Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu.com dan juga rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kebetulan pula dengan tempoh cuti yang panjang semperna perayaan dan juga cuti sekolah apa plan korang. Mesti ramai dah keluar meninggalkan kotaraya Kuala Lumpur menunju tempat beristirehat yang telah dirancang bersama keluarga. Bagi korang yang kena kerja minggu ini nak pergi jauh agak susahkan. Apa kata plan sahaja santai dan berehat dekat-dekat area Kuala Lumpur ni



Kali ini Maha bersama kawan-kawan yang lain kami memilih untuk berlibur di Putrajaya Marriott Hotel. Hotel berwajah baru setelah berpuluh tahun beroperasi dan tahun ini ia lebih segar. Apa lagi kami pun menginap untuk 3hari 2malam di sini. Satu pengalaman bersantai dan rehat minda dari kesibukkan kerja dan kesesakan kota walaupun tidak jauh hanya 28 minit sahaja dari Kuala Lumpur. Masuk sahaja hotel mereka punya lobby jangan ceritalah sangat besar dan para pekerja mereka juga sangat ramah dan membantu. Parking pun banyak ada dibahagian bawah dan juga valet parking




Kami pilih untuk duduk bilik baharu mereka dan Maha dapat bilik Deluxe King. Bilik di sini diilhamkan modern dan lebih tenang, menampilkan peralatan tempat tidur yang mewah dan bilik mandi yang luas. Korang boleh tengok tu bilik dengan katil yang tebal dan tilam yang empuk. Wahhh ni kalau dah baring dengan diselubungi kesejukan aircond tak nak bangun dah rasanya. Juga ada pemandangan balkoni yang menghadap kehijauan diluar memang pagi rasa segar sangat




Bilik ni dilengkap semua keperluan ada tak perlu nak bawa banyak barang. Ada wifi yang laju, ada mini pantry yang lengkap segala minuman serta peti sejuk. Kalau nak tengok tv ada saluran yang banyak, serta almari yang besar dalam tu ada baju tidur dan juga siap seterika dan peti keselatam simpan barang. Nak solat mereka juga ada sediakan sejadah tau. 



Hotel yang paling Maha nak tengok dan nikmati adalah bilik air. Bilik mandi sangat besar dengan cermin luas dan bersih. Bukan sahaja luas tapi ada Bath Tab yang mewah perhhhh. Berendam berejam-rejam dalam tu memang best dengan buih sabun macam mandi spa. Tapi tak adalah gambar tengah berendam yer hehehe awas. Nak mandi shower pun ada kalau nak bersih-bersih badan sambil bernyanyi dalam bilik air silakan..


Ia satu pengalaman yang berbeza kalau nak banding dengan hotel-hotel lain yang Maha pernah menginap. Kat sini bukan sahaja datang untuk berehat atau santai-santai. Bagi yang datang atas urusan kerja bermalam pun sangat sesuai. Rasa macam berada di rumah sendiri selesa dan juga tenang. ada ruang meja kerja lagi




Dah datang santai dan rehat kami pun pergi lah kat kolam renang mereka yer. Betapa terkejut sangat kerana pengalaman mandi di kolam renang bukan biasa-biasa yer. Ia bagaikan taman tema mini kat situ yer. Kolam mandi ni pun baharu juga diubah suai dan dibuka kepada semua pelanggan yang bermalam di hotel meraka. Siap ada gelongsor yang boleh naik dan juga pancuran air




Ni bukan setakat anak-anak suka, silap-silap mak bapak pun suka mandi sekali sebab boleh. Korang boleh mandi sambil pantau anak-anak kat situ. Masa kami datang tak ramai orang dan memang taman tema tu menjadi milik kami lah mandi. Sampai kecut habis semua satu badan berendam dan juga main gelongsor dan air pancutan. Best sangat....!!




Kalau boleh kembali zaman kanak-kanak ini bagaikan syurga tempat mandi-manda dan bermain. Kenapa dulu hotel tiada semua ini. Selain itu juga kat hotel ni ada juga untuk orang dewasa menyihatkan badan di gynasium. Peralatan yang lengkap dan juga pemandangan indah depan kolam renang tu sahaja gynasiumnya. 



Kami dah penat belah siang mandi-manda, sambung pula belah petang tu pergi satu lagi tempat menarik dalam hotel ini. Kalau korang tanya kat lobby tu rupanya Putrajaya Marriott Hotel ni ada jacuzzi pool tau. Diasingkan lagi yang khas untuk lelaki dan juga khas untuk perempuan tidak bercampur. Korang tengok tu kami berendam dalam jakuzi tu dengan buih-buih air panas tu nikmatnya. Rasa lega seluruh badan ni hilang penat main main kat kolam tadi




Dalam tu juga ada sekali bilik mandian wap. Bilik khas untuk korang menenagkan fikiran dan juga mengwap seluruh badah keluarkan peluh-peluh jahat dalam tubuh. Penuh dengan asap wap tu. Ada syarat yang dikenakan sebelum masuk bilik wap tu yang kena dipatuhi demi keselamatan. Tapi memang relax dan juga bila keluar bilik wap tu badan rasa ringan sangat. Bahagian urut-urut tu sahaja belum ada lagi tengah renovasi. Kalau tidak kami buat semua lengkap mandi jakuzi, mandi bilik wap dan urut seluruh badan. Perhhh relax gilerrrr kalau menginap kat sini. 



Hotel ni pun dekat sahaja dengan pusat beli belah terbesar di Malaysia iaitu IOI City Mall. Jalan kaki boleh atau naik shuttle untuk keluar pergi shopping. Bila dah beli semua barang, badan dah rasa penat balik hotel and pergi mandi kolam main gelongsor hilang penat. Memang sangat lega rasanya. Kalau dari Pusat Pentadbiran Putrajaya pun tak jauh hotel ni hanya 15 minit sahaja. Bila dah stress dengan kerja banyak dan kena marah, balik hotel terus berendam dalam jakuzi and mandi wap. Habis keluar semua aura negative tu lega rasa. 


Ni Maha belum cerita lagi pasal makan-makan yang ada kat hotel ni tau. Kami menginap sini tak perlu risau nak keluar cari makan kerana dalam hotel ni segala jenis makanan ada. Itu nanti Maha cerita kat posting lain khas restoran-restoran yang ada dalam dalam hotel ni. Bangun pagi sampai malam korang makan sahaja masa tu hehehe



Apa pun untuk pengalaman bermalam di Putrajya Mariott Hotel ni sangat seronok dan best giler. Sebenarnya ada lagi kat luar hotel ni taman rekriasi untuk  berjoging mengililingi tasik mereka dan jgua tempat untuk bermain outdoor. Namanya Central Park @ IOI Resort City. Cuma hari tu kami tak sempat nak pergi sebab dah habis masa dalam hotel sahaja. Tak jauh pun dekat jalan kaki sahaja. 


Kalau korang ada pengalaman best dan menarik bermalam di hotel ni bolehlah kongsikan kat ruang komen bawah ni. Tak kisah dari segi kemudahan atau juga mereka punya makan mahupun kakitangan mereka. Boleh jadi panduan buat semua. Bagi Maha hotel ni memang best dekat dan santai sahaja tak perlu nak travel jauh-jauh. Jadi selamat berisitrehat dan juga selamat bercuti semua. Jumpa lagi...



Nak tahu lanjut pasal booking dan bilik boleh terus hubungi hotel yer jangan hubungi Maha tau. Maha sediakan no tel dan juga laman web untuk rujukan ok

Tel : 603-89498888Laman web : https://www.marriott.com/en-us/hotels/kulpg-putrajaya-marriott-hotel/overview/Instagram : https://www.instagram.com/marriottputrajayaFacebook : https://www.facebook.com/PutrajayaMarriottHotel










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2025/01/santai-dan-rehat-walupun-dekat-tapi-menyeronokkan-di-putrajaya-marriott-hotel%20.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bufet Ramadan 2025 Merentasi Tradisi Pentas Citarasa Di Restoran Zest Lifestyle Hotel Marriott Putrajaya

Bufet Ramadan 2025 Merentasi Tradisi Pentas Citarasa Di Restoran Zest Lifestyle Hotel Marriott Putrajaya

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 157 hits
Hi Korang Ramadan kali ini raikan musim kebersamaan dengan pengalaman kulinari yang tiada tandingan di Bufet Ramadan Pentas Citarasa di Restoran Zest Lifestyle Hotel Marriott Putrajaya Bertemakan Merentasi Tradisi di Pentas Citarasa bufet i...
Restoran Makanan Tempatan Dan Antarabangsa Di Dalam Putrajaya Marriot Hotel

Restoran Makanan Tempatan Dan Antarabangsa Di Dalam Putrajaya Marriot Hotel

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 161 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu com dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Posting sebelum ni Maha ada kongsikan staycation Maha dan kawan kawan di Kalau korang belum baca lagi pengalaman paling me...
Ingat Tak Tahun Lepas Ada Sepasang Baju Melayu Pazze Rm50 Semasa Jualan Raya Tapi Tah

Ingat Tak Tahun Lepas Ada Sepasang Baju Melayu Pazze Rm50 Semasa Jualan Raya Tapi Tah

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 136 hits
Ingat tak tahun lepas sepasang baju melayu pazze RM50 time sale raya Tapi tahun ni harga lagi best Hanya RM44 untuk sedondon dewasa dan budak pun boleh bergaya sama Gaya slim fit moden yang sangat comfy Tapi stok sangat terhad kalau lambat ...
Hari Terbuka Putrajaya 2025 Jadual Acara Peta Lokasi

Hari Terbuka Putrajaya 2025 Jadual Acara Peta Lokasi

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 237 hits
Cuti sekolah nak pergi mana Jom kita meriahkan Kompleks Perbadanan Putrajaya sempena Hari Terbuka Putrajaya Putrajaya Open Day POD2025 kembali dengan pengisian utama yang mengetengahkan reruai dari pelbagai kementerian dan agensi bagi memud...
From Washington To Putrajaya The Perils Of Policy Flip Flops

From Washington To Putrajaya The Perils Of Policy Flip Flops

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 117 hits
Letter to EditorWHAT do the US government s backtracking on TikTok ban and flipflopping on tariffs on Canada and Mexico have in common with Malaysia s shifting stance on vape laws They all reflect the dangers of poorly planned policies that...
Pengambilan Jawatan Kpm Februari 2025 Peluang Kerjaya Dalam Bahagian Genius Putrajaya

Pengambilan Jawatan Kpm Februari 2025 Peluang Kerjaya Dalam Bahagian Genius Putrajaya

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 163 hits
Jawatan KPM Februari 2025 Info Jawatan KPM Februari 2025 Kementerian Pendidikan Malaysia membuka peluang pekerjaan bagi individu yang berminat untuk menyertai sektor perkhidmatan awam melalui program Malaysia Short Term Employment Programme...
No Plans To Raise Hotel Fees Penang Cm

No Plans To Raise Hotel Fees Penang Cm

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 121 hits
Penang Chief Minister Chow Kon Yeow denied claims in media reports that his state government plans to increase hotel accommodation fees by up to 50 percent this year He clarified that no such proposals or discussions have been initiated by ...
Impian Nak Beli Microsoft Surface Tapi Bajet Terhad Nasib Baik Jumpa Penjual Ni

Impian Nak Beli Microsoft Surface Tapi Bajet Terhad Nasib Baik Jumpa Penjual Ni

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 124 hits
Impian nak pakat Microsoft Surface tapi bajet terhad Mujur aju jumpa seller ni Microsoft Surface Pro Refurbished pilihan dari versi 7 6 5 4 sampai 3 semua ready untuk perform Dapat sekali warranty setahun Boleh pilih antara Core i5 i7 nak t...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Iftar Satu Ramadhan

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Finalis Piala Malaysia 2024 Sri Pahang Fc Tewas 0 2 Kepada Kuching City Fc Di Temerloh Malam Tadi

Shocking How Quickly Ismail Sabri Became A Suspect Says Pas