Keputusan Kdn Lulus Usul Umno Tidak Pertanding Dua Jawatan Utama Dicabar


bharian.com.my
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali 
[email protected] 12, 2023 Gambar hiasan - Perhimpunan Agung UMNOKUALA LUMPUR: Tiga penyokong Barisan Nasional (BN) memohon kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar kelulusan Menteri Dalam Negeri berhubung usul tambahan UMNO tidak mempertandingkan dua jawatan utama dalam pemilihan parti itu.

Ahli UMNO Cawangan Kampung Bukit C2 Lembah Pantai, Satarriah Abdul Karim dan Zaidi Abdul Majid serta ahli MIC Lembah Pantai, P Vellasamy, memfailkan permohonan itu pada 15 Mei lalu menerusi Tetuan Rohaina & Co.

Dalam permohonan kebenaran itu, mereka menamakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Kerajaan Malaysia; Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dan UMNO selaku responden.

Mereka memohon kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah certiorari untuk membatalkan kelulusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Mac lalu yang mengecualikan UMNO daripada mematuhi Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 menurut peruntukan Seksyen 70 akta sama.

Semua pemohon juga memohon perisytiharan bahawa surat RoS bertarikh 3 Mac lalu yang mendapati bahawa usul tambahan UMNO yang diputuskan di Perhimpunan Agung 2022 adalah tidak teratur, bertentangan perlembagaan parti dan tidak sah.

Turut dipohon, ialah satu perisytiharan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO hendaklah dipertandingkan dalam masa 30 hari dari tarikh penghakiman.

Pemohon berkata pada 30 Januari lalu, suatu usul tambahan UMNO dicadangkan ketika Perhimpunan Agung UMNO 2022 pada 11 hingga 14 Januari lalu, berhubung ketiadaan pertandingan untuk dua jawatan utama pada Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO bagi penggal 2023-2026.

Mereka berkata, pada 2 Mac lalu, RoS mengeluarkan surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung UMNO bertajuk Pengesahan Berhubung Usul Tambahan Ucapan Dasar Presiden Di Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang ditandatangani Ketua Pengarah RoS.

Kata mereka, dalam surat itu RoS mendapati usul tambahan UMNO yang diputuskan di Perhimpunan Agung UMNO 2022 adalah tidak teratur dan bertentangan dengan Fasal 9.3 Perlembagaan UMNO, oleh itu ia adalah tidak sah.

Menurut pemohon, sewajarnya RoS mewajibkan UMNO untuk mengambil tindakan pembetulan untuk mematuhi Fasal 9.3 perlembagaan parti itu.

"Pada 7 Mac lalu, satu kenyataan media dikeluarkan oleh Saifuddin yang menyatakan bahawa kementeriannya memutuskan untuk memberi pengecualian menurut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 kepada UMNO daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) akta sama," katanya.

Permohonan kebenaran semakan kehakiman berkenaan akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh pada 15 Jun ini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/06/keputusan-kdn-lulus-usul-umno-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Bekas Dua Menteri Kewangan Perlu Jawab Isu Kehilangan Aset Umno

Tun M Bekas Dua Menteri Kewangan Perlu Jawab Isu Kehilangan Aset Umno

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 188 hits
BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin serta Tan Sri Nor Mohamed Yakcop digesa supaya menjelaskan dakwaan berhubung kehilangan aset UMNO sebanyak RM100 bilion Ia susulan pendedahan pe...
Umno Parti Utama Perlu Bantu Parti Lain Dalam Kerajaan Menang Prn Mat Maslan

Umno Parti Utama Perlu Bantu Parti Lain Dalam Kerajaan Menang Prn Mat Maslan

papar berkaitan - pada 4/6/2023 - jumlah : 221 hits
agendaily com04 06 2023Datuk Seri Ahmad Maslan gesa perwakilan PAU menumpukan kepada persediaan menghadapi PRN enam negeri nanti Selaku parti utama dalam kerajaan campuran UMNO perlu membantu parti parti lain dalam gabungan itu bagi memenan...
Umno Bn Ditawar Tanding 16 Kerusi Di N Sembilan Tapi Minta Tambah Dua Lagi

Umno Bn Ditawar Tanding 16 Kerusi Di N Sembilan Tapi Minta Tambah Dua Lagi

papar berkaitan - pada 8/6/2023 - jumlah : 210 hits
agendaily com07 06 2023PRN Negeri Sembilan Dua kerusi tambahan diminta UMNO Barisan Nasional untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri di Negeri Sembilan daripada Pakatan Harapan Pengerusi BN Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias meng...
Umno Lulus Pindaan Perlembagaan Mudahkan Permohonan Ahli Baharu

Umno Lulus Pindaan Perlembagaan Mudahkan Permohonan Ahli Baharu

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 162 hits
PERHIMPUNAN Agung Khas Umno hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi permohonan keahlian baharu Pindaan itu melibatkan tiga Fasal Utama iaitu Fasal 5 Fasal 10 dan Fas...
Lulus Tes Nixon Lp Napitupulu Terpilih Jadi Direktur Utama Btn

Lulus Tes Nixon Lp Napitupulu Terpilih Jadi Direktur Utama Btn

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 142 hits
Nixon LP Napitupulu terpilih sebagai Direktur Utama PT Bank Tabungan Negara Tbk Nixon sudah dinyatakan lulus uji Kemampuan dan Kepatutan atau Fit and Proper test oleh Otoritas Jasa Keuangan
Nasib Umno Tak Seteruk Ini Jika Pihak Putrajaya Ikut Keputusan Bersama

Nasib Umno Tak Seteruk Ini Jika Pihak Putrajaya Ikut Keputusan Bersama

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 160 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 10 2023Masa yang tepat kata seorang pemimpin kanan Umno adalah faktor yang penting dalam politik bagi membolehkan parti itu mencapai kemenangan dalam pilihan raya Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno Ahmad Mas...
Sanusi Cabar Keputusan Ydpa Namun Kuasa Ydpa Tidak Boleh Dicabar Di Mana Mana Mahkamah Malaysia

Sanusi Cabar Keputusan Ydpa Namun Kuasa Ydpa Tidak Boleh Dicabar Di Mana Mana Mahkamah Malaysia

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 205 hits
Anwar bantah permohonan Sanusi berkaitan pengampunan dirajaBernamaJun 9 2023 15 41 MYTMenurut Anwar permohonan Muhammad Sanusi mengenai pengampunan diraja yang diberikan oleh Yang di Pertuan Agong terhadapnya pada 16 Mei 2018 adalah di luar...
Mepan Rb Beri Sinyal Libur Hari Raya Idul Adha Jadi Dua Hari Tunggu Keputusan Jokowi

Mepan Rb Beri Sinyal Libur Hari Raya Idul Adha Jadi Dua Hari Tunggu Keputusan Jokowi

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 237 hits
Pembahasan ini dilakukan secara bersama dengan Menteri Koordinator Bidang Pembangunan dan Kebudayaan Muhadjir Effendy Menteri Agama Yaqut Cholil Qoumas dan Wakil Menteri Ketenagakerjaan Afriansyah Noor
Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

Infinix Kembangkan Siri Note 50 5g Dengan Model Baharu Note 50x 5g Note 50s 5g

30 Sekolah Ranking Terbaik Spm 2024 Di Malaysia

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jalan Jalan Ke Muzium Shah Alam Baru Serius Best

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Buat Sampai Fajar Konsep Menarik Yang Tak Terduga

Ground Zero Thriller Penuh Aksi Tanpa Selindung

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar