Kalau Tak Nak Anak Belajar Menipu Jangan Biasakan Menjerit Jika Anak Buat Salah


Memang ada banyak faktor anak menipu. Namun, SALAH SATU faktor yang menyuburkan perangai suka menipu dalam diri anak adalah hasil sikap ibu bapa sendiri.
Antaranya bila ibu bapa ada sikap suka marahkan anak gila-gila (menjerit, memperkecilkan anak, melabel, menghina, menghempas barang, mengherdik dan mengguna kekerasan fizikal) setiap kali dan setiap masa.
Anak-anak TIDAK LAHIR sebagai penipu dan TIDAK BELAJAR jadi penipu dalam semalaman. Menipu adalah skil TERPELAJARI dan malangnya, ibu bapa atau penjaga utama anak sendiri adalah guru menipu yang paling berkuasa, tanpa sedar.

Kajian University of Washington yang di terbitkan dalam Journal Cognitive Development mereka mendapati, anak-anak semuda 15 bulan:
☑️ Boleh mengesan emosi marah bila melihat interaksi sosial orang sekeliling walaupun belum faham nama emosi tersebut ialah ‘marah’ . Mereka menggunakan informasi emosi tersebut sebagai panduan peribadi mereka.
☑️ Berkebolehan menggunakan pelbagai signal emosi dan penglihatan dari sekeliling untuk faham PUNCA kelakuan seseorang.
☑️ Mempunyai fahaman canggih tentang dunia sosial dan reaksi manusia MENDAHULUI kemahiran bercakapnya.
Maksudnya apa? Contohnya begini:
Anda mempunyai sikap suka jerit-jerit dan baling-baling barang bila sedang marah. Anak kecil anda sering melihat anda jerit-jerit dan baling-baling barang bila marahkan abangnya yang seringkali sepah-sepahkan mainan di seluruh rumah. Dia melihat abangnya menangis ketakutan setiap kali di marahi.
Maka anak kecil anda yang telah menonton perbuatan ini beberapa kali akan faham: jerit-jerit dan baling-baling barang ialah perbuatan emosi marah ➕ sepah-sepahkan mainan itu punca yang buat mak marah ➕ abang menangis ketakutan itu akibat bila kena marah.
Bila anak faham ciri-ciri orang yang sedang marah ➕punca atau perkara yang boleh buat orang jadi marah ➕ akibat bila seseorang marah ➡️ Anak akan cari jalan untuk ‘selamatkan’ dirinya dari situasi tersebut dengan MENGUBAH KELAKUANNYA agar terlepas dari dimarahi.
🔥🔥🔥Bukti eksperimen yang dijalankan ke atas 150 orang bayi 15 bulan ini boleh anda saksikan di: https://youtu.be/7FC4qRD1vn8
⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️
INILAH cara atau mekanisma bagaimana sikap suka marahkan anak gila-gila boleh jadi punca ANAK BELAJAR MENIPU.

Kerana anak akan mencari jalan mengelak dari di marahi ANTARANYA dengan menafikan perbuatan, mengubah cerita kejadian sebenar malah menuduh orang lain sebagai pelaku.
Ia menyedihkan kerana anak belajar menipu demi menyelamatkan dirinya dari IBUBAPANYA sendiri. Tambah menyedihkan jika anak-anak di marahi 2X ganda teruk bila ibubapanya mendapat tahu bahawa dia menipu demi menyelamatkan diri.
Hasilnya? Anak belajar menipu dengan yang lebih hebat, seiring masa. Jadi, bagaimana cara untuk buat anak tahu bahawa kita marah atau tidak suka dengan perbuatannya TANPA buat anak rasa teruk tentang dirinya sendiri dalam masa yang sama?
DISIPLINKAN PERBUATAN ANAK, BUKAN EMOSI ANAK.
Jika saya beri anda contoh situasi:
Anda menjumpai cermin mata anda yang telah dipatahkan anak dan disorokkan anak untuk elak di marahi oleh anda. Saya percaya anda akan rasa dua hal ini:
a. Kecewa dengan perbuatan anak yang menyorokkan cermin mata tersebut sehingga menyusahkan anda mencari sehingga berhari-hari.
b. Kecewa kerana anak takut nak mengaku dan berkata benar kepada anda.
Anda hanya perlu INGAT:
– EMOSI jujur anak TIDAK PATUT di hukum. Yang patut di hukum atau didisiplinkan ialah PERBUATAN salahnya. Maka ,fokus kepada betulkan perbuatannya berbanding menghukum emosinya:
☑️ SAHKAN perasaan takut anak.
☑️ BERITAHU perasaan sebenar anda tentang perbuatan anak menyorokkan cermin mata anda.
Misalnya:
“Mama faham abang tak mengaku sebab abang takut mama marah atau sedih. Tapi bila mama tak jumpa cermin mata mama, mama susah nak buat kerja sebab mata mama tak nampak. Banyak kerja office mama tak dapat siapkan”
Kemudian..Sambung perbincangan kalian tentang bagaimana cara anak boleh berterus-terang kepada anda dengan rasa selamat.
MULAKAN dengan cari punca anak takut nak berterus- terang kepada anda. Misalnya dengan bertanya:
“Abang takut nak bagitahu mama sebab mama suka menjerit ke kalau mama marah?”
Kemudian….➡️➡️➡️➡️ Buat perjanjian 2 hala tentang cara kedua pihak boleh perbaiki keadaan di masa hadapan :
” Mama minta maaf sebab buat abang takut bila marah jerit-jerit. Mama janji mama tak akan marah jerit-jerit kalau abang mengaku silap. Abang pula kena janji kena cakap jujur dengan mama lepas ni, OK?”
Kemudian….➡️➡️➡️➡️Tunjuk akibat (consequences) perbuatan anak dan bimbing anak cara untuk memperbaiki atau bertanggungjawab atas kesilapannya. Misalnya:
” Sebab kerja mama banyak tak siap dan esok bos mama suruh hantar, so abang kena sama-sama tolong mama ye. Mama tanda kertas, abang pula tolong check kalau ada bahagian yang mama terlupa nak tanda, ok?”
***Pastikan anda pegang janji untuk bertenang bila anak mengaku silapnya di masa hadapan. Usah musnahkan kepercayaan anak dengan tetap berperangai marah gila-gila.
***Ucapkan penghargaan anda kepada keberanian dan kejujuran anak, setiap kali.
***Kesilapan dan kecuaian tak boleh dielakkan, maka bimbing anak tentang cara untuk kurangkan sikap cuainya. Dan, sentiasa sabar tunjuk cara baiki kesilapan-kesilapan barunya di masa hadapan. Ingat, kita juga tak sempurna dan kita juga tidak serba tahu tentang semua perkara.

APA PUN, YANG PENTING:
Marah teruk-teruk atau gila-gila TIDAK ADA NILAI PELAJARAN POSITIF buat anak.
💔 Anak belajar ‘direct’ dari tingkahlaku anda bahawa cara untuk menggendali rasa marah, sedih dan kecewa itu adalah dengan cara menyakiti orang lain.
Anak kecil tiada kemahiran menyelaraskan emosi yang baik seperti orang dewasa. Mereka AMAT BERGANTUNG kepada orang dewasa untuk bantu dia melaras emosinya.
Cuba bayangkan jika anda dan rakan-rakan berada di dalam sebuah situasi cemas. Kalian mengharapkan seorang ketua yang dapat mengawal situasi. Tentulah kalian rasa lebih tenang dan fokus bila ada ketua yang tenang berbanding yang jenis menggelabah ayam kan?

Begitulah perumpamaannya anak yang bergantung harap kepada orang dewasa dalam mengawal sesuatu situasi.
💔 Yang rasa puas bila dapat marah gila-gila ini cuma orang dewasa saja. Anak kecil yang di marahi pula tak lebih dari sekadar ‘punching bag’ yang tak dapat apa-apa selain rasa teruk tentang diri sendiri. Ini salah satu bentuk penderaan verbal (lisan): “Emotional abuse happens when a child is repeatedly made to feel worthless, unloved, alone or scared” :kishelpline Australia.
Marah yang terkawal dan penuh sivik itu = satu bentuk pendidikan berkesan. Marah gila-gila ikut emosi itu = satu bentuk penganiayaan.
Kredit: USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN DAN TIDUR BAYI
DBL INSTITUTE
THB EDU ASS
THE WONDER WEEKS ACADEMY
SLEEPSMART EDUCATION

Mama jom rileks jap, klik link ni!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Kalau Tak Nak Anak Belajar Menipu, Jangan Biasakan Menjerit Jika Anak Buat Salah! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kalau-tak-nak-anak-belajar-menipu-jangan-biasakan-menjerit-jika-anak-buat-salah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lasak Aktif Tanda Tumbesaran Anak Cantik Tapi Ni Cara Nak Bantunya Jangan Terlebih Lasak

Lasak Aktif Tanda Tumbesaran Anak Cantik Tapi Ni Cara Nak Bantunya Jangan Terlebih Lasak

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 279 hits
Anak lasak dan aktif memang petanda anak bijak dan baik tumbesarannya Pun begitu jika terlebih lasak mak ayah makin pening dibuatnya Apa mak ayah nak buat Jangan larang tetapi mak ayah bantulah dengan cara lebih baik agar keadaan jadi lebih...
Main Teka Teka Berdebar Nak Bezakan Anak Kembar Sebab Sama Sangat Zizie Izette Akui Keliru Tertukar

Main Teka Teka Berdebar Nak Bezakan Anak Kembar Sebab Sama Sangat Zizie Izette Akui Keliru Tertukar

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 432 hits
Pelakon Datin Sri Zizie Ezette menerusi laman instagramnya berkongsi sebuah video berkenaan anak kembar Adam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette yang kini sudah berusia 4 tahun Video yang dimuatnaik di laman instagram Datin Zizie mendapatkan ...
Kah Kah Kah Nak Rampas Kuasa Dalaman Macamana Anak Bilis Nak Makan Jerung Ke

Kah Kah Kah Nak Rampas Kuasa Dalaman Macamana Anak Bilis Nak Makan Jerung Ke

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 240 hits
Umno pertimbang rampasan kuasa dalaman untuk singkir Muhyiddin menurut laporan August 2 2021 Menurut satu laporan pemimpin Umno sedang membincangkan cara untuk menukar perdana menteri jika Muhyiddin Yassin enggan berundur PETALING JAYA Umno...
Jangan Nak Lepas Diri Semua Menteri Umno Juga Perlu Letak Jawatan Asmuni

Jangan Nak Lepas Diri Semua Menteri Umno Juga Perlu Letak Jawatan Asmuni

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 251 hits
July 30 2021ADUN Manjoi Dato Haji Asmuni Awi meminta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota Kabinet beliau meletakkan jawatan Menurut bekas EXCO Kanan Kerajaan Negeri Perak itu Muhyiddin dan seluruh anggota Kabinet bertanggung...
Pertama Kali Nak Bersalin Elakkan Bawa Terlalu Banyak Baju Ibu Anak Akan Menyusahkan Nanti

Pertama Kali Nak Bersalin Elakkan Bawa Terlalu Banyak Baju Ibu Anak Akan Menyusahkan Nanti

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 365 hits
Apakah persediaan bersalin di hospital yang perlu bakal ibu ketahui Selain beg hospital adakah terdapat borang pra pendaftaran hospital yang perlu diisi Persediaan bersalin di hospital Sebelum kita mengetahui apakah keperluan beg hospital y...
Satu Anak Satu Rak Cantik Tersusun Kelengkapan Sekolah Anak Senang Nak Cari

Satu Anak Satu Rak Cantik Tersusun Kelengkapan Sekolah Anak Senang Nak Cari

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 349 hits
Mama boleh jadi stress bila kelas PdPR nak bermula anak mula mencari cari buku di merata tempat Sudahnya tak jumpa Anak stress mak pun ikut stress Idea ibu ini yang menjadikan ruang khas setiap satu rak kelengkapan buat anak anaknya pasti m...
Nak Belajar Punya Pasal Mati Kena Langgar Lari

Nak Belajar Punya Pasal Mati Kena Langgar Lari

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 215 hits
Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri Sarawak bagi memastikan isu liputan internet di negeri itu ditangani secepat mungkin...
Wfh Mencabar Anak Buat Hal Dia Buat Perangai Bukan Sebab Degil Tapi Dia Tak Pandai Nak Bagitahu Sesuatu

Wfh Mencabar Anak Buat Hal Dia Buat Perangai Bukan Sebab Degil Tapi Dia Tak Pandai Nak Bagitahu Sesuatu

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 250 hits
Ramai yang mengadu mula tertekan apabila bekerja dari rumah masa tu jugalah anak asyik buat perangai anak ajak main serta minta perhatian Adakah anak ini sebenarnya mula degil Ikuti penjelasan ini PERNAH TAK JADI MACAM INI Kalau dulu anak a...
Bagaimana Nak Percaya Presiden Yang Berkali Kali Menipu Soal Kj

Bagaimana Nak Percaya Presiden Yang Berkali Kali Menipu Soal Kj

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 480 hits
agendadaily com8 8 2021Khairy Jamaluddin Abu Bakar Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sangsi untuk memberi kepercayaan kepada Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas berkali kali menipu dan kini bertindak pula menarik sokongan...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus