Sanusi Jangan Ingat Rakyat Kedah Boleh Dibodohkan Dengan Dongeng Tak Tahu




 KENYATAAN MEDIA 









Saya mengikuti kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang mendakwa beliau “tidak tahu apa-apa” mengenai dakwaan rasuah melibatkan Ahli Parlimen Padang Serai ketika menjadi Pengerusi Kedah Agro.


Terus terang alasan itu bukan sekadar lemah, ia memalukan, menghina akal rakyat, dan boleh dianggap sebagai satu percubaan menutup kelemahan pentadbiran sendiri dengan cerita kartun.


1.Tarikh jelas. Kalau Sanusi masih keliru, itu masalah dia bukan masalah rakyat.


Sanusi angkat sumpah MB pada 17 Mei 2020.
Perbuatan yang membawa kepada pertuduhan terhadap MP Padang Serai berlaku pada 23 Jun 2020.


Ini bukan sebelum jadi MB.
Ini SELEPAS JADI MB.


Tak ada siapa pun rakyat Kedah yang ingat Sanusi jadi MB pada 2024.
Hanya dia seorang yang buat-buat lupa.


Kalau seorang MB pun tak boleh beza tarikh dia sendiri jadi MB,
patutlah negeri tunggang-langgang.


2.MP Padang Serai kekal menjawat jawatan Pengerusi Kedah Agro sampai syarikat tersebut di tutup tapi Sanusi kata dia tak tahu?


Ini bukan cerita budak intern kuat tidur.


Ini PENGERUSI syarikat kerajaan negeri:
Kedah Agro, bawah MBI.Sanusi juga selaku Pengerusi MBI.


Bukan syarikat tepi jalan.
Bukan kedai runcit belakang rumah.


Pengerusi pegang jawatan sampai mesyuarat Lembaga putuskan tutup operasi.
Dan Sanusi nak beritahu rakyat:


“Saya tak tahu apa yang Pengerusi syarikat bawah saya sendiri buat.”


Kalau betul dia tak tahu, maknanya selama ini MBI dan GLC negeri jalan sendiri tanpa MB, macam kapal tak ada kapten.


Ini bukan alasan. Ini pengakuan dia tak layak memimpin.


3.Dua pilihan untuk pilihan rakyat: Sanusi tipu, atau Sanusi tak buat kerja.


Dua-dua pun memalukan. Tak perlu pusing jauh.


Pilihan A: Dia tahu, tapi dia cuba cuci tangan.


Atau


Pilihan B: Dia memang tak pantau apa-apa.


Rakyat Kedah boleh pilih sendiri mana yang mereka rasa nak yang lebih memalukan.


4.Bila serang orang lain, depan kamera Sanusi bukan main garang. Bila kena batang hidung sendiri, terus pura-pura bebal.


Sanusi paling laju serang kerajaan pusat, tuduh campur tangan, tuduh itu ini.


Tapi bila Pengerusi GLC bawah dia sendiri kena dakwa?


Terus jadi MB paling tak tahu apa dalam sejarah Malaysia.


Garang depan musuh,
tapi hilang berani bila kawan sendiri terpalit.


Ini bukan kepimpinan.
Ini politik pengecut


5.Negeri lain MB tanggungjawab penuh. Di Kedah, MB cuci tangan setiap kali tersudut.


Rakyat Kedah dah sedia maklum:


Isu air — tak tahu siapa salah,


Isu REE — tak tahu bagaimana berlaku,


Isu pelaburan — tak tahu kenapa lembab,


Isu banjir — tak tahu sebab,


Isu projek terbengkalai — tak tahu proses,


Isu 10 projek di umum dan 10 tak siap - saya tak tahu, saya tukang baca


Dan sekarang, isu Pengerusi Kedah Agro kena dakwa juga tak tahu.


Kalau semua dia tak tahu,
apa sebenarnya yang dia tahu?
Selain berdrama depan kamera?


6.Jangan rendahkan rakyat Kedah dengan alasan bodoh.


7.Jangan memalukan Tuanku Sultan Kedah


Saya tidak menuduh sesiapa bersalah, biar mahkamah tentukan.


Tetapi saya menuduh secara terbuka bahawa:


Alasan “saya tak tahu apa-apa” adalah alasan paling menghina rakyat Kedah sejak negara merdeka.


Tarikh jelas.
Struktur MBI jelas.
Peranan MB jelas.
Kedudukan Pengerusi Kedah Agro jelas.


Yang tak jelas cuma satu:


Kejujuran Sanusi bila jawab soalan mudah.


Kalau benda terang-benderang pun dia cuba pusing,
bagaimana rakyat nak percaya dia urus hal yang lebih besar?


8.Sanusi boleh tipu penyokong tegar,
boleh tipu pentas ceramah,
boleh tipu kamera TikTok,


tapi dia tak boleh tipu tarikh.


23 Jun 2020 berlaku selepas dia jadi MB.


Kedah Agro berada di bawah MBI yang dia sendiri ketuai.


Pengerusi syarikat (MP Padang Serai) kekal sampai syarikat tutup operasi.


Kalau semua itu pun dia “tak tahu”,
lebih baik dia berhenti jadi MB,
dan serah pada orang yang sekurang-kurangnya tahu tarikh dia sendiri mengangkat sumpah.


MAHFUZ OMAR
Naib Presiden
Parti Amanah Negara
Jumaat 13 Des 2025
Pokok Sena, Kedah










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/12/sanusi-jangan-ingat-rakyat-kedah-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makcik Hamidah Ismail Jaga Jaga Amira Othman Dah Hafal Nama Dia Selalu Kutuk Saya Sampai Boleh Ingat

Makcik Hamidah Ismail Jaga Jaga Amira Othman Dah Hafal Nama Dia Selalu Kutuk Saya Sampai Boleh Ingat

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 92 hits
nbsp Biarpun ramai yang sentiasa mendoakan kebahagiaan pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman terdapat segelintir netizen yang masih meninggalkan komen negatif terhadap mereka var currentUrlTwo window location hostname window locat...
Jangan Percaya Sangat Pada Pembodek Sekeliling Yang Juga Gagal Untuk Menerangkan Pada Rakyat

Jangan Percaya Sangat Pada Pembodek Sekeliling Yang Juga Gagal Untuk Menerangkan Pada Rakyat

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 105 hits
Alhamdulillah positif Kita doakan yang TERBAIK untuk pimpinan PH Kerajaan Perpaduan dan Negara Malaysia 1 Nampaknya Pimpinan PH responsif seperti dulu balik 2 Sudah buat post mortem PRN Sabah dan ambik langkah ke hadapan fahami signal diber...
Sanusi Kedah S Claim Over Penang Goes Beyond Hong Kong China Special Territory Proposal

Sanusi Kedah S Claim Over Penang Goes Beyond Hong Kong China Special Territory Proposal

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 129 hits
The Kedah government has broader plans regarding its claim over Penang beyond a suggested proposal to designate the state as a special territory similar to Hong Kong s status with China Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor howeve...
Johari Ghani Minta Jangan Politikkan Isu Uec Hormati Pilihan Pendidikan Rakyat

Johari Ghani Minta Jangan Politikkan Isu Uec Hormati Pilihan Pendidikan Rakyat

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 170 hits
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani meminta agar jangan politikkan isu Sijil Peperiksaan Bersepadu Menurut laporan Sinar Harian beliau berkata demikian kerana setiap rakyat mempunyai pilihan pendidikan masing masing dan orang l...
Kedah Projek Lembu Sprm Berkas Wakil Rakyat Pn

Kedah Projek Lembu Sprm Berkas Wakil Rakyat Pn

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 137 hits
Malaysiakini nbsp SPRM Kedah menahan Anggota Parlimen Padang Serai Azman Nasrudin petang semalam bagi tujuan pertuduhan melibatkan usaha sama ternakan lembu milik kerajaan negeri itu Menurut sumber siasatan dibuat sejak Februari melibatkan ...
Businessman To Be Charged With Mp Over Kedah Project

Businessman To Be Charged With Mp Over Kedah Project

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 108 hits
The case involves allegations of RM400 000 in bribes being paid for land use rights according to an MACC source Padang Serai MP Azman Nasrudin alleged on Friday there were elements of political influence in the case PETALING JAYA A business...
Kedah Tentera Rampas Dadah Lebih Rm10 Juta Di Kuala Nerang

Kedah Tentera Rampas Dadah Lebih Rm10 Juta Di Kuala Nerang

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 124 hits
FMT ReportersPasukan keselamatan menemui sembilan guni berisi bungkusan kecil menyerupai peket beras dipercayai dadah Dadah dirampas sekitar 1 2km dari Kem Sahara Kuala Nerang Kedah pada 9 Dis susulan penahanan lelaki warga Thailand yang be...
Shame And Sympathy Keep Kedah Women From Reporting Abuse Says Exco

Shame And Sympathy Keep Kedah Women From Reporting Abuse Says Exco

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 144 hits
State Welfare Women Family Community and Unity Committee chairman Datuk Halimaton Shaadiah Saad at the launch of the Orange the World programme at Alor Star Tower yesterday NSTP NOORAZURA ABDUL RAHMANALOR STAR Women in Kedah have been told ...
Kedah Ahli Parlimen Padang Serai Sahkan Ditahan Sprm Akan Didakwa Isnin Ini

Kedah Ahli Parlimen Padang Serai Sahkan Ditahan Sprm Akan Didakwa Isnin Ini

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 138 hits
Noorazura Abdul RahmanAzman menyatakan bersedia hadapi tuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam Isnin ini Foto fail NSTPALOR SETAR Ahli Parlimen Padang Serai mengesahkan beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung kes projek...
Keputusan Piala Fa 2025 Jdt Lawan Sabah Fc

Majlis Anugerah Setanding Annual Dinner Sahaja Senarai Penuh Pemenang Abpbh 37

10 Maut Dalam Insiden Tembakan Di Bondi Beach Sydney Laporan

Albert Tei S Lawyer To Give Statement To Police Today

Asyraf Wajdi Dedah Uec Bukan Syarat Untuk Masuk Universiti Di China

Hati Hati Dengan Call Scammer Jenis Tak Bercakap

Kisah Fiksyen Seram Malaysia Gadis Putih Di Tasik Biru Kundang

Jasa Besar Dr Yahya Awang Diiktiraf Terima Ijazah Doktor Kehormat Universiti Monash


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


5 Jenis Baka Kambing Yang Perlu Anda Tahu

Keladi Urat Daging Merah Ramai Terpesona

Apa Hukum Makan Katak

Isnin Permulaan Hari

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online