Isu Ree Marris Gagal Mohon Maaf Sanusi Saman Saifuddin



(Sinar Harian) – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memfailkan saman terhadap Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selepas Menteri Dalam Negeri itu gagal memohon maaf dan membayar pampasan kepadanya kerana didakwa memfitnahnya dalam dua program di Kedah dan Pulau Pinang.
Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan pada 3 Ogos menerusi firma guaman, Tetuan Faizi & Associates di Mahkamah Tinggi Alor Setar.
Menurut penyataan tuntutan tersebut, Sanusi mendakwa Saifuddin mengeluarkan kenyataan fitnah berhubung isu kecurian unsur nadir bumi (REE) dan dana Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris).
“Saya telah hantar notis tuntutan (LOD) bertarikh 20 Julai 2023, menuntut permohonan maaf secara terbuka, menarik balik kenyataan fitnah tersebut selain pampasan kepada saya atas beberapa kenyataan dibuat oleh Saifuddin.
“Kenyataan tersebut disiarkan di media sosial dan liputan media, namun Saifuddin enggan memenuhi tuntutan tersebut,” katanya di sini pada Selasa.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu mendakwa Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah membuat kenyataan berunsur fitnah dalam dua majlis iaitu sidang media selepas Majlis Penyerahan Zakat Wakalah, Kementerian Dalam Negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada 14 Julai, selain program Jelajah Perpaduan Madani & Pelancaran Jentera Perpaduan Kedah di Padang Awam Guar Chempedak, Yan, pada 15 Julai.
Sanusi dalam penyataan tuntutannya memaklumkan, tidak pernah menyalahgunakan atau menggunakan peruntukan Marris bagi tujuan selain daripada diperuntukkan bawah undang-undang.
“Baki peruntukan Marris yang tidak dibelanjakan masih dalam simpanan tetap kerajaan negeri seperti dilaporkan dalam penyata kewangan serta diaudit Jabatan Audit Negara,” katanya.
Merujuk kepada isu REE yang mendakwa beliau dikenakan kompaun RM500,000 berhubung kecurian mineral itu, Sanusi menjelaskan, denda tersebut dikenakan kepada pihak ketiga yang menceroboh dan mencuri REE.
“Pihak ketiga itu sebelum ini dilantik oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) untuk membangunkan kawasan ladang hutan itu.
“Kompaun tersebut dikeluarkan bukan atas dasar kesalahan plaintif (Muhammad Sanusi) mencuri REE tetapi kerana MBI merupakan pemegang permit ladang hutan,” katanya.
Jelasnya, kompaun itu dikeluarkan berikutan tindakan pihak ketiga melakukan pencerobohan serta mencuri REE di ladang hutan tersebut dan pihak ketiga itu telah menjelaskan kompaun.
“Tiada sebarang keterangan atau dokumen bertulis menyatakan kompaun tersebut ditujukan secara khusus kepada plaintif,” katanya.
Sanusi mendakwa, kenyataan berbaur fitnah tersebut secara tidak langsung menggambarkan beliau seorang pencuri dan terlibat dalam kegiatan kecurian hasil bumi bagi tujuan kepentingan peribadi dan wang ringgit.
Plaintif turut mendakwa, kenyataan-kenyataan yang dibuat Saifuddin (defendan) turut menggambarkan beliau sebagai seorang Menteri Besar yang tidak kompeten dan terlibat dalam isu tatakelola kewangan yang serius dalam pentadbiran negeri.
Jelas Sanusi, kenyataan tersebut jelas merujuk kepada dirinya dan menyebabkan imejnya sebagai ahli politik tercemar dan dipandang serong masyarakat, serta timbul tanggapan dirinya sanggup mempergunakan agama untuk kepentingan diri.
Beliau juga mendakwa mengalami tekanan emosi dan dikecam hebat warga maya melalui media-media sosial.
“Tindakan defendan yang membuat kenyataan fitnah terhadap saya jelas sebahagian daripada bahan kempen beliau dan serangan politik memburuk-burukkan Perikatan Nasional (PN) supaya dapat memberikan kelebihan kepada kempen PH (Pakatan Harapan), BN (Barisan Nasional) dan PKR dalam pilihan raya negeri (PRN) Kedah,” ujarnya.
Sehubungan itu, Sanusi selaku plaintif menuntut agar Saifuddin membuat permohonan maaf secara terbuka di media cetak dan elektronik dalam 14 hari dari tarikh penghakiman.
Plaintif turut memohon perintah agar defendan menarik balik semua video berkaitan kenyataan-kenyataan fitnah tersebut.
Sanusi juga mohon satu perintah injuksi bagi menghalang Saifuddin atau mana-mana ejen beliau agar tidak lagi memuat naik, menyiarkan atau menerbitkan kenyataan atau video berkaitan isu Marris dan REE.
Selain itu, Muhammad Sanusi turut memohon ganti rugi am, teruk serta teladan yang akan ditaksirkan oleh Mahkamah dan akan diinfaqkan ke badan kebajikan dipilih plaintif.
Turut dimohon, faedah sebanyak lima peratus ke atas jumlah ganti rugi yang diputuskan sehingga penyelesaian penuh, kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/08/08/isu-ree-marris-gagal-mohon-maaf-sanusi-saman-saifuddin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Explain Approval Letter Saifuddin Tells Sanusi In Ree Spat

Explain Approval Letter Saifuddin Tells Sanusi In Ree Spat

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 235 hits
Home minister Saifuddin Nasution Ismail had linked caretaker Kedah menteri besar Sanusi Nor to a Chinese national allegedly involved in the extraction of REE in the state PETALING JAYA The home minister has called on caretaker Kedah menteri...
Debat Ree Saifuddin Setuju Sanusi Tolak

Debat Ree Saifuddin Setuju Sanusi Tolak

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 180 hits
Personaliti televisyen Amin Idris memaklumkan tawarannya untuk mempertemukan dua tokoh politik dalam isu kecurian bahan nadir bumi di pentas debat telah dipersetujui Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail Bagaimanapun Amin berkata t...
Ree Sanusi Heret Saifuddin Ke Mahkamah Kerana Fitnah

Ree Sanusi Heret Saifuddin Ke Mahkamah Kerana Fitnah

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 235 hits
Hidir Reduan Abdul RashidMenteri besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Noor memfailkan saman fitnah terhadap Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berhubung kenyataan yang mengaitkannya dengan kecurian unsur nadir bumi di Bukit ...
Jangan Pusing Isu Gambar Pencuri Ree Dengan Reza Khalid Saifuddin

Jangan Pusing Isu Gambar Pencuri Ree Dengan Reza Khalid Saifuddin

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 211 hits
Tindakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor yang konon mahu mempertahankan nadir bumi di Kedah daripada dirompak oleh Kerajaan Persekutuan melalui hartawan berasal dari Indonsia Reza Khalid amatlah tidak bertanggungjawab Menteri D...
Sanusi Hantar Surat Saman Kononnya Nak Gertak Menteri Kdn Sekali Saifuddin Ajak Berentap Dalam Mahkamah

Sanusi Hantar Surat Saman Kononnya Nak Gertak Menteri Kdn Sekali Saifuddin Ajak Berentap Dalam Mahkamah

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 210 hits
Sanusi hantar surat saman kononnya nak gertak Menteri KDN sekali Saifuddin ajak berentap dalam mahkamah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan telah menerima notis undang undang daripada Menteri Besar Kedah Da...
Sanusi Pembohong Saifuddin Dedah Gambar Lawatan Sanusi Ke Tapak Ree

Sanusi Pembohong Saifuddin Dedah Gambar Lawatan Sanusi Ke Tapak Ree

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 317 hits
Saifuddin dedah gambar lawatan Sanusi ke tapak REEoleh 03 Ogos 2023 03 46pmMasa membaca 3 minitSaifuddin Nasution menunjukkan gambar lawatan tapak di Hutan Simpan Bukit Enggang oleh Muhammad Sanusi pada 19 Februari lalu KUBANG PASU Menteri ...
Mana Ada Anwar Dan Riza Mohon Lombong Ree Saifuddin Kata Sanusi Merapu

Mana Ada Anwar Dan Riza Mohon Lombong Ree Saifuddin Kata Sanusi Merapu

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 191 hits
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata Riza Chalid hanya menemani Anwar Ibrahim menghadap Sultan Kedah PETALING JAYA Saifuddin Nasution Ismail berkata Sanusi Nor merapu apabila mendakwa Anwar Ibrahim bersama ahli perniagaan ...
Fresh Leads Delay Summons Of Sanusi On The Ree Case

Fresh Leads Delay Summons Of Sanusi On The Ree Case

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 163 hits
The Malaysian Anti Corruption Commission chief Commissioner Tan Sri Azam Baki BERNAMA picKUALA LUMPUR The Malaysian Anti Corruption Commission has yet to summon Kedah caretaker Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor on the rare ear...
Sanusi Nafi Beri Permit Pencuri Ree Masuk Hutan Simpan

Sanusi Nafi Beri Permit Pencuri Ree Masuk Hutan Simpan

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 196 hits
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYABALING Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan beliau memberi permit kepada pencuri untuk memasuki hutan simpan sepertimana dakwaan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail Ketu...
Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Isu Budak Meninggal Akibat Tercekik Gummy

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst