Santai Dan Merasai Aiskrim Vanilla Di Vanilla Temerloh



Jangan tak tahu, di Temerloh ada juga tempat santai menarik tau. Anda boleh cuba di Vanilla Temerloh dan merasa aiskrim vanilla fresh dari ladang.
Anda boleh santai bersama keluarga dan merasai aiskrim vanilla dengan suasana kebun yang menyamankan. Ya! mereka dapatkan perisan vanilla terus daripada pokok yang mereka tanam sendiri. Inilah antara daya tarikan menarik disini. Mereka ada kebun vanilla dan dalam masa yang sama mereka sajikan kepada orang ramai dengan vanilla mereka sendiri.

Sebelum ini, saya ada kongsikan antara tempat makan menarik yang ada di Temerloh dan salah satunya adalah di Amani Vanilla Temerloh ini. Takkan setiap kali datang Temerloh makan ikan patin je kan. Kali ini, tukar selera dan singgah disini untuk dapatkan semangkung ice cream vanilla fresh dari ladang.
BACA : Taknak Ikan Patin Dah? Jangan Risau Ada Lebih 20+ Tempat Makan Menarik Yang Ada Di Temerloh
Ini merupakan pengalaman pertama saya sampai disini walaupun lokasinya tidak la jauh dari tempat tinggal. Lokasi kedai juga tidak terlalu jauh dari bandar Temerloh. Jadi kalau orang luar Temerloh datang, tak perlu la nak driving jauh-jauh dah.


Merasai Aiskrim Vanila Dalam Kebun Vanilla TemerlohAmani Vanilla Temerloh terletak di seberang Temerloh, berhampiran dengan Hospital Temerloh. Jadi landmark paling mudah adalah cari HOSHAS tersebut. Kafe atau kedainya pula sangat menarik kerana ianya berada di dalam kebun Vanilla tersebut. Untuk parking jangan risau, ada disediakan kawasan yang luas.

Amani Vanilla Temerloh, Pahang beroperasi setiap Selasa hingga Ahad bermula 11 pagi hingga 7 malam dan rehat 1-2 petang. Hanya hari Isnin sahaja tutup. 
Menu yang dihidangkan disini semuanya berasaskan aiskrim vanila sahaja tetapi dibezakan dengan topping. Antara yang disediakan adalah Gula Kabung, Salted Caramel, Oreo, Chocolate Rice dan Rainbow Pops. Harga dibezakan dengan saiz aiskrim sahaja;
Large (500ml) = RM 18.00
Medium (250ml) = RM 10.00
Cup (2 scoops) = RM 4.00
Cone (1 scoop) = RM 3.00


Selain itu ada juga, AVT Float berharga RM5.00. Anda kena juga cuba. Manakala untuk makanan, disediakan menu Waffle Aiskrim Vanila berharga RM6.50 (tak ingat). Jadi anda kena cuba semua ni bila datang disana. Rasa vanila cukup segar dan sedap. Boleh repeat kalau datang lagi sini.
TIPSAnda boleh dapatkan 5% diskaun dalam satu resit iaitu dengan cara like dan subscribe 3 akaun media sosial mereka. Sebaiknya lakukan di depan mereka ketika ingin buat bayaran.
Instagram : www.instagram.com/vanilla_temerloh/
Facebook : Vanilla Temerloh
Youtube : Amani Vanilla Temerloh
Selain itu, jika anda termasuk golongan wanita mengandung dan OKU, anda boleh tebus 1 kon aiskrim vanila secara percuma.
Sambil menikmati ice cream vanila, boleh hayati pemandangan dengan dikelilingi oleh kebun vanilla. Kalau ada rezeki, anda boleh saksikan bagaimana pengusaha menguruskan tanama vanila tersebut secara langsung.

Pada hari tersebut, kami tidak berkesempatan untuk melihat vanilla daripada dekat. Sebab ianya masih belum berbuah, jadi tak nampaklah vanilla kehitaman tu. Selain tu, kalau nak beli pokok vanilla terus pun boleh, jumpa sahaja pengusahan yang ada disana.

Sebelum anda pulang, jangan lupa untuk tangkap gambar sebagai kenang-kenangan. Mereka ada sediakan port bergambar berlatarbelakangkan kebun Vanila. Lepas tu bolehlah kongsikan di Instagram supaya viral dan lebih ramai lagi yang datang dan support perniagaan anak tempatan ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aimanabdullah.com/2020/11/santai-dengan-aiskrim-vanila-di-vanilla-temerloh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sedapnya Vanilla Cupcake Crunchy Di Luar Gebu Di Dalam Buat Sekali Confirm Jadi

Sedapnya Vanilla Cupcake Crunchy Di Luar Gebu Di Dalam Buat Sekali Confirm Jadi

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 538 hits
Kebanyakan ibu lebih memilih untuk sediakan makanan yang cepat dan menepati citarasa anak anak Lagi satu bahan asasnya juga tidak mahal dan mudah nak dapatkan di mana mana kedai Ibaratnya jika terlintas nak makan tak perlu nak tunggu cari b...
Kpdnhep Rampas Aiskrim Diragui Halal

Kpdnhep Rampas Aiskrim Diragui Halal

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 237 hits
KPDNHEP RAMPAS AISKRIM DIRAGUI HALAL PONTIAN 271020 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Cawangan Pontian menyita sebanyak 2 675 aiskrim dan 273 gulung plastik yang bercetak logo halal di sebuah kilang di Kampung Pari...
Resipi Creampuff Aiskrim Ikut Cara Ni Kulit Creampuff Tak Kecut Masak Pun Sekata

Resipi Creampuff Aiskrim Ikut Cara Ni Kulit Creampuff Tak Kecut Masak Pun Sekata

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 334 hits
Sedapnya Creampuff Inti gebu bak aiskrim menjadikan manisan ini jadi kegemaran ramai Namun ramai yang takut takut nak cuba kerana fikir ia susah dihasilkan Anda pula macam mana Teringin nak cuba buat sendiri Resipi perkongsian saudari La Vy...
Asal Usul Nama Daerah Temerloh Kenapa Ianya Diberi Nama Temerloh

Asal Usul Nama Daerah Temerloh Kenapa Ianya Diberi Nama Temerloh

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 592 hits
Kali ni saya nak kongsi sedikit sejarah tempat kelahiran atau salah satu daerah di Negeri Pahang iaitu Temerloh Bagaimana ianya diberi nama Kenapa Temerloh dan sebagainya Perkongsian ini merupakan sumber asal daripada dan kemudian dikongsik...
Beli Rumah Zero Deposit Gunakan Lppsa Di Temerloh Melalui Kohab Blacklist Pun Layak

Beli Rumah Zero Deposit Gunakan Lppsa Di Temerloh Melalui Kohab Blacklist Pun Layak

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 443 hits
TEMERLOH Orang ramai terutamanya kakitangan kerajaan yang tercari cari lokasi rumah strategik untuk dijadikan kediaman atau aset dipelawa mendapatkan rumah teres dua tingat fasa II di Taman Delima Saujana yang sedang hebat dipromosikan seka...
Jalan Jalan Temerloh Titik Tengah Semenanjung

Jalan Jalan Temerloh Titik Tengah Semenanjung

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 315 hits
Day trip ke Temerloh ni happened late September Tujuan utama nak gi makan patin tempoyak sesambil tu sempat nyinggah satu dua tempat Sebelum sampai ke bandar Temerloh kitorang pegi ke Titik Tengah Semenanjung kat Lanchang Dari LPT amik exit...
Pekan Sehari Temerloh

Pekan Sehari Temerloh

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 312 hits
Lokasi Pekan Sehari Temerloh Alamat Jalan Ibrahim 28000 Temerloh Pahang Waktu Operasi 7 00 pagi 2 00 petang Tarikh Lawatan 01 Oktober 2020 Pekan Sehari Temerloh menjadi lokasi pertama yang dikunjungi pada hari ini Sementara berada disini ki...
Kena Cuba Bangman Fried Chicken Temerloh Cheese Tak Kedekut Katanya

Kena Cuba Bangman Fried Chicken Temerloh Cheese Tak Kedekut Katanya

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 786 hits
Satu lagi tempat yang saya ingin kongsikan tempat makan menarik di Temerloh adalah di Temerloh atau lokasi lebih tepatnya Paya Pulai Seberang Temerloh Mungkin dah biasa kita jumpa ayam goreng dengan saiz kecil dijual dengan harga RM1 seketu...
Masakan Malaysia 6 Makanan Luar Biasa Yang Membolehkan Anda Merasai Citarasa Asli Malaysia

Masakan Malaysia 6 Makanan Luar Biasa Yang Membolehkan Anda Merasai Citarasa Asli Malaysia

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 265 hits
Masakan Malaysia 6 Makanan Luar Biasa Yang Membolehkan Anda Merasai Citarasa Asli Malaysia Malaysia ada pelbagai jenis makanan dan setiap kaum ada makanan aslinya yang tersendiri Untuk kaum melayu terkenal dengan menu nasi lemak kaum cina d...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri