Sanusi Cabar Keputusan Ydpa Namun Kuasa Ydpa Tidak Boleh Dicabar Di Mana Mana Mahkamah Malaysia


 
Anwar bantah permohonan Sanusi berkaitan pengampunan dirajaBernamaJun 9, 2023 15:41 MYTMenurut Anwar (kiri), permohonan Muhammad Sanusi (kanan) mengenai pengampunan diraja yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong terhadapnya (Anwar) pada 16 Mei 2018 adalah di luar bidang kuasa mahkamah. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim membantah permohonan difailkan oleh Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor supaya Mahkamah Tinggi menentukan persoalan undang-undang berkaitan pengampunan diraja yang diberikan kepada Perdana Menteri itu, lima tahun lepas.

Permohonan tersebut dikemukakan berikutan saman fitnah Anwar terhadap Menteri Besar Kedah itu berhubung ucapan berbaur fitnah mengaitkannya dengan perlakuan tidak bermoral dalam satu kempen ceramah 'Jelajah PN Best Tambun'.

Menurut Anwar, permohonan Muhammad Sanusi mengenai pengampunan diraja yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong terhadapnya (Anwar) pada 16 Mei 2018 adalah di luar bidang kuasa mahkamah.

Presiden PKR itu berkata berdasarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Perkara 181, memperuntukkan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan adalah kuasa yang tetap dan tidak terjejas.

"Terdapat pelbagai kes di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan yang mendukung prinsip perundangan itu dengan memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh mengesahkan atau mevariasikan apa-apa keputusan Yang di-Pertuan Agong.

"Ia termasuk keputusan untuk memberikan saya pengampunan, secara langsung membuktikan bahawa mahkamah tidak mempunyai apa-apa bidang kuasa untuk berbuat demikian," katanya menerusi afidavit jawapan yang difailkan pada 25 April lepas menerusi Tetuan S.N. Nair di Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Anwar menegaskan bahawa permohonan Muhammad Sanusi adalah tidak relevan, remeh, mengaibkan kuasa-kuasa Yang di-Pertuan Agong dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah untuk membuat keputusan ke atas perkara-perkara yang tidak boleh diputuskan.

"Selaras pengampunan diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei 2018, saya diampunkan secara penuh dan segala keburukan ke atas diri saya termasuk rekod-rekod mahkamah adalah diketepikan dan apa-apa kenyataan menyentuh perkara sama adalah fitnah serta boleh diambil tindakan," kata Anwar menerusi afidavit itu.

Pada 31 Mac lepas, Muhammad Sanusi memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk menentukan beberapa persoalan undang-undang antaranya sama ada pengampunan diraja diberikan kepada Anwar pada 16 Mei 2018 adalah satu pengampuan penuh yang boleh mengetepikan sabitan kes jenayahnya.

Permohonan itu difailkan Muhammad Sanusi antaranya atas alasan berdasarkan rekod-rekod yang dirujuk olehnya, tidak terdapat sebarang bukti bahawa pengampunan tersebut secara efektif mengakas kesemua atau sebahagian sabitan jenayah serta memadam kesemua rekod sabitan jenayah lampau Anwar.

Sementara itu, peguam Yusfarizal Yusoff, yang mewakili Muhammad Sanusi ketika dihubungi Bernama berkata pengurusan kes ditetapkan pada 28 Jun ini di Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Pada 13 Dis tahun lepas, Anwar selaku plaintif menyaman Muhammad Sanusi, berhubung ucapan berbaur fitnah mengaitkannya dengan perlakuan tidak bermoral dalam satu kempen ceramah 'Jelajah PN Best Tambun'.

Anwar dalam pernyataan tuntutannya mendakwa kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud plaintif mendapat pengampunan diraja melalui penipuan dan kekal tidak diampunkan serta telah memperdaya Yang di-Pertuan Agong, seorang pembohong, tidak boleh dipercayai, tidak beretika dan mengkhianati mandat rakyat.

Menurut plaintif kenyataan-kenyataan itu dibuat dengan berniat jahat bertujuan untuk menghasut orang ramai dan menimbulkan kebencian peribadi terhadapnya dan PH semasa tempoh berkempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 Nov tahun lepas.

-- BERNAMA

 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/06/sanusi-cabar-keputusan-ytpa-namun-kuasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Pengampunan Diraja Saya Tak Boleh Dicabar

Anwar Pengampunan Diraja Saya Tak Boleh Dicabar

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 172 hits
Bernama KUALA LUMPUR Anwar Ibrahim membantah permohonan difailkan Sanusi Nor supaya Mahkamah Tinggi menentukan persoalan undang undang berkaitan pengampunan diraja yang diberikan kepada presiden PKR itu lima tahun lepas Permohonan tersebut ...
Keputusan Kdn Lulus Usul Umno Tidak Pertanding Dua Jawatan Utama Dicabar

Keputusan Kdn Lulus Usul Umno Tidak Pertanding Dua Jawatan Utama Dicabar

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 156 hits
bharian com myOleh Jun 12 2023 Gambar hiasan Perhimpunan Agung UMNOKUALA LUMPUR Tiga penyokong Barisan Nasional memohon kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar kelulusan Menteri Dalam Negeri berhubung usul tambahan UMNO tidak mempertandin...
Sanusi Mohon Perintah Mahkamah Tentukan Skop Pengampunan Anwar

Sanusi Mohon Perintah Mahkamah Tentukan Skop Pengampunan Anwar

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 212 hits
Hidir Reduan Abdul RashidMenteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor telah memfailkan permohonan kepada mahkamah sivil untuk menentukan jika pengampunan yang diberikan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim meliputi kedua dua hukuman dan sabit...
Tuntutan Sulu Malaysia Lakar Kejayaan Bersejarah Di Mahkamah Rayuan Paris

Tuntutan Sulu Malaysia Lakar Kejayaan Bersejarah Di Mahkamah Rayuan Paris

papar berkaitan - pada 7/6/2023 - jumlah : 306 hits
KUALA LUMPUR 6 Jun Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar award yang diputuskan oleh Dr Gonzalo Stampa pada 25 Mei 2020 dalam kes tuntutan lapan rakyat Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu ...
Kes Src Anwar Sokong Keputusan Mahkamah Dan Percaya Mahkamah Bebas

Kes Src Anwar Sokong Keputusan Mahkamah Dan Percaya Mahkamah Bebas

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 367 hits
Saya menyokong keputusan mahkamah malah saya percaya mahkamah bebas kata Perdana Menteri dalam satu wawancara bersama program 101 East Al Jazeera pada Khamis Permohonan Pengampunan Diraja yang dikemukakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Na...
Untuk Renungan Walaun Jika Penang Masuk Kedah Idea Sanusi Boleh Jatuhkan Mb Melayu Di Kedah Jom Kaji

Untuk Renungan Walaun Jika Penang Masuk Kedah Idea Sanusi Boleh Jatuhkan Mb Melayu Di Kedah Jom Kaji

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 236 hits
ADRIAN LIM CHEE ANN Sekiranya Penang di dalam Kedah DAP akan jadi Kerajaan Negeri DAP akan jadi MB Kedah PN akan jadi pembangkang Sanusi akan jadi Ketua Pembangkang Tak percaya Tengok ni Jumlah kerusi DUN Penang 40 kerusi Jumlah kerusi DUN ...
Mahkamah Benar Bersatu Cabar Pembekuan Akaun Larangan Perjalanan Muhyiddin

Mahkamah Benar Bersatu Cabar Pembekuan Akaun Larangan Perjalanan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 350 hits
Mahkamah benar Bersatu cabar pembekuan akaun larangan perjalanan Muhyiddin Dikemas kini 19 minit yang lalu Diterbitkan pada
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kubu Simpanan Emas Terbesar Di Dunia

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing