Santiago Disoal Siasat Berkaitan Laporan Zakir Naik


Ainaa AimanAhli Parlimen Klang Charles Santiago bersama peguam beliau, John Fam di Bukit Aman hari ini. KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Klang Charles Santiago disoal siasat di Bukit Aman hari ini di bawah Seksyen 500 dan 504 Kanun Keseksaan kerana fitnah jenayah dan niat mencetuskan pecah keamanan berikutan kenyataan beliau menggesa Kabinet bertindak ke atas penceramah warga India Dr Zakir Naik.

Beliau berada di Bukit Aman kira-kira 1 jam 30 minit dan diiringi peguam John Fam dari firma S N Fam & Co.

Santiago disiasat berikutan laporan polis dibuat 2 pihak iaitu Naik sendiri dan satu kumpulan kira-kira 300 orang di seluruh negara.

Bercakap kepada pemberita selepas disoal siasat, Santiago berkata, beliau umumnya dipanggil berikutan kenyataan yang dibuatnya pada 13 Ogos bertajuk “Wednesday’s Cabinet Meeting Must Discuss Zakir Naik’s Meddling in Local Politics”.

Dalam kenyataan yang dinaikkan ke Facebook dan dilaporkan oleh media selepas itu, Santiago menggesa Kabinet membincangkan kenyataan yang dibuat oleh Naik, yang menurutnya mengandung unsur memecah-belah.

Beliau merujuk kepada ucapan Naik di Kota Bharu, yang menyaksikan penceramah itu berkata, terdapat sebilangan penganut agama Hindu di Malaysia yang lebih setia pada Perdana Menteri India Narendra Modi berbanding Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad.

Naik juga dilaporkan berkata, seperti dirinya, orang Cina yang tidak dilahirkan di negara ini juga merupakan “tetamu”.

Berikutan respons negatif, Naik menegaskan kenyataan beliau dipetik di luar konteks dan diputarbelitkan.

Fam berkata, Naik bagaimanapun belum menghantar writ saman berkaitan perkara itu.

“Seksyen 500 Kanun Keseksaan adalah berkaitan perbuatan memfitnah. Charles mendapat surat daripada peguam Zakir Naik yang menuntut ganti rugi dan permohonan maaf tanpa syarat. Surat itu diserahkan kepada kami kira-kira 1 bulan lepas.

“Kami telah menjawabnya dengan berkata, ia (kenyataan Santiago) tidak memfitnah. Kenyataan beliau adalah kebenaran. Ia merupakan komen wajar dan sah. Sekiranya mereka mahu meneruskan tindakan, maka kami sentiasa bersedia menerimanya.

“Sehingga kini, firma saya tidak menerima apa-apa writ saman dan sekiranya kami menerimanya, maka kami akan bertindak sewajarnya,” kata beliau.

Ahli Parlimen Klang itu juga berkata, beliau mempertahankan kenyataan yang dibuatnya dan bahawa beliau hanya menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat untuk menasihati Kabinet.

Santiago merupakan salah seorang daripada beberapa individu yang dipanggil untuk disoal siasat berhubung kenyataan masing-masing berkaitan penceramah kontroversi itu.

Turut disoal siasat ialah Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran; bekas duta Dennis Ignatius; Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Dalam Satees Muniandy.

Ramasamy dan Muniandy disoal siasat minggu lepas di Pulau Pinang.

Naik mendakwa 5 individu berkenaan membuat kenyataan fitnah terhadapnya dan mahu polis mengambil tindakan ke atas mereka di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan 1948 kerana 
memfitnah dan mengapi-apikan ketidakharmonian kaum serta kebencian dalam kalangan rakyat.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/santiago-disoal-siasat-berkaitan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zakir Naik Dr M Sets Record Straight On Meet With Indian Pm

Zakir Naik Dr M Sets Record Straight On Meet With Indian Pm

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 346 hits
Dr Mahathir Mohamad insists that his Indian counterpart Narendra Modi for controversial Muslim preacher Dr Zakir Naik to be extradited when the two prime ministers met earlier this month This is in light of a by New Delhi about what transpi...
We Don T Need To Protect Zakir Naik Says Lawyers For Liberty

We Don T Need To Protect Zakir Naik Says Lawyers For Liberty

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 402 hits
Zakir Naik PETALING JAYA A human rights group has called on Putrajaya to act against Dr Zakir Naik saying Malaysia is not obliged to provide special treatment to the controversial preacher In a statement Lawyers for Liberty director Melissa...
Dr M On Zakir Naik We Don T Just Throw Problems Out

Dr M On Zakir Naik We Don T Just Throw Problems Out

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 396 hits
Prime Minister Dr Mahathir Mohamad has said that it is not the way in Malaysia to simply throw out a problem such as the case of controversial foreign preacher Dr Zakir Naik Racial feelings now are much stronger than before for whatever rea...
Waran Tangkap Dr Zakir Naik

Waran Tangkap Dr Zakir Naik

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 1062 hits
Puak puak anti Islam ni takkan reti berdiam diri Waran tangkap baharu terhadap Zakir NaikMUMBAI Mahkamah khas di India semalam mengeluarkan satu waran tangkap tanpa jaminan yang baharu ke atas penceramah bebas warga India Dr Zakir Naik Mene...
India May Use Fugitive Economic Offenders Act Against Zakir Naik

India May Use Fugitive Economic Offenders Act Against Zakir Naik

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 394 hits
Dr Zakir Naik PETALING JAYA India s Enforcement Directorate is planning to invoke the Fugitive Economic Offenders Act against preacher Dr Zakir Naik Indian news portals reported A highly placed ED source told news service IANS that it is mu...
5 Individu Dalam Laporan Polis Zakir Dipanggil Minggu Depan

5 Individu Dalam Laporan Polis Zakir Dipanggil Minggu Depan

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 339 hits
Polis akan merakam kenyataan daripada individu yang namanya dinyatakan dalam laporan polis pendakwah Dr Zakir Naik minggu depan Mereka adalah Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran bekas duta besar Dennis J Ignatius Timbalan Ketua Menteri Pu...
Yoursay Dr M Uses Wrong Analogy In His Defence Of Zakir Naik

Yoursay Dr M Uses Wrong Analogy In His Defence Of Zakir Naik

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 285 hits
YOURSAY Jailing Najib will also offend a particular group Kangkung Prime Minister Dr Mahathir Mohamad don t talk with a forked tongue All you need to say is the fugitive from India is important for you to gain Malay votes and that is why yo...
Isu Zakir Naik Diperbesarkan Kes Jual Mykad Diam Seribu Bahasa

Isu Zakir Naik Diperbesarkan Kes Jual Mykad Diam Seribu Bahasa

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 435 hits
Jangan bilis saja kena tindakan jerung yang menjadi dalang terselamatBANGI Pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung hairan apabila pemimpin kerajaan Pakatan Harapan masih membisu dan diam seribu bahasa dalam isu sindiket penjualan kad pengenal...
Police Summon 5 Pakatan Indian Leaders Regarding Report Zakir Naik Made Against Them

Police Summon 5 Pakatan Indian Leaders Regarding Report Zakir Naik Made Against Them

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 368 hits
Police are expected to call five individuals including a minister to record their statements following a police report lodged against them by Indian preacher Dr Zakir Naik Bukit Aman Criminal Investigation Department chief Huzir Mohamed sai...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord