Sanusi Dianugerah Gelaran Datuk Seri Ketuai Senarai Penerima Darjah Kebesaran Kedah


Oleh Bernama Muhammad Sanusi Md Noor./ Gambar fail FB UPDA MENTERI Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor mendahului senarai penerima darjah dan bintang kebesaran sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang ke-79 pada tahun ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, Muhammad Sanusi dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (SPMK) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Selain itu, Pengarah Urusan Weststar Holdings Sdn. Bhd., Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim turut dianugerahkan Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (SSDK) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Asri Hamidon@ Hamidin dikurniakan Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGMK) yang membawa gelaran Datuk Wira, katanya.
Beliau berkata, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Abd Rahman dan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Wilayah 2, Laksamana Muda Rusli Ahmad dianugerahkan Darjah Datuk Setia Pahlawan Negeri Kedah Yang Amat Dihormati (DSPK) yang membawa gelaran Datuk Pahlawan.
Sementara itu, Ammar berkata, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Juhari Bulat dikurniakan darjah Dato’ Setia Sultan Sallehuddin Kedah (DSSS) yang membawa gelaran Datuk bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kebajikan Kedah, Halimaton Shaadiah Saad dan Pengarah Tanah dan Galian Kedah, Mohd. Fauzi Mustaffa.
Beliau berkata, terdapat 15 penerima Darjah Datuk Setia Diraja Kedah (DSDK) yang turut membawa gelaran Datuk, antaranya ialah Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, Nik Azhan Hakim Nik Mahmood; Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Kedah, Mohd Yusri Md Daud; Pegawai Daerah Kuala Muda, Abdullah Hashim; Pesuruhjaya PAS Kedah, Senator Ahmad Saad@Yahya.

Selain itu, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan, Dr. Mohd Fikri Ujang; Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU), Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap.
Dalam pada itu, Ammar berkata tiga penerima Darjah Datuk Setia Pahlawan (DDSP) yang membawa gelaran Datuk ialah bekas Pegawai Memerintah Wisma Transit Kuala Lumpur, Brigadier Jeneral (B) Ahmad Faiezzelan Abdul Karim; Penolong Pengarah EIC Cawangan Khas E, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Dr. Lim Joo Soon dan Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Adwin Galan Anak Teruki.
Beliau berkata, kesemua gelaran itu boleh diguna pakai secara rasmi bermula hari ini.
Katanya, Sultan Sallehuddin turut berkenan menganugerahkan Bintang-Bintang dan Pelantikan Ahli Jaksa Pendamai kepada 37 individu iaitu dua orang dianugerahkan Setia Mahkota Kedah (SMK) manakala 33 orang menerima bintang Setia Diraja Kedah (SDK) dan dua penerima diperkenan dengan Pelantikan Jaksa Pendamai (JP).
Ammar berkata, istiadat penganugerahan darjah serta bintang kebesaran itu akan diadakan pada tahun depan. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/sanusi-dianugerah-gelaran-datuk-seri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedah Mb Sanusi Is Now Datuk Seri

Kedah Mb Sanusi Is Now Datuk Seri

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 273 hits
Muhammad Sanusi Md Nor was conferred the award by Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah ALOR SETAR Menteri besar Muhammad Sanusi Md Nor has been conferred the Dato Sri Paduka Mahkota Kedah award which carries the title Datuk Seri by the Kedah...
Titi Hayun Batu Hampar Seri Perigi Areas In Kedah Currently Unsafe For Visitors Says State Exco

Titi Hayun Batu Hampar Seri Perigi Areas In Kedah Currently Unsafe For Visitors Says State Exco

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 343 hits
Kedah Works Water Supply and Water Resources and Energy Committee chairman Datuk Suraya Yaacob visits the location of a flash flood in Titi Hayun October 24 2021 Bernama picYAN Oct 24 The Titi Hayun Batu Hampar and Seri Perigi resort areas ...
Senator Mohammad Zahid Md Arip Mencium Tangan Datuk Seri Najib Razak

Senator Mohammad Zahid Md Arip Mencium Tangan Datuk Seri Najib Razak

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 292 hits
agendaily com1 11 2021Tangkap layar Senator Mohammad Zahid Md Arip mencium tangan Datuk Seri Najib Razak Bekas Setiausaha Politik kepada Tun Dr Mahathir Mohathir Mohamad Senator Mohammad Zahid Md Arip mempertahan tindakannya mencium tangan ...
Hiburan Memualkan Sangat Laparkan Populariti Datuk Seri Vida Tak Sanggup Tengok Hujan Iqbal

Hiburan Memualkan Sangat Laparkan Populariti Datuk Seri Vida Tak Sanggup Tengok Hujan Iqbal

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 323 hits
Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida akhirnya tampil memberi respon mengenai lagu terbaru bekas kekasihnya Ahmad Iqbal Zulkefli yang dilancarkan laman Youtube pada hari Isnin lalu ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementUjar DS Vida dia berasa mual den...
Agong Berikan Gelaran Datuk Kurnia Kepada Empat Individu Berkuatkuasa 27 Oktober Lalu

Agong Berikan Gelaran Datuk Kurnia Kepada Empat Individu Berkuatkuasa 27 Oktober Lalu

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 231 hits
KUANTAN Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mengurniakan gelaran Datuk Kurnia kepada empat individu berkuat kuasa 27 Oktober lalu Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman...
Ganas Lagi Di Kedah Tahanan Di Bunuh Pula Hooray Siapa Yang Ambil Peduli Who Gives A Sh T

Ganas Lagi Di Kedah Tahanan Di Bunuh Pula Hooray Siapa Yang Ambil Peduli Who Gives A Sh T

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 294 hits
KL Nov 6 31 year old in drug rehab in Changlun died at hands of warden Harian Metro reported warden 46 yrs stepped victim s neck kicked chestafter placing him in isolation cell following attempted escape Nov 4police said victim found by war...
Mahkamah Perintah Mb Kedah Bayar Rm65 000 Kepada Mahfuz Minta Maaf Juga

Mahkamah Perintah Mb Kedah Bayar Rm65 000 Kepada Mahfuz Minta Maaf Juga

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 342 hits
BORHAN AHMADMenteri Besar Kedah Datuk Seri Muhamad Sanusi Md Nor diperintah membayar gantirugi dan kos sebanyak RM65 000 kepada Datuk Mahfuz Omar selepas mahkamah menerima saman yang dikemukakan beliau Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerinta...
Gadai Barang Kemas Terakhir Demi Anak Nak Masuk Darjah 1 Selepas 20 Tahun Ibu Seb4k Dapat Sarung Semula Cincin Di Jari

Gadai Barang Kemas Terakhir Demi Anak Nak Masuk Darjah 1 Selepas 20 Tahun Ibu Seb4k Dapat Sarung Semula Cincin Di Jari

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 316 hits
ADIK ganti balik cincin yang mak gadai untuk sekolahkan adik Begitulah kata kata seorang anak yang ingin membalas semula pengorbanan si ibu Rakaman video yang dimuat naik oleh wanita berkenaan memaparkan dia menghulurkan sebuah kotak yang b...
Ulang Mb Ngok Kedah Saifuddin Nasution Perjanjian Pulau Pinang Dipajak Daripada Kedah Ada Tak Dak Lagi Mb Macam Ni

Ulang Mb Ngok Kedah Saifuddin Nasution Perjanjian Pulau Pinang Dipajak Daripada Kedah Ada Tak Dak Lagi Mb Macam Ni

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 310 hits
KAH KAH KAH MALU ORANG KEDAH JAGA LA SIKIT STANDARDT TITTLE MB TUCAKAP TU BERDASARKAN FAKTATAK KAN LA MB TAK BOLEH NAK SEMAK DAN BUAT KAJIANJANGAN LA HANG TEBANG BALAK SEBAB BANYAK KEPERLUAN AIR KEDAH PERLIS P PINANGAKHIR SEKALI JANGAN NGOK...
Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

From Startup To Unicorn Status

Nutrisi Wajib Dalam Makanan Setelah Sakit Agar Tubuh Cepat Pulih

Wacana Manuskrip Melayu Bil 3 2025 Persenjataan Melayu Citra Budaya Bangsa

Ashley Graham S Legs And Feet In Tights 2

Testastretta Tempest Rough Crafts Savage Custom Ducati Monster

Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sayang Solat Dah Ke 2 Tahun Pjj Wanita Dedah Housemate Suami Adalah Isteri Orang Perbualan Whatsapp Jadi Tumpuan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

Disyaki Angkara Hutang 3 Rumah Rosak Akibat Letupan

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

How The Hanseatic League Shaped Early European Trade

Daia 3 Dalam 1 Softergent Lavender Pilihan Neelofa