

Program diketuai Timbalan Yang DiPertua PAS Ipoh Barat, Basharuddin Ismail ini bertujuan meluaskan peranan PAS yang bukan sahaja dalam politik, tetapi juga aspek dakwah.“Usaha dakwah berterusan khususnya kepada masyarakat Orang Asli amatlah penting dalam menyebarkan Islam di samping turut memberi pendedahan ahli mengenali dengan lebih dekat situasi kehidupan kaum itu.“Ini supaya aspek dakwah sentiasa dipikul tanggungjawabnya oleh ahli PAS yakni menyebarkan Islam kepada seluruh masyarakat,” ujarnya memimpin rombongan 13 peserta itu.Menurut Ketua Pemuda PAS Ipoh Barat, Ismail Abdul Hamid, delegasi telah melakukan pelbagai aktiviti termasuk ziarah rumah ke rumah menyerahkan sumbangan dan bermesra dengan penduduk.Turut bersama adalah Bendahari Pemuda PAS Negeri Perak, Osman Shahrudin dan Pengerusi Lajnah Dakwah Pemuda PAS Perak, Ustaz Hakimi Abdul Mutalib.Ustaz Hakimi turut melahirkan harapan untuk program susulan dilaksanakan khususnya bimbingan ilmu agama. – HARAKAHDAILY 16/12/2019
1:36:46
4:21|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |