkamah boleh diangkat sebagai pemimpin.
“Ke mana mereka nak bawa kita? Pertimbangan agama, bangsa, negara, rakyat, atau kedudukan parti dan diri mereka?” tanya exco Perak itu.
Menurut Razman, ketika ini masih ramai rakyat yang ikhlas, bersih dari pertuduhan dan cerdik pandai untuk diangkat.
“PRU ke-15 medan terbaik untuk kita semua,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/sapa-nak-percaya-hang-dahpeaq-kawaq.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesian Muhyiddin Hang Nak P Mana

Kesian Muhyiddin Hang Nak P Mana

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 278 hits
DIA KATA KALAU ORANG NAK PANGGE DIA BODO PUN DIA TAK KISAH
Jangan Percaya Nak Alih Sungai Tuhan Tunjuk Depan Depan

Jangan Percaya Nak Alih Sungai Tuhan Tunjuk Depan Depan

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 345 hits
Banjir kilat Sanusi kata tiada aktiviti membalak di Hutan Simpan Gunung JeraiAugust 19 2021 Tiada aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai di sini yang menyebabkan berlaku banjir kilat pada petang Rabu kata Menteri Besar Kedah Muham...
Bagaimana Nak Percaya Presiden Yang Berkali Kali Menipu Soal Kj

Bagaimana Nak Percaya Presiden Yang Berkali Kali Menipu Soal Kj

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 517 hits
agendadaily com8 8 2021Khairy Jamaluddin Abu Bakar Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sangsi untuk memberi kepercayaan kepada Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas berkali kali menipu dan kini bertindak pula menarik sokongan...
Nak Masuk Syurga Jaga 6 Perkara Ini Sebaiknya

Nak Masuk Syurga Jaga 6 Perkara Ini Sebaiknya

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 409 hits
Nak Masuk Syurga Jaga 6 Perkara Ini Sebaiknya Sebut je syurga semua orang tahu Tempat nikmat yang Allah janjikan buat hambaNYa yang beramal soleh semasa di dunia Sebut syurga semua orang nak pergi syurga Tapi mudah ke nak masuk syurga Mudah...
Hiburan Anak Cantik Nak Salahkan Siapa Didakwa Jual Anak Abby Abadi Beri Respon

Hiburan Anak Cantik Nak Salahkan Siapa Didakwa Jual Anak Abby Abadi Beri Respon

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 289 hits
Pelakon Abby Abadi menyedari terdapat tuduhan yang mengatakan dia menggunakan kecantikan anak keduanya Marissa Dania Hakim sebagai pelaris perniagaan yang diusahanya pada ketika ini ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementAbby atau nama sebenarnya A...
Dia Cakap Abah Nak Ikut

Dia Cakap Abah Nak Ikut

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 281 hits
Video yang dirakam itu antara lain memaparkan kejelasan Baby menyebut abah nak ikut berserta lenggoknya sekali yang sangat mencuit hati Bersuara jangan disangka orang berkepak tidak semestinya terbang Itulah keunikan yang dimiliki Baby seje...
Kalau Tak Nak Anak Belajar Menipu Jangan Biasakan Menjerit Jika Anak Buat Salah

Kalau Tak Nak Anak Belajar Menipu Jangan Biasakan Menjerit Jika Anak Buat Salah

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 386 hits
Memang ada banyak faktor anak menipu Namun SALAH SATU faktor yang menyuburkan perangai suka menipu dalam diri anak adalah hasil sikap ibu bapa sendiri Antaranya bila ibu bapa ada sikap suka marahkan anak gila gila setiap kali dan setiap mas...
Berhijrah Ke Bali Minggu Depan Nourul Depp S4yu Nak Tinggalkan Malaysia

Berhijrah Ke Bali Minggu Depan Nourul Depp S4yu Nak Tinggalkan Malaysia

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 412 hits
Menerusi satu perkongsian di Instagram penyanyi Nourul Depp meluahkan rasa s4yu apabila bakal meninggalkan Malaysia untuk berhijrah ke Bali Indonesia tidak lama lagi Dalam entri tersebut Nourul turut meluahkan rasa sed1h apabila tidak dapat...
Dekati Basikal Azizulhasni Awang Untuk Olimpik Tokyo Nak Tahu Berapa Harga

Dekati Basikal Azizulhasni Awang Untuk Olimpik Tokyo Nak Tahu Berapa Harga

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 498 hits
Dekati Basikal Azizulhasni Awang Untuk Olimpik Tokyo Nak Tahu Berapa Harga Legenda sukan basikal trek tanah air Dato Muhammad Azizulhasni Bin Awang merupakan antara harapan negara untuk membawa pibgat di Sukan Olimpik yang sedang berlangsun...
This Royal Enfield Continental Gt Caf Racer Is A Sand Cast Masterpiece

Lirik Lagu Akhiruzzaman Arora

Sentuhan Sulung Gattuso Beri Itali Kemenangan Besar

Bapa Mangsa Lemas Pinjam Rm752 Sebelum Tragedi Bilik Mayat Hpd Sunyi Tanpa Waris

Beli Luggage Online Murah Di Traveller Universal

Hiburan Marissa Dania Ambil Tindakan Undang Undang Bila Dah Sampai Masa Tiada Siapa Akan Tolong Awak

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nellisa Tiba Di London Dan Sunday Roast

Best Water Park At Selangor Splashmania Gamuda Cove

Netizen Persoal Kenapa Nedim Nazri Masih Belum Padam Foto Free Hair Nora Danish Dia Dah Berhijab Kan

Pakar Patologi Inkues Zara Buat Repot Polis Kerana Diancam Warganet

Ucapan Muhyiddin Diganggu Suasana Himpunan Bersatu Bertukar Kecoh

Peserta Acara Kayuhan Maut Kemalangan Dengan Kereta Di Langkawi