Sanusi Pembohong Saifuddin Dedah Gambar Lawatan Sanusi Ke Tapak Ree


 
Saifuddin dedah gambar lawatan Sanusi ke tapak REEoleh ROSHILA MURNI ROSLI03 Ogos 2023 03:46pmMasa membaca: 3 minitSaifuddin Nasution menunjukkan gambar lawatan tapak di Hutan Simpan Bukit Enggang oleh Muhammad Sanusi pada 19 Februari lalu.

KUBANG PASU - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan gambar menunjukkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengadakan lawatan tapak di Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik pada 19 Februari lalu.

Saifuddin mendakwa, pendedahan gambar itu sekali gus membuktikan Muhammad Sanusi sememangnya mempunyai pengetahuan mengenai kecurian unsur nadir bumi (REE) di Kedah.

Bagaimanapun Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) itu berkata, Muhammad Sanusi hanya mendiamkan diri dan tiada tindakan diambil berkaitan perkara terbabit.

"Menteri Besar telah turun dan menyaksikan sendiri insiden kecurian ini, dia tengok sendiri bagaimana kemusnahan kawasan, bagaimana cari gali yang secara intensif dilakukan melibatkan kawasan yang demikian luas.

 



 
"Namun daripada tarikh itu tiada tindakan yang benar-benar serius telah diambil oleh beliau setelah usai lawatan ke lokasi kejadian," katanya ketika sidang media di Bilik Gerakan Utama Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra di sini, pada Khamis.

Menurutnya, Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu bukan sekadar berdiam diri malah berterusan menafikan bahawa beliau mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan.

"Saksikan dalam banyak-banyak ucapan beliau dalam YouTube dan media sosial, dengan selamba beliau menafikan dan berulang kali sebut tiada pengetahuan tentang insiden kecurian ini.

Dakwa Saifuddin, paling dikesalkan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kedah tidak melakukan sebarang tindakan, sedangkan Enakmen Mineral Kedah 2004 memperuntukkan sekurang-kurangnya tujuh seksyen yang membolehkan tindakan dibuat.

"Akibatnya yang menanggung kerugian adalah rakyat Kedah yang sepatutnya diberi jaminan perlindungan kepada sumber semula jadi dengan langkah tegas perlu diambil ke atas mereka yang terbabit dalam kegiatan haram ini.

"Saya sebut dua hari lepas, salah satu struktur (jawatan) dalam Perbadanan Menteri Besar (MBI) adalah Pengarah PTG, dia memegang jawatan penting sebagai ahli panel penasihat MBI. Selain itu, beliau atau wakilnya juga adalah Ahli Jawatankuasa Sumber Mineral Negeri," katanya.

Jelasnya, individu-individu terbabit adalah pihak berkuasa yang bertanggungjawab menyiasat perkara berkaitan Enakmen Mineral Kedah 2004.

"Saya telah meneliti pelbagai peruntukan dalam enakmen tersebut. Adalah menghairankan, walaupun isu ini sangat serius, tiada kertas siasatan dibuka untuk menangani perlombongan haram dan pencurian berterusan," katanya.

Sementara itu, Saifuddin menegaskan tidak gentar dengan ugutan Muhammad Sanusi untuk memfailkan satu lagi saman terhadapnya kerana mendedahkan isu berkaitan REE.

"Dia nak saman, samanlah. Ini ada surat beliau tulis kepada bekas Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hamzah Zainuddin) memohon So Loi Fat sebagai Pengerusi Prospek Suria Kedah mendapatkan Pas Lawatan Ikhtisas masuk ke negara ini, jadi di mana tidak ada kaitannya?

"Semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati ada Prospek Suria Kedah yang ditubuhkan pada November 2019 dan pengarahnya adalah So Loi Fat dan Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Muhamad Sobri Osman.

"Betul So Loi Fat masuk sebelum Sanusi jadi Menteri Besar menggunakan Pas Lawatan Sosial, tetapi surat Sanusi yang membolehkan dia masuk menggunakan Pas Lawatan Ikhtisas sebagai profesional, dia pemegang saham dan jawatan dalam Prospek Suria Kedah," katanya.

Saifuddin menegaskan, tidak mungkin Ketua Pegawai Eksekutif MBI membuat keputusan menubuhkan syarikat Prospek Suria Kedah melainkan dia melaporkannya terlebih dahulu kepada Panel Penasihat MBI.

"Saya katakan bahawa Sanusi tahu semua operasi ini, pembabitan So Loi Fat yang kini menghilangkan diri, dia tahu banyak," dakwanya.

 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/sanusi-pembohong-saifuddin-dedah-gambar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Pusing Isu Gambar Pencuri Ree Dengan Reza Khalid Saifuddin

Jangan Pusing Isu Gambar Pencuri Ree Dengan Reza Khalid Saifuddin

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 197 hits
Tindakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor yang konon mahu mempertahankan nadir bumi di Kedah daripada dirompak oleh Kerajaan Persekutuan melalui hartawan berasal dari Indonsia Reza Khalid amatlah tidak bertanggungjawab Menteri D...
No Intention To Tarnish Sanusi S Image Over Ree Theft Says Saifuddin

No Intention To Tarnish Sanusi S Image Over Ree Theft Says Saifuddin

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 206 hits
PENDANG The disclosure of the theft of rare earth elements in Bukit Enggang Sik is not intended to tarnish the image of Kedah Mentri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor says Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail The Home Minister said th...
Isu Ree Marris Gagal Mohon Maaf Sanusi Saman Saifuddin

Isu Ree Marris Gagal Mohon Maaf Sanusi Saman Saifuddin

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 231 hits
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memfailkan saman terhadap Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selepas Menteri Dalam Negeri itu gagal memohon maaf dan membayar pampasan kepadanya kerana didakwa memfitnahnya dalam dua p...
Mana Ada Anwar Dan Riza Mohon Lombong Ree Saifuddin Kata Sanusi Merapu

Mana Ada Anwar Dan Riza Mohon Lombong Ree Saifuddin Kata Sanusi Merapu

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 174 hits
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata Riza Chalid hanya menemani Anwar Ibrahim menghadap Sultan Kedah PETALING JAYA Saifuddin Nasution Ismail berkata Sanusi Nor merapu apabila mendakwa Anwar Ibrahim bersama ahli perniagaan ...
Debat Ree Saifuddin Setuju Sanusi Tolak

Debat Ree Saifuddin Setuju Sanusi Tolak

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 163 hits
Personaliti televisyen Amin Idris memaklumkan tawarannya untuk mempertemukan dua tokoh politik dalam isu kecurian bahan nadir bumi di pentas debat telah dipersetujui Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail Bagaimanapun Amin berkata t...
Ree Sanusi Heret Saifuddin Ke Mahkamah Kerana Fitnah

Ree Sanusi Heret Saifuddin Ke Mahkamah Kerana Fitnah

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 216 hits
Hidir Reduan Abdul RashidMenteri besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Noor memfailkan saman fitnah terhadap Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berhubung kenyataan yang mengaitkannya dengan kecurian unsur nadir bumi di Bukit ...
Explain Approval Letter Saifuddin Tells Sanusi In Ree Spat

Explain Approval Letter Saifuddin Tells Sanusi In Ree Spat

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 224 hits
Home minister Saifuddin Nasution Ismail had linked caretaker Kedah menteri besar Sanusi Nor to a Chinese national allegedly involved in the extraction of REE in the state PETALING JAYA The home minister has called on caretaker Kedah menteri...
After Photo Reveal Sanusi Admits Meeting Ree Theft Suspect

After Photo Reveal Sanusi Admits Meeting Ree Theft Suspect

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 237 hits
Kedah caretaker menteri besar Muhammad Sanusi Md Nor has admitted meeting a Chinese national who is wanted in connection with the theft of rare earth resources in the state However he maintained the Chinese national s business is with the K...
Personaliti Tv Amin Idris Tawarkan Ruang Untuk Sanusi Saifuddin Berdebat

Personaliti Tv Amin Idris Tawarkan Ruang Untuk Sanusi Saifuddin Berdebat

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 152 hits
Malaysiakini Personaliti TV Amin Idris hari ini menawarkan diri untuk mempertemukan dua tokoh politik yang sedang galak berperang dalam isu elemen nadir bumi di pentas debat Kata Amin dia melihat menteri besar sementara Kedah Muhammad Sanus...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization